Kucing ke tu?

Kejadian ni berlaku masa saya tinggal di asrama sekolah. Masa masih cute lagi baru 13 tahun. Anak dara sunti lagi tu. Duduk asrama almaklum la jauh dari keluarga. Cerita seram ni berlaku masa tu takde letrik . So satu blok asrama kita orang gelap gelita. Seram gak ar kita orang. Masa letrik tak de tu saya kat bilik study di tingkat bawah. Terkedu jugak ar kita orang time tu. Ada le dua tiga orang minah yang terjerit jerit cam apa je. Dah tak de letrik nak study apa lagi. Balik bilik tidor je la. Bilik kat tingkat dua. Aduh! Seram giler tu nak jalan gi bilik. Nasib saya dengan 3 orang lagi room mate saya duduk dekat dekat masa study. Kalau tak susah jugak la nak cari dia orang ajak jalan ke bilik sekali.

Dalam gelap tu kita orang jalan ke bilik then bila sampai ke bilik meraba cari lampu suluh lepas tu cari lilin. Lepas activity kita orang kat bilik tu tidor ar apa lagi. Katil saya di tingkat atas. Bawah katil tu si Fatin kawan sekelas saya. Fatin cakap dia nak tidor je. Tapi since tak de letrik bilik tu panas sebab tak de kipas. Tiba tiba tengah layan nak tidor booooommm!!!!! Bunyi macam benda jatuh pas tu bergolek golek pas tu dengar macam benda jatuh ke tanah. Kuat betul. Jatuh betul betul atas bumbung tempat aku tidor to. Oh ye aku punya asrama tu Cuma tiga tingkat. Kot nak kata buah kelapa mana ada pokok kelapa kat tepi ni. Kalau ada pun tak kan le tinggi cam ni.

Tiba tiba suasana macam hening je. Sunyi sepi tak de bunyi langsung. Bulu roma saya meremang gila je. Tadi panas sampai peluh meleleh basah katil tapi tiba tiba rasa sejuk betul.

Saya rasa macam time freeze. Tunggu juga kot kot ada room mate saya nak bersuara. Tapi diaorang pun mulut macam kena glue. Ada juga saya nak bersuara tapi tak keluar suara la pulak . Tido mati semua ni. So suasana macam tu ada la dalam 5 minit. Lama tu ! Tiba tiba terasa macam katil aku kena goncang kuat tu. Saya cuba nak menjerit tapi tak keluar suara. Nak bangun tengok pun tak boleh. Macam lemah je badan. Suasana sejuk tiba tiba jadi panas. Berpeluh peluh saya rasa badan saya ni.

Tiba tiba goncangan katil tu stop then dengar bunyi jeritan yang kuat dari bawah katil saya. Tu fatin punya suara. Dah le letrik tak de . Saya dengar suara Kak Seha ketua dorm kita orang panggil Fatin mengucap. Then room mate saya yang satu lagi Siti suruh saya turun katil. Saya nak turun tapi badan kaki saya lemah longlai. Siti dating ke tepi katil saya dia panggil sambil tepuk bahu saya. Baru saya boleh turun katil. Tak lama lepas tu letrik pun kembali. Dorm kita orang dah penuh dengan orang. Then baru saya tahu ada 3 lagi kawan asrama kita orang kena hiteria. Kecoh jugak la waden asrama.

Pukul 4 pagi baru semua pulih. Sampai pengsan jugak la Fatin room mate saya yang kena hysteria tu. Bila kita orang interview budak budak yang kena hysteria tu sorang pun tak ingat apa apa. Fatin cakap dia ingat dia tido.

Misteri benda jatuh atas bumbung and golek golek sampai sekarang kita orang tak tau. Nak kata kucing ? kucing apa besar sangat tu. Sebab dengar berat giler. Lepas malam tu macam macam jugak la cerita saya dengar. Ada budak bunuh diri dan macam macam. Tapi bila Tanya room mate aku sorang pun tak dengar bunyi benda berat jatuh dari bumbung tu. Even katil saya kena goncang malam tu pun bila saya Tanya room mate sorang pun tak rasa apa apa. Fatin pun yang tidor bawah aku pun tak rasa apa apa. Ah! Si Fatin tu dia kena hysteria pun dia tak tau. Pelik tul.

Sender: Cindyrina

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thanks.

Comment: 16