I reveal my Jan’s earnings!

image

This is from Churp Churp Account

n remember pasal Churp Churp pun kita boleh dapat earnings, sama jugak ngan Nuffnang, ku cash out setiap bulan jugak. For Churp Churp aku banyak dapat dedicated FB/Tweets. Semua social network yang ada memang aku pakai untuk ‘mari mari masyuk’.

Sib baik RD’s account tuh aku tak godam, kalau tidak ngan dia2 nya account pun aku ganda 2 kan earnings, tapi takper, tak yah tamak haloba.

Churp Churp Jan’s earning  is RM1, 508.19.

image

Ini Nuffnang’s account

Nuffnang’s account, always cash out on the last day of the month, the Jan’s earnings ONLY.

ni bukan bulan2 lepas punya earnings yek, this is only for Jan.  aku tak main campur2 bulan lain bagai, i cash out every month coz terus hantar masuk savings/asb. daripada kumpulkan kat Nuffnang account…baik terus langsai ke ASB.

Nuffnang Jan’s earning is RM12,608.20.

Feb earnings, tunggu le cukup bulan, tak tau in total yet, but number of advertorials tu aku tau dah berapa.

Moralnya:

1. you blog nicely, tak yah nak kutuk bloggers lain kalau dah tau ko tu tak ke mana perginya, insyallah ada lah earningsnya.

2. kerja kuat dong, get the hits bla bla bla.

3. Study lah sendiri dalam RM nih if nak sangat tahu pasal blogging tips, ramai aku tengok pi bukak first enrty aku sampai skang korang khatamkan. nak korek camne ke blogger jutawan nih buat kerja.

4. Ko tak takut ke kak red, if LHDN audit lagik? nak takut menda, aku bayar tax blogginglah.

5. Nak kata aku menunjuk nih? hah kem salam lah korang….ini lagi group yang menyampahkan aku lagi makan hati mengigau malam gamaknya sampai terus sambung kutukan untukku, but kita perlu sedih ker? Lagi aku tayang earnings aku adalah…

6. Tak yah lah buang masa nak hamun ai si merah nih. ai dah immune, lagi u hamun melompat, lagi ai show show, lagi u bernanah darah. You know who you are from that group, and these ppl are all younger than me, in terms of age. Baca entry nih lagi best dari baca entry yang kutuk2 ai tuh pastuh gigit jari. Diorg sure terduduk dik.

7. Jangan kedekut dengan readers and panjang2kan buah tangan pun ye jugak. Zakat dan sedekah tu tak yahlah dicanang pun, apa yang korang leh share ngan readers, do it so. Ini orang bagi korang contact/adiah, terima kasih kat orang tu pun tak pernah. Sian readers tuh.

8. Readers pulak janganlah suka amik kesempatan jugak. Kita tolong mana yang terdaya. cara bantuan kita either via GBM Forum in RM nih, or via FB Fanpage, or via Twitter. If you tak nampak kita promote you dalam RM nih, maybe kita keluarkan your permintaan bantuan di channel yang lain.

9. Anw, mana pergi hilang yang nakkan tips jutawan harituh, dari beratus yang kita jawab, hanya 10% sahaja yang membalas semula. Lain mana hilang? dah kayo tak nak belajar ke?

10. Mood aku lately ni nak memarah je kan..isk isk. Sorry babe, keje banyak, yang nak dilayan kerenah pun ramai pastuh ada orang kacau family mertua aku, so wa sebagai pahlawan merah, kenalah jadi menantu mengdefend semua orang sampai aku naik hantu. Ni job laki aku bagi aku lor hahaha aku kan ‘ganas and garang’!

Anw earnings ni sume bukan dari jumlah iklan atas bawah kiri kanan, tetapi penyumbang utama adalah dari SPONSORED POSTS, seperti yang kubilang dalam Hot.fm.  Tidak juga termasuk yang direct iklans terus ke RM. itu kita tak yah reveal lah LOL.

Alhamdulillah, tambah sket je lagik, untuk both earnings jadi RM15k only for Jan. Sebenarnya kan, bukan baca RM ni sekali lalu jer korang leh dapat ilmu tips blogging, you kena dok sini study and tengok camne saya slowly naik. U can ask loyal readers RM yang dah bertahun2 dok di sini, baik yang suka or tak sukakan ai, depa akan tetap mengaku yang aku naik berdikit2 and sangat dedicated. So dont touch and go dari sini, tapi study and tengok rentak tuju blogging sebenarnya.

Comment: 187