TGV Cinemas

2 Movies @TGVCinemas back to back…

 

IMG_1008

balun lagi cerita masa school holidays, masa ni air masih ada lagi ler….kami berempat je kuor, nak layan 2 movies back to back, RB tinggal.

IMG_1023

maknya bersoprano dari lagu Les Miserables, aku kan dah pi tengok, tapi nak tengok lagi with them….mostly movie preview aku pi under Nuffnang and ChurpChurp…i seldom pun blogkan but i twit gak lah

IMG_1026

anak-anak tak tahan ngan suara mak menyanyi. aku bukan geti pun nyanyi, suara tak sedap. ada le 2 kali masuk karaoke room. hahahaha! so not me lar kalo pegang2 mic menyanyi nih

Menahan telinga depa dengo mak bersopranoooo

IMG_1031

sebab tak bawak baby, kakak kena bawakkan pump mak!

IMG_1039

after watching the Les Miserables, kita rehat jap, so Mom could do her thing

IMG_1047

tu pasal aku suka tonton movies kat TGV KLCC, coz aku dah tau mana ulur galur pump or nursing room, masuk je terus Isetan tuh. habis pumping, kita dok minum kejap and sambung pulak movie CZ12. Best citer tuh…

balik malam tu sumer layan youtube Les Miserables, lam iphone and S3 pun dah ada gak, aku memang suka lagu2 dalam tuh. Kakak hafal hokey untuk satu lagu dari filem tuh.

IMG_1060

IMG_1070

IMG_1077

RM300 aku habis beli accessories kat kedai nih. apa le nak jadi.hishh pompuan.

as you can see, the boys memang masuk selangkah pun tidak kedai tu. Abang dah ikut perangai bapaknya, unless kalo aku berdua je ngan RD, terpaksa ler dia mengekor bininya masuk gak

IMG_1097

loving this new hairband, nak tambah lagi , frankly speaking aku lebih suka ikat rambut or sanggulkan dari lepaskan gitu jer…for special occasion jer aku biarkan rambut aku berlepas

IMG_1109

kakak nak jugak menyelit di celahan Tod’s mak paknya

IMG_1125

ngendeng2 ler sikit sebelah abang, segan gila dia bila orang dok pepandang. u know ler at this stage dia dah macam nak pegang tangan jalan ngan maknya pun dah tak leh, dah tak IN yek bang…pirah ko

IMG_1131

Selamat kita dengan 2 movies, a makan2 too, rabak for mom’s shopping stuff and balik lelaju for getting the small one.

tak leh nak pikir ending entry nih coz aku nak mengejar siapkan entries2 esok lusa tulat in one go. by the way the 6 winners of Breeze mini contest tu nanti bersedia je lah tunggu email dari Nuffnang yerk, so check your inbox, kot ler termasuk spam folder. Jangan carik mak meyah, ai tolong sampaikan the contest tu untuk korang jer.  Kalau tak leh nak amik Breeze tu hah bilang ai, meh aku angkut bawak balik, bukan susah jauh pun Nuffnang tu ngan aku. kannnn….

Comment: 12

Life of PI/The Hobbit @TGVCinemas

Suh datang awal KLCC ni, bapak ko degil, mak tau lah tun razak tu jalannya gi mana kan.aku kerja, depa datang for lunch pastu depa sambung tengok Life of PI. aku dapat tengok sesipi jer then sambung kerja balik. sokay. Mak sokmo gitu, mengalah. mak kedekut cuti, tak leh cuti sembarang bila ada baby ni. hikss! so aku hanya provide tickets wayang for them, lagipun RD cuti, dia kan opis selangor arituh ada public holiday.

kalau keluar awal, takde le asngkut kat jem tun razak. situ makin lama makin hari makin menggila jemnya. 16tahun aku kerja, 16 tahun aku ikut Jalan Tun Razak and semakin tahun you really need to back up at least an hour kat atas Jalan Tun Razak tuh. bukan di hujung di pangkal, but nun atas jalannya sahaja yang bernama Tun Razak.  Adakalanya untung sabut, clear best. paling siksa kalau hujan, kalau depa tutup smart tunnel, merasalah koooooooooooooo!

IMG-20121211-WA001

huh bapak ko menyedut spaghetti olio!

kakak dalam kereta tidur, tu lah jam punya pasal so dia bangun2 nak Chilli’s ater sampai lambat kakak oi, nak tunggu seats nya lagi, Pizza Milano sudah! sepanjang dok kat sini abang pening pala betul tengok orang berebut carik kerusi meja makan. Sampai ada satu kejadian dia nampak group dari negara India sana tu berebut ngan Arabian untuk kerusi meja makan for 5,6 pax.

alah bang, tu standard dah mak tengok kat sini. di sini, nak dok meja, ko jangan tanya kawan ko, eh nak do sini sinu kosong tuh, kalau ko nampak orang dah nak bangun, sila buat terjun tiruk terus ye ke kerusi meja makan tuh! if not, babai, pergilah carik meja kerusi lain.

IMG-20121211-WA002

anok2 dah besar nih, kita kalau makan berempat, buat sharing cuit-cuit apa yang dia makan. Janji depa dapat pizza, pizza hut jauh nun kat concourse floor so yang ni pun boleh gak buat ganti, lagipun in a rush, lagipun ada olio yang sedap, bersedut2 kakak and bapaknya makan. abang berebutkan seafood manjang, pastu tengok orang kiri kanan depan belakang, yang tak dapat kerusi meja makan. hahahaa ko tak sesudahlah bang.

btw semua tops kami dari Bandung. Baju hijau aku tuh, tak intend sangat nak beli, dah aku letakkan, aku bagi 2 bills kat RD, so aku bawak lari RB, sekali dia datang ngan baju ijau tu jugak rupanya aku dah salah bagi bills, jadi abaikan jer lah, dah bayo.

IMG-20121211-WA000

Just the 4 of us, technically depa bertigalah, i kan joined sekejap jer. Baby tinggal, jaga diri sendiri. ahhahaha! sumpah sapa percaya korang memang hish mengarutlah, tak logik tuh. Tapi memang tinggal ler, but of course ler ada yang jaga. Sorry RB, ada masa awak boleh ikut, ada masa awak kena tinggal coz masa abang kakak awak baby baby dulu pun, sama je nasib dan pangkat depa.

Begitulah putaran hidup ye RB.

Life of PI, memula anak2 macam eh ni cite orang tetua ke, for kakak ler specially, tapi bila dah keluarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr harimau godangnya ha ko, jadi gang, best movie ever for them.

IMG-20121212-01319

full crowds at the TGV One Utama for The Hobbit

IMG-20121212-01322couple seats but i m very sure, kalau kids ni boleh muat 3-4 orang, parents can letak a child as well in between! superb selesa!

You dah tengok The Hobbit, best gak, aku pi tengok tuh masa soft launching of TGV Cinemas at the One Utama, best besar gilak cinemas baru kat situ, carpet pun tebal. Couple seatspun selesa, jadi couple jap aku ngan si Nara arituh, seats tu colour merah sesuai benor le ngan mak merah, the IMAX screen besaunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, puas hati, huh untunglah hangpa yang dok kat area One Utama tuh, pecut je pergi TGV.

Jangan silap baca, the Life of Pi my family datang TGV KLCC, jimba sama maknya but for The Hobbit, i pergi solo with Nara to the soft launch TGV One Utama, hari lain walau dalam minggu yang sama.

Thanks TGV Cinemas, thanks anak2 and bapaknya datang jimba2 di KLCC. Thanks korang baca redmummy.com gak :)

Comment: 15

Jom Bunohan!

IMG-20120229-00448

First day at work, yey i m back! tragisnya takde kasut kerja, when i cakap kasut kerja, seharusnya high heels at least 4″ to 5″ tuh. bukan aku ler kalo pi kerja ngan kasut ketot2 nih. Tapi kemudian pregnant, so takde le berkasut tinggi kan, pastuh dah beranak ha ko, kaki aku masih blom pulih kecutnya. Ada 2 pasang kasut baru  yang i bought masa pregnant, to be worn after pregnant, pun tak boleh sarung jugak! kotat ko!

Yang boleh disarung dalam 3,4 pasang kasut ala2 seinchi jer tingginya, itupun bought coz pregnant kan, Ferragamo. itu sahaja yang muat. idok le teman nak boli baru, takde masaaaaaaaaa nak beli baru lah. baru je 2,3 hari kerjakan, satu  hapa shopping pun takde.

So so sooooooooooooo 2,3 minggu ni kerja aku pakai baju baru memanjang je lah coz ada lagi lemak terburai tak hilang2, baju lama tu muat tapi macam nangka sumbat le pulak.

Hari perrtama kerja jugak, pulangnya lambat kerna aku sambung malamnya di TGV Cinemas KLCC, dijemput untuk premiere screening BUNOHAN.

dah dengarkan betapa hebatnya Bunohan kan??

IMG_8631

Semeja makan dulu kita di TGV KLCC with Nurul, Rose GBM and Hilal. Ada sorang yang hebat di sini…huh kelas kelas. Telah terbau wanginya ‘bedak muka 3 inchi’ ahaksss! Okk so kita makan2, sedap betul jumpa kari ayam ada santan dah lelepas pantang ni kan. Maklum ler, teman ni dok moleh lagi make santa.

Macam yang aku bilang, lanting2 so aku bawak Hilal. RD gak bisalah join.

Penceritaan Bunohan, memulanya ingat aku plan nak cabut half way, maklumlahkan dahlah first day kerja, tinggalkan baby seharian pastu kena pi cover event tapi awal2 lagi dah buat rasa, eh tak leh balik nih, kena stay lagi. eh apa jadik, eh dia ni main cabut je nyawa orang, eh Faizal Hussein nih, napa le orang tak sedor kebagusan dia berlakon filem, cemerlang weih.

dan korang yang paling bagusnya aku menambah lagi minat pada seorang pelakon lelaki, Pekin  Ibrahim (Bakar) yang walaupun watak dia dalam tuh, hai jahat betul ko kan, very the mata duitan sangat. Terus follow twitter dia kooo!

Watak pelakon Cina yang berkawan baik dengan Ilham (Faizal Hussein) bercakap (kechek kan?) dalam dialect Kelantan yang fasih. Memang thumbs up!!

Shooting yang dikatakan 100% di Kelantan tuh, aku cite kat koranglah kan, tepi laut, tepi sungai dalam sungai tu sumer, tak pernah pulak aku tau yang di Kelantan ada laut/sungai sebegitu indah, pasirnya putih bagai. Hah, cantik worr! Shot waktu malamnya, nampak asli.

Dan satunya, wpun Ilham tu membunuh jer kerjanya, tapi kerna kasih pada emaknya, kubur dan rangka dicari merata. Untuk watak Adil (Zahril Adzim) adik pada Bakar dan Ilham, peninju muay thai wah molek bangat wpun aku menyampah sangat ngan pesen rambutnya dalam filem nih. Mati jugak dia akhirnya, eh eh ops, terbagitau pulak.

Yang pentingkan korang, 8 March nih tayangan Bunohan, aku ingat nak seret si RD tu pergi tengok lagi. Bagussssssssss bangat cerita nih. Technical issue tu memang aku tak nak komen sangat coz memang tak de lah berapa nampak cacat celanya, coz jalan ceritanya yang bagus dah menutup apa2 yang kurang dalam movie nih. Selepas terbaiknya Ombak Rindu, Songlap….aku kira antara filem2 terbaik di dalam jangka 6 bulan nih, Bunohan so far mendapat tempat terutama dalam filem tempatan.

IMG_8635

Penutup majlis entry ni, ada le sekeping gambar artist yang aku pemalas betul nak snapkanlah. Vanidah Imran bawak Chanel Reissue hijau dia, Fazura sama Chanel Jumbo Off Whitenya, Rashidi Ishak yang sentiasa memuji dan menunjukkan sayang pada isterinya di dalam twitter, romantik sangat! Cik Rose yang excitedly to have a snap moment with the celebrities.

Eh aku takde le nak citer details pulak yek pasal movie Bunohan nih, dok ngapa heh, kamu gi jer tengok. Wajib ditonton nih!!

Semua dialogs menggunakan dialect Klate, kalau ko tak paham, dont worry ada je subtitle in BM and in English gak….malam premier ni pun berderet2 omputih yang hadhir sama. Tengku Azura adalah satu2nya pelakon wanita dalam filem ini, lain tu ada 2,3 orang pompuan tapi tak nampak wajah, ko dengo suara jer. Eh banyak jimat belanja buat filem nih hahahha but i really love the movie.

Watak si bapak, watak lelain tuh kalau dah sumerrnya aku kena citer, baik aku bagitau je endingnya weih…pi tengok sendiri ye kawe.

Comment: 48

Camp Out and 3 movies back to back!

IMG_7800

The final ala2 summer camp or this is called CAMP OUT, this time for both of them. n very short one, just 1 night and takde le sampai 2 hari pun, ngam2 like 24hours jer. Overnight pun dalam camp/tent, venue kali ni kat Palm Garden Hotel, IOI Resort City. Harga untuk setiap anak dari usia 7 tahun ialahRM80 so for both of them RM160 lah. Mia anak Rose GBM pun ada joined sama.

Aku menda2 gini tak pi hantar amik, bapak depa yang settledkan. dah menyarat sangat pun. Pi #napbas pun alahai, bercinta tol jalan.  Kesianlah kat Gegirl dia memang suka camping2 gini macam abangnya pergi 2 kali tu kan, so luckily adalah yang untuk her age.

Takde dah pasnih, next year kita register lagi for them.

IMG_7814

So petang tuh, as usual aku kan dah 2 weeks timing lari. Siang membuta tapi malam berjaga. I didnt sleep at all tau waktu malam, pukul 5,6 pagi tu either dok main chess online or tengok tv. blogging pun kadang2 at one go waktu malam tuh, i dah on long medical leave, rehat je atas katil nun. Serius bangun dari katil pun dah nak menangis apatah lagi do the walking. Tu pun banyak forced jalan gak, kalau tak, lagi kaki lelenguh on the sides.

Since kids pergi out camp, i ngan bapaknya pun pi tengok wayanglah. 3 movies at one go! huh! pasnih tak leh lah tengok 3 movies, 2 movies pun dah cukup back to back. Mbe sebab badan aku dah tak fit kan so tengok 3 movies memang payaulah. Pusing jalan kuor dari cinema pun dah ke main siksa jauhnyaaaaa.

Kita pergi tengok Songlap, Mission Impossible and repeat balik Ombak Rindu. We tried the Popcorn Royale gak, mahal but worth it coz pastuh anak2 belasah abihkan.

Ok pasnih tak leh gak tengok wayang 2 kali movies yg sama coz the impact the feel tak sama dengan yang pertama. Sebab aku dah tengok the first round, si RD yang bukan pencinta movie melayu sangat doklah tanya ‘what s next, apa dia buat pasnih, mati tak? pastuh apa’ astaga…tengok je lah!

so by midnite baru abih movies, ngan nak mengekedek jalan turun ke parking P4 yang semua escalators dah tak function hahahaha ko tak nangis ker. Coz aku nya pregnancy kali  ni ada complication, tak cam yang 2 dulu tuh, tu pasal bila jalan kena berpaut, kena ada orang pegangkan.

Ni ngah pikir nak bawak kids pergi tengok movies, tapi tapi memang aku dah tak leh join dah kot.  Itu Songlap, best…MI, of coslah ok wpun macam tak logik je manjang hahahah terer btol Tom Cruise tuh. O/Rindu pun hah….bila dah tengok yg ke2 nih, in fact RD pun yg tengok first time tu perasan, nanti korang tengok scene hujung2 masa Lisa and Maya Karin kat tengah sawah bendang tu kan, yang lepas2 dialog ‘redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah’, masa Lisa bangun nak berjalan hala ke Aaron, ha ada camera amik shot dari belakang Maya Karin. aisay, boleh nampak microphone compactor set kat belakang kain baju Maya Karin. Kain baju dia tu kan jarang wpun dia pakai inner tapi tu lah tak cover and tutup bebetul. Masa first time tengok pun aku tak perasan, but ni ternampak plak. jelas plak tuh. But tu hanyalah iklan selingan, ceritanya tetap bagus.

Comment: 15

Top Gun from TGV Cinemas!

Bandar Kuala Lumpur-20111201-00135

 

thanks for your concern on my sad sedih entry. nothing change. :(

anw, have u watched the Ombak Rindu? ai tengok nangis2. ai pi tengok sorang2 jer. Being a top gun member of TGV Cinemas, i m entitled to bring + 1 partner, but aku malas!!! The extra seat is meant for my handbag sudahnya. Kan ke aku lone ranger, so ai pergilah tengok sorang2….larat tengok nih jer lah. Not even stop kat mana2 before or after. Told ya, i cant really move, sumpah badan dah sakit sangat bila jalan lebih 5steps. Siap kalau nampak kerusi, ai  memang akan duduk kejap ler.

Thanks to TGV Cinemas for giving me the Top Gun Star Access, bukan senang nak dapat nih, tak sangka, i am the chosen one, antaranyalah.

Back to Ombak Rindu, besttttttttttttttttt, superbest!!

Sudahlah hati bagai disayat2 bila depa 3 abandoned si boyot nih, tengok pulak citer sedih, memang mendayu2 ler tangis yang mengalir. Cuma menyampah couple sebelah aku dok borak ke main kuat di setiap dialog/scenes, mana dengan anak2 kecil orang depan yang dok melompat berdiri berlari tak geti nak dok diam arghhhhh! dah anak2 kecik below 2,3 years tak yahlah ko bawak tengok citer2 gini, bukan depa memaham nak tengok pun, bikin orang panas jer.

but what can i do, now is not the right time to membengang. Serabut lagi pala. Cuma masa naik escalators, ada group dari negara India sana dok main tetolak naik each other, bau badan memasing masyallah, sampai satu peringkat selamba je mak and anak ni pushed me from the back, hoi ko tak nampak ke perut aku ni??? Ha yang tu memang makan bahasalah ngan aku. Hilang sabar betul!

Follow TGV Cinemas Twitter for the movies update.

Comment: 21