Jun 28 2011 Tuesday, 8:00 pm
Tempat lintasan “benda”
Masa tu saya dalam darjah 3 tahun 1999. Sekolah saya belajar tu buat hari sukan sekolah. Maklumlah anak-anak ramai belajar sekolah rendah sama, jadi ayah dan emak saya tak lepaskan peluang datang tengok hari sukan dari mula sampai habis. Tapi tengah-tengah hari sukan tu, ayah saya mengelat, dia drive kereta pergi ada satu pokok besar dekat sungai sebelah sekolah tu, berhenti kereta situ, tidur. Tapi dia dah beritahu emak, kalau dah sudah acara sukan tu, dia belum datang lagi, maknanya dia masih tidur, jadi pergilah kejutkan, kena menapak sikitlah sampai dekat kereta, bawah pokok tepi sungai.
Acara sukan tergendala sekejap, sebab hujan panas tiba-tiba turun. Tapi taulah hujan panas ni, turun tiba-tiba berhenti pun tiba-tiba. Jadi acara sukan pun bersambung. Sukan-sukan-sukan, menang lepas tu dapat hadiah yeay. Lepastu tengok ayah belum datang lagi, merungut-rungut sebab kena menapak sampai pokok besar, berambat bawak hadiah lagi, piala lagi, hamper cabutan bertuah lagi bagai. Dengan ada adik kecil umur 11 bulan lagi masa tu. Masa tu saya, ada abang darjah 6 dengan adik kembar darjah 1. Emak dukung adik bongsu sampai kereta.
Lepas tu sampai kereta ayah cakap, “aih, Ati (adik yang kembar tu) ada dengan awak (emak)? Tadi bukan masa hujan tadi dia masuk dalam kereta,lepastu dia tidur”.
Emak jawab “ekh, mana ada. Ati ada dengan koi (koi adalah dialek temerloh untuk saya) tadi, masa hujan pun dia ada dengan koi. Semua ada dengan koi tadi. Budak lain kot”. Ayah tak puas hati, tapi dia senyap je. Ayah pun drive kereta Toyota GL tu balik rumah.
Sampai rumah, kami ni pun merepa adik beradik nak bukak hadiahlah, hamper cabutan bertuahlah. Lepas tu ayah tengok tayar motor dia pancit. Dia cakap dengan emak dia nak pergi bawak tayar motor tu pergi tampal. Dia pun cabut tayar tu, bawak masuk kereta, lepas tu dia pergi kedai repair motor dekat dengan sekolah tu. Kira kena lalu baliklah tempat dia lepak sebelum tu, tepi sungai bawah pokok besar tu.
30 minit lepas ayah pergi tiba-tiba ada makcik datang berlari-lari ke rumah kami. “Ramlah (emak), Ramlah akak nampak kereta suami kau jatuh gaung kat atas. Kat atas ni je Ramlah”.
Emak pun susup sasap berlari ke tempat kejadian. Tak jauh, tak sampai 1 km pun dari rumah kami. Gaungnya adalah dalam 3m dalamnya. Lepas tu tengok ayah tak sedar, orang dah bawak keluar dari kereta. Ada jiran kami ambik ayah bawak masuk kereta dia, pergi hantar hospital. Lepas tu saya tengok orang duduk cari-cari lagi. Kakak saya tanyalah, dekat ada sorang pakcik tu, apa lagi yang dicari? Sebab ayah orang dah bawak pergi hospital. Tinggal nak tunggu tow truck je datang angkat kereta. Pakcik tu cakap cari adik engkau yang lelaki tu. 4 orang saksi kemalangan nampak ada budak lelaki duduk sebelah ayah masa kejadian tu. Jadi diorang syak itu abang saya yang masa tu darjah 6. Kami pun dah gelabah masa tu. Dah nangis-nangis sebab memang lepas balik dari sekolah tadi tak nampak abang saya tu pergi mana. Mungkin dia ikut ayah. Tapi persoalannya mana dia? Orang semua risau takut dia tercampak masa kereta terbabas tu. Kot ada bawah kereta ke. Kereta pulak belum dapat nak keluarkan lagi sebab tow truck belum sampai, jadi tak dapat nak tengok belah bawah kereta lagi.
Dalam 10 minit lepas tu, tiba-tiba abang saya datang berlenggang je. “What’s up, what’s up”. Ada jiran cekup dia tengah main bola dekat padang. Hampess betul. Lepas tu orang kedai datang beritahu, pakcik yang hantar ayah pergi hospital tu telefon ke kedai (maklumlah masa tu takde lagi handphone2 ni) beritahu yang ayah dah sedar, ayah cakap tak ada sesiapa dalam kereta masa kejadian tu, ayah seorang je. Persoalannya siapa budak lelaki botak tak pakai baju yang orang dalam kereta belakang, belakang, belakang dan seorang penunggang motosikal tu nampak?
Esok tu waktu melawat, kami pun pergilah melawat ayah dekat hospital. Lepas tu ayah cakap malam tadi, masa ayah antara sedar dengan tak sebab penangan ubat bius masa luka dekat kepala dia tu kena jahit, dia nampak ada budak lelaki dalam lingkungan umur 10-11 tahun duduk hujung katil dia. Budak tu tak pakai baju, pakai seluar pendek warna coklat, kepala botak, badan kudis-kudis. Gigi dia macam kotor-kotor tajam-tajam bentuk tiga segi. Tapi takdelah taring panjang ke ape. Lepas tu budak tu hilang.
Lepas beberapa hari tu mak sedara (adik ayah) cakap,dia tertidur dalam kereta (suami dia drive) masa dalam perjalanan balik dari hospital lepas melawat ayah tu. Dia mimpi ada budak betul-betul macam yang ayah described tu, jalan dekat gigi jalan sebelah gaung tempat kereta ayah terbabas tu, pegang macam daging. Budak tu terseringai je, nampak gigi dia tajam-tajam tiga segi. Bila dia tersedar, kereta yang suami dia drive tu betul-betul baru je lepas tempat kejadian kereta ayah terbabas tu.
Ada pakcik tu cakap sebenarnya benda tu dah mengikut ayah sejak ayah lepak bawah pokok besar tepi sungai time hujan panas tu lagi, dia nak pergi ke gaung tu, entahlah agaknya dia pun nak menengok hari sukan sekolah jugak kot. Wallahualam.
Orang kata tempat tu memang lintasan benda tu. Jalan tu sebenarnya ok je walaupun selekoh dia ada tajam sikit, tapi normallahkan, banyak selekoh. Tapi area tu bawak ke tesco baru siap depan tu memang banyak kali dah excident, dan ada beberapa kali makan nyawa punya excident. Sepanjang hidup saya 20 tahun dekat situ (keluarga saya pindah situ masa saya baru lahir) adalah beberapa kali excident makan nyawa punya saya sempat tengok. Mula-mula adik-beradik cina kena langgar dengan trak askar,lepastu anak beranak india kena gilis lori treler pecah kepala woo tak sanggup nak tengok. Baru-baru ni ada anak imam muda kariah cheng yang jadi saksi nikah saya dulu pun meninggal kena langgar lari dekat situ. Lepas tu masa saya dalam tingkatan 3, ada construction project kambus gaung tu nak buat jadi taman perumahan. Pemaju tu korek pulak kolam takungan sementara kat area tu taknak bagi banjir. Ada pulak sekumpulan budak-budak pergi mandi dekat kolam tu. Lepas tu kawan sekelas adik saya yang kembar tu dengan abang dia mati lemas waktu mandi dalam kolam takungan tu.Sekarang ni gaung tu dah tak ada, dah jadi taman perumahan.
Dulu saya tak percayalah orang cakap lintasan-lintasan ni. Tapi baru-baru ni suami saya yang memang orang sains ada PhD kejuruteraan tu cakap dia percaya jugak lintasan-lintasan ni saya pun ok, mungkin persepsi saya dah berubah sikit. Yelah syurga-neraka-qada’ dan qadar, jin-iblis syaitan ni semua perkara ghaib kita tak nampak, tapi dalam Al Quran ada sebut kewujudannya. Wallahualam.
Sender: Farahdina
Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
tiefazatie
Jun 28, 2011 @ 21:36:26
isk2…nasib baik ayah sis ok je kan..alhamdullilah..ermm..mmg wujud benda2 nie..kte kena percaya die wujud la..tp bese2 je la..sebab kte perlu lebih tkt pada allah swt..
mrs.yie
Jun 28, 2011 @ 22:23:40
ish..suspen je la.. 🙂
kid
Jun 29, 2011 @ 01:15:38
tu laaa… diorang pun ada kampung jugak…
Review Transformers 3: Dark of the Moon
June a.k.a Kimi
Jun 29, 2011 @ 09:10:48
Agak menyeramkan. Bahaya lintasan2 ni. Tu yang buat ramai orang accident
Kasih
Jun 29, 2011 @ 10:59:51
benda2 cam ni mmg wujud… dan kita kena percaya.. tggl lg baik kita jgn fikirkn sgt tp berhati2…
apapun alhamdullilah ayah sis selamat.. jln raya ni tmpt dia keras skit, kdg kala kita nk mengelak tp kita jg yg kena kn..
ayu
Jun 29, 2011 @ 11:45:10
hmmm..suke baca kisah2 seram nih,tp sebenar nye saye nih penakut…
Lyn Yusoff
Jun 30, 2011 @ 21:30:45
seram gak..
takut gak kat pasal lintasan benda2 ni..
fauzana zaini
Jan 13, 2012 @ 00:35:47
hurmmm..baru nie mak saya pown kne lintasan gak…tpi dh pergi
berubat….tpi xtau la dh ok ka blom……
yg saya pelik nya,sjak akhir2 nie mak saya asyik marah2 ja…
owg kte marah xbertmpt…bukan pda bnde yg ok nk marah…
adakah ini penyebab dari lintasan tue….. :oups:
ell.danish
Mar 08, 2012 @ 23:31:32
ayat agak pelik.pening sikit nk baca.ahahahaha….