My mom kena rompak!!!

Salam Kak Red, saya dah share cite hantu ari tu.. n now nak share untuk kebaikkan sesama kita sebagai kaum wanita!

Last year, my mom kene rompak beberapa minit selepas keluar dari bank. kejadian ni berlaku di Rawang. My mom pergi dengan adik lelaki saya untuk keselamatan lah ye. kalau kak red nak tau, salah satu bank di rawang ni, dia nye concept kalo nak keluar duit more than RM 10000 akan di bawa masuk ke dalam satu bilik untuk safety la kononnye.

tapi spy2 yang expert ni tau la gamaknye sapa yang keluar bilik 2, confirm cash out duit yang banyak. my mom sentiasa la dok berzikir sambil bawa banyak duit & adik da ready dlm kete untuk pick up my mom depan bank 2.

sampai la satu tempat yang agak jauh juga ngan bank, my mom nak jawab call.. so dia stop la dengan zikir pelindung 2 kan! ha masa tu kat traffic light ngah benti.. kereta memang banyak n sebelah kete my mom ada bas yang penuh dengan orang..

tiba2 ada sorang perompak ni datang dan dengan 2 kali ketuk..cermin kete pon pecah! nak tau dia ketuk guna apa?? guna tapak tangan je kak! dasyat gila. helmet pon xpakai!

tapi orang sekeliling xsedar apa yang berlaku cuma my mom ngan adik je dok bergelut.. last2 adik lepaskan handbag my mom sebab takut dia ada senjata ke kan..kang xpasal nyawa melayang!

tangan my mom habis berdarah2 sebab kene serpihan kaca.. n perompak 2 xtau kemana menghilang. selepas 2 baru semua orang sedar n tanya kenapa n apa yang jadi?? pelik bin ajaib.. rasanya kene pukau kot semua orang..

yang pastinya perompak 2 warga asing.. so kepada wanita2 semua, kalo boleh elakkan la bawa duit bebanyak ni.. guna la cheque atau cara lain kalo ada..

Sender: anis czaj

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Terima kasih.

Comment: 18

Red Logitech!

IMG00128-20110407-1842

How much are you paying for this?

ok kalau murah dari apa yang aku bayar, jangan bilang. buat sakit hati aku jer kang. Kalau mahal than yg aku bayar, hah boleh cakaplah hahahaha….ni aku pi kedai kat2 umah aku, nak pi carik benda lain, benda lain yang aku pi bantai beli. pastuh tak pakai, not yet lah, sayang. aku nak belasah dulu yang Friso punya mouse, wpun bukan wireless.

Ni kali 2,3 aku beli wireless mouse, yang sblm nih brand ala2 jer…hah kali ni terus pakai Logitech. jahanam gak for a short term, memang hampagas lah. Sirman suh beli ni sesangat.

I paid RM56. murah ke mahal??????????

Comment: 55

West End Stars SUPERB!!

IMG_0906

RM, Ayuthesun, Sid & Sharul

Sirman tak ikut, he ada job lain yang lagikkkkkkkkkkkk penting kena buat. so he lepaskan bininya ke sarang Istana Budaya!

IMG00250-20110414-2001

Kak Red, Infinity nak jemput nih datang tengok West End Stars, tonite, preview untuk media, free tak?

boleh gaklah, bape tix dapat?

Baper kak red nak? ko jangan bawak satu bas kak

hahaha takde maknanya, 4 dahlah…

image

Korang…

ni bukan teater but ni memang konsert muzikal. Bestttttttttttttttt sangat! Finale paling best dengan lagu Bulan Madu Di Awan Biru, omputih bantai nyanyi lagu melayu. Guest artist is Jaclyn Victor. Penyanyi utamanya Stephen Rahman, Simon Bailey dan Ramin Karimloo. Memang korang tak kenal SImon and Ramin, takper, pi je lah tengok and judging from there, Stephen Rahman memang gemer lah kan!

First round tengok, macam eh eh…ni kalau pasangan bercinta, laki bini, or those yang ngah di dalam dunia cinta kasih sayang memang best tengok. coz lagu2nya, aksinya memang mendayu and rasa macam alahai…terkenang2 ngan kisah lama. awwww. Feeling sungguh.

IMG_0903

Tapi bila masing2 kuor kat hujung2 dengan lagu Fantasia Bulan Madu oh itu tak boleh blahhhhhhhhhhh, memang satu hall tu lah nyanyi. siap bagi standing ovation lagik. Seronok!

Masih sempat lagi kalau nak tengok, the next show will be tonite and trow nite (15th and 16th).  Get your tix from the RedTix. Padanlah sangat ngan RM, Red tuh! Harga ticket bermula dariRM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, RM480. Get your seatssssssss now now nowwww! Show di Istana Budaya yer.

Few of my frens are going tonite and trow nite too, depa tak puas hati aku dapat pergi awal. If ada seats lagik, nak gak lah pergi lagik bawak RD. the show was fantastic! meletup bombastic!

Comment: 17

Kereta Misteri!!!

Dah lama jadi silent reader blog kak red sebab boleh dapat banyak info kat sini.. huhu! tapi bila kak red buat ruangan Misteri Malam nie.. rasa mcm nak share pulak pengalaman seram yg satu nie..

Saya nie kak red waktu dulu memang penggemar citer2 hantu.. just name it lah citer apa.. sure akan tengok even 40x menekup bantal ke muka.. tp sejak kejadian tu.. bagi lah citer apa pun yg dalamnya ada hantu.. terima kasih jer lah! kasi RM100 pun saya tak nak.. serik! sebab tak nak ingat dah kejadian kat karak highway tu.. kisahnya bermula begini…

Masa semester akhir kat kolej dulu.. salah seorang kawan saya akan bertunang kat Jengka 1, Pahang.. dlm ramai2 kawan kami.. dia orang pertama yg akan bertunang.. jodoh dah sampai katanya.. sekarang nie dia dah ada anak 2 pun..

So, kami kawan2 sebilik dia nie pakat2 lah nak pergi ke sana kan.. kebetulan ada seorang lg kawan saya nie boyfriend (bf) dia ada kereta (kami kan student.. masing2 just guna pengangkutan awam jer.. bkn mcm student skrg.. mewah wooo)

Nak dijadikan citer.. kami decide nak bertolak pada waktu malam.. plannya dlm pukul 10.00pm macam tu.. so, boleh sampai kat jengka sebelah pagi.. tapi entah macam mana boyfriend kawan saya tu ada hal pulak.. nak dekat pukul 12.00am baru dia sampai kat shah alam.. kawan saya nie pulak dah bertekak-tekak sebab bf dia datang lambat.. sampaikan compact powder dia jatuh dan cerminnya pecah berkecai.. kan kalau cermin pecah2 nie petanda tak baik.. ish

Walaupun masing2 dah tak sedap hati tengok kawan yg seorang nie bergaduh dgn bf dia.. kami tetap jugak pergi.. so, penuh lah 1 kereta.. 4 perempuan dan seorang lelaki.. kalau dah bertolak dari shah alam lebih kurang pukul 12 lebih.. dah tentu lah sampai kat karak highway dlm pukul 1.30am – 2.00am betul tak? adeii

Semua orang sedia maklum jalan kat karak tu mcm mana kan? nak2 pulak pepagi buta macam tu.. sudah lah gelap.. kiri kanan penuh dgn pokok2 tinggi berdiri.. kereta yg lalu lalang pun sebijik2 jer..

So, ada lah sebijik kereta proton wira aeroback nie.. plat number CBC 9***.. huruf B tu siap dah patah2 lg.. saya pun dok tegur lah kereta yg tiba2 overtake kereta kami tu “klu jumpa kereta huruf C nie, tandanya kita dah masuk Pahang kan”, kata saya.. then kami pun melayan perasaan masing2..

Cuba ingat yer.. kereta proton wira misteri tu dah overtake kami masa kt karak.. saya tak ingat langsung bila kami potong kereta tu semula.. sebab rasanya kereta tu dah kat depan.. sampai lah kat satu tempat yg saya dah lupa namanya (maklum lah kejadian nie tahun 2002) tiba2 kereta tu overtake kereta kami sekali lg! betul2 masuk depan kami then dia drive perlahan.. of coz lah bf kawan saya tu terpaksa break kereta secara mengejut kan? kami yg duduk kat seat belakang nie semua terhuyung ke depan..

Dlm hati saya “eh nie kan kereta tadi.. “ sebab tengok plat numbernya plat number yg sama.. kami semua fokus kat kereta misteri tu.. time tu cuma ada kereta kami dan kereta proton wira tu jer..

Tiba2.. kwn saya yg kat seat depan bersuara “korang nampak tak apa yg aku nampak??” masing2 dah nervous.. “cuba korang tengok kat side mirror tu”, tambah kawan saya lg..

Kami yg kat belakang nie pun tengok side mirror sebelah passenger seat proton wira misteri tu.. macam ada satu imej putih berbungkus kat cermin tu.. sangat jelas ok! side mirror tu macam sengaja diarahkan pada dia supaya kami semua boleh nampak.. badan yg duduk kat situ mmg lah mcm orang tapi kat mana mukanya?? kepala ada tapi mata, mulut, hidung bukan di tempat yg sepatutnya.. Ya Allah! mengucap panjang kami masing2..

Saya tak tahu lah yg lain.. tapi saya punya takut Allah swt saja yg tahu.. sampaikan menggeletar kepala lutut saya nie.. tangan kaki jadi seram sejuk.. bulu roma meremang.. segala doa dan ayat2 Alquran yg saya ingat saya baca.. kawan2 yg lain pun sama.. masing2 dah tak nak tengok kereta tu lg.. kawan saya yg kat seat depan tu cepat2 suruh bf dia potong kereta tu dgn segera.. memang cemas time tu!

Saya sempat tengok driver seat kereta misteri tu.. nak pastikan ada org tak? ker kereta tu berjalan sendiri? Ya Allah takut giler! memang nampak ada driver.. tp drivernya macam pelik.. sebab statik jer tak bergerak macam patung.. korang boleh bayangkan tak? berdiri bulu roma saya bila ingat balik kejadian nie.. ish

Punya laju bf kawan saya nie bawak kereta.. sedar2 jer dah sampai kat satu traffic light menuju ke arah temerloh – kuantan.. kebetulan time tu lampu merah.. dan ada sebijik kereta lain yg berhenti kat situ.. kami semua dok tengok kereta tu.. nak pastikan dlm kereta tu ialah orang! lega sgt sebab sah memang manusia hidup.. uhuks

Yang pelik bin ajaib.. proton wira misteri tu langsung tak muncul2.. pada hal bukannya ada sebarang simpang sebelum tu.. itu yg menambah keyakinan kami kereta misteri tu memang tak wujud sebenarnya.. dan syukur Alhamdulillah tak ada perkara buruk yg menimpa kami semua.. mungkin umur kami masih panjang ketika tu..

Yang pasti.. baik saya, hani, azah, farah dan suaminya mesti ingat kejadian nie sampai bila2.. wassalam

Sender : Rita Razif

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 40

Tangan sejuk Abang!

 

IMG00154-20110408-1749

Part of my tasks yang dah janji ngan abang is to beli pasu bunga! tangan abang sejuk tanam kacang buncis pun hidup. Tanam cili api bapaknya pun hiduppppppppp! eh eh tu Sirman yang tanam ahhaha…

Pasu besau 6 inggit

Pasu kecik 4 inggit

lagik kecik tak tau le bape inggit, 2 inggit kot.

IMG00156-20110408-1750

Pergi dengan Abang and check mana pokok bunga yang dia nak sangat. dia tak kisah janji ada pasu kosong and tanah ok jer dia, coz dia nak tanam segala benih yang boleh. Ni belajar kat sekolah lah kot, subject Science Cina dia, tanam2 pokok tu yang dia asik ler satu pasu tanam 2,3 jenis tanaman. Sebelum dibeli pasu2 baru ni lah….

IMG00158-20110408-1750

Ini btw, Nursery adik angkat mak aku. sapa yng dok BTR memang tau Nursery besau sebelah BP nih. memang owner ni dah jadi cam adik kandung mak aku. makcik tu pun kenal aku dari aku kurus melidi blom kawin sampai dah abang gegirl besau hah….

IMG00157-20110408-1750

budak ni excited jumpa berudu….

mummy, ada baby frogs!!

itu beruduuuuuuuuuuuuu ler!

IMG00161-20110408-1751

sib baik aku ada blogkan pasal pokok ni, korang ingat?

yang korang cakap si syaitan2 suka dok bertangga kat pokok nih. Pokok2 ni tak besau nau dari jiran umah aku tu lagi besauuuuuuuuuu! kalau aku tak blogkan pasal pokok nih, pastuh aku beli baru korang cakap aaa nangis. memang aku tak nak beli heh.

IMG00163-20110408-1751

outdoor macam ni memang abang suka

bebas jer dia lari sana sini….

IMG00165-20110408-1753

anw aku banyak amik pokok gini hah…

daun limau purut, daun kari, daun serai, apa tah lagik, cili api…

segala yang boleh ditanam untuk dibuat memasak ler….

pastuh nak bagi cantik, kita amik bunga2 kaler2 jugak. pokok duit tu pun aku amik! ong ong duit duit ahhhahha!

IMG00166-20110408-1755

semua pokok bunga ni dari pasu kecik tapi staff makcik nih transferkan ke pasu besau. tak nak le aku pakai pasu kekecik nih, kang satu hal dah besau nak tanam balik, so dia buat kat situ gak bongkar tanah baru dari plastik and transfer ke pasu besar…then amik punya amik takut tak muat bonet…

aku masukkan keter…ha adjust punya adjust ngam2!

IMG00168-20110408-1814

Makcik tu kasi 2,3 balang pokok kaler purple belakang abang tuh…susah  nak jaga actually, susah nak hidup lama but dah orang bagi bolehlah amik jer…

ubat untuk dipakai sebulan sekali 2 pokok2 nih pun ada gak…

pagi turn abang siram, eh tak leh dia sekolah. pagi turn Gegirl. Petang plak turn abang menyiram.

IMG00169-20110408-1834

Mampat bonet. siap dalam pun aku letak jugak. sib baik aku ada trolley so 5 trips jugaklah bawak ke atas rumah. Huh umah atas langit katanya kan! Tapi bila rombak2 balik tanah2 nih ngan pasu yang ada kat umah tuh, pasu tak cukup pulak! wuii bercinta tol nak pi balik, padahal nak pi lalu umah mak aku memang kena lalu nursery nih gak.

Hah nak tau sebenarnya task beli pasu nih pun aku dah sub kat Sirman lamaaaaaaaaa dari tahun lepas. Pun again, dia kan jenis aku pasak berzikir pun manjangggggg je leka. hah mak senang, tak buat, aku pi buat.

Ni sumer pasu, pokok, tanah = RM170 yek Sirman!

oh aku tak berapa minat tanam2 nih, tangan aku panas. tangan aku sejuk kat blogging jer. ngehh! ni hobby abang yang paling latest, since setaun 2 ni lah!

 

Comment: 27