The first ramadhan yang pilu…

dah seminggu ye puasa

baru ler aku nak bercerita borak sket2….

ni 1st Ramadhan, 3 hari selepas kami tiada pembantu rumah. agak perit waktu ni, coz i m adjusting everything some more takde lagi back up maid. luckily budak2 tengah cuti NK coz ada sek ganti untuk sports day sebelumnya, cuma ada sek agama jer.

Coz of first day, memang diorg lemah sangat specially Gegirl. Abang pun dok berapa kali mintak minum air tapi aku suh depa bertahan jugak.

Pasal serabutnya aku hari tu, toksah cakaplah, hari tu jugak aku dah start angin puting beliung dalam twitter pasal kes Fifin the keparat, cuma blom blogkan jer, entry tu kan kuor after 5th Ramadhan.

Quite letih coz masa tu lah aku nak carik back up, mana ngan ngah bawak perutnya, uruskan umahtangga lagi, kerja lagi wpun ngah EL, eh  macam2 lah. So petang lepas Abang balik je dari sekolah agama, terus kami ke bazar ramadhan. First day je aku bawak anak2 aku ke bazar lepas tuh aku tak bawak dah coz depa melepek sangat nak berjalan ngah panas beli juadah.

 

IMG00923-20110801-1819

nak amik gambar pun memasing tak nak posing, abang tu tolong bawak air sejuk, Gegirl awak badan jer, dah cembeng2 lembik, mana le mak ko boleh dukung sayang oi. udahlah masa ni hari pertama aku kuor lambat sket coz tunggu abang kan, hah parking pun bukan dpt dedekat, jauhlah jugak menapak dari bazar ramadhan, aku pi yang tasik permaisuri, coz complete sumer ada kat sini. yang kat JPJ/Hajris tu kuranglah, tak seronok, lauk campur takde pun.

ada lagi 5 – 10 min nak sampai ke kereta…..

IMG00922-20110801-1818

selipar kiri aku putus pulak!! astaga!

mana ngan anak2 mood masam mencuka coz lembik badan

mana ngan aku dok bawak barang2 dari bazar ramadhan nih

mana ngan bawak perut

ngan selipar putus!

eii nak nangis sedihnya haiiiii…..

pastuh aku cuba menapak dengan sebelah selipar sahaja…cei, orang pandang toksah cakaplahkan. last2 selipar sebelah kanan tu pun aku balingkan….menapak kaki ayam ok, kalo maternity dress aku labuh heret tutup kaki takper pulak, tapi tak pulak. memang orang yang menghala ke bazar ramadhan and yang driving nampak aku jalan tak berselipar, but apokan nak dibuat hai….

abang sompek melawak….mummy, mesti orang tengok2 tu tau mummy ni Redmummy kan, Kesian mummy takde selipar.

ahhahahaha lantaklah!

everything has to put aside :(

cid_IMG00552-20110805-1659

ni selipar belah kanan yang dah dibalingkan, Sirman snap waktu dia ke bazar Ramadhan. hahahahaha!

Susahnya hidup oi coz kalau ada warning dari si keparat tu takpelah jugak, ni takde, seminggu lepas memang kami suami isteri took turn bertangga di rumah. Oh yeah aku blom ceritakan lagi pasal kes nak dptkan maid baru kan, dealing ngan maid agency, ada yang cong aku, ada yang datang rumah selamba jer mintak duit waktu aku sorang2 kat umah. huh…..tu nanti aku citer kay. Yelah masa kejadian2 ni sume laki aku kan takder, dia masih di Afrika, luckily aku ni panjang gak akal.

apapun, pesanan komen korang pasal kes maid tuh, insyallah aku praktikkan. Thanks all.

But ada jugak yang aku tak leh ceritakan, apa yang kita followupkan, let it be lah. yang asas je lah aku citer dalam RM, yang buat pening pala korang nak tau jer, tu takyahlah…..

Comment: 41