Sapa nak chop chop Jumperoo nih…

Kuala Lumpur-20120609-00333

Kuala Lumpur-20120609-00335

Kuala Lumpur-20120609-00337

Kuala Lumpur-20120609-00339

Bengang betul dia tak dapat capai toys dia tuh. saje aku letak jauh sket nak suh dia push sket badan dia tu ke depan, asyik reversing je dia tau! pastuh tangan kaki macam nak berenang dibuatnya dok menggapai2, ni waktu ngah good mood memang dia nak le meniarap nih but bila marah meraung dia datang fuiyooooooooooo!

aku kan

aku tak citer

dah bape malam dah

sejak RD takde, aku punya pala tingtong sungguh

tak cukup tidur dah tentu

tapi tak tidurrrrrrrrrr tu yang sadis.

Orang akan cakap biasalah anak kecik, baby lagi memanglah meragam jer.

Aku pun dah memang beranak pinak sebelum ni so memang tau le sangat, dulu pun bapaknya takde jugak but tahlah… at one time aku bengang le jugak bila bapak depa berbulan kat obersi tu. Ni yang kat Thailand sebulan, yang selepas2 nih, sebelum2 nih… ha ko tak terasa. At least kalau malam2 tu boleh jugak kita tengok anak sulong, anak dara, si kecil, macam skang kalau nak tidurkan RB tu dalam bilik, makan 1 – 2jam le jugak heh. So abang kakaknya pun bawak le diri memasing… dah paham sangat.

Bila adiknya dah tidur, nak buat keje umah pulak, sambil kejar2 tengok masalah negara abang kakak pulak. and the list goes on and on.

Kuala Lumpur-20120609-00342

Kuala Lumpur-20120609-00345

Kuala Lumpur-20120609-00348

Kuala Lumpur-20120609-00357

Abang kalau part mengekehkan gelak adiknya meamng terer!

Kuala Lumpur-20120609-00360

Apapun, si comel ni wpun dia bikin maknya tak tidur malam, tapi, ko tetaplah cute and kesayangan abang kakak ko!  Kesian ko kan, hari tu bapaknya balik dari Siam pun dia tenung lama je kat bapaknya, macam hemm sapa ko bro? eh bapak aku ke!

Ni pasnih ada jugak yang dia dah kenal makpak tapi dia tak nak pulak kat bapaknya coz lama bebenau sesekali baru balik. Hari tu aku selamba je terlepas cakap kat bapaknya, eh berus gigi u i buang yek? u bukan tinggal sini pun, balik sini macam balik tido hotel je pung.

haaaaaa

tu ler…

Sapa nak beli jumperoo RB tu nanti boleh Contact Red yek. SORRY DAH ADA ORANG RESERVED.  Kalo tak silap aku market price is RM700, tu harga pasaran ler, aku idak le jual harga gitu… but bukan skang lah, sok sok bila dia dah start merangkak aku tak pakai dah kot jumperoo nih. Jumperoo ni sesuai untuk baby yang dah boleh balancekan kepalanya yek, ni bukan walker. ni i tell u baby kan suka melonjak2 bila kita dokong berdirikan dia, so nanti dia dok sibuk le nak lelompatkan badan dia, ini gunanya Jumperoo. Biasanya RB akan duduk situ sambil amik angin petang. Sesapa yang nak boleh chop dulu bolehlah roger2, jangan kang bila dah takde dok bising napa tak roger.

Kuala Lumpur-20120609-00356

Selain drpd itu, hemm..

Nak bawak si kecik ni pi cucuk.

Cucuk 5 bulan, ada ke patut bapaknya suh tunggu cucuk ke 6 bulan buat sekali 5 bulan, and 6 bulan buat masa 7 bulan. Yapadah, just because u r not around, kitaorg pulak kena on hold. Tak ngape le aku poi le angkut depa2 nih..

Kadang2 rasa nak time off amik cuti sehari 2 pi tidur jer…. but malam kena ada le kat rumah, pastu esok pi balik hotel tidur jer lagi sekali. Sebabnya kepenatan dan kekurangan tidur. Kurang tidur yang bukan sket2 alang ni tau, yang aku rasa sampaikan sambil pumping pun aku boleh tersengguk2 tertidur. haaaa…

Laa ni kalau nak enjoy the 20min sleeping beauty, memang aku lari pergi Marie France jer!

Categories : RedBaby

22 Responses to “Sapa nak chop chop Jumperoo nih…”


Nak kulit cantik dan gebu seperti ADIRA?
Dapatkan set lengkap dengan harga rendah!!!
Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!
  1. Nani Says:

    Kak red mcm best je benda jumperoo nie… sy pon ngah mengandung 2 mths nie.. kalo kak red nk jual n harga ok, sy nk beli ye… kalo ok nti sy bg no tel. n sy bleh ambik sendiri kalo kak red jd jual n sy beli..

    [Reply]

  2. Mooniqueen Says:

    Teringin jugak nak beli utk coming soon baby tapi tak dok tempat nak letak pulak… Takde rezeki anak first nak pakai jumperoo ni… RM, kasi cium sikit sama ini budak…manyak geram wooo..
    Mooniqueen recently posted..Kenangan Derma Darah

    [Reply]

  3. Mommy Lyna Says:

    alahai sukanyaaaa RB oiii naik benda tu… ni rasa nak baby lagi ni. hahahah. adeh baby yg skg tak besar lg dah berangan.
    Mommy Lyna recently posted..Melawat Paris Notre Dame

    [Reply]

  4. yayansmum Says:

    Kesian Kak Red.Sabar la yer…Comelnyer Jumperoo nieh..seb baik anak YM dah beso…Hiks…:)
    yayansmum recently posted..Every Woman has a Story: Patutlah Rezeki dia melimpah-ruah!

    [Reply]

  5. aziah Says:

    ohoho..sebijik muka abangnya…
    steadylah k.red.. lone ranger buat smua without RD.

    [Reply]

  6. yanok Says:

    SAYAAAAAAAAA~~~~~~~~~~~~~~~

    [Reply]

    RedMummy Reply:

    @yanok,

    puan ialah siapa ye?

    [Reply]

    yanok Reply:

    @RedMummy, Puan Sri Yanok.. takkan Datin Sri tak kenal???? 8)

    [Reply]

  7. Lyn Yusoff Says:

    suka RB duk kat jumperoo tuh..
    sape ade yg nak deliver ni leh lah rembat..
    Lyn Yusoff recently posted..Sambal Bacang

    [Reply]

  8. ida Says:

    kak red,kalo nk jual nanti blh la bgtau saya ye..skrg saya ngandung 4 month,mcm best je nk bg baby pakai benda nie..hehehe

    [Reply]

    RedMummy Reply:

    @ida,

    orang yang mengandung satu bulan dah chop dulu lor..

    [Reply]

  9. Shasha Catering Says:

    Kesiannya RM, sabar ya.
    Semoga dapat tidor cukup2 nanti.
    Shasha Catering recently posted..Anda Ingin Gembira?

    [Reply]

  10. farah Says:

    k.red..sabo jelaa ek..skrg ni k.red ler papa,k.red la mama nye..strong woman laa..:)

    [Reply]

  11. KiD Says:

    dah ada yang booking eh? maka tak jadi lah saya bikin anak lagi buat masa nih.. hehehehe

    btw, kid tak pernah nampak lagi mende alah ni.. cool jugak eh.. :) KiD recently posted..No Posts Were Found!

    [Reply]

  12. nigina Says:

    aduh geramnya tgk RB
    nigina recently posted..Lawak Semalam

    [Reply]

  13. wanie-ladybird Says:

    salute arr kakred super mak, wat smua sensorang
    tp kesihatan kene jaga jugak tau :) wanie-ladybird recently posted..servis kereta anda !!!!!

    [Reply]

  14. annisa Says:

    sy pun tumpang happy bila tgk kakred n family happy… :)

    [Reply]

  15. Aldy Shah Says:

    Alololo…Comelnya…
    Aldy Shah recently posted..Korea Selatan bangunkan internet terpantas dunia

    [Reply]

  16. Aldy Shah Says:

    Alololo, tomeinya RB
    Aldy Shah recently posted..Korea Selatan bangunkan internet terpantas dunia

    [Reply]

    dzuandiey Reply:

    @Aldy Shah, kan…comey sangat..huhu…
    dzuandiey recently posted..Nuffnang Berwajah Baru

    [Reply]

  17. sha Says:

    kak red sha rasa macam nak pinjam si RB ni for 10 minutes.. geram sungguh lah haiiiii…hehehe
    sha recently posted..Burger Bakar Kaw Kaw Sect 2 Wangsa Maju

    [Reply]

  18. dzuandiey Says:

    alamak..cute yaaa…..ni yang tak tahan nak cubit pipi ni..hihihi..
    dzuandiey recently posted..Nuffnang Berwajah Baru

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:


Random Red Reddies [ apik ][ My Living Life ][ Lyn Yusoff ][ Ogawa Close To You… ][ My White date… ]
RED Random Posts. Korang dah baca?