Donating the EBM…

 

IMG_1280

tolong susun my EBM, nak transfer yang dari freezer ke chest freezer.

Mana ada space dah untuk chest freezer, penuh sangat.

Habis tuh nak simpan mana?

Cuba try donate, padat dah tempat takde nak simpan.

Ye korang….kita mengambil keputusan untuk mengdonate sedikit dari stock EBM yang ada untuk memberi laluan pada stock2 baru yang dipumped.

Alhamdulillah syukur kerna aku dikurniakan susu yang banyak. Sebenarnya waktu dalam pantang, aku boleh produced lebih dari 100 oz per day. Kalau sekali pump 18 – 20 oz (2 sides at a time) pastuh pump nya pulak memang antara 8 – 10 kali per day. korang kira le maths jadi berapa….itu masa dalam pantang, bila back to work, now dah 2 bulan masuk kerja, aku hanya dapat pump antara 5 – 6 kali sehari dan setiap kali pump pulak paling sikit is 6 oz. tu paling sikit, mostly is 8 – 9oz full. jadi koman2 skang at least 40 oz dah tentu setiap hari stock up.

Tu pun malam direct feeding tau bila balik kerja. Siang pun dia minum dalam 20 – 25 oz jer. Jadi pengeluaran adalah melebihi permintaan buat masa ini dan juga kita juga tak mampu nak simpan mana dah susu nih. I ve bought the chest freezer tapi itu pun penuhhhh!

IMG_1276

jadi bila I was introduced with this group, the group oleh ibu2 yang ingin menderma susu badan mereka untuk yang lebih memerlukan for eg untuk premature babies, or ibu2 yang tidak mahu menggunakan susu tepung coz they believe on the power of susu badan, so onnnnnnnn! I joined as well. But tidaklah kita semberono nak bagi merata bagai coz aku pun kena check profile of the baby.

You know as a muslim kita kena pastikan jugak profile baby nih coz apabila membesar tidak ada conflict kemudian hari coz dia dah tentu akan menjadi anak susuan aku and I need to make sure my kids and baby tidak ‘berkahwin’ atas dasar pangkat ibu anak susuan. Semua orang paham kot dah kan konsep ibu/anak susuan. So adalah penting untuk aku tengok profile the baby.

So far till now masih belum dapat coz I rasa tak ramai orang open kot untuk menerima susu badan ibu lain. But believe me, tak ramai tapi tetap ada.

Jadi korang if ada yang memerlukan EBM, bolehlah contact Kak Red nih, insyallah kita boleh donate, policynya senang saja, kenalah datang amik sendiri. I ll give at least nak reduce suku of the chest freezer untuk memberi laluan stock2 yang kita pump baru.

Ko tengok, sampai EBM pun kena main lelanting.

IMG_1279

Tapi kan

hemm pelik gak.

Kenapa takde mana2 persatuan pertubuhan or any breastfeed lines yang approach aku yek? I am fully breastfeed and support the concept but entahlah, orang tak tau ke aku penyokong tegar susu badan. So anw kalau korang nak mencari stock EBM or nak donate bolehlah LIKE the Human Milk 4 Human Babies Facebook.

Thanks adik2 ku Dr Shida and Dr Hannan for recommending me the site.

Anw, aku ngah ada idea sket…ingat dalam air milo anak2 eden yang besar 2 orang tuh, aku nak letak susu aku gak hehehehe. Dia orang bukannya tau pung! Kat bapaknya ? heh korang nihh. ngarut jer!

Comment: 41