Adidas Pure Games!

48hours sponsored post 🙂

IMG_1677

Minggu lepas selama 5 hari bermula dari 11 Mei sehingga 15 Mei telah berlangsungnya Adidas Pure Games event di outdoor concourse Pavillion KL. Bermacam-macam dan berbagai aktiviti serta acara sukan yang menarik telah berlangsung, seperti BMX “Flatland”, Street Dance, Penalti Shootout, Foosball, Wii Nintendo dan juga lukisan karikatur.

 

IMG_1731

Main basketball 🙂

Dan pada hari Sabtu nya pula telah berlangsung Blogger’s Contest di mana 3 bloggers bertanding antara satu sama lain dalam 3 acara sukan ini. Bloggers tersebut ialah saya, don’t play-play, mak yong macam saya pun masih aktif lagi bersukan ya. Dua lagi bloggers ialah Cheeserland dan Beautifulnara.

 

image

Pertandingan pertama kami ialah Penalti Shootout. Dalam 1 minit berapa banyak gol or point kami dapat sumbat.

Cer teka bape saya dapat masukkan?

Itupun sebelum mula puas praktis dulu hiks 🙂 Tapi time praktis boleh la pulak sumbat yang 5 points tu. No luck betul la, ke no skill hahahahahaa

Dapatlah jugak sumbat 1 gol, jadiklah 🙂


image

Antara aktiviti lain yang sempat saya buat…

image

Games kedua ataupun pertandingan kedua kami pula ialah dribbling bola. Tapi memandangkan saya ni kan mak yong so terpaksa la RD yang mainkan. Sukan-sukan jugak tapi kena la ade limit jugak kan? Kang jadi apa-apa nanti kita juga yang susah.

Pertandingan terakhir kemuncaknya pula ialah menimang footbag. Tau tak footbag tu apa? Footbag ialah a small and round bag sebesar lebih kurang saiz bola pingpong. So dapatlah gak timang 2 kali hiks 🙂 Tapi bila balik tengok kat youtube macam-macam skill depa timang footbag ni, tak jatuh-jatuh pulak tu.

 

 

Actually Adidas Pure Games ini sedang menganjurkan 2011 Malaysian Footbag Championship. 2 qualifying rounds sudah berlangsung minggu lepas, so korang masih ade satu lagi peluang untuk masuk pertandingan ini. Last qualifying round akan diadakan pada 2 Julai nanti di Mid Valley. Tau apa hadiah untuk pemenang Footbag Championship ni? 4D3N all expenses paid trip ke Helsinki, Finland + 100euro/day elaun dan tiket untuk 2011 IFPA World Footbag Championship. Pehh dasattt, alangkan aku ni kurang skill jer footbag ni, kalau idak mau gak aku masuk hiks 🙂 So pada yang ada skill-skill footbag yang hebat-hebat tu boleh la cuba-cuba nasib.

So jangan lupa visit the Footbag Championship final round at Mid Valley Megamall 29th June – 3 Jul 2011 ni.

Dan disamping itu juga, Adidas juga sedang mempromosikan produk-produk fragrancenya seperti Adidas Happy Game Perfume, Adidas Pure Game Perfume, Deo Body Spray dan juga Perfumed Deodorant Spray. Fragrance Adidas ini dibuat khas untuk mereka yang sukakan aktiviti-aktiviti luar ataupun mereka yang suka melakukan aksi-aksi sukan. Promosi ini ialah dengan setiap pembelian korang akan mendapat free goodies seperti Pure Game Keychain, Adidas Miniature, Adidas Back Pack/Bag ataupun Adidas Sports Bag.

 

IMG_1841

Opss btw keputusan Blogger’s Contest kitorang itu tadi dimenangi oleh Beautifulnara Yang Soon To Be Married. Of cos lakan, dah dia sorang jer lelaki, kalau tak geti main bola mmg tak sahlah. Saya dapat tempat kedua Yeyyy dan ketiga my hottest gf, Ringo The Cheseerland. Antara hadiah yang kami menangi ialah Adidas Back Pack/Bag, Adidas Sports Bag dan juga Adidas Travel Bag. Hadiah disampaikan oleh Sam from Adidas.

IMG_1868

I got mine oredi, don’t forget yours 🙂

Tercungap-cungap la jugak aku main games-games tu, tapi it was fun and boleh dikatakan healthy activity. So stay healthy korang, rajin-rajinkan bersukan and stay wangi jugak dengan Adidas fragrance. Amacam cun tak RM yang boyot, siap bersukan lagi dengan cara berhemah, hanya dengan Adidas 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Adidas is brought by Redmummy.com

 

Comment: 35