Astro My Hometown

 

Korang masih ingat tempat melepak kegemaran semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran korang? Ataupun suara kuat makcik di pasar? Actually itulah antara kenang-kenangan dan tempat-tempat istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil kita senantiasa tersemat di dalam hati. Tul tak?

Bersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatifnya iaitu, ‘My Hometown’. Inisiatif ini diadakan sudah semestinya untuk mengetengahkan pelbagai budaya dan warisan kita di Malaysia. Korang semua dijemput untuk menghantar video dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik, kisah-kisah dongeng, lagenda-lagenda tempatan ataupun cerita lucu kampung halaman korang tu dan secara tak langsung mengapa ianya berkait secara peribadi dengan korang. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman korang dengan mengetengahkan kisah-kisah unik dan istimewa yang membezakan pengalaman korang dengan yang lain.

Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Astro menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina ataupun umur untuk berkongsi kenangan secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil kita.

Sebagai tambahan kepada kempen ‘My Hometown’, Astro turut memperkenalkan ‘My Hometown Short Films’. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri yang berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem ‘My Hometown Short Films’ ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

 

 

Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown

Jadinya korang, jom kongsikan bersama keunikan dan keistimewaan kampung halaman kita tu. Kita tengok kampung sapa yang paling best hiks :)

 

Categories : Astro

10 Responses to “Astro My Hometown”


Nak kulit cantik dan gebu seperti ADIRA?
Dapatkan set lengkap dengan harga rendah!!!
Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!
  1. Aldy Shah Says:

    Bestnya my hometown, Hiksss :D Aldy Shah recently posted..100 Blog untuk Blog list Aldyshahdotcom

    [Reply]

  2. Mooniqueen Says:

    Kalau nak cerita my hometown ni, tak habis sampai esok… Hehehe…
    Mooniqueen recently posted..Memorable Of Mya

    [Reply]

  3. sha Says:

    susah gak nak citer my hometown… kena pilih2 sbb sha ada byk hometown gitu. hahahha
    sha recently posted..Program bersama Redmummy

    [Reply]

  4. Aza Says:

    AWESOME!

    [Reply]

  5. BlackWorld Says:

    huhuhu…xda astro cmne nak tgk ni…sponsor lah sepiring astro

    [Reply]

  6. hazman aka species1980 Says:

    idea yang bagus untuk mempamerkan idea kreatif rakyat malaysia….
    hazman aka species1980 recently posted..Family Day MASkargo 2012 @ Desa Waterpark KUALA LUMPUR

    [Reply]

  7. Lyn Yusoff Says:

    great..
    tapi klu citer psal hometown, tak cukup 5 minit..
    hahaha
    Lyn Yusoff recently posted..Gula Asam

    [Reply]

  8. anie Says:

    citernya memang panjang
    anie recently posted..Saiful Apek bebas dadah

    [Reply]

  9. KiD Says:

    waaahhh.. menarik nih.. kampungku indah nun jauh di sana.. :) KiD recently posted..Buka puasa PERCUMA

    [Reply]

  10. ferdaus Says:

    kalau nak cerita pesal my home town..wah..paling best nak dekat raya nie lah…setiap tahun hari raya pertama malam raya kedua lah kiranya…kami semua pemuda kampung yang pulang ke kampung akan berkumpul membuat jamuan hari raya besar besaran…..sampai bila2 tak boleh lupa…InsyaAllah tahun nie akan jadi edisi yang ke 12

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:


Random Red Reddies [ Sayda ][ daia ][ mimi ][ Lux Masquarade Princess Search!!! ][ arnirina ]
RED Random Posts. Korang dah baca?