Di hari kerudung merah…

IMG_8567

Skang aku jadi mam beso memanjang. dok je belakang ngan RB. Abang naik pangkat, dok depan ngan bapaknya yang jadik supir. Jadi pembantuku di belakang ialah si kakak Gegirl. Budaya pakai car seat nih, tak pegang kendong baby memang tak berapa orang di Malaysia amalkan but kat oversea wajib lor. Aku dah amalkan bercar seat nih semenjak abang baru lahir. Baru 4 hari usianya lahir, dah belajar dok dalam car seat lagik.

Memang aku takkan kendong pun, lenguh tangan ko. lainpun kalau nak breastfeeding yang tuh memang kena ler dok singkap baju tuh unless aku masuk lam bottle sesiap.

So car seat Abang, diturunkan pada Gegirl, dedua pakai MaxiCosi gak. pastuh aku sedekah jariah kat adik aku. katanya dulu pun malas nak beranak lagi. Sekali datang si kecil RB…semuanya boli baru!

Tapi RB ni cukup menyampah dok dalam car seat, ada je modal je nak suruh angkat dia tau…kalo dia dah ngantuk sangat baru dia menglena dalam tuh, asal boleh aku memang takkan kendong dia coz memang nak train dia dok dalam keter gitu. jangan ngengada nak berpegang je masa lam keter.

Oh tapi yang dalam gambar nih, asalnya aku dok depan, pastu dia hokhek, so aku pindah lari dok belakang, together with my niece. Kita pi lunch dulu pas jemput Abang and Gegirl from tuition, pastuh kejaran hantar depa ke badminton, dropped depa and terus kita ke wedding adik Rose GBM. Makanya hanya aku, RD, my niece and the little RB hadhir untuk wedding nih….

IMG_8577

Majlis perkahwinan diadakan di dalam persekitaran masjid…pengantin punya gambar ha tu nunnnnnnnnnn belakang kepala Yanok tuh. tak nampak Yanok? bukan bukan kain alas pengantin tuh, dan bukan jugak alas meja kek tuh. tau le kalernya dah sama ngan baju ribuan yanok tuh! belakanggggggg pala Bojeng, ha itu pengantin lelakinya Adik Rose.

Sid dah balik awal, so kita je semeja rapat2 lepak, kalau boleh nak jugak lepak lelama tapi tuntutan alam untuk anak yang mahu bfeed and jugak mengejar untuk menjemput semula the first 2 kids to their mengaji session pulak, harus diutamakan. Syukurlah skang ni anak2 aku mengaji ada orang datang rumah, lebih sketlah bayar takper daripada beramai2 mengaji tapi tajwid pun ke mana perginya, fardhu ain pun tak dpt sangat.

So gitu yah…aku rasa skang nih sejak ada baby, 2 hari weekends tu penuhnya halahai.

Tu tak kira yang hari Ahad arituh, aku pi shopping bawak my niece, Abang and Gegirl.  sekali rap pi lunch dulu kat BSP, terus ke Jusco Maluri, 3 hours there and rushed balik. RD kat rumah, spending quality time with little RB. Tengok2 balik wuii sedapnya depa 2 tu membongkang tidurrr, padanlah bapak ko beria tak nak ikut, ko tidur, bapak ko pun tidur sama. Sampai hujan pun bapak ko tak sedor, abis kasut sekolah baru kapur kena hujan balik ahaks….

Dan akhirnya setelah sebulan on long medical leave for heavy pregnancy and jugak 2 bulan maternity leaves, makanya am back to work. sob sob…kesian anak2 aku.

Comment: 20