My late persians…

si kelabu yang gebu, letak atas carpet, orang boleh ingat dia ni pun sama carpet ke…

si kelabu pergi mengadap ilahi waktu aku mengandungkan abang dalam 3,4 bulan pregnancy. ai told u a story about that already. aku pulang dari kerja dia sudah tidak benyawa, aku meraung called sirman mintak pulang segera. Sirman was based in Singapore that time, terpaksalah pulang malam itu juga. malam tu jugak aku tidur bersama mayat si kelabu. esok paginya sirman tanam di kawasan rumah ibuku…

skang tpt kuburnya dah byk pokok yang rendang. abah aku ckp kucing mati pun nak meraung panggil laki yang jauh kerja tu balik šŸ˜›

si putih yang montok

si putih tidak sihat, masa tu abang dah lahir. sementalah abang ada asma, so nak tak nak, org tua nasihatkan putih tak boleh dekat ngan abang. sedih nya hati..terpaksa lah hantar si putih ke SPCA. sejak dari hari aku hantar si putih aku x pernah melawatnya, kena cekal and kuatkan hati kalau tidak aku mesti nak ambil dia semula…

setakat masuk pertandingan kucing malaysia, pakaian beragam for them, segala mak nek contest semua aku dah buat, i was a member of Kelab Kucing Malaysia too…

cuma skang semangat makin membuak2 untuk membela kucing bila abang dah tunjukkan minat sayang pada kucing sesangat. mungkin masa aku ngandungkan dia, aku hidup dan sayang bersama kedua2 kucing ku kan..

i wish to pet one kitten, walau ada orang nak bagi pun, beli ke..ketua keluarga kami tetap tak mengizinkan. belum masanya lagi.

bih camner..

korang ada idea? hikss

pernah satu hari aku shopping kat nichii lama tu, ada kitten banyak sangat. aku dah berajat nak ngamik bawak balik, dah pegang pun sekor nak letak lam keter bila sirman nampak suruh letak semula. aisay… šŸ™

Comment: 15