Mari Beramal Bersama Colgate…

48hours sponsored post

Nama Colgate ni memang dah sebati dan dah menjadi sebahagian dari kehidupan kita seharian. Hidup aku dah semestinya lah. Sejak dari aku kecik lagi dah gunakan Colgate sampailah sekarang turun ke anak-anak aku pulak. Mungkin korang pun sama jugak kot. Bak kata orang Senyum Colgate :)

Disamping mempunyai strong commitment to caring dan social responsibility yang memfokuskan area kesihatan dan pendidikan, Colgate juga tidak lupa untuk beramal kebajikan.

Setiap tahun di bulan Ramadhan dan sejak 5 tahun dahulu, Colgate telah mengadakan kempen kebajikan “Mari Beramal Bersama Colgate”. Semasa tempoh berkempen ini, sebahagian hasil daripada jualan pek amal Colgate Maximum Cavity Protection ataupun Colgate Kayu Sugi akan diperuntukkan untuk pengagihan ke rumah-rumah anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang merupakan cabang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahun ini, kempen ini menyasarkan kutipan sebanyak RM 150,000 untuk 15 buah rumah anak yatim, termasuklah sasaran kutipan sebanyak RM 25,000 dari online kempen.

Dan untuk tahun ini, Colgate memperkenalkan kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” ini secara online di FB ColgateMY so senang la kita semua untuk membuat amal jariah bagi diri kita disamping menambahkan lagi sumbangan untuk tabung “Mari Beramal Bersama Colgate” ini.

Apa yang kita boleh lakukan untuk sama-sama berbuat kebajikan membantu mereka yang memerlukan ialah hanya dengan LIKE, PLEDGE & SHARE.

Setiap LIKE yang diterima dari korang semua tu, Colgate akan allocatekan 50sen sebagai sumbangan untuk kebajikan. Setiap PLEDGE pula, Colgate akan menyumbang RM3 dan setiap SHARE pula RM1.

Secara tak langsung korang semua juga telah beramal jariah hanya dengan LIKE, PLEDGE & SHARE :)

Once dah LIKE FB ColgateMY, klik kat application Mari Beramal Bersama Colgate kat tepi tu. Lepas tu bolehlah pilih Cover Photo. Cover Photos ni pula dilukis oleh kartunis terkenal tanahair iaitu Ujang :)

Lepas tu boleh lah pilih PLEDGE yang korang akan dan mesti lakukan. Ade lebih 30 PLEDGES yang ready made samada untuk komuniti, untuk yang tersayang ataupun untuk personal thingy. Tapi korang juga digalakkan untuk buat PLEDGE sendiri :)

Lepas tu apa lagi, SHARE la kat kawan-kawan yang lain. Biar kita sama-sama buat amal jariah sekali terutamanya dalam bulan yang mulia ini.

Terima kasih Colgate untuk kempem amal sebegini, semoga kita semua akan lebih prihatin lagi terutamanya kepada mereka yang memerlukan….

Khidmat pesanan masyarakat Colgate is brought by Redmummy.com

Comment: 8