100 things to do…

IMG02036-20100821-1253

ko! bz betullah aku hari sabtu arituh. pagi2 lagi kol 7 dah buat massage, makcik urut datang.  lepas 2 jam aku panjat katil balik, badan dah kena urut, bulan puasa lak tu, apa lagi, tidur balik ler. pastuh bangun dah tak tau nak buat gapo, mula2 rasa macam tak busy, tapi dah lepas zuhur tuh rasa macam eh eh, takkan nak tidur jerrr lagi. nak ngadap pc lagilah tak kuasa, tiada napsu sungguh! so aku carik barang2 yang nak disiap buat kuih raya. tq ayuthesun yang tolong belikan barang2 buat kuih raya aku, tapi belek punya telek, ada 2,3 barang lg tak cukup so itu harus kena pi carik. makanya project weekend nak buat kuih raya tak boleh buat lagik.

aku cakap ngan akak aku, abihlah korang, sapa datang raya rumah aku, ha satu kuih raya ni je aku bagi muahhahaha!

IMG02039-20100821-1421

dan kemudiannya aku laki bini pergi bawak Reddy and Mozel untuk vacci. kitorg terawal 15min so dok melanguk lam keter jer and we play around our twitter baru pasan Uber Twitter dah boleh upgrade to the latest version. petang tu jugak Mozel demam, aloloo, sian ko. demam kena cucuk vacci kan. diorg amik ubat cacing gak.

kat sini aku kena RM74. patutnya tak sampai 50 pun but sebab aku amik roller gak so jadi mahal sket lah. tau tak aku mistake tak asingkan Reddy ngan anak2nya. Doctor marah betul. coz anak2nya dah over 2 months, patutnya dah pisah putus susu menetek ngan maknya, kitten tak boleh lebih 5 minggu menetek.

aku ingatkan macam orang, sepanjang ada susu tu kasi menetek je lah kan, rupanya no no nookk. kalo more than 5 weeks, maknya kucing boleh dapat breast cancer or apa tah nama scientific for sakit teteknya lah coz anak2 nya dah besar dah ada gigi, so kemungkinan untuk diorg menggigit nipple mak nya masa menyusu tu sangat tinggi. jadi harus dipisahkan. ya halahai! mana aku tauuuuuuuuuuu…..

IMG00372

so the latest version of uber twitter in BB, boleh pilih colour background and i choose for red. perlukah nak bilang lagik kaler apa nak amikkan? of cos lah merahhhhhhhhhhhhhhhh!

IMG02054-20100821-1547

abih kat vacci, kita lari ke petshop pulak, borong pasir 2 kampit, makanan 4 bungkus, pastuh aku beli 5 tin makanan basah untuk triplets, doctor mintak campurkan ngan soft food coz diorg kan baby lagik. itu makanan tin kan, bukak2 jer jangankan triplets, Reddy and Mozel pun beratur nak makan sama, so aku tuang kat bekas and bagi diorg share2… All the barang2 kucing abih RM129.

itu pasir yang the best in the world, wangi. those pencinta kucing, boleh amik pasir cenggini, aku dah pakai dalam 7 kampits lah gitu. ada flavour oren apple etcs.  cukup ko simpan 10plastik kosong pasir nih, bagi kat petshop nanti dia bagi satu percuma pasir nih gak. hehehehe, kumpul babe kumpul ler senang nak redeem.

btw pasal Reddy kena putus susu netek ngan anak2nya kan, sian pulak diorg tak dapat anak bergurau-senda, sebab bila time anak2 kuor, Reddy and Mozel kena dok lam cage, macam tu lah amik turn memasing. So sirman cadangkan aku carik bengkung yang boleh tutup tetek si Reddy dari anak2nya menyusu.

aku rasa nak bengkungkan jer idea Sirman tuh. tak ke kurenggggggg asam betul!

IMG02057-20100821-1551

dan kemudian kita lari pulak pi stationery shop kat sebelah pet shop. Borong buku komik cina abang. dia memang suka kau beli buku2 komik cina nih. He doesnt speak mandarin with us, coz makpaknya buta mandarin, tapi harituh ada aku pi sekolah dia, cikgu dia borak ngan dia selamba kodok je dia jawab in mandarin, ke main laju fluent gak. aku yang terpinga2 between them coz sepatah aku tak paham.

he s not really good in mandarin writing tapi dia punya cakap quite not bad.  Bapaknya pun memang bagi setiap jumaat RM3 untuk dia beli komik book kat sekolah, apa saja untukmu anak2. takpelah komik pun takper, asalkan mandarin boleh brush up lagi dia punya bacaan mandarin and of cos semangat membaca tu yang paling penting.

IMG02059-20100821-1552

dan set pencil and ink brush art chinese for them too. kalau ada untuk abang, mestilah ada untuk adiknya gak…rasanya for all these sirman paid for RM55. Buku komik tu untunglah, korang nampak macam satu buku jer tapi sebenornya ada 2 buku berplastik di set yang sama. kira abang dapat 12bijik. sakan betul dia punya suka kay! tapi dia hanya boleh baca sebelum nak tidur and waktu lepas sahur kejap. kalo idakkkk tak jadi buat keje lerrr budak tu kang.

IMG02073-20100821-2247

at night, i received Raya Hamper from my client. oh suka, tak bukak lagi nih, biar gitu jer, mbe nak2 dekat raya ke baru bukak…mesti ada orang nak anto lagi kan. no hal, saya terima jer. aku pun ada jugak order hamper raya, or apa2 sahaja yang aku leh beli untuk hantar to clients gak. tahun nih ngah pikir mana nya site aku nak pakai to deliver my list.

Ramai yang nak suh aku amik depa punya site, pastu nak suh aku selit2 kat sini, pastu aku kena caj pulak tuh untuk hamper yang aku nak, apa barang? ko suh aku promote ko dalam nih, aku kena bayar untuk hampers yang aku nak hantar, pastu ko dapat untung kaw2. untung dari raya hampers aku nak order, and untung promo free gila2, wah wah, diorg nih kadang2 tak agak2.

namanya pun Promo Puasa Raya kan….kalau nak business kalau nak win win situation pun, janganlah pikir untung sorang jer, kenalah ingat parking kat RM pun bukan semuanya free, free kalu masaklah aku kena taji gak nanti. So Contact Red lah kalau nak Promo Puasa Raya lagik.

Comment: 8