Jom Bunohan!

IMG-20120229-00448

First day at work, yey i m back! tragisnya takde kasut kerja, when i cakap kasut kerja, seharusnya high heels at least 4″ to 5″ tuh. bukan aku ler kalo pi kerja ngan kasut ketot2 nih. Tapi kemudian pregnant, so takde le berkasut tinggi kan, pastuh dah beranak ha ko, kaki aku masih blom pulih kecutnya. Ada 2 pasang kasut baru  yang i bought masa pregnant, to be worn after pregnant, pun tak boleh sarung jugak! kotat ko!

Yang boleh disarung dalam 3,4 pasang kasut ala2 seinchi jer tingginya, itupun bought coz pregnant kan, Ferragamo. itu sahaja yang muat. idok le teman nak boli baru, takde masaaaaaaaaa nak beli baru lah. baru je 2,3 hari kerjakan, satu  hapa shopping pun takde.

So so sooooooooooooo 2,3 minggu ni kerja aku pakai baju baru memanjang je lah coz ada lagi lemak terburai tak hilang2, baju lama tu muat tapi macam nangka sumbat le pulak.

Hari perrtama kerja jugak, pulangnya lambat kerna aku sambung malamnya di TGV Cinemas KLCC, dijemput untuk premiere screening BUNOHAN.

dah dengarkan betapa hebatnya Bunohan kan??

IMG_8631

Semeja makan dulu kita di TGV KLCC with Nurul, Rose GBM and Hilal. Ada sorang yang hebat di sini…huh kelas kelas. Telah terbau wanginya ‘bedak muka 3 inchi’ ahaksss! Okk so kita makan2, sedap betul jumpa kari ayam ada santan dah lelepas pantang ni kan. Maklum ler, teman ni dok moleh lagi make santa.

Macam yang aku bilang, lanting2 so aku bawak Hilal. RD gak bisalah join.

Penceritaan Bunohan, memulanya ingat aku plan nak cabut half way, maklumlahkan dahlah first day kerja, tinggalkan baby seharian pastu kena pi cover event tapi awal2 lagi dah buat rasa, eh tak leh balik nih, kena stay lagi. eh apa jadik, eh dia ni main cabut je nyawa orang, eh Faizal Hussein nih, napa le orang tak sedor kebagusan dia berlakon filem, cemerlang weih.

dan korang yang paling bagusnya aku menambah lagi minat pada seorang pelakon lelaki, Pekin  Ibrahim (Bakar) yang walaupun watak dia dalam tuh, hai jahat betul ko kan, very the mata duitan sangat. Terus follow twitter dia kooo!

Watak pelakon Cina yang berkawan baik dengan Ilham (Faizal Hussein) bercakap (kechek kan?) dalam dialect Kelantan yang fasih. Memang thumbs up!!

Shooting yang dikatakan 100% di Kelantan tuh, aku cite kat koranglah kan, tepi laut, tepi sungai dalam sungai tu sumer, tak pernah pulak aku tau yang di Kelantan ada laut/sungai sebegitu indah, pasirnya putih bagai. Hah, cantik worr! Shot waktu malamnya, nampak asli.

Dan satunya, wpun Ilham tu membunuh jer kerjanya, tapi kerna kasih pada emaknya, kubur dan rangka dicari merata. Untuk watak Adil (Zahril Adzim) adik pada Bakar dan Ilham, peninju muay thai wah molek bangat wpun aku menyampah sangat ngan pesen rambutnya dalam filem nih. Mati jugak dia akhirnya, eh eh ops, terbagitau pulak.

Yang pentingkan korang, 8 March nih tayangan Bunohan, aku ingat nak seret si RD tu pergi tengok lagi. Bagussssssssss bangat cerita nih. Technical issue tu memang aku tak nak komen sangat coz memang tak de lah berapa nampak cacat celanya, coz jalan ceritanya yang bagus dah menutup apa2 yang kurang dalam movie nih. Selepas terbaiknya Ombak Rindu, Songlap….aku kira antara filem2 terbaik di dalam jangka 6 bulan nih, Bunohan so far mendapat tempat terutama dalam filem tempatan.

IMG_8635

Penutup majlis entry ni, ada le sekeping gambar artist yang aku pemalas betul nak snapkanlah. Vanidah Imran bawak Chanel Reissue hijau dia, Fazura sama Chanel Jumbo Off Whitenya, Rashidi Ishak yang sentiasa memuji dan menunjukkan sayang pada isterinya di dalam twitter, romantik sangat! Cik Rose yang excitedly to have a snap moment with the celebrities.

Eh aku takde le nak citer details pulak yek pasal movie Bunohan nih, dok ngapa heh, kamu gi jer tengok. Wajib ditonton nih!!

Semua dialogs menggunakan dialect Klate, kalau ko tak paham, dont worry ada je subtitle in BM and in English gak….malam premier ni pun berderet2 omputih yang hadhir sama. Tengku Azura adalah satu2nya pelakon wanita dalam filem ini, lain tu ada 2,3 orang pompuan tapi tak nampak wajah, ko dengo suara jer. Eh banyak jimat belanja buat filem nih hahahha but i really love the movie.

Watak si bapak, watak lelain tuh kalau dah sumerrnya aku kena citer, baik aku bagitau je endingnya weih…pi tengok sendiri ye kawe.

Comment: 48