Tiada Aedes Tiada Denggi!!!

48hours sponsored post.

 

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar tentang statistik kes denggi di negara kita Malaysia. Tahukah korang pada tahun 2011 sahaja iaitu sehingga 1 Oktober sudah lebih 14 ribu kes demam denggi dilaporkan termasuklah 23 kematian. Empat belas ribu tu!!! Malahan pada minggu ke 39 tahun 2011 iaitu bagi tempoh 25 September sehingga 1 Oktober sahaja melibatkan 324 kes termasuk 1 kematian akibat denggi.

And even my brother in law sendiri menjadi sebahagian dari statistic di atas kerana pernah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi, tapi Alhamdulillah dia pulih selepas beberapa hari dirawat secara rapi di wad.

Nampaknya tahap kesedaran tentang bahayanya denggi masih rendah dikalangan masyarakat kita walaupun pelbagai usaha kerajaan khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia lakukan untuk mengingatkan kita.

So apa itu denggi?

Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

Tanda-tanda ataupun symptom  demam denggi pula ialah

  1. Bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk.
  2. Sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever).
  3. Gatal-gatal.
  4. Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah.
  5. Sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.

So jika korang ataupun sesapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala seperti di atas, dinasihatkan segera ke klinik berjumpa doctor ya. Jangan dok ingat demam-demam biasa pulak!

 

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kita semua tentang bahayanya denggi, namun ada yang aku rasa endah tak endah jer, masuk telinga kanan keluar telinga kiri macam tak ambil kisah pun. Betul tak?

Secara umumnya cara untuk mencegah denggi adalah menghapuskan nyamuk Aedes pembawa kuman Denggi itu. Nyamuk aedes ini membiak di kawasan takungan air seperti contoh di pasu-pasu bunga korang tu. Amalkan sikap untuk membersihkan takungan air tersebut , kalau boleh setiap hari dok check takungan air tu, bukan sahaja pasu bunga tapi apa sahaja jenis takungan air kat rumah korang tu, even kolah kat dalam bilik air tu pun sekali patut dibersihkan selalu kerana tabiat ini berkesan bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang dikenali sebagai larva nyamuk aka jentik-jentik.

Juga disyorkan menggunakan ubat jentik-jentik (Abate) in order untuk menghapuskan jentik-jentik dan juga semburan (fogging) juga dapat membantu menghapuskan pembiakan nyamuk ini.

Last but not least penggunaan kelambu juga dapat membantu mengelakkan dari kena gigitan nakal nyamuk betina Aedes ni 🙂 Mula-mula kahwin jer tidur bisik-bisik dalam kelambu ni kot hiks 🙂 lagipun dalam kelambu kena gigitan nakal yang lain hahahaha…

So ingat Hapuskan Aedes adalah tanggungjawab kita semua! Amalkan hidup sihat Tanpa Denggi!

Khidmat pesanan masyarakat Denggi is brought by Redmummy.com

Comment: 25