May 15 2012 Tuesday, 12:00 pm
Kelip-kelip and Kampung Tour by Awana Kijal
48hours sponsored post.
Mummy jom cepat, bas nak gerak dah tu. Kakak tak sabar dah nak pergi tengok kelip-kelip ni…
Ala mummy tak boleh ikut la, sapa nak jaga baby nanti.
Oooo baby tak boleh ikut ek
Tempat tu tak sesuai untuk baby la… Kakak pergi dengan daddy & Abang jer lah…
Kesinambungan cerita dari entry Awana Kijal hari tu, malam pertama tu lepas jer kenyang buffer dinner yang enak kat Restoran Kampong Meraga Beris, kita ade lawatan pergi tengok kelip-kelip ataupun firefly yang siap diatur oleh Awana Kijal. Tapi since saya ni ade baby, so terpaksa la let go tak leh join sekaki. So RD, Abang dan Gegirl jer pergi.
Depa baru sampai kat Sungai Yak Yah tempat kelip-kelip tu
Balik jer dari tengok kelip-kelip, sorang sorang bercerita. Ooo btw, nak tengok kelip-kelip tu kena naik boat, so tu yang depa siap pakai life jacket tu.
Mummy, tempat tu gelap sangat, tak nampak apa-apa. Kena naik boat. Cuma nampak lampu dari kelip-kelip tu jer. Cantik mummy cahaya kelip-kelip tu. Macam bintang kat langit, tapi ni dekat sikit.
Abang dapat tangkap kelip-kelip tu mummy, masukkan dalam topi Abang, Tapi Abang lepaskan balik kelip-kelip tu. Best sangat sebab dapat pergi dekat-dekat dan pegang kelip-kelip tu. Abang ingat nak bawak balik dua tiga ekor tapi daddy tak bagi pulok
Mana gambar dia?
Mana boleh nak tangkap gambar darrr, kelip-kelip tu kan cahaya, nak tangkap gambar cam na?
Terlepas aku nak tengok kelip-kelip, taper next time RD tinggal dengan RB pulok!
Ni pulak masa on the way balik dari kelip-kelip pergi lalu kat Petronas Refinery. Gambar tak clear sebab tangkap dari dalam bas bergerak. Tapi cantik bercahaya tempat ni depa cakap.
The next day pulak dah tersedia program Kampung Tour. Lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Awana Kijal.
Lagi sekali saya dikecualikan dari program ni, almaklumlah ada baby. Taper RB kita bersantai kat bilik hotel sambil layan TV dan order dari room service hiks. Pergi merehatkan badan kat Taman Sari Royal Heritage Spa kat Awana Kijal ni pun best jugak ni. Ooo their first stop was kat Turtle Sanctuary and Information Centre di Cherating.
Macam hidup je yang belakang Gegirl tuh
Mungkin ibu dan anak-anaknya. Cute kan?
Hello Redmummy!
Kusyuk mendengar penerangan tentang spesis-spesis penyu ni. Sedikit sebanyak tambah pengetahuan pasal penyu ni. Tahukah korang yang penyu adalah spesis yang terancam dan antara sebab-sebab kewujudan sanctuary center ini adalah untuk menjaga dan melindungi spesis istimewa ini.
Persinggahan kedua pulak ialah Pusat Anyaman Mengkuang, Kampung Cherating.
Sapa-sapa nak belajar ngayam mengkuang boleh la mai sini. Beria budak 3 orang tu duduk depan dengar makcik tu bagi penerangan. Bagus-bagus, kecil-kecil dah ada minat, dengo ye cakap orang tua.
Gegirl ngayam mengkuang tak?
Susah la mummy, bersilang-silang. Tersimpul jari Gegirl dibuatnya.
Mula-mula memang la susah, lama-lama, senang jer tu
Mummy pandai anyam?
Pandai….tikar2 mengkuang mummy dah jual merata Malaysia. lalalala…..
Inilah mengkuang yang dah siap diwarnakan
Ready stock mengkuang bags. Kemas anyamannya.
Ni pulak tikar mengkuang. Cantik yang kaler merah tuu
Daddy ni penyu tadi dah jadi tikar mengkuang 😛
Hampeh ko Abang!
Next stop on this Kampung Tour ni pulak ialah kat Ghazali Arts Gallery. Di mana kita boleh belajar melukis batik. RM10 jer untuk melakar chanting batik ni.
So apa lagi budak dua orang ni, terus capai berus lah. Actualy quite easy jugak lukis batik ni. Kita cuma perlu pandai main dengan color, then just touch berus tu kat kain dia. The color will then macam terserap ke kain tu.
So terhasillah karya-karya batik yang dilukis oleh bloggers dan anak-anak bloggers. Not bad kan?
Ni pulak lukisan yang sedia ada di gallery tu. Kalau berminat boleh lah beli terus.
Kalau ke Terenganu, memang tak sah la kalo tak singgah beli keropok lekorkan. Memang sedap keropok lekor yang kita beli straight dari sini. Lain rasanya dari ready goreng keropok lekor yang kita beli kat KL ni.
Ni nak berapa batang ni?
Bagi semua la makcik 🙂
Selain keropok lekor, keropok ikan dan udang pun ada. Sotong kering dan macam-macam lagi la makanan laut ade jual kat sini.
Lagi satu yang tak sah kalau tak beli ialah satar. Satar ni diperbuat dari campuran ikan tumbuk, lada dan halia dan dibalut dalam daun pisang berbentuk tiga segi macam piramid dan kemudiannya dipanggang atas bara api.
Ha ko cili padi di bubuhnya…
Seronok sungguh budak dua orang ni berjalan keliling pusing ikut Kampung Tour ni. Selain Kampung Tour, Awana Kijal juga ade menyediakan lawatan lain iaitu City Tour – Kuala Terengganu. City Tour ni termasuklah lawatan ke Pasar Payang, State Museum, Crystal Mosque kat Islamic Civilization Park dan tempat-tempat menarik lain lagi.
I’m sure kami akan datang semula ke sini. Tapi next time aku nak booking bilik yang ade jakuzi. Yup Awana Kijal pun ada room with jakuzi which is Premier Suite. Sure best berendammm.
See you again Awana Kijal!
adisarah
May 15, 2012 @ 12:14:07
Seronok betul bercuti santai macam ni. Ganu is my peberet place.
adisarah recently posted..Sepandai-pandai tikus melompat
Fedo
May 15, 2012 @ 13:47:17
Wah. Cntik.Ni. Menarik..
Fedo
May 15, 2012 @ 13:51:25
Cuba terbng ke negeri bawah bayu pla.. Welcome
wanie-ladybird
May 15, 2012 @ 14:04:42
wah bestnyer…mulalah pasang angan2 nk ke cherating plak hehehe
kakRed, gegirl lefthanded?? samer la kite
wanie-ladybird recently posted..mother’s day for me hikhikhik…..
RedMummy
May 15, 2012 @ 23:34:16
@wanie-ladybird,
ah ah 🙂
KiD
May 16, 2012 @ 03:27:38
@RedMummy, lefthnaded..? sama laaa gak (my son) ;p
KiD recently posted..Rakan Blogger Komen untuk denaihati.com
farahdiba
May 15, 2012 @ 14:05:49
wajibla kalo dah area situ tak makan satar. otak2 tak try kak?pun sedapp!lain dari otak2 kempas yg selalu jual kt kl ni 🙂
farahdiba recently posted..Kenangan Lalu…Uitm Dihatiku..
Hanif
May 15, 2012 @ 15:28:11
seronokya dapat tengok kelip2…nak g jugak la nnt
hazman aka species1980
May 15, 2012 @ 15:55:35
Satar tu memang sedap makan begitu sajeee.. dan kepok lekor pun orang dah makan cicah mayonis skang nie…
hazman aka species1980 recently posted..Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB
rozuan
May 15, 2012 @ 19:26:48
wah, byk pengalamn anak2 RM dapat ye.bagus sgt aktiviti ni
rozuan recently posted..KENANGAN MANIS DI SMK FELDA CHEMOMOI | MISS YOU GUYS
Claire
May 15, 2012 @ 19:31:21
mulalah pasang angan2 nk ke cherating plak hehehe
kakRed, gegirl lefthanded??
Claire recently posted..Difficulty Getting Pregnant
RedMummy
May 15, 2012 @ 23:34:02
@Claire,
yeap, she is.
Lyn Yusoff
May 15, 2012 @ 20:29:15
bestnyer..
bila lah nak pegi erkk..hehehe
Lyn Yusoff recently posted..Pantang Semut Api
Syakila
May 15, 2012 @ 22:22:03
oh tempat tinggal ku di sini..
Syakila recently posted..Guru Paling Seksi Dan Hot Di China – Serius Memang Cun
FadzilahMamat
May 16, 2012 @ 00:13:27
Pandai betul Kak Red promote. Sampaikan saya orang ganu pun rasa teringin nak bawak anak-anak join lawatan macam ni. 🙂
FadzilahMamat recently posted..Antara Ayat Yang Saya Tak Suka..
KiD
May 16, 2012 @ 03:28:04
na na na na naaaa.. ganu kite!!!!
KiD recently posted..Rakan Blogger Komen untuk denaihati.com
shiela nasir
May 16, 2012 @ 10:37:53
sungguh2 ingat penyu tu tipu punye..macam sengih tengok kamera ja 🙂
faz
May 16, 2012 @ 12:02:06
ingat kan dah bis dah story awana ni.. 😀
sonok la dpt bercuti sponsored satu family p…murah rezeki nama nye 🙂
faz recently posted..Trip to Gunung Semanggol, Perak : Salam Perpisahan Sahabat
Sally
May 16, 2012 @ 12:29:10
Never tot that there are interisting places around Awana Kijai. Dulu lalu je kat sana then tgk tpt Star Cruise berlabuh. Very plain je tpt tu. Next time I nak cuti-cuti Malaysia kat sini la. Thanks for the info. Kalau tak I tak tau
Sally recently posted..Sepit Rambut for Girls
sutera
May 16, 2012 @ 13:44:18
wahhh seronoknya kt situ..tetibe rs nk pegi becuti
sutera recently posted..TERIMA KASIH CIKGU !!
Fafau de Craft
May 17, 2012 @ 17:34:37
siap ade xtvt lgk..ingtkan takat stay kt awana jerk..
Fafau de Craft recently posted..2nd Order Dari Lazli, Seksyen 7 S.A
Fafau de Craft
May 17, 2012 @ 17:36:49
siap ade xtvt lgk..ingtkan takat stay kt awana jerk..gi mlwt kg lgk…
Fafau de Craft recently posted..2nd Order Dari Lazli, Seksyen 7 S.A
amir
May 17, 2012 @ 23:33:53
woo mana kelip kelip nye tak nampak pon
amir recently posted..Download Berani Punya Budak dvd
Aldy Shah
May 18, 2012 @ 00:10:24
Saya Orang Terengganu tapi tak pernah pown g tempat Kelip Kelip tu, kak Red n family dah sampai lebih awal dari sy plak, hiksss 🙂 🙂
Aldy Shah recently posted..Gaya rambut bertukar lagi
Zarul Umbrella
May 19, 2012 @ 14:42:41
seronok korang2 semua cuti2…
Zarul Umbrella recently posted..Sepetang Yang Pendek di Sentosa Island,Singapura