Introducing our new Mozel and Slash…

IMG_1673

jangan betulkan skrin korang….they are not Reddy’s babies. ini anak2 kucing terbaru ku. aku dah adopted depa  dalam sebulan lebih yang lalu….selepas sahaja Kemek pergi, saya dapat panggilan dari kawan yang mohon kalau saya nak adopt lagi kittens.

masa tu aku tak tau lagi yang Reddy pregnant…

Dedua nih adik beradik, baru 4,5 bulan usia depa….

IMG23054

memula memang depa tak kamcing ngan Reddy, tapi kemudian lama2, bolehlah berkawan tapi sebab lepas tuh kita dapat tau Reddy pregnant, takdelah aku nak rapatkan depa. mostly pun twins 2 ekor ni dok dalam cage, malam2 je kita kuorkan, tapi itupun 2 minggu jer. sebab lepas tu dedua ekor pun sama bebas di dalam rumah. tidur pun sekatil..iskk so ko bayangkanlah 3 ekor kucing aku memang berebut2 nak tidur ngan mak merah nih…

berry 142

Tiap kali aku pergi kerja gak, depa bertigalah yang nganto sampai ke grill pintu. Reddy memang itu kerjanya, tapi skang dah bertambah. i tell you, aku masa dapat tau Reddy pregnant, pening pala gak. now i m gonna have like how many cats already.muahahahah! dulu punya susah nak dapat walau sekor pun. but Allah itu Maha Kaya, diberikannya aku rezeki kucing melimpah ruah…

IMG_1536

this is Slash, si betina kepunyaan Abang. namanya Slash coz dia ni macam kucing bengal, tengoklah bulunya ha….tp dia pun manja. Slash ni mungkin kita akan pulangkan balik pada tuannya coz macam aku cakap,kalau rezeki Reddy beranak pinak, dah berapa ekor pulak aku ada nih kang…

wpun memula abang tak bagi, tapi ini pun masih blom kompem sampai tentu kita tau kandungan Reddy. masalahnya Reddy pun tak beranak pinak lagik.

IMG_1534

ini pulak Mozel yang sedang tidur lena di balik tv. Mozel ni Gegirl punya…dia ni jantan, memula ingatkan betina sakan lah manjaaaaaaaaaaaaaa sesangat. dia ni lah yang paling melekat ngan aku. korang tak tau kucing2 ni namanya anak2 aku punya tapi depa dua lebih suka berkepit ngan RM. mbe sebab aku  pencinta kucing and tau camne nak membelai dan menjaga kucing2 nih…

Mozel reminds me to Kemek 🙂

IMG00164-20100608-0150

Slash pulak suka tidur kat sini, tapi tak kisahlah kat atas katil ke, atas meja tv bilik ker, bawah pc ke, asalkan sume dalam bilik, tak geti2 nak tidur kat luar ke hapa. time makan minum berak kencing tau depa masuk cage memasing…cage twins nih aku dapat jer diorg terus aku beli yang hok 3 tingkat. senang diorg nak berjimba dalam tuh.

yang buat sirman geram kadang2 ngah tidur, tetiba Slash ke Mozel ada sebelah dia mahahahhaha…diorg nak tidur berpeluk ko!

IMG00162-20100607-2348

tu dedua ngah tidur lena…biasanya Reddy tak nak pun dekat2 ngan depa, yelah dia pun ngah menanti hari nak beranak. doctor pun cakap jangan bagi depa 2 too close ngan Reddy nanti Reddy tension, but semakin hari, depa bolehlah kawan cuma again as i said, Reddy kan ngah mandom badan tak larat nak memain…dia cuma lebih banyak memerhati akan 2 beradik yang buat havoc kat dalam rumah…

So I have Reddy yang sedang menunggu hari beranaknya, Kemek dah berjaga ngan orang lain. Mozel untuk Gegirl and Slash untuk Abang. Kalau ada rezeki panjang, anak2 Reddy pulak yang menjadi taruhan anak2 pulak, pitam pala Sirman.

IMG_7009

Slash

IMG_7058

Mozel

aloalo, ni pangai dia kalau duduk terkangkang kaki belakang dia tuh…dah pangai habit dia gitu lor

IMG_7086

Reddy the mak yong…

Tapi seronok having these kitties, aku pencinta kucing sangat2, susah hati kalau diorang tak sihat ke hapa, so far depa bahagia gumbira jer. Depa pun dah aku vacci kan kat my pet doctor…

Ramai meriah rumah aku nih…time memalam aku blogging, Mozel sokmo panjat peha aku dok sama menapung dagu tengok apa yang aku buat. Time tidur pun dia akan datang sebelah aku and tup2 dah berdengkur. oh…i love sesangat moment2 indah bersama kucing2 ku….

So kenapa nama Mozel and Slash…coz anak2 nak nama yang bermula sama ngan napa depa. Slash tuh sebab ko tengok le bulu dia kan macam bengal, ala2 symbol slash / and backslash. Mozel pulak dapat idea entahlah tetiba jer, aku sebut2 nama yang suh depa pilih, and Gegirl wants the Mozel’s name.

Ha ni lah antara rahsia saya sembunyikan, sebulan lebih dah ada 2 new kitty 🙂 and soon to get more kitties from Reddy pulak.

Comment: 24