Oct 31 2011 Monday, 8:00 am
Tiada Aedes Tiada Denggi!!!
48hours sponsored post.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar tentang statistik kes denggi di negara kita Malaysia. Tahukah korang pada tahun 2011 sahaja iaitu sehingga 1 Oktober sudah lebih 14 ribu kes demam denggi dilaporkan termasuklah 23 kematian. Empat belas ribu tu!!! Malahan pada minggu ke 39 tahun 2011 iaitu bagi tempoh 25 September sehingga 1 Oktober sahaja melibatkan 324 kes termasuk 1 kematian akibat denggi.
And even my brother in law sendiri menjadi sebahagian dari statistic di atas kerana pernah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi, tapi Alhamdulillah dia pulih selepas beberapa hari dirawat secara rapi di wad.
Nampaknya tahap kesedaran tentang bahayanya denggi masih rendah dikalangan masyarakat kita walaupun pelbagai usaha kerajaan khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia lakukan untuk mengingatkan kita.
So apa itu denggi?
Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Tanda-tanda ataupun symptom demam denggi pula ialah
- Bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk.
- Sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever).
- Gatal-gatal.
- Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah.
- Sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.
So jika korang ataupun sesapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala seperti di atas, dinasihatkan segera ke klinik berjumpa doctor ya. Jangan dok ingat demam-demam biasa pulak!
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kita semua tentang bahayanya denggi, namun ada yang aku rasa endah tak endah jer, masuk telinga kanan keluar telinga kiri macam tak ambil kisah pun. Betul tak?
Secara umumnya cara untuk mencegah denggi adalah menghapuskan nyamuk Aedes pembawa kuman Denggi itu. Nyamuk aedes ini membiak di kawasan takungan air seperti contoh di pasu-pasu bunga korang tu. Amalkan sikap untuk membersihkan takungan air tersebut , kalau boleh setiap hari dok check takungan air tu, bukan sahaja pasu bunga tapi apa sahaja jenis takungan air kat rumah korang tu, even kolah kat dalam bilik air tu pun sekali patut dibersihkan selalu kerana tabiat ini berkesan bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang dikenali sebagai larva nyamuk aka jentik-jentik.
Juga disyorkan menggunakan ubat jentik-jentik (Abate) in order untuk menghapuskan jentik-jentik dan juga semburan (fogging) juga dapat membantu menghapuskan pembiakan nyamuk ini.
Last but not least penggunaan kelambu juga dapat membantu mengelakkan dari kena gigitan nakal nyamuk betina Aedes ni 🙂 Mula-mula kahwin jer tidur bisik-bisik dalam kelambu ni kot hiks 🙂 lagipun dalam kelambu kena gigitan nakal yang lain hahahaha…
So ingat Hapuskan Aedes adalah tanggungjawab kita semua! Amalkan hidup sihat Tanpa Denggi!
Khidmat pesanan masyarakat Denggi is brought by Redmummy.com
mymie
Oct 31, 2011 @ 10:01:55
Pagi2 bace entry sis ni, saya pun baru dengar cerite ofismate saya admitted bcoz of denggi.. Ya allah moga kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit2..sis also take care ye..my fren tu also preggy 5mons..bit she said the baby fine..alhamdulillah..
Tungku Moden
Nov 02, 2011 @ 00:40:36
@mymie, Denggi memang tengah mengganas skang ni.Yang bestnya ada amik kesempatan MC ngaku suspek denggi haha :p
wawa
Oct 31, 2011 @ 11:54:21
dah lama tak kena gigit dengan nyamuk. yup tiada aedes tiada denggi. amalkan cara hidup yang sihat.. 🙂
CMRatu
Oct 31, 2011 @ 15:50:45
huhu.. teringgat tahun lepas wife kena denggi masa mengandung.. 4 hari di wad.. nasib baik baby dan wife tak da masalah.. takut sgt time tu.. baby dah setahun hari ni.. 🙂
hanani
Oct 31, 2011 @ 19:44:10
tiada aedes tiada denggi.. terngiang-ngiang lagu ni kat telinga.. sekarang ni musim hujan. kena selalu berjaga-jaga. sembur2 kawasan dlm rumah masa maghrib tu..hehehe 🙂 nyamuk banyak kuor time tu. 🙂
Jom baca ni :Menang Neutrogena Ageless Set. Yahooo!!!
Jom baca ni :Wow!!! SK-II Pitera Set datang lagi..
Lyn Yusoff
Oct 31, 2011 @ 19:59:35
teringat my niece kena denggi dulu..
seram jugak..
terus buat fogging kat area rumah…
KiD
Nov 01, 2011 @ 00:36:04
kena sama-sama bersihkan rumah.. kalo idak, cepat laa jentik2 idup tu kat air bertakung.. Haaaa.. lagi satu, fogging bukat isap rokok ramai2 yea,,. ekekeeke
Earning Tertinggi Setahun Bersama Nuffnang
akuzle ayu
Nov 01, 2011 @ 00:48:01
kiter neh kalo nmpk tmpt kotor dok eee…eee…eeee ajer pdhal kiter sndri yg bikin. mmg kener beringat sesama sendiri kalo camneh. kuman denggi neh kasi rosakkan kiter punyer antibodi kan? once dh kener mmg senang kener blk or kener penyakit lain laks.
Zarul Umbrella
Nov 01, 2011 @ 09:12:22
Danggi is danger, bahaya2
Penulis Maya
Nov 01, 2011 @ 10:24:44
salam perkenalan. sama2 la kita berperang dengan denggi. hek3 🙂
Adzrul Ariff Azlan
Nov 01, 2011 @ 11:29:53
Tambah sikit info utk Kak Red punye entry ni dari mata seorang Dr. Hehe.
Denggi ada 3 phase:
1) Febrile Phase (fasa demam) selalunya 4-5hari pertama pesakit denggi akan demam tetiba, tak surut2, biasanya takde selsema or batuk….akan dtg dgn sakit2 badan, kepala, mata, muntah2, sakit perut, badan rasa sejuk2, nadi laju, semua ni adalah warning signs, tapi tak semua org akan dapat. kdg2 dia demam je. dan kdg2 super-imposed pulak dgn selsema batuk, mmg susah nak detect. Biasanya kalau hari ke4-5 boleh nampak pattern denggi dlm ujian Full Blood Count.
2) Critical Phase – time ni, demam tetiba kebah, pesakit akan rasa agak sihat kadang2 tu tp time ni bahaya. Utk 48 jam perlu pemerhatian rapi, kalau dalam wad mmg kita akan monitor fluids intake and bagi intravenous fluids…biasanya time ni kerap darah akan diambil utk tengok trend darah, sama ada improving atau teruk.
3) Recovery – lepas habis critical phase pesakit masuk ke fasa pemulihan, time ni dah boleh balik rumah, rehat cukup2, minum banyak air. 🙂
Masa ambik ujian darah Full Blood Count, biasanya Dr akan tengok 3 benda:
Platelet (agen pembekuan darah), Hematocrit (kepekatan darah), White blood cells (sel darah putih)
Typically, org yg ada denggi akan rendah bacaan platelet dan white blood cell, dan hematocrit akan tinggi. so discuss dgn doctor yg amik darah tu, apa yg patut buat.
Erm…nak add ape lagi ye….basic yg tu dulu, pape boleh tanya je. 🙂
zuan
Nov 01, 2011 @ 12:40:52
cegah denggi!
Tengku Jass
Nov 01, 2011 @ 16:42:38
One tips I blaja dari orang laut.. Tapi ni Denggi berarah la… kalau kene denggi berdarah, minum air rebus ketam.. Insyallah elok.. Tapi ofcoz dengan pemerhatian doctor la.. 😉
Tengku Jass
Nov 01, 2011 @ 16:43:00
@Tengku Jass, Berarah pulak.. Berdarah.. hahaha 🙂
akuzle ayu
Nov 02, 2011 @ 01:25:03
@Tengku Jass, sy setuju ngan petua ini psl ketam kan seafood yg byk zat besi. zat besi sgt perlu utk penghasilan darah…
Tengku Jass
Nov 08, 2011 @ 23:54:40
@akuzle ayu, tu la… 🙂 ni pun orang laut yang bagi tau.. yea la.. dorang tu memalam kat tengah2 sea.. pasti banyak nyamuk yang hinggap.. hahaha :o:
Juan
Nov 01, 2011 @ 17:51:05
3 hari lepas tempat saya di sembur sebab ada kes denggi
Liza
Nov 01, 2011 @ 18:30:55
Dengan cuaca begini sure banyak nyamuk aedes!! bersihkan rumah selalu!
akakcomey
Nov 01, 2011 @ 20:39:43
Pastikan persekitaran kediaman kita bersih dari sebarang takungan berbahaya.
akuzle ayu
Nov 02, 2011 @ 01:26:21
lg 1, br teringat. kalo pakai tong sampah sendiri yg itam tuh, lepas org angkut sampah kne slalu chek psl depa tuh mmg x tutup blk n air senang bertakung. sementelah now neh musim ujan kan?
Papagege
Nov 02, 2011 @ 06:16:30
Salam utk tuan rumah
terima kasih le jemput datang
Isu Panas
Nov 02, 2011 @ 23:24:47
tiada aedes tiada denggi…
usaha yang berterusan dan kerjasama semua pihak dalam menangani kes ini..
PCL
Nov 03, 2011 @ 09:35:40
salam singgah umh merah ni…yg penting kena ingat tu bila senja jgn bg anak2 main kat luar..tutup rapat segala pintu/tingkap , jauhkan daripada nyamuk aedes !
Fedo
May 01, 2012 @ 16:45:54
Nyamuk minta derma tnpa isi borang kot.He2.
Datuk Naga
Mar 04, 2015 @ 00:24:51
Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia,
Kepercayaan kepada Tuhan dan Negara. Kes denggi ini meningkat memang ada sebab sebabnya yang pihak tertentu tidak dapat kesan punca utamanya. Nasihat daripada pihak atasan, jangkitan denggi bukan 100% puncak dari nyamuk. Nyamuk merata-rata di kampung, kenapa bahagian kampung kes tersebut tidak setinggi kes Selangor?
Daripada sudut tersebut kita bincang, nyamuk bila terminum kencing tikus atau sudah gigit tikus tersebut. Virus di darah atau badan nyamuk tersebut akan mengakibatkan virus itu kuat. Bila nyamuk tersebut gigit manusia, virus tersebut akan memindah virus itu ke dalam badan atau darah seseorang. Untuk bahagian Kementarian Kesihatan perlu mangkaji atau mendapat report tersebut dari pihak hospital mangsa kematian adakah darah mangsa mengandungi virus yang ada di dalam badan tikus tersebut.
Untuk meningkatkan kes denggi sepatuhnya kita kena musnah tikus dahulu. Daerah Selangor anda boleh dapati banyak tikus di longkang atau di merata tempat. Ini boleh mengakibatkan kes meningkat atau membawa kematian kepada rakyat tertentu.
Harap pihak berkuasa akan bertindak secapat mungkin untuk musnah tikus dahulu. Dalam cadangan yang saya kemukakan hari ini akan membawa impian kemewahan atau kehidupan yang selamat untuk bebas dari dijangkiti Nyamuk Aedes yang telah membawa muat kepada kita masa kini.
Pihak yang berkuasa….Cuba apa yg saya mendedahkan hari ini.
Terima Kasih….