Suamiku Pemalas (bukan suami RM kay)

Salam Kak Red and redmummy readers..

Pertama sekali terima kasih kpd kak red krn sudi pilih rintihan hati saya utk dikongsikan bersama dgn redmummy readers yg lain.. Saya tak pasti samada rintihansebegini pernah disiarkan atau tidak. Jika pernah, saya minta kak red inform saya link nya. Kalau belum, bole lah dikongsi dgn readers lain..

Masalah saya adalah masalah rumah tangga. Kami baru berkahwin 3 tahun lepas atas dasar cinta sama cinta dan telah mempunyai seorang cahayamata. Bulan 10 ni insyaAllah, kami akan menimang cahayamata yg kedua.. Mula2 berkahwin, mmg indah.. Sama indah mcm masa bercinta.. Tp lately..

Utk pengetahuan semua, kami sama2 bekerja.. Cuma nya gaji saya mmg dr dulu lebih sikit dr dia.. So mengenangkan perkara itu, saya pun setuju dgn sendiri utk sama2 berkongsi segala perbelanjaan rumah tangga.. Tak dinafikan mmg saya keluarkan lebih belanja dr dia.. Mula2 kawen saya sbr lagi.. Saya fikir, bg dia masa utk berubah.. Tp smpi skang anak dah nak masuk dua, tak berubah juga.. Naik lemak agak nya.. Masih ditakuk lama dan susah sgt hendak memajukan diri.. Nak kata saya tak support,  saya support. Bantu dia beli kamera DSLR utk dia buat kerja2 photog. Tp last2 dah 3 tahun saya tunggu, ape hasil pun takde..

Yg merimaskan saya ialah, gaji dia ngam2 je smpi ujung bulan.. Kdg2 sebelum smpi hari gaji, duit utk mkn hari2 dah habis.. Tetiap bulan camni kak red.. Saya rimas..Dan menambahkan kerimasan dan kerisauan saya ialah camne nnt bila dah beranak dua? Tp dia buat kewl jer.. Kami selalu bergaduh ttg hal kewangan.. Dia lansung tidak mempunyai simpanan.. Saya ada lah sedikit simpanan yg bole lah digunakan utk kecemasan..

Kerja dia sekarang ok.. Cuma nya gaji tidak setimpal dgn beban kerja.. Saya minta dia mencari kerja shift sbb kerja shift je yg gaji nya agak masyuk (utk customer service, shift odd hours mmg masyuk). Tp dia buat alasan nnt takde masa utk anak2.. Saya takleh terima lah alasan tu.. Adik beradik dia ada je yg keje siang mlm. Siap anak2 tido ngan bibik sbb mak bapak sibuk sgt bekerja. Ok je, anak2 tidak terabai dan takde yg rosak.. Pd saya, ini alasan org malas..

Ditambah dgn satu lg masalah, peel ahli keluarga nya.. Saya rimas lah kak red.. Semua hal nak libatkan, nk minta tolong dia.. Esp adik dia yg mmg suka mengkulikan dia.. Ada ke kwn dia dtg dr oversea, dia suh laki saya amik cuti utk bwk kwn dia pusing2 kl? Sanggup plak tu laki saya amik cuti. Saya sendiri tidak pernah merungut apabila dia memilih utk kerja pd public holidays. Saya rela dia pergi bekerja dr bercuti utk lepak bersama saya dan anak. Fyi, adik dia kebetulan terpaksa ke oversea. Ok lah, dimaafkan lah dia tu. Tp rupanya laki dia ada kat malaysia ni.

Apesal tak suh laki ko je? Mana bole nak suh laki dia sbb laki dia pun sibukkkkkk keje! Nmpk tak betapa losernya laki saya pd pandangan dia smpi bole disuruh gitu2? Tp bila saya berbetah dgn laki saya ttg perkara ini, dia kata saya dengki dgn adik nya itu. Bila saya tanya, kete disediakan ke? Duit poket diberi ke? Dia kata nnt dia check. Smpi satu hari seblm hari nak cuti tu, bila saya tanya semula, kete ok diberi pinjam (dh bwk kwn2 ko, takkan nak pakai kete aku kan?) tp duit, laki saya kena advance kan dulu segala belanja. Mujur dah hari gaji tp nnt kalau tak diganti, maka short lah lagi belanja bulan ni..

Satu hal lagi, mertua saya.. Mmg lah mulia niat mrk nak belanja laki saya gi umrah, tp tgk time lah.. Diaorg nak ajak gi bln 12. Masa tu insya Allah saya dah bersalin no 2. Saya yg bekerja, dgn anak dua org nak uruskan semuanya sendiri? Ape diaorg takde akal fikiran ke? Mak mertua saya terang2an dah ckp tujuan utama nak bwk laki saya ialah utk temankan diaorg.. Takut nnt jd mcm masa umrah lepas, ayah tetiba sakit kaki sgt smpi takleh nak jln, takde org nak tolong.. Laki saya juga yg mrk pilih sedangkan diaorg ada 2 anak lelaki yg lain, yg punya bibik dan anak2 dah besar so xde masalah kalau laki diaorg gi ikut mereka gi umrah..

Kesimpulan nya, saya 1. Rimas dgn keadaan kewangan kami yg semakin meruncing dan tiada usaha dr pihak dia.. Saya ni takleh nak tukar keje sekarang sbb mana ada org nak menggaji pompuan mengandung kan? 2. Rimas perut dgn peel ahli keluarga dia yg semua nya nak suh dia.. Itu ini semua dia.. Mcm dia tidak bekerluarga dan tidak bekerja.. Masa bujang dulu bole la.. Skang dia dah bekeluarga sendiri pun, dia jugak yg kena..

Saya runsing.. Saya ada ceritakan dgn mak saya tp mak saya setakat dgr je lah..Terdetik di hati saya utk minta berpisah sbb dah jemu dan muak dgn semua ni. Kami tak pernah dpt berbincang hal ni dgn cara baik. Mesti bertekak. Ada sekali tu saya dah marah sgt, terpacul dari mulut saya, “kalau smpi bln 6 tak berubah jugak, kita berpisah je”.. Saya nak tgk camne sementara nak sampai bulan 6 ni.. Kalau betul dia sayangkan saya dan anak2, dia akan berubah.. Kalau tiada apa2 perubahan, saya nekad..

 

Sender: Jasmine

 

 

Comment: 89

RM6 penjimatan tauladan!

IMG00004-20110324-1839

 

RD is away again…

cubaan kawan2 utk menakutkan aku dengan cerita “Misteri Malam Tanpa Suami” adalah gagal. hahahaha coz aku pun tidur ke main lena berkapit dek anak2. Sekatil ler kita dah bapaknya takde, dedua anak dalam kendonganku. Kebetulan aku dapat balik on time hari tuh and terus amik Abang bawak pi barber gunting rambut.

Geram aku, few days b4 Langkawi trip, Sirman pi potong rambut dia tapi tak nak dipotongkan rambut abang, padahal anaknya tu ikut sama meneman. Katanya  masih pendek, aku tau le rambut budak tu dah panjang. eiii…so hari2 aku berzikir, tak jugak dibawak. hah ko masa Sirman outstation, aku angkut si Abang.

Bapak ko tak leh buat, meh mak ko yang buatkan. sokmo pun macam tu hiksss

Siap aku pi uruskan postal utk barang2 dari Shop@RM, tak sempat aku blogkanlah, aku twitkan jer dah menderu orang beli. sold out ordy semua skincare tuh. Sempat jugak beli barang2 kat pet shop for my kitties.

Balik pada Abang nih, aku malas betul nak bawak ke mamak, since saloon aku sokmo pergi tu takde customers, aku ajak ler dia masuk dalam, dia tak nak kooooooooo! dia tak nak rambutnya dipotong di saloon tuh. mana2 saloon pun tak nak. dia nak rambutnya dipotong dek kedai rambut india tu jugak.

mummy and gegirl je, orang pompuan je yang potong rambut kat saloon ni lah mummy. daddy pun tak pernah potong kat sini, abang nak potong kat tempat biasa tu jer. ni tempat mahal orang pompuan je potong sini.

wah ko! ahhahahaha!

so aku pusing le keter pi sebelah Papa Rich, situ ada barber yang lagi better dari depan QB. RM6 jer…belanjawan berhemah si anak untuk rambutnya.

🙂

Comment: 27

Red Frame of Gucci!

IMG_9114

IMG_9231

IMG_9203

Dalam entries Langkawi, or entry2 biasa pun korang ada nampak ai pakai Gucci nih ye dok? Suka? tak suka? mesti suka!! Pilihannya banyak ada di Princess Victoria Stylo, cuma pandai2lah korang ikut kesesuaian muka. My spek nih ada sun protection ke hapa nama scientific nya lagik hai, pi tempat panas tuh memang terus jadi gelap ala2 sunglasses, masuk indoor dia jadi terang beliang balik. Purposely aku buat gitu…

Susah nak dapat frame merah, kebetulan je aku nampak ada kat Princess Victoria Stylo, b4 korang songlap, baik aku langsaikan dulu!

Nanti nak tengok lagi apa bags, emm jams or anything yang aku berkenan di Princess Victoria Stylo!

U dah beli apa yek?

Comment: 37

Di tepian pantai malam gulita…

IMG_9441

IMG_9476

IMG_9446

IMG_9451

IMG_9464

IMG_9470

 

IMG_9496

IMG_9501

IMG_9499

IMG_9444

semuaaaaaaaa gambars pakai auto timer 10kali snap kay! kat dalam kawasan hotel, sebelah beach tu lah. jalan memalam jap tengok scenery, orang takde pun masa nih. kita 4 beranak jer. ngan abang dok jalan ke pantai aku tarik, jalan lagi dia ke depan aku jeritkan. eii budak nih.

dahlah ada member aku cakap ha ko bebaik kang hantu laut ikut balik. hotel ko tau lahkan. hotel yg kita duduk ni dah 28 tahun ko! hah mantap tak dia punya sejarah. dah sama umur ngan korang.  ahhahaha

anw, fyi aku kan dah berbulan pakai skincare product baru, suka pulak heh, tu muka licin tanpa secalit make up :). best gilak rasanya..eh eh over teropen citer muka pulak. the product nanti i ll share it with you soon.

bestlah dok Langkawi. best for holiday.

emm…kalo ko suh aku dok permanent kat sini, gulp!

 

Comment: 20

Jangan kacau boleh tak?

Salam Kak Red,

saya nak submit cerita seram yg dialami oleh sy sendiri. Masa saya sekolah menengah dulu, saya tinggal kat satu rumah sewa ni, dengan family. Rumah tu half batu, half papan. Mula masuk, memang dah rasa lain macam. Rumah tu walaupun rumah sewa biasa, tapi besar. Saya selalu tak lena tidur. Time 12 malam je mesti saya paksa mata saya supaya lelap. Sebabnya…

bermula pukul 2 ke 3 pagi, saya akan dengar satu bunyi kat bawah bantal saya. Macam ada benda tengah mencakar2. Bunyi macam kucing yang cakar. Padahal sebenarnya family saya mana ada bela kucing masa tu! Kalau bela pun, takkan la kucing tu nak cakar2 bawah katil saya. Huhu. Last2, saya tidur tak pakai bantal.

Lepas tu, saya dengar bunyi tapak kaki lalu daripada ruang tamu menuju ke dapur melalui bilik saya. Saya tak tutup pintu bilik. Sengaja saya biar bukak sebab takut. Lepas tu saya dengar bilik air berbunyi macam ada orang guna. Saya tutup mata tapi tak jugak tertidur. Tapi yang anehnya, sampai hari dah siang bunyi tapak kaki tu tak lalu balik ke depan. Tak mungkin abah saya yang lalu, sebab saya sure sangat abah saya tengah tidur masa tu.

Adik bongsu saya pun selalu kena ganggu. Dia selalu cakap sorang2 dan selalu sangat react macam tengah main bola dengan seseorang. Adik beradik saya 5 orang, just ada sorang je lelaki, yang lain semua perempuan, adik bongsu saya ni perempuan. Dia selalu cakap tengah main dengan “abang”. Huhu. Adik lelaki saya masa tu tengah sekolah. Habis tu, “abang” mana pulak yang dia tengah dok main sama2 ni.

Banyak lagi la cerita Kak Red. Saya pun pernah kena kacau masa mandi. Masa saya mandi, saya dengar pintu bilik air kena ketuk. Lepas tu kat luar saya dengar adik saya tengah ketawa. Mungkin dia menyakat saya. Jadi saya marah suruh senyap. Lepas tu saya terus bukak pintu. Bukak2, takde orang! Adik2 saya semua kat ruang tamu. Takkan sekelip mata boleh ada kat depan..

Huhu…sekarang saya dah tak duduk rumah tu. Alhamdulillah rumah yang sekarang ni ok.

Tq Kak Red.

Sender: Luna Qiszara

Comment: 19