ITM, Bandar Pusat Jengka Pahang

IMG_3255

oh inilah entry yang paling aku looking forward sangat nak buat. it takes me 13 years to do this entry ahahhahahaha. 13 years katanya!

rindunya aku kat tpt nih, kat jalan2 kiri kanan hutan yang sayup mata memandang.

masa ni sayup lah, kata 13 taun kan.

dedulu, oh hutannnnnnnnn hutannnnnnnn! tak nak masuk hutan!

IMG_3258

sepanjang masuk ke daerah nih, aku yang dari tidur terus terjaga. ai ve been wanting to visit this place for so many years, kerana itulah aku gigih mintak sirman singgah jugak kali nih. sbb kalo time ni gak tak singgah, kompem aku kena tunggu lagi 13 taun huahahahhahahah!

IMG_3267

wah dah ada big big petrol station kau. ada 2 plak tuh…dulu ada ke, ada pun kecik 2 tongkol jer sumbu minyak dio. ok lah tu tipu aku tak ingat tp serious lah ini petrol station bapak beso weiiiiiiiii, sudah berkembang maju gila babas aaa tpt nih.

IMG_3268

yey! akhirnya aku sampai jugak ke Bandar Pusat Jengka, Pahang!!!

aku tinggalkan tpt nih on my last final paper taun 1995. sejak tu aku tak pernah tinggal jejak kat tpt ni semula. kerana itulah kamu paham kenapa aku sangat excited buat entry nih. so gang2 aku dari Jengka, korang stay on coz u gonna miss the place after reading my entry nih.

imbas cite lama, dahulu saya dpt offer kat 2 tpt, either manjong or BPJ.

aku anak bandar, seriously lah kan aku mesti nak carik tpt yang dekat ngan kl aku gak. ai chose BPJ sbb dia ada tulih Bandar! tp bila aku sampai, wahhahaha nangis woiiiii!

bukan aku je yang sodih bila pestime jejak kaki kat BPJ nih, seantero anak2 yang kena dihantar ke BPJ adalah ngeri sama ini tpt.

IMG_3270

gigih ni pusing BPJ, sungguhlah dah beso. dulu aku ingat ada lah tak sampai 7 umah kedai. paling gamer BSN. sbb itulah bank paling disukai kami students yang sering poket kosong.

aku actually pusing BPJ ni nak carik kedai basikal si Samrin ke hapa nama dia yang dulu2 menang More Jutaria tuh. korang yang muda2 tak kenal dia, yang batch aku mmg kenal dia, or older than me messti ingat dia. That time like 20 yrs ago ke gitu dia menang satu juta ringgit from the More Jutaria game show tuh, and dia anak BPJ, dia ada bukak 2 kedai kat sini. satu kedai beskal satu lagi kedai apa tah, tp dia sangat down to earth nya makhluk.

tp aku tak jumpalah kedai si Samrin tuh….

lgpun the place memang totally berubah.

eloklah, zaman berganjak and BPJ pun dah makin membesar….

IMG_3273

now sblm sesat, meh lah kita tanya orang kat mana ke tempat aku menjunjung ilmu dulu….

aiyooo, nama nya belajar kat sini tp jalan dah berubah banyak wpun sama je kiri kanan hutan….

ye adik2 akak makngah bang long, saya dulu adalah product ITM. aku tau korang dok bilang UiTM tp aku x leh aaa nak sebut Uitm tuh, aku tetap dari product ITM. yang paling bangga, me and my batch adalah pioneer to BPJ. so korang kalo agak2 lah students baru ke after my batch, kena bayangkan betapa daifnya kami dulu (the seniors masa ni masih di Kuantan branch tp kami the freshies and pioneers kena campak kat BPJ tp ngan nama lain Jengka aaa). jarang pun kami sebut BPJ.

hallo, public phone pun takda tau dulu ITM aku nih. ada pun selepas few months kami kat situ, and satu phone for each blocks, and bayangkan betapa panjangnya qqqqqqqqqqqqqq! dahlah tu after 10 ke 11 pm tak leh turun bawah bergayut. ko turun, memang ko carik nahas lah!

handphone? huh sorang lam seribu ada handphone botol air yang leh baling anjing tuh. and antara orang yang ado  hp mahal tu ialah bapak Riny. Rinyyyyyyyyyyyyyyyy! bapak ko bawak hp tuh mai BPJ, semua siswi jenguk kat tingkap :)

IMG_3275

Balora Mastika!!

ini adalah dewan awam khusus untuk rakyat jengka, dewan ni jugaklah yang kami siswi siswa gunakan untuk any grand event. paling grand pun buat kat Kuantan tp kalo takde budget buat kat sini jer….huh, idup lagi ko Balora Mastika weiiii!

IMG_3276

ha dah sampai ke pintu masuk ITM Pahang

IMG_3278

kaler pagar dah warna biru menyala! melampo tollah kan benda kekecik gini pun aku leh ingat, tp tol lah dulu pagar ni mana de kaler gini….

IMG_3280

bangunan kotak…

sian kan, korang tau tak itm jengka lah saesatunya itm yang bangunannya sangat berkotak2, tak de seni langsung….

IMG_3282

kami pusing satu ITM, aku tak kenal sapa lagi dah lam nih, in fact aku tak carik pun orang yagn aku kenal ntah ada ke idak. ntah2 makcik pakcik keje sini sume dah pencen. lecturers pun mbe ada yang dah merantau dah jadi Head tu Pengarah mana2 of any branches or mbe ramai yang dah pencen jugak. 13 years kan, bukan 3 taun!

IMG_3285

aaaaaaa…bangunan siswi!

IMG_3287

wui beza benor le bangunan nih, dalam tu dah mampat padat. tpt kami melepak kat koridor bawah dah jadi warden nya parking plak…sangat lah tak frenly alam.

IMG_3288

asrama siswi ni namanya Habsah and Aisyah. dedua block aku penah merasa duduk. masa first sem dulu, aku kena dok kat block blah kanan tu yer, ujunggggggggggg tingkat 2. 2 bilik je penuh, lain kosong semata. lelain lak dok kat block satu lagik and satu floor lagik ujung sini. so ari2 gak lah pintu bilik aku ngan roomate aku yang namanya apa ek, Hani ke Hanis dia budak Pre Science, dah lost contact pun, asik lah kami dikaco dek Cik Pon ke Cik Lang or hantu2 yang tau kitorg ni penakut.

IMG_3292

kau! lam itm tu sendiri ada BSN, wuii banyak lemak tol bebudak skangggg!

dulu sapa pi bsn jengka, akan carry lebih 10 atm cards, ater yang mengirim mintak cucuk duit sket nya ramai kan!

IMG_3293

signboard pun dah canggih….

got Taska some more…and setiap block siswi and siswa ada gerai2 makan kayyyyyyy! banyak lah perubahan yang ado! btw kalo tak silap aku ada bangunan2 baru yang depa tulih bangunan siswi gak, but at the side of the field, so itu dah tentulah bangunan baru kan, zaman aku mana ada sumer tuh.

IMG_3294

IMG_3300

hoi hoi, berdating ek?

ni kalo zaman aku, terus dpt surat saman tau. dilarang sama sekali berduaan wpun di kawasan terang dan banyak mata melihat. zaman aku gak, only on my final year dpt pakai seluar, so sepanjang idup kat sana ngan baju labuh lengan panjang and kain. seluar hanya boleh dipakai waktu petang pi riadah.

IMG_3303

IMG_3305

block siswa ada 3 blocks.

ai cant remember so well, but during my 2nd or 3rd semester we the girls kena pindah dok block lelaki. sbb kapasiti students pompuan melampau2 buak than the boys. jadi bila dok kat block lelaki, korang tau lah bilik ayonya ada tpt kencing berdiri tu kan. ayo very the dirty tau wpun kita girls tak pakai tp rasa nak muntah je tengok tpt urine berdiri tu.

so what we did was, kami the girls letak all the pasu bunga kat tpt tuh. ha! cun sket… :)

IMG_3307

IMG_3311

Dewan makan! aku merindui ikan jacket mu…biskut kering mu, air teh tawar mu, nasi kerak mu, dan segala2 nya yang ada dalam tuh….

ai remember ada sorang makcik dewan makan nih, asal nampak aku jer, bila menu ayam, dia akan bagi aku 2 ketul ayam :) . n aku tau ramai korang tak suka ngan ikan jacket tp aku suka. ikan cencaru till now aku buat goreng. sodap!

makcik pakcik yang jaga dewan nih pun gamaknya udah pencen. dulu satu dewan ni kami share2 siswi siswa, sbb tak ramai, pastu bila naik semesters students makin bertambah. rasanya ari jemaat and isnin kot ada special menu ayam, dan  tak kira students tu kaya or miskin, tetap akan turun makan….ayam ko!!!

IMG_3312

di belakang saya itu adalah bangunan2 belajar, kelas2 lab kami sume di situ lah.

aku wpun pada mulanya amat benci ngan tpt nih, tp akhirnya aku terima lah hakikat, belajar kat tpt yang tak de entertainment nih banyak bagusnya. You know why, coz kerana kurang nikmat hiburan, aku rajin belajar. Ai managed to get Dean’s List for 3 semesters, the first sem je aku gagal dpt 3.5, dpt 3.4 jer, kurang sket untuk aku complete to get the Anugerah Pengarah.

sbb nya dok sini nak buat hapa, so belajar je lah, tu yang score and grad on time.

Love life during ITM session, let s not touch that lah….nanti abang sayangku jeling meling, wpun kisah lama kannnnnnnnnnnnn :)

IMG_3317

this is a new jalan, dulu takde, think ni tpt untuk students ROTU. zaman saya dulu takdo ROTU, tp aku adalah budak Kesatria Brass Band. dan aku yang kecik ni kena bawak side drum, udahlah tpt simpanan instrument kat HEP tingkat 4, nan ado lift, makin kering kedemping saya nak turun naik bawak side drum.

IMG_3322

jalan menghala ke rumah tetamu and perumahan lecturers and staff

IMG_3323

IMG_3325

kafe masih yang sama, masjid ada di tetengah tp aku x masuk berjalan celah sana, takut lak kena gelar penceroboh, so aku pusing2 and aku rasa time aku kuor amik gambo kat dewan makan tu pun bebudak lam dewan pun ala2 ‘lam ni pun sakan nak ngamik gambo hapa akak nih’

halo dik, wait till u touch 30s kay.

IMG_3324

wah DPIM nye ladang dah besau. DPIM nya course memang sesuai belajar kat jengka nih coz depa kan nak kena berladang bawak cangkul bagai, tp sangatlah besar nya tpt nih, berapa hektar dah itm ni.

actually too many things yang aku nak type imbas cite lama tp macam tak tau mana satu aku nak cite, tang ni ke tang tuh ker…

IMG_3318

so back to the place, masa kami sampai ahad tuh, ada family day kat lam itm nih. very the just nice ngam soi. wpun mentari panas mencanak, aku ajak gak depa the 3 turun, meh kita tengok apa yang ada…

IMG_3341

IMG_3343

macam2 lah ado, tp takde sorang pun yang aku kenal. they are students from the place, and also orang2 luar makcik pakcik Jengka yang meniaga lam tuh sempena family day ni. tp tu lah, sapa yang depa expect to come, aku tengok tak berapa pun orang nya yang datang. or probably pagi2 ada orang lah kot sbb masa aku sampai ni pun dah past lunch hour.

IMG_3348

IMG_3353

IMG_3356

eii bear tu shame2 pakai 2 peace. nampak je abang tau!

IMG_3364

IMG_3361

IMG_3359

takde yang istimewa kat family day nih, aku hanya belikan depa keropok and sosej and air buat basah tekak….lepas dah puas merembas lam nih, baru lah kami tinggalkan ITM kucinta.

siap sirman tanya ‘dah puas lom? nak pusing seround lagik tak, abih dah rindu dendam 13 taun? awak belajar kat sini dulu, eii lam hutan betullah’

to my seniors, juniors and batch from the SSJengka Yahoo Mailing Group, ai hope you are happy with my entry nih. oso from my frens dari other courses like DIS, DCS, DPIM….harap memory rindu kamu terubat.

IMG_3366

My final paper was on 1995, now dah 2009 ehehehheheheh….so long babeh. so long….Graduation convo aku kat Shah Alam, sume orang buat kat shah alam kan, pe kes lak buat kat jengka ni ha, ado ke yang nak datang :)

huh panjang gile aku buat entry nih, rehat sat lah….!

Categories : ITM, Pahang, RedMummy

114 Responses to “ITM, Bandar Pusat Jengka Pahang”


Adorable Muslimah Online Boutique
Hurry, Grab affordable & gorgeous Blouses, Tudung, Telekung, Dresses & more for Ramadhan & Raya!!!
Rahsia Batu Hitam
Merungkai rahsia keajaiban Quantum Pendant & Rahsia Jana Pendapatan Pasif RM2280 sebulan!!!
Corporate Gift and Hampers for Ramadhan & Syawal 2010
A time for celebrating, giving and indulging family, friends and business clients!!!
Delicious Cuppies
Homemade, halal & delicious cupcakes, cakes & brownies. Taste It To Believe It!!!
Butik mama & baby - Enriching the living of mama & baby
Persinggahan setempat menjual pakaian wanita & kanak2 terkini dgn harga yg berbaloi-baloi!!!
Advertise here!
With more than 120K unique visits per month!!!
  1. dinza Says:

    huhu..jalan nak gie jengka sangat stress kalu drive blkg lori sawit.. balora mastika dah jadi tmpat main badminton skrg..

    dinza´s last blog post..x SaNgKa DaH BaNyAk NiE

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @dinza,

    ater dewan besonya ganti balora kat mana plak?
    iskk
    balora balora
    sampai skang aku terkenang tragedi di balora mastika tuh!

    Reply

  2. wiwie Says:

    mak ai..
    strict gler ek ITM ms dolu2. :bloody:
    bc kak red pny entri nie pon rs cam dulu2 kak red terseksa je stdy kat cni.
    tp hasilnye memuaskan an?? ;)

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @wiwie,

    oh ni lah sesatunya itm kat msia yang paling siksa disiplinnya kay
    kalo kuor over the weekend must come back by 6pm or is it 7pm!

    Reply

  3. syahira Says:

    ;) as’kum kak red. hi, how are you doing? i’ve never been to BPJ.. so i don’t have any ideas how it’s look like? hihi.. i have some of my friends are come from BPJ :love: kak red.. i’m also will be one of Mara University product, insya Allah :) .. do pray for me ek!

    syahira´s last blog post..the weather is HOT

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @syahira,

    wahhahahhahaha
    itm jengka is the best for me!

    Reply

  4. Lina Says:

    Salam RM…

    yesss i think i’m the first one yg bg komen kat entry ni hehehe… sebenarnya sblm ni saya cuma silent reader jer kat blog rm ni but bile baca entry ni berkobar2 semangat saya nak komen… ape sebabnye ye… sebabbbbbbb… saya pun ex student kat itm jengka ni hehe.. but saya batch DSS96-99… kiranya rm grade saya baru terkedek2 nak start study hehe… nak tau tgk gambar2 tu semua terus terbayang satu2 memori kat sana… mmg mula2 rasa boring giler study kat situ tempat jin bertendang kata org but bile lagi 1, 2 sem nak grade baru terasa sayangnya nak tinggalkan tempat tu, teringat kat hostel, teringat makanan kat dewan makan, nak tau lagi 2 sem saya nak grade mmg pulun makan kat dewan makan jer kecualilah nak tukar selera barulah makan kat cafe… yesss sape kata ikan jacket tak sedap kan hehehe… last visit kat itm jengka tu tahun 2006 tak silap masa saya pregnant 1st baby… masa tu pun dah byk perubahan… bangunan baru semua… thanks ye rm coz mengembalikan semula nostalgia di itm jengka… pjg lak komen saya ni… by the way do visit my blog yer… sorilah klu sblm ni x penah tgglkan komen kat blog rm coz saya just suka baca je n mmg x tau nak komen ape heheh tp setiap hari mmg x penah mis buka blog rm… so oklah nanti jd cam entry baru lak komen saya… thanks again ye rm… have a nice day!

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @Lina,

    cafe jauh aaaa lina
    unless ada break between class at 8am to the next class baru leh pi cafe
    kalo bebuta nak pi cafe dari bilik
    pengsannnnnnnnnnn tau!

    seronokkan entry nih
    aku looking powed sangat nak buat entry nih hahahaaaa

    Reply

  5. neeza Says:

    tesentuh ai baca n3 nie..me dak jengka gak..year 96-99 dak SS gak
    tgk pondok pak guard je dah touching td ape lg bila u tnjuk DM
    ayam hari jumaat tu semestinya as u said anak org kaya pn laju je sarung kain trn mkn

    mula2 smpai mmg sedih giler tp nk tinggalkan masa final sem tu sgt2 la sedihnya

    tq imbas memory jengka..huhu =(

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @neeza,

    dulu masuk dewan makan tak leh pakai seluar
    wpun dah boleh berseluar on 95
    zaman ko masih sama gitu gak ker

    Reply

    neeza reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,
    zaman ai no jeans no pants…hulu hilir sarung kain itam..lg2 g DM tuh..dak2 yg ade koko jek leh pkai suar..strick gak ler time kitorang tuh…

    neeza´s last blog post..Aku Ssseenntapppp!!!!!

    Reply

  6. mya Says:

    tempat jatuh lagi dikenang… ini pula tempat menuntut ilmu kan… entry menggamit memori kak! :)
    mya´s last blog post..Sakit Mental

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @mya,

    ye ye entry ni paling sonok akak buat
    panjang lebar btol!

    Reply

  7. shida Says:

    waduhhh…!!! kenangan lama….masa mula2 mak ngan abah saya hantar utk register tu punya la excited giler. tapi bila masuk je dlm BPJ ni terus tersenyap sbb “alamak……hutan!” mak dah gelak2 dah. tu la reaksi pertama saya masa nak register ITM utk sesi 95-97. giler takut tgk pekan, tgk itmnya yg sikit punya jauh….boleh ke aku idup kat sini. hehehe berkat ketabahan akhirnya saya grade gak. bila kak red sebut pasal ikan jaket tu…mmg ramai yg tak nak makan. saya dulik ape…..dah tu je yg ada kan. sedap ape. tapi mmg best la…walaupun jengka tu tak berapa nak maju masa tu. bila time pasar mlm je…wahhh penuh bas itm.

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @shida,

    mmg…pasar malam dia fuhhh
    pdhal bukan nak membeli sgt pun
    tp dapat kuor dari itm
    tu yang nikmatnyaaaaaaaaaaaaaaaaa@

    sambil cecuci mata hahhaaaaaa

    Reply

    shida reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,

    yess…!!! setuju ngan statement cuci mater tu. bukannya beli ape pun. paling tidak beli yg goreng2 cucuk ngan lidi tu. e.g. pedal ke, hati ke…ishhh kenangan pasar mlm la pulek….

    Reply

  8. mashimar0 Says:

    hi k.red..im ur silent reader :) ..samrin 2 skrg ade kdi letrik..kt area2 kdi baru..pe tah nama die..lupe lak..kdi die dkt ngn kdi bj pacik sy..hehe..

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @mashimar0,

    ha dulu pun samrin ada kedai letrik gak
    mesti betambah2 beso kedai dia kan
    n dia pun dah 40s ke 50s dah kot ye

    Reply

    mashimar0 reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,

    aah..kdi yg lm 2 xsure ade lg x..dl ade lg la..skrg xsure..hehe..agk tua gakla pacik samrin 2..ank die yg 1st pun da 20 sumtin..

    Reply

  9. Mrs Taj Says:

    betol la kak red..ITM mmg glamor dgn ikan jaket..skang ni derang kena jamu ikan jaket lg ke?me dulu 1st sem tahan lg la mkn ikan jaket..msk 2nd sem klu time ikan jaket jd sombong mkn kat luar..tp bila time ayam berlari turun tangga! huhuhuhuh

    Mrs Taj´s last blog post..Nasi lemak for bukak puasa

    Reply

    momguess reply on March 24th, 2009:

    @Mrs Taj,

    skg pon stil ader lagik ikan jaket tu

    dah jadik cam ikan rasmi pulak kan

    momguess´s last blog post..lavender touch ceramic

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @Mrs Taj,

    akak x kira sem
    mmg turun makan ahhahahahhaa
    aku kan poor girl that time
    kawan2 aku kaya
    leh beli kat cafe sentiasa

    Reply

  10. neo@sufe Says:

    ooo tidakkk..u make me misss Uitm jengka..neo abis tahun 97..sbb july 97 tu sambung kat shah alam..ermm..tp masa belum membangun syioookk tau dok situ..sejukkk jer. nk p kelas pun malas..siap intai keter lecturer lg..tp bila kena tukar asrama..dah tk besh. kak red ade lg tak masa tu..yg budak lelaki kena pindah asrama puteri..puteri masuk asrama lelaki..pastu sejak ade budak2 pre-acct ngan acct dah tak syiok sbb terrrrrllaaaalluuuu ramai student hehehehehehhehe..laa ni tak tau la kursus aper yg bertambah kat sana..masa dulu DPIM,DSS,DCS ngan DIS + pre-science kannnn.oooo

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @neo@sufe,

    yang pindah block laki ke block pomp tu sume akak rasa
    agak siksa gak lah coz nak angkut barang2 pindah dr block siswi ke siswa
    pastu pindahhhhhhhhhh balik

    but ada jugak kenangan hitam bosan kat sana
    but let it go
    yang penting
    aku cinta sama itm jengka

    Reply

  11. reen Says:

    salam.
    kak red.
    saya hanya la silent reader jgka.
    tapi entry ni buat sy nk komen2 jek.
    hehe
    sy tak study sni, tapi kwn2 sy belambak2 study tmpat ni. i used to gelakkan dorg sbb study tmpat jin btendang. lpas jek bc entri ni, waaaahhhh gtu kan. kna mintak hampun la ngn dorg. now i tau la napa dorg syg sgt kt Uitm Jengka dorg. ceewaaahhh

    reen´s last blog post..Boleh diam tak?

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @reen,

    ha pi mintak mahap cepat kat kawan2 ko hahahaaaaa

    Reply

  12. nisa Says:

    hi kak red…sy hanya silent reader a red jek b4 this..tp bile kak red buka entry nih…waduhhh teringat ler plak nostalgia duk jengka…tp sy batch 2001-2004 DBS…mase memula dpt surat pnye laa senyum sebb baca Bandar Pusat Jengka…yela dpt kat bandar konon2nya..ekekkeke tp bile smpai sana maakk aiii…dlm kepala dh terpikir mst lepas 3 tahun baru dpt balik kl…huhuhu meraung2 bile mak nk balik….homesick giler mse 1st sem…tepon mak jek nangis…tiap2 mggu nk balik..tp bile dah nk abis blajo tu mak plak tnye bile nk balik…eekkekee..memacam laa kenangan yg sangaaatt best wpn duk kat dlm utan tuh…winnduuuunyee….

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @nisa,

    oh kir baru lagik tuh abih 2004, baru 5 yrs kan
    so nanti lagi 10 taun
    jangan lupa jenguk itm tau :)

    Reply

  13. nisa Says:

    tempat soping paling glemer time tu pasaraya mat sapak..rase cm soping kat klcc..ekekkekee… tp rasenya skrg dh tade pasaraya tuh…

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @nisa,

    masa zaman akak
    parkson mat sapak ni takdo rasanya nisa

    Reply

  14. moi Says:

    tak sangka kakred pun produk jengka…. jengka yg paling best hehehe… walaupun parkson takda kat situ tapi SaParkson @ Pasaraya Mohd Sapak tetap dihati….

    moi´s last blog post..~ Congratulations Dear!! ~

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @moi,

    tu lah masa zaman akak sparkson tu tarak
    pandai2 je korang namakan dia parkson tau

    Reply

  15. ina rawang Says:

    kak mira,

    u shud wear ur name tag… baru bangga name tag lain sket dr org len… hahahaha

    ina rawang´s last blog post..Abah Sakit…

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @ina rawang,

    name tag yang mana tuh
    heheheeee

    Reply

  16. chada Says:

    Yeah!

    Usaha,Takwa,Mulia! 8)
    chada´s last blog post..Un Portefeuille…and my story

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @chada,

    itu motto itm jengka ke chada?

    Reply

    chada reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,

    tu motto uitm skang..
    dulu bukan pakai yg tu gak ke?

    hehehehe~~

    Reply

  17. momguess Says:

    zaman kite dulu itm jer kan, tapi skg dah ader pangkal U, benciii tauuu

    UITMMMMMM, muahhhssss

    momguess´s last blog post..lavender touch ceramic

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @momguess,

    saya suka itm lagik kak than the U

    Reply

  18. aina Says:

    woooo…da lame gile jd silent reader redmummy.com… tp bile entry ni keluar mmg terpanggil nak tinggal jejak.. sebenarnye kak red..saye asal dari bpj, sekolah di bpj, grad uitm bpj.. kelazzz kan kak red… he he.. tp uitm jengke mmg bestla…

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @aina,

    huh tak acik
    ko dok kat bpj
    pastu bajar kat bpj

    wahahaha patut anto ko kat manjong ke sawak keee

    Reply

  19. midcupid Says:

    sape x suke ikan jaket mmg rugi kn hehe

    kot nyer asrama nie mmg suke bg mkn ikan jaket kot..mmg sedap + sambal merah
    nk lgi sedap, kasi panggang lor..haha

    maveelessss r kn :)
    midcupid´s last blog post..n09-60 : ciNta pERtaMa

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @midcupid,

    yelah zaman belajar
    sume nak makan sesedap
    tp yg ado ikan jaket
    tu yg ramai nyampah ngan ikan jaket dok

    Reply

  20. Aleeya Says:

    Oh kak red, aleeya pon ex-uitm jengka nehhh, skang dh mcm2 ade kan, klo dulu..kemain seksaaaaaaaaaaaaaaa, he he kak red tak amik ke gambo awis qarni..he he…rindu lak nak ke jengka la kak red………..

    Aleeya´s last blog post..Menuju Puncak !

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @Aleeya,

    awis qarni, nama ni betul2 akak ingat tp masjid or library ek?
    ai forgotttttttttttttttttttttttttt!

    Reply

    ilyanie reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,

    my friend yang blajar kat uitm jengka cakap, awis qarni tuh adalah MAsjid.
    HEHE~

    ilyanie´s last blog post..~Happy Birthday An-nisa Abriza~

    Reply

  21. Putubambu Says:

    waaaaaaaaaaaaaaa….rindu betul aku kat ITM Jengka ni tau..

    thanks Mak Red.. ko mengimbas kenangan lalu aku bersama ikan jaket tu tau..(tu pun ikan faveret aku…especially bila dimasak sambal tumis)

    nostalgia betullah..

    walaupun tempat ni jauh terpencil..ni le tempat belajar paling privacy bagi aku..sampai le aku dapat AP.. alhamdulillah..

    * teringat zaman study week dulu..yg aku kacau ko kat bilik kosong depan ko-op tu.. ingat tak? berani ko study sorang2 yek..kalau aku..idok le..penakut aku ni..!!

    Putubambu´s last blog post..Why I love the 80s & 90s..? – Part 4

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @Putubambu,

    zaman tuh sah2 la kan bilik masih banyak kosong lagik
    hahahahahahhaa

    pastu
    ada nak kosong?
    satu bilik 4 orang kau!

    Reply

  22. K. Awie Says:

    Alloo Red..ko memang wat ati akak tersentuh..meruntun..sebakk..ya laa, sedaif-daif..se ulu-ulu tempat tu ia tetap menjadi tempat yang penuh dengan kenangan manis….Seperti ngko, akak pun tak pernah jejak kaki semenjak grad Mei 1995. Udah 14 tahun daaa. Isykkk.. apsal ko tak jejak kasih En. Mail kerr??

    Well, dik akak ko nie haa first batch kat sana…kitaorang Pre-Diploma dari Kuantan then Semester 1 terus diarah melapor ke BPJ. Masa tu hanya kami yang satu kelas DSS ni plus other courses yang juga semester 1. Korang adalah first batch untuk Pre-Diploma DSS. Ko tak hengat ker akak nie jadi Fasi korang masa minggu Orentasi??? Hmm.. masa tu cik Mira “toye” je ekkkk… Anyway, thanks for bring back the old and sweet memories in this lovely blog.. -maaz1302@yahoo.com-

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @K. Awie,

    cik mail tu ada lagik ke kat situ kak
    iskk
    garang aa pakcik tuh
    dahlah asik pakai baju putih jerrrrrrr

    hikssss

    Reply

  23. ilyanie Says:

    Perghh ramai giler komen.HEHE~

    entry ni betol2 nostalgia. rasa sayu jek baca.
    Mesti kite esok2 pon macam ni gak.
    Bila da cecah 30s, mesti rindu time uni.
    takpe.sekarang muda lagi.
    So ,kita enjoy.
    Hiks

    siyesly, MARA memang terkenal dengan ikan jeket nya.
    Saya pon peminat ikan jeket jugak kak Red.
    Ahaks

    =)

    ilyanie´s last blog post..~Blogger sakit ke?~

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @ilyanie,

    mana nak sangka ramai tol product jengka kannn baca RM
    eh anw
    kat itm jengka ni ada internet tak?
    sapa tau?

    Reply

    etty reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,
    masa zaman sy (2003-2006) da start ada wireless. tp canggih la sgt kan. hehe..da berkembang maju la jengka skrg ni. last sem rasa syg je nk tinggalkan..sob sob sob

    etty´s last blog post..bergedik bersama..chapter 1…

    Reply

  24. jude Says:

    sy pun rindu giler kat tempat ni.. tengok pics ni semua bring back all sweet memories.
    sy pun SS10 dkt sana 97-2000. Rindu tak kat Cik midah? hahaha… :)

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @jude,

    wah cik midah
    dia lom kawin lagi kan?
    ke dah kawin? lupa aaa

    sorang lagik tu cik cik emm kawan baik dia yang tetinggi tu
    dah kawin kan yang tuh?

    one of them kawan, depa invite akak
    tp akak tak dpt pi lah

    wah cik midahhhhhhhhhhh!
    aku ingat lagik, nak pegang typewriter
    so mata tpi tengok t/writer
    dia ketuk nya jari jemari ku ngan pembaris
    =!

    Reply

  25. jude Says:

    ada yg kata dia dah kawen.. akak ni batch sama dgn azlinawati zenol abdin tu ke? sy rindu kat Puan JJ (jahjaiton), puan Nurul, En. mail, En. halim, Encik razak..ntah bila nak pi jengok sana lg..zaman tu kafe kat belakang tu depa panggil kedai makngah. Last time tinggalkan tempat tu dah ada cyber cafe kat dpn sapakson tu.. Hujung minggu struggle nak dpt tiket metrobus balik KL… oh! best! best!

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @jude,

    azlina tv3 tu ek? dia sebaya akak tp dia my junior, dia masuk lambat satu sem.
    semua lecturers yang ko sebut tuh sume penah mengajar akak

    but the sapakson tu mmg kami tak penah ada
    ada cc tp lam kolej takde internet ek?
    hemm masih daif lagik jengka kuuuu

    Reply

    ctNadya reply on March 24th, 2009:

    @RedMummy, dalam kolej dh ada internet la sis…. die ada 2 WiFi hotspot ngn internet berbayar which we call UNINET here… kalau nak access dr bilik kena gne uninet tu.. sejam singgit… tp kalau nak free gne wifi… tempat tertentu je la leh access pun

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @ctNadya,

    kalo zaman dulu
    camne aku nak belajar tuh
    bukan murah laptop wooooo

    Reply

    cikponbopbon reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,
    masa puan merah tu.. azlina rambut dh lurus lum?
    sbb dulu kt taiping takde la cerah cam skang
    rambut kerinting je

    cikponbopbon´s last blog post..Mari meneka!

    Reply

    etty reply on March 25th, 2009:

    @jude,
    puan jj ada ajar sy. sume lect yg u mentioned tu, my lect jugak. seronok sgt dpt menimba ilmu dengan mereka..

    etty´s last blog post..bergedik bersama..chapter 1…

    Reply

  26. mulan Says:

    ha.. ha.. nasib baik tak sempat kena pindah sana…
    were u in Jengka all the while??

    mulan´s last blog post..Tuna Bay Island Resort..

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @mulan,

    yeap, for 2 1/2 years :)

    Reply

  27. nuee Says:

    salam..kak red. lame x komen kat sini..
    waaaa..ni betol2 punye mengimbau neh. sgt syahdu la..
    agknye kitowang yg memuda baru grade nih, time2 da 30’s nnt pon msti cam akak gak ek..huhu..sgt nostalgia lah..
    “kenangan yg lama menjelma….” :) :)
    nuee´s last blog post..Boleh Ke???

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @nuee,

    bayangkan ye
    aritu final paper
    aritu gak cabut balik kl!

    mmg sangat sonok bebas woo dapat balik
    pastu akak ddpt offer suh jadi tutor kat sana
    huh kerat jari
    tak nak aku balik semula weihhhhhh
    sanggup tolak offer tuh

    Reply

  28. ctNadya Says:

    OMG!!! kak Red…. uwaaa… saya g kem BTN kat Besut time tu… sy belajar kat UiTM Jengka gak sekarang.. i’m one of the MPP there now… ala….. terlepas nak jumpe kak Red ngn gegirl yg cute itu… sedih gleeee ni…….
    uwaaaaaaaaaaaa!!!! nak jumpe kak Red… dtgla ke Jengka lagi.. kalau sudi la… kalau kak red nak tau… skang ni nama die UiTM Pahang Kampus Khazanah Alam tau… br dpt title ni tahun ni…

    ctNadya´s last blog post..TAGGGGG!!!

    Reply

    RedMummy reply on March 24th, 2009:

    @ctNadya,

    ehhehehehehe
    take rezeki dik :)
    gilo aaa nama ke main panjang
    tp itm jengka gak orang panggil

    Reply

    etty reply on March 25th, 2009:

    @RedMummy,

    dulu kak red amik course apa? sy suka sgt blaja kt sini. rindu nyeee. nk mintak izin kak red copy gmbr ni masuk dlm blog sy ye. nk gak bercrita ttg uitm ni. :love:
    etty´s last blog post..my best friend’s wedding…

    Reply

    RedMummy reply on March 25th, 2009:

    @etty,

    ok cannn

    Reply

  29. arlina Says:

    hi kak.
    Uitm di hatiku.
    =( =( =(
    heheh…ina first batch itm tukar jd uitm. budak2 itm ni mmg lain mcm sikit kalo dpt tau org blajo itm gak… rase cam famili.akak da tinggalkn itm 13yrs back ka? sgt rindu tuuu…
    sy yg baru 3-4 tahun ni pun tersgt la rindu. nasibla sy blajo DCS kt itm dungun yg hanya sejengkal dr umah kt dungun tu…
    pastu degree kt shh alam…pon sejengkal je dr opis sy skrg..heheh.
    indahnya zaman blajo ni kan kak?

    arlina´s last blog post..My Passion Become My Income

    Reply

    RedMummy reply on March 25th, 2009:

    @arlina,

    huh baru 3,4 taun
    dpt lak itm dungun
    tak acik aaa kooo!

    Reply

  30. pRicesS_N Says:

    mengimbau kenangn zaman blaja ekk sis…

    pRicesS_N´s last blog post..cOngRaTz ME!!

    Reply

    RedMummy reply on March 25th, 2009:

    @pRicesS_N,

    yeahhhhhhhhhhhh! heheheheheh ai miss the place

    Reply

  31. myra Says:

    wahhh..ITM di hati ku taw….dip itm..degree itm..mmg betul2 product uitm neh..

    lauk kari ayam…and sup makaroni nyer….sedapppppp….

    duh rindu itm Kelantan..masa tu kat PCB…

    myra´s last blog post..Just Clouds…

    Reply

    RedMummy reply on March 25th, 2009:

    @myra,

    got kari ayam ke kak?
    ado ek?
    aku lupaaaa

    Reply

  32. nadia Says:

    kotak pun kotak la k.red..
    kami dulu kt manjung..umh kedai..
    memori sungguh..tp best..
    kalau berani,ponteng la kelas..lecturer naik bilik tolong kejut bgn tdo lagi..heheh..
    pape pun..itm tetap di hatiku..

    Reply

    RedMummy reply on March 25th, 2009:

    @nadia,

    sib baik dia tolong kejut
    kalo dia suh ko ponteng tetiap ari
    lagik naya

    Reply

  33. Julie-SSJengka93 Says:

    mira, i was on tears when i read this entry.. terima kasih atas imbauan memories ini.. ingat lagi kat saya? im ur silent readers.. rindu gila dengan kengkawan lama..

    Reply

    RedMummy reply on March 25th, 2009:

    @Julie-SSJengka93,

    oh kita ingat awak…. :)

    Reply

  34. cikponbopbon Says:

    wah.. neh gerik la advance neh
    tgk entry neh teringat gerik..
    strict cengitu la
    tp idok la taraf itm
    tarap budak maktab rendah sakit mental
    hahahaa
    tp last year we went to jengka, mmg besar kan stesen mnyk tu
    tp still.. gerik lagi advance dr jengka..
    puan merah pi jengka tuk lepas rindu dendam kt sape.. hhehehee

    cikponbopbon´s last blog post..Mari meneka!

    Reply

    RedMummy reply on March 25th, 2009:

    @cikponbopbon,

    rindu the place aaa cik pon
    iskk orang dah ckp orang rindu the place
    13 years kkkkk
    rindu gilerr

    Reply

  35. nisa Says:

    ehehhee time sy merasa ade telepon dr bilik ke bilik FOC….just bayo satu sem 10 hengget satu bilik….gayut sampai lebam….siap ade yg gatal2 konon dail salah bilik padahal nk gatal2 gayut…ekekekke

    Reply

  36. Leez Omar Says:

    Salam Mira…. :)

    weihhh… aku 2nd batch lps batch hang… tengok gambar2 nih wat aku terkenang zaman2 kt jengka dulu… totally change yu… ingat lgi pes taim dtg sini, nk pi bandar pusat jengka terpaksa menapak dr itm dgn berbaju kurung…punya ler siksa! Anyway thanx a lot for ths entry beb!… aku… ntah bila ler nk smpai jengka…

    Reply

  37. who?me? Says:

    kak red, saya pernah ke sana…hantar my brother masa zaman 1997..yaallah scary giler tempat tuh!!my brother yang kuat semangat pun selalu call rumah nak balik..hahahahaha…

    who?me?´s last blog post..i heart twilight!

    Reply

  38. Elyn Says:

    salam kak red….. lame tul saya x komen lam ni kan!!!

    entry ni buat saya terkenang camne saya nunggu cik abg blk dr jengka tetiap minggu ……
    gini rupenyer jengka ek!!! kang mlm nk suh die baca entry ni bg dia tgk ITM dh berubah….. :)

    Reply

  39. etty Says:

    sungguh best baca entry ni. mcam2 perubahan dlm masa 2thun ni.

    etty´s last blog post..bergedik bersama..chapter 1…

    Reply

  40. lily lotus Says:

    sis…letaklah pic u convo…mesti awet muda abis u!

    lily lotus´s last blog post..ter’dropped-by’ :P

    Reply

  41. azrul izwan Says:

    hidup jengka! ini batch 2002-2005 berkata2! muahahaa!

    azrul izwan´s last blog post..Family Retreat 2009: lompat si katak lompat!

    Reply

  42. mk Says:

    Kenangan senyuman seorang sahabat menerima sepucuk surat dari sahabat sekampus

    Reply

  43. j0jet Says:

    kak, thanx la sbb entry ni..sgt terusik okee..
    sy pon x itm jengka..2002-2005..BM111
    huh..sgt rindu ye bau utan kat sana..tgk babi berlari2..
    yg pasti menangis, gelak, sume tu kenangan manis..
    dulu benci skang rindu..

    Reply

  44. Iz Says:

    saya pun budak uitm jengka. jojet di atas ni penah kena denda tido dalam utan sebab pakai baju singkat kot. haha. Kalau kak red perasan kedai-kedai kat jengka semua sangat kemelayuan. Nama kedai dia semua macam “Kedai Emas Pak Abu, Mak Esah Tukang Jahit, Restoran Pak Seman Anak-beranak” haha, gitu la contohnya

    Iz´s last blog post..Diari Seorang Pemalas

    Reply

  45. Ashrufzz Says:

    Sebut psl ikan jeket,teringat aku tgh bawak tray kat dewan makan pastuh kena sengat dgn tebuan. Nsb baik x terhempas tray tu. Zaman sy dulu tebuan bersepah kat tempat nak cedok air, dah ler kena bawak cawan sendiri. Kena la cucuk obat kat buntut kat klinik dpn dewan tu. W/pun 1 sem je duduk (Amik Pra Sains zaman ITM declare jadi UiTM),tapi mmg lg byk kenangan duduk Jengka drpd Shah Alam..haha..Ramai pulak tu dapat kenal dgn gadis2 DSS..huhu..

    Ashrufzz´s last blog post..Raw Unedited Video Footage of Citrawarna 2009

    Reply

  46. idayu Says:

    thank u very much kak red with this memorable entry…
    mmg nangis bila kena htr blaja kat sini memula tp skrg rindu gilee kat tmpt ni.
    uitm jengka branch batch 96-99 DIA course

    Reply

  47. ~asha~ Says:

    kak, sy junior akak dss thn 99 – 2001, batch kami, kami namakan dssjune99….tima kaceh la sbb akak mengimbas kembali memori zaman ‘kanak2′ ribena ni..sguh la seronok sgt….tak sangka lak redmummy ni senior sy..eheheh super duperb lagi….dulu masa blog akak glamer sampai masuk paper..usha2 gak la blog akak ni…tapi sy ni jenis kurang berminat nak membaca sgt…tambahan org tak kenal..sy suka baca blog org yg sy kenal je…so skrg sy kenal dah la sape redmummy yg glamer2 ni..ehehehehe…

    kak, pe kata akak anjurkan program gathering besar2an tuk dss itm jengka….ok tak?

    Reply

  48. mr jay Says:

    owh..red mummy blaja sini rupanya.
    sy org jerantut..hye red mummy

    mr jay´s last blog post..go liverpool go

    Reply

    RedMummy reply on April 8th, 2009:

    @mr jay,

    Hi :)

    Reply

    ct Fairuz reply on July 12th, 2009:

    hai..saya budak dpim 43th gen…sekarang uitm dah cantik kan..ladang kami pun makin bosar2..hehe =(

    Reply

  49. mamamia@mimi Says:

    hi.. saya pun ex student itm jengka batch 95 – 97. sedih plak baca entry ni. mengimbau kembali nostalgia lama di sana. berubah bebenor sampai dah tak dapat nak bayangkan tempat2 yg RM tunjukkan tu. anyway it such a memorable place… kepada kekawan yg sama batch tu.. hi semuaaa.. :D

    Reply

  50. ina jamal Says:

    eh.. blok siswi dah tukar kat atas balik ke? dulu kami tinggal kat blok bawah tu.. i tinggal kat kolej khadijah blok c… dkt ngan padang rugby… petang2 selalu cuci mata tgk siswa main bola…. ekekke…… i misssssss pasar malam sana… miss the coconut shake.. sodap wooo… that’s the only place of entertainment gamaknya masa tu kan… kak red, pasaraya apa eh tu?.. wujud lagi ker?….

    Reply

  51. Mary Says:

    Hi…I pun ITM Jengka 1993…DIS second batch. Kita orang ni antara beberapa kerat orang Sabah/Sarawak kat situ…Anyway…I miss ITM Jengka. Like you tak leh nak bring myself to call it UITM. Macam tak ori pulak.

    Selalu gak nak pi ITM Jengka..Now staying in Jhr and hubby pun dari ITM Jengka…tapi tak sanggup nak drive punya jauh dari JB ke Jengka..

    I miss the ikan jacket. it was my favourite…Of course ayam yang paling best la…I still rindu kat ikan jacket masak sambal…kau you…selalu dapat 2 ekor s’bab orang lain tak suka. I ngan kawan I hemtam cukup-cukup…Sometimes siap ta pau balik bilik… Memories…tapi masa tu I pun like you habis final paper je…malam tu trus ambik bas balik Kuantan….tak kuasa nak duduk kat sana satu hari pun lagi…but I really miss those times…now. Tak ingat nama bas express tu tapi dia akan ambik student kat depan pak guard..

    Reply

  52. 93412342 Says:

    aku pun x-jengka..series itm jengka mmg best dan aku mmg rindu jengka..aku 2nd generation jengka…masuk jan94..jul95 aku kuar g dungun sbb masa tu cs sampai part 3 je kat jengka..sbb tu aku leh kata best sbb aku dh merasa 2 itm

    masa 1st n 2nd sem dok blok B (tarmizi ke nama), 2 floor je pakai…bawah masa tu
    ada kedai lot b10.. masa 3rd sem dok dpn surau awis qarni tu..masa ni tkt atas sekali still kosong..aku dok bilik hujung sekali mengadap hutan sebelah bilik mandi belah kiri dan katil kiri…katil kiri tu semua dr tkt 2,3,4 berantu..tp aku x penah kena kacau..ada member sampai siap kena tukar bilik sbb selalu kena tindih

    2nd sem kena solat jumaat kat luar, sedangkan 1st semboleh..pastu masa 3rd sem dh leh solat jumaat kat dalam lps ustaz ya ali dahaman & geng slow talk dg MAIP (hujah dg kitab la)

    masa jd oc jan95 ada budak masuk hantu 2nd last day sbb nyanyi “aku penyair dr gunung” sampai kena hantar hospital kuantan memalam

    tingat masa dinner 2nd sem wat kat balora..ada budak dpim x gi dinner tp mancing dlm ladang jumpa hantu jepun

    2006 ada lalu dpn itm jengka masa g wedding member kat jengka..syahdu sungguh

    Reply

  53. x-jengka.. Says:

    haha.. mmg culture shock gak time 1st day.. tp lame2 jd syang plak kat jengka.. emm btw yg tuh bukan family day, tp KRISTAL, satu karnival tahunan yg pihak admin kampus organized dgn MPP skali..

    Reply

  54. x-jengka.. Says:

    UiTM jengka dh kureng citer antu2 nie..huhu tp dengar citer dr senior2 dlu serem gak huhu..

    Reply

  55. ezzo Says:

    RM amik crse ape ek mase study kat uitm jengka ni? sy tgh study kat uitm jengka gak skang ni, baru nk masuk sem 3 DIS. pape pon makanan kat dining mmg terbaek! hahahaha

    Reply

    RedMummy reply on June 20th, 2009:

    @ezzo,

    akak amik SS dik..

    Reply

  56. zool Says:

    Jengka batch 96 -99 Diploma Science Computer
    zool´s last blog ..Jambu Batu yang sedap My ComLuv Profile

    Reply

  57. didy Says:

    Hi, Mira…tersengih baca cite psl ITM Jengka..sayu pun ada..didy pun lngsng tak jejak Jengka lps. habis..ingat saya lg. tak? Julie..kwn. kak fatimah…org. Segamatkan…rindu betul.

    Reply

    RedMummy reply on October 20th, 2009:

    @didy,

    ingatttttttttttttttttttttttttttttt

    keje kat utm ek?
    dah kawin?
    dah ada anak?

    Reply

    didy reply on October 21st, 2009:

    @RedMummy,

    anak nak masuk 5 dah…berderet…..

    Reply

  58. arin@qua.. Says:

    salam rm,
    mmg menusuk kalbu siot..aku pon ex-jeng gak..whoever x been there xkan tau apa yg bestnya jengka..org lain duk situ usually 3 yrs++ tp aku duk situ 5 tahun…bayangkan lah how miss i am kat jengka..aku 1st batch dip acc ke degree kat jengka..dpt offer wat bachelor kat melaka, tp minta kat jengka gak..oooohhh jengka lamanya x gi melawat sana nak jumpa man tapai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  59. Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva… Says:

    [...] Visiting my ITM in Jengka – mengimbau kenangan lama [...]

  60. Ani Fazilah Zakaria Says:

    Mira, start baca blog redmummy ini baru aje terus tersangkut tak sangka pulak sama course. Dulu kecik aje ko nie. Dah pandai mekap sampai aku tak kenal…rupanya course mate aku…Tahniah di atas kejayaan Blog Redmummy ni. Semoga terus berjaya dan banyak dapat untung. Ingat kengkawan lama Didy, Kak Hetty Dzurin, Rini, Emelia, Julie dll…

    Reply

  61. Nina Says:

    Salam….hi….dari dulu dok masuk tak perasan u ex itm pahang…akak graduate dr sana jugak…..tapi akak more senior dr u…..akak last batch yg grad di kuantan….tak sempat study di jengka, masa tu masih dlm proses perpindahan….batch dpim baru start cucuk tanam hujung minggu kat jengka….first batch yg masuk ke itm jengka in early or mid 1993 kalu tak silap…masa tu akak jadi OC di itm jengka…..kira pioneer masa tu tak ada org start study situ lagi….alahai….kenangan manis ni…..dah 17 tahun berlalu….
    Nina´s last blog ..~From Along To Abas~ My ComLuv Profile

    Reply

  62. Tiniey DPIM 16th gen 1995-1998 Says:

    semekum…
    sy ex-dpim jengka dan ex-komander kat sana..
    rindu juga kat ITM jengka…dah lama tinggalkan jengka..
    dah 14 tahun dah…last kat sana tahun 1996 pastu pindah ke arau..
    tima ksaih kerana mengubat rindu sy pd jengka
    Tiniey DPIM 16th gen 1995-1998´s last blog ..Ecochallenge 2009 My ComLuv Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:


Random Red Reddies [ Yatie Zetty ][ Ak Kasyah ][ Shasha - Ning's Follower ][ yatie ][ Arale ]
RED Random Posts. Korang dah baca?