3 hari untuk Yanok Yantek Yan Yan Yan!

IMG_0103

majlis perkahwinan gemilang Yanok or known as Yan GBM.

GBM tu ada 4 orang, depa tu macam orang2 di belakang tabir RM nih yang banyak tolong aku. ai donno ler, bertahun2 depa ngan RM tapi masih ramai yang tak kenal depa nih. Baik jumpa face to face ke, aku bawak depa kulu kilir pun ramai yang masih tak kenal. Bukan setaun 2 tau, adalah makan tahun gak.

So anw, ini adalah perkahwinan Yan setelah selamat bertunang tahun lepas.

Ok ingat tak engagement yang ada handbag Chanel, hah kalo cakap tu sume orang ingat kan.

Di majlis pernikahan pada hari Jumaat lepas tuh, semua GBM dah sampai awal petang tu lagik, checked in di Hotel Seri Malaysia Seremban tapi aku and RedFamily tak dapatlah nak hadhir on time coz kerja satu hal, tunggu anak2 habis sekolah pun satu hal gak ngan laki aku balik kerja lagi lambatnya, sudahnya jam 10malam gak baru sampai.

Yan pun dah selamat menikah lebih kurang setengah jam sebelum aku sampai. Nikah dan langsung diadakan di rumah pengantin perempuan, tu yang kami decide tidur kat Seri Malaysia coz nak up and down kl seremban, hai….terpaksa aku pontengkan anak2 aku tuition.

IMG_0089

IMG_0090

IMG_0091IMG_0092IMG_0093IMG_0094IMG_0096

 

IMG_0105

cantik dok, di sininya pengantin dinikahkan….semua bebunga hidup. ada lagi satu pelamin pulak diletakkan di luar untuk khalayak ramai yang hadhir. Suka betul aku ngan pemandangan pelamin ko ni Yan oi. Hish, alangkan dah kahwin!

 

IMG_0118

Sambil sibuk pengantin diulit photographers dan saudara mara, kita menyelinap ke bilik pengantin….ngehh 🙂

IMG_0124

sedap betul katil pengantin ni dari katil seri malaysia yang aku duduk tuh!

IMG_0109

keluarga RM dan GBM

IMG_0121

Yey dah Halal!

IMG_0133

Cantikkan Yanok, dress nikahnya ni by Zery Zamry, suaminya Bojeng pun sama in grey jugak.

Habis selesai di rumah Yanok, midnite tu jugak kami pulang ke hotel untuk berehat. Diorang at least dari hotel jugak, haku nih anak beranak dari rumah direct dengan anak2 yang letih balik dari sekolahnya. Takpelah korang, makcik yanok korang bukan tetiap taun kawinnya pun. Kita penat sekali harung je yek….

IMG_0142

Esok siangnya lepas check out, kembali menyambung di rumah Yan untuk majlis bersanding dan berlangsung, bertandangnya pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

IMG_0144

panas terik, si kecik ni asal boleh nak melanding, pedulik hapa dia kan…

 

IMG_0152

barulah complete keluarga besar RM and GBM…

Ayu and Mak

Rul and Mak

Rose and Mia

Sid

also Red Family, kakak terlindung di balik badan ku.

IMG_0163

waa jelitakan???

Temanya purple tapi pengantin memakai selembut pink.

Yan dah tentu cantik, raja sehari. orang jelita make up lembut or tebal pun tetap je cantikkan….

IMG_0167

Simple je kan pelamin untuk sessi nikah malam dan siang bersanding…cute je gambar2 pre wedding yang depa amik tuh.

IMG_0172

sebelum bersurai….

back to KL le memasing…

balik tu 4 jam aku buat kerja rumah non stop. huh!

IMG_0179

yoyolah poyo nak amik gambar maknya kan…padahal gambar RB. yang 2 orang lagi tu kita tak bawak, depa dok busy nak sekolah kan…

IMG_0181

hari ke3 majlis adalah pada malam hari di PWTC pulak…..on Sunday.

IMG_0190

bertemakan Minangkabau. lauk pauk, penyanyi, penari, dayang2, heh sumenya sampai loghat ucapan pun dalam bahasa nogori.

IMG_0189

 keje kita posing posing posing…..

ayuthesun, liza, rose and sid. and RB!

IMG_0218

our complete meja ngan partner memasing!

eh ada AK, kenal dia ingat dia lagi tak? sian je aku tengok dak kecik tuh terkontang2 kat meja orang lain, so since sebelah Sid ada kosong, kita sumbat le dia hah. Rose and husband, rose ni ko anto je camera, laju je dia memosing. tu pasal kalo bergambar, gambar dia le yang paling molek. Ayu and mak, Rul and mak pastuh me, RD and RB ler kan.

korang jagnan caya budak2 ni nya cakap aku makan banyak

aku le paling last abih makan, dok mengkelek RB jer kay, tetukau ngan RD. dia dok terpisap2 nak tidur tapi bising dek penyanyi Aisyah dok menyanyi gitu….sian RB.

IMG_0201

susah gila nak amik gambar pengantin. takut tersalah adat dan adab je masa nak amik gambar diorg ni atas stage, so sekadar waktu di laluan merah je kita amik. itupun aku yang ngah kendong RB pi berjalan bawak camera amik gambar depa kay. laki aku dok malas nak bangun…takut terbarai sampin gamaknya pakcik tuh….

takpe takpe, demi adikku yanok!

IMG_0208

she s so beautifulllllllllllllllllllllllllllll in red pulak tuh! ni adat pakaian Negeri Sembilan, bukan Melaka, aku dulu pun pakai bih kurang begini jugak, ke mai sarat ko kepala sakit ya hampun beratnya. but oooo hai, cantik ya sangat Yanok. dia ni tandu sebelum berarak tapi tandunya tak sampai hujung stage so i tak boleh nak capture.

Udahlah aku kendong RB kan…

ngan orang dok main langgar je pala aku, mementang aku ‘tinggi benar’. Photographers ko le yan dok tenyeh pala akak hah.

IMG_0235

apesal keje aku asyik jadi photographer je nih! laki aku dok ngan dunia RB nya jer…ngulit anak je dia.

IMG_0229

kain baju kurungku untuk warna biru dan purple ni dijahit dek Amy Sweetdarling, clutch by Cole Haan and shoes by Celine. Suamiku by isterinya. LOL

IMG_0203

so memana jalan, kalau nampak depa Yanok. Ingatlah yek, ini Yanok GBM, itu pun Bojeng suaminya GBM gak. depa adalah orang kuat yang beliung sangat di RM. Tahniah Yanok Bojeng for the perkahwinan gemilang, moga biarlah perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat kalian….

IMG_0222

kemudian ingat juga wajah2 ini. Selalu sangat, bertahun2 depa ikut ai pi events tau, napa le ada yang masih tak kenal and tak cam lagi depa nih kan…

Yang hitam suka posing depan camera is Rose GBM. Ayuthesun GBM yang keje kat bukan newspapers tuh, Sid GBM pun sokmo je dalam RM. sila2 ler ingat mereka berempat nih nanti. Links depa pun ada merata gak lam RM nih, sampai dah leh hapal dek sume orang. Tapi jangan ler sibuk tanya hal2 RM kat depa berempat tu, memang aku agak annoyed ler coz macam main jalan belakang pulak mengkepohcik hal luar dalam ai kan.

Huh 3 hari yang panjang untuk Yanok tercinta. We love you darl, so…semoganya cepat membunting yek! Moh ramai2 kita doakan dia bunting pelamin.

Comment: 26