Oct 12 2011 Wednesday, 8:00 am
Masih adakah yang sayang?
Aku percaya masih ramai yang sayang dan prihatin. Kita rakyat Malaysia memang baik hati lebih-lebih lagi bila bab-bab menghulur bantuan ataupun derma terutama kepada mereka-mereka ataupun anak-anak yang kurang bernasib baik.
Dengan itu saya dengan rendah hati ingin merayu kepada semua supaya dapat menghulur kalau tak banyak pun, sedikit bantuan sudah memadai kepada Rumah Aman. Rumah Aman ialah tempat perlindungan anak-anak yatim di Shah Alam juga untuk anak-anak yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Rumah ini beroperasi sejak tahun 2005 dan sekarang seramai kira-kira 30 kanak-kanak lelaki perbagai umur memeriahi kediaman tersebut. Bukan sahaja sebagai tempat perlindungan tetapi rumah ini juga lengkap dengan segala faciliti dan juga dibekalkan dengan pakaian, makanan, minuman dan pelajaran dan semua perbelanjaan ini adalah hasil dari derma orang ramai. Misi mereka ialah memberi yang terbaik kepada kanak-kanak ini seperti apa yang ibubapa beri kepada anak sendiri.
Rumah Aman memerlukan RM20,000 untuk memperbaiki electricity wiring dan lightning breaker system yang telah berusia lebih 15 tahun dan saya merayu sekali lagi supaya kita sama-sama dapat menyumbang serba sedikit untuk meringankan beban mereka ini.
Cara-cara sumbangan:
1. Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U, with the remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank). After you have made the transfer, kindly send a screenshot of proof of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com
2. Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and send to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.
3. Nuffnang bloggers can donate by just clicking a button to credit a small amount from their earnings, the page is here – http://www.nuffnang.com.my/
4. Churp Churp is helping us out with the pledge as well and people can buy Churpies to contribute to the fund, more info is at http://www.churpchurp.com/tlc-
All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation 🙂 For more info click here.
Setinggi terima kasih atas sumbangan anda baik kecil mahupun besar, kita ada bahagian memasing, memang betul, masih ada yang sayang….
pezol
Oct 12, 2011 @ 09:28:52
Saye dah derma RM1 td…;p
hanani
Oct 12, 2011 @ 10:11:22
Untuk para bloggers ni lah amal jariah yang paling senang nak buat. Just klik link tu je n pilih brape yg nak donate. Tak banyak pun..kalau ramai bloggers yang participate..sure banyakkan.. Thanx kak Red untuk post ni.. 🙂 Jom beramal.. 🙂
Jom baca ni :I’m in love with Soap & Glory Product Sephora..
Zarul Umbrella
Oct 12, 2011 @ 10:37:40
semoga derma kita diberkati amin
Nizam
Oct 12, 2011 @ 11:04:16
Kalau untuk luar negara kita boleh derma juta2.Kenapa tidak tempat sendiri.
Ainon
Oct 12, 2011 @ 12:11:52
Saya SANGAT suka entry ini.
RED, tahniah atas seruan ini, Semoga lebih banyak lagi entry kebajikan dan kebaikan seumpama ini. Semoga Allah SWT memberkati semua penderma dan penulis entry ini. AMIN
Lyn Yusoff
Oct 12, 2011 @ 20:29:16
Alhamdulillah….
semoga mereka dpt hidup dgn selesa lepas ni…
ezna
Oct 13, 2011 @ 09:06:30
masih ada yang sayang mereka ini 😀 kita yang hidup lebih “selesa” ini harus menghulurkan bantuan….
akuzle ayu
Oct 13, 2011 @ 09:38:13
mmg inilah cara yg paling senang nk derma. alhamdulillah! udah diklik td…
Iklan Percuma
Oct 13, 2011 @ 16:24:06
Semoga Allah memperbanyakkan rezeki orang2 yang menyumbang.
muss
Oct 14, 2011 @ 07:35:33
kata bijak pandai, sedekah boleh menambahkan rezeki, juga boleh menyembuhkan penyakit…
KiD
Oct 14, 2011 @ 10:40:46
alhamdulillah.. saya pun dah.. jom blogger yang lain!!
http://shakiddo.com/tlc-promise-me-kanak-kanak-di-rumah-aman/
yangbaik
Oct 14, 2011 @ 22:02:32
memang ada ramai yang sayang… semoga mereka mendapat apa yang diperlukan..
Aldy Shah
Oct 15, 2011 @ 14:23:15
Wah! saya punye blog baru jer wat entry pasal menda nie. Masih ada yang sayang, jom sesama kita bagi bantuan seday yang mungkin…