Pemenang utama
10 sebab kenapa saya suka blog Red Diva
Al kisah. Dalam dunia maya terdapat sebuah kerajaan. Kerajaan diperintah sang Ratu yang amat gemarkan warna Merah dan Kerajaan itu dikelolakan oleh Sang Raja yang pengetahuan IT nya sangat savvy.
Maka pada 7 Syawal, arakian telah bertitah Paduka Ratu Diva Merah untuk rakyat jelata yang harmoni menyatakan 10 sebab kesukaan dan kesetiaan kepada Laman Maya Negeri Merah Berdaulat dan 10 sebab mengapa Laman Maya Sang Raja Negeri Merah Berdaulat tidak pula berkesan di hati.
Arakian, sebab utama mengapa patik pacal yang hina ini gemar menyinggah ke Laman Merah adalah kerana ia ibarat candu. Patik amat ketagih dengan isi kandungan Laman Merah yang diceritakan dengan keikhlasan dan dipaparkan dengan gambaran yang menarik. Isi kandungan Laman Merah banyak memberi maklumat akan fesyen terkini dan juga hal dalam KErajaan MErah BErdaulat.
Sebab kedua pula ia menceritakan kehidupan Sang Ratu yang juga Permasuri Hati kepada kerabatnya yang senantiasa berkasih-kasihan antara satu sama lain. Pelajaran dari sini ialah kita dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah diri dengan apa yang kita ada untuk kita sentiasa bersyukur.
Ketiga. Laman Maya Merah banyak memberi ilham kepada rakyatnya untuk makan apa dan dimana, termasuk juga dimana yang patut dan tidak patut dipergi dalam hal ehwal percutian.
Fasal Keempat. Memerhatikan perihal lalat maya yang juga musuh NEgeri MErah BErdaulat yang tak serik serik menyerang. Namun, cara penempiasan musuh Negeri yang dilakukan, menjadi inspirasi bagaimana mengendali msusuh musuh Negara itu jika ia menyerang Laman Laman Maya lain.
Cara mendidik si cilik menjadi perkara KELIMA. Ilham dan ilmu mengajar serta mendidik anak turut termaktub dalam NEgeri MErah BErdaulat ini. Ia ibarat panduan kepada yang belum mahupun yang bakal mendapat anak bagaimana mahu mencorakkan si cilik untuk masa hadapan yang Gemilang Terbilang dan Cemerlang.
Keenam pula adalah kerana factor kegigihan dan kesedaya-upayaan serta komitmen Sang Ratu yang patut dijadikan teladan. Jika mahukan sesuatu, berusahalah dengan gigih, maka anda akan dianugerahkan setimpalnya.
Di Negeri Merah BErdaulat ini juga, rakyat jelata berkumpul dan bermesra, dapat mencari teman-teman lama dan berkongsi rasa dan pandangan. Jarang Negeri Maya lain mempunyai kelebihan ini. Ini adalah sebab ketujuh mengapa patik menggemari Negeri MErah Berdaulat.
Kemudahan untuk berdagang menjadikan mengapa Negeri MErah Berdaulat menjadi pilihan kelapan. Barang dagangan di NEgeri ini sudah mendapat piawaian dan melepasi QC yang amat ketat yang dikenakan oleh Sang Ratu.
Kisah kisah artis turut dipaparkan. Selalunya dari perspektif pandangan yang berbeza terutama dari lensa alat perakam kehidupan milik Sang Ratu. Ini adalah sebab kesembilan mengapa patik menggemari untuk terus mendiami Negeri MErah BErdaulat.
10. sebab it is simply RED. Enuff Said. HAHA. *Nampak sangat siapa on HOLIDAY lagi kan?*
10 Sebab kenapa Saya Tak Suka Blog ashterix.blogspot.com
Memandangkan masa peperiksaan hampir tamat, saya senaraikan terus 10 sebab dengan harapan Prof/ Tuan/ Puan dapat memberikan markah yang patut mengikut poin poin yang di beri. *I actually get this ayat dari marking student U punye final exam ye*
Jarang di update
Tidak ada entry bab MAKAN MAKAN
Tidak ada entry SHOPPING SHOPPING
Tidaka ada entry HOLIDAY HOLIDAY *eh ade.. tapi manje
Tidak ada urusan jual beli kuih raya
Tidak ada pengikut
Tidak menjadi penghubung antara pembaca dengan pembaca lain
Tidak dapat ‘connectivity’ antara penulis dengan pembaca
Lebih tertumpu kepada blog Sang Ratu
Tidak ada X Factor
Saya akhiri karangan saya ini dengan harapan isinya tidak menyentapkan mana-mana pihak sebab kita semua mempunyai taste berbeza dan pandangan yang berbeza juga.
****************
Sedap bunga bahasa karangan yang dimainkan oleh Fifi….
He s the winner, ye nama dia cam pompuan tapi dia lelaki lah. Fifi - lama dah kita berkawan kan, dah 3 taun lebih tapi x pernah kita berjumpa….nanti akak post adiah yer. tunggulah bila akak dah beli adiah baru akak mintak alamat kay…tahniah! lagu lam blog fifi tu, sangat syahdu, dari dulu lagi aku mintak dia jangan tukar lagu, so bape taun dia biarkan lagu tu. terima kasih ye Fifi…
kepada yang telah participated lam rancangan x berplan langsung yang aku buat dr penang, 10 sebab kenapa saya suka blog redmummy.com and 10 sebab saya x suka blog lakinya, terima kasih muahsssssss2 kat korang….Putubambu, Ayuazizi, Nazzya, Yuzz, Diana k and Elle dan Sun. (boleh ke aku letak korang nya submission tu kat blog nih? kalo boleh aku tempekkan lam entry baru.)..nanti aku main impromtu contest lagi korang masuk kay..yang lelain pun sama.
Eh siang semalam ai ada cakap hal tengok wayang kan…ha tu pun contest gak tau. so korang stand by lah yer. but this only meant for bloggers sahaja, x de blog x dapatlah kang tickets wayang
RED Random Posts. Korang dah baca?
- Khalwat? [12 comments]
- Redmummy’s weight in Bangkok… [6 comments]
- Madam Kwan [11 comments]









on October 9th, 2008 at 12:33 pm
sob…sob….sedihnya…sbb dh ada pemenang…congrat fifi!!!!!
[Reply]
on October 9th, 2008 at 12:59 pm
uwahh….
meletopp letoopp ok ayat fifi…..
tahniah la yerk..
kakk copek kakk..tak sabar dah nak masuk next contestt nieee….
huhuhuhukkk
diana-k’s last blog post..Selamat Hari Raya!!!
[Reply]
on October 9th, 2008 at 1:07 pm
mmg patut fifi menang.
ayat nye fuhhhh!!
best best..
=)
WawaNadwa’s last blog post..Eagle Eye
[Reply]
on October 9th, 2008 at 1:09 pm
kalo gini saya pun mahu terus menetap si Kerajaan Merah Berdaulat..
permaisuri dia diva nokk…
hiks
Nad Eusoff’s last blog post..TRIP YANG LALU
[Reply]
on October 9th, 2008 at 1:29 pm
tahniah fifi…
mmg layak ko menang……idea sangat kreatif dan sasterawan gitew….;)
kak..suka suka je idea tu….jangan ter”ambil hati” …
hati skrang manyak mahal oo ..
[Reply]
on October 9th, 2008 at 1:36 pm
congrats fifi!!!!!
seriusly, he deserve to win lah kak.. sangat creative even yg last last tu cam dh kehabisan idea ayat purbakala…
ayu’s last blog post..budak yg suka sentap!
[Reply]
on October 9th, 2008 at 1:50 pm
suka baca…macam salatus salatin….
Umimia’s last blog post..Two prettiest girls on earth
[Reply]
on October 9th, 2008 at 2:45 pm
Kau rasa sekarang ni orang berblog sebab hobi ke..trend ke sebab keperluan?
Ketahui apa yang aku maksudkan di BLOG KedaiMagik
[Reply]
on October 9th, 2008 at 3:46 pm
ADUYAI…. terasa balik ke tingkatan 5. baca karangan melayu klasik. pastu jawab soklan. huhuhu…
tahniah2.. kalo saya pun saya pilih dia jadi pemenang. ayat……… leh mengayat mak pak anak dara org.
Zana’s last blog post..Giant Poster!
[Reply]
on October 9th, 2008 at 3:48 pm
padan le fifi menang.. sangat sedap le karangan dia..hehehe..
tahniah..tahniah..!
Putubambu’s last blog post..Hari Raya The Series… - Part 2 lagi..
[Reply]
on October 9th, 2008 at 6:14 pm
yeahhh… well deserved!!! congrats fifi.. !!
miszsensei’s last blog post..English 101 : Which and What
[Reply]
on October 9th, 2008 at 6:21 pm
sangat best.. clap clap to the winner..
kak red kak red.. sy ada blog.. walaupun sy ala2 silent reader yang sesekali menyampuk sy tetap nak menyertai contest tgk wayang bersama diva merah… tak kira tak kira….
hohohohohoh
nurul aina’s last blog post..ApA JaDi???
[Reply]
on October 9th, 2008 at 9:44 pm
amboi2 berbunga2 entry si fifi…
[Reply]
on October 9th, 2008 at 11:40 pm
saya onn jea kak…terpulanglah pada akak
elle’s last blog post..Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu – novel Islami
[Reply]
on October 10th, 2008 at 12:46 am
mak ai ayat,..ni klu nk bercinta esok2 kene belajo ngan mamat nih,..hahahhaha bg emel die kak red,..hahahahhaha
[Reply]
on October 10th, 2008 at 1:17 am
Assalamualaikum
looks like my comment earlier tak melekat. Aiseh!!!
hari ni SANGAT HECTIC, lari here n there. Tu tak sempat nak check melekat ke dak komen i buat earlier tadik. isk.
Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH melalui Sang Ratu KErajaan Merah Berdaulat,
Tak sangka pula cabaran yang disahut secara impromtu membuahkan hasil. Alhamdulillah lagi sekali.
Berkat cuti raye le nih. hehe.
*ekceli, i masih speechless, sebab ape, tak sangka idea yang on the spot terus buat ni terpilih* Kepada peserta-peserta yang lain tu, tahniah jugek sebab join competition ad-hoc ni, I bet all of us love being here, thats y we participate right?
Nampaknye, kene buat entry ACCEPTANCE SPEECH ni..
tow chieh, sieh sieh ni. merci beaucoup, gracias
takde Sang Raja, tak le macam2 application kat Kerajaan Merah Berdaulat ni kann???
Kat Sang Raja, kite jenguk juge blog Sang Raja, cume once a while la.. hehe.. anyway, good work maintaining this site
5thE’s last blog post..1st Syawal 1429H
[Reply]
on October 10th, 2008 at 7:46 pm
ya ampon…… bahasa cerite hikayat 1001 malam….
tahniah fifi!!!!
eh…. walaupon komen ku lembs… namaku tak turun dr list sebelah tu lah..
ngehehehhehehe
[Reply]
on October 11th, 2008 at 9:50 pm
ekekeke rituh baca skali.. wahhhhhh bahsenya.. aku xgheti ok buat bahse gitu. salute2.. btw. congrats ye FIFI
[Reply]
on October 13th, 2008 at 10:08 am
caya lah fifi… beridea sungguh u nih….congrates!!!
mayangkelapa’s last blog post..j.o.d.o.h part II
[Reply]
Add A Comment
RED Top 10 Popular Posts (all times)