Ramadhan buka puasa for my big family…

IMG_4492

langsung aku tak leh nak tepek gambar family members aku coz sorang dok sini sorang dok sana sumenya tak bertudung baik menantu baik anak. so takleh nak kuor RM lah. ada 3 brothers aku yang tak dapat nak join due to work commitment. ini yang korang nampak kat meja makan nih, tapi kat meja makan dapur lagi banyak makanan but kebanyakannya habis, cuma murtabak terbeli lebih. Rumah mak aku ni kecik so kalau sekali rap berkumpul, ngan anak menantu cucu, wpun tak complete anak 8 yang balik, memang happening.

Masing2 cakap ke main kuat orang dengo macam nak bergaduh, but i think ini ikut family generation gak kot, my parents orang Melaka, so kebanyakan orang Melaka memang cakap ke main kuat macam orang sebelah tu pokak. Eh aku punya pitching pun not bad tinggi gak, mau dengo suara nyaring aku, ha muleh muleh :)

IMG_4486

cuma mak aku waktu nak berbuka dia cam biasa lari jap pi surau belakang rumah. memang dari dulu lagi, dia suh anak2 balik tp dia tak berbuka ngan kami. dah abih maghrib buka puasa sket kat surau baru dia balik rumah. waktu tu kitorg dah settled kemas kan dapur sesiap, so sambil lepaking dok tengok akak aku dok suh adik2 beli barang yang dia jual. hah dia ler si ibu kutu hahahah! hampeh tol akak aku tuh.

tapi not bad aku tak beli apa2 pun, berjaya menepis. Tapi terpaksa gak order kuih raya coz abang dah ngendeng2 nak merasa kuih raya yang mak ngah nya jual.

Malam tu gak, abang aku bawak abah aku ke klinik, my both parents are not that well. specially my dad. Uzur dah sangat abah aku tapi anak menantu balik dah boleh ceria lah sket.

IMG_4527

Petang tu aku, Sirman and Abang pi bazar ramadhan kat param umah mak jer. first time aku ke sana. carik pari bakarlah, segala mak nek…bulan puasa ni suara abang ke main garau dah coz hari2 bedal air cendol. Wpun minum air milo panas and minum banyak air suam, tp power cendol sejuk tu lagi bikin tekak dia sakit. Sambil melepak ngan adik badik ipar duai, mamat nih mintak aku cabutkan uban dia…pantang betul dia nampak uban kat palanya, tak kira orang nak mengompat dia nak suh buat kerojer.

Mata aku dahlah nak meleka tengok Galaksi, ater si Azwan suh tengok SJDPondan kan…yang aku pi cover event dia harituh.

IMG_4488

first time kami laki bini pakai tshirts yang Kak Ann belikan from Thailand. woi kak….aku pakai pi param, orang terteleng2 menengok kak oiii. sampai abang pun lari ke tepi sebab tak nak dapat tempias He Is My Love. biasalah, budak dah nak membesor, lelaki pulak tu, feeling lah tu kalau orang tau mak nya love love dia. siap dia tolak2 aku suh berjalan sebelah kanan bapaknya, to make sure orang nampak bonar ayat tu tuju kek bapaknya.

IMG_4510

Penutupnya depa main bunga api, mana dapat pun aku tak tau lar… Minggu ni mak aku nak pi buat Umrah lagi, insyallah kalau takde aral, sehari 2 sebelum Raya dia balik. i think readers lama aku pun dah get used kan, mak aku memang akan sentiasa berada di Mekah pada setiap bulan Ramadhan. Pernah sekali tuh, dah 7 ke 10 Syawal baru pulangnya.

Cuma aku perati, laki aku, laki akak aku, kira menantu lelaki ler, bukan main mengada betul bila kat umah mak aku. tak geti le nak bangun angkat air sendiri, nak amik kuih kat meja makan ker, sume nak suruh bini2 sendiri pi ngamik. Tapi kat umah mak diorang goti plak angkat pungkok tak yah suruh bini pung. huii…. sampai dah nak masuk 10 tahun kawin Sirman weihhhhhhhh….!

tu mengada2 ke malas ke apa ke tuh….buffet bang, sendiri self service ler. Jadi boss betul sang suami ni kan, eh eh, for credit, sahur 10 Ramadhan Sirman masakkan sahur kay, wpun sardin semata, siap hidang2 atas meja and kejut the 3 of us. Kekdahnya aku dah memang ketiduran penat betul, tak sedor hapa, dia memang berjaga sebab layan movie, pastu buat housekeeping semua emails (woi oi sirman dah jawab ek sumer email from Contact Red) and tengok bininya tak bangun2 gak, dia sendiri masak sardin itupun aku dengo dia whispered ‘i masak sardin ek?‘ aku laju je ye kan and tarik selimut. hahahahha, sib baik nasi dah awal2 masak cuma nak kena panaskan jer.

kitorg bertiga pun pakat puji kaw2 bapaknya masak lauk sardin + milo panas tu sedap gila for our sahur! dengan harapan, kalau sudi, bolehlah masak lagi yek, kalau sudi gak, tambah ler telur mata kerbau simbah kicap sket. ngehhh :) .  Wah boleh buat permintaan gitu…

Comment: 32