We can survive without the maid ….

IMG_7395

haku jatuh cinta pandang ketiga betullah dengan kasut biru tuh. harga pun tak mencekik. but biasa ler kan, asal cantik di mata ni jer, takde size ler, habis stock ler. Depa dok kat outlet lain pun habis boliau gak for my size. Oh pedih. Ni brand bebiasa jer, takde gempak mana but warna birunya tu memang tertawanlah hai. hok pink tuh aku minat jugak but tak mengapa ler bila tak beli. No hal. takde desire bebenau pung.

so itu cerita sedih mencari kasut untuk sesaja motivation, hari untuk menyopping.

kemudian berpergian untuk cerita pun sedih gak.

I iron baju sendiri yer. ater MissEyes takde kan.

Memula tengok kain baju tak le banyak sangat, oh btw sebabnya tak sempat nak hantar ke laundry, so nak kena iron gak by that Sunday specially the last 2 pairs yang maid aku dulu tak sempat iron coz dia dah balikkan. N sebeban baju sang suami. dahlah kemeja. hish. ngan slacknya lagi. oh my weakness betul iron baju kemeja lelaki nih.

Pastu aku iron baju sekolah jer, laki aku cakap kainbaju stock dia tak yah  nak iron, dia tau aku punya pemalas ngan bercinta nyampah betul iron baju kemeja lelaki ni. dari zaman aku anak dara, sebelum datang bulan umur 12 tahun tu till now dah nak almost 40 memang tak suka sungguh with ironing kain baju lelaki. baju lain ok.

Siap jer iron baju sekolah anak2, langsung aku bungkus kain baju laki aku, niat nak hantar laundry ler. Give up sungguh. Coz tak urgent nak amik hari tu jugak, jadi boleh ler nak anto sok sok ker, but pastuh aku tepon the part time maid, jadi settle siap. tak yah pikir. nanti depa uruskan hahahaha!

bayau jer. 4 jam RM55. Dulu harga RM50 dah naik 5 inggit yer.

IMG_7663

actually aku tak de ler rasa macam terbeban or sedih ke hapa takde maid coz kita gotong royong, and aku pun ada panggil the part time helper yang buat keje umah 4 jam, for at least 3,4 times a week. kira ada back up jer, sementara permanent maid kitorg sampai lagi dari cutinya.  Aku akan jadi tension buat kerja rumah kalau laki aku dok ngangkang tak tolong. ha payah tuh.  Pastu kalau anak2 tak tolong, ohhh lagi aku stress, but tidak. Everybody dalam rumah semua helpful. For kids, depa bantu masa weekend as usual buat mopping, vacuum, buang sampah basuh pinggan, so dapat gaji sorang RM5. For weekdays kita tak mintak depa buat, tak yah, sekolah pun dah sehari suntuk, cukup sekadar jangan simpan peram bekas bekal makan + air botol bekal minum hangpa dalam bag sekolah. Hehari nak kena remind suh kuor basuh tau.

anw, back to cite iron, aku ni dok expert dari kecik buat ironing dari umur 9 – 10 taun. Naik jer secondary habis jadi kerja permanent aku. yakni setiap Ahad pagi tu ha memang sebeban ler aku kena ironkan untuk satu rumah. Tak pakai stand meja pun, dok le kat lantai, berlapik2 kain dok ironing.

Cuti sekolah ni kena ler ngajar budak2 ni, abang dah pandai and si kakak jer yang aku dok tunggu dia skang ni lah the right time. She s very ‘sister’ and setakat iron baju ni memang dia dok tunggu je aku ajar dia.

So tajuk hebat. we can survive.

we can survive ahaksss! MissEyes ko cuti jangan lelama, balik copek!

photo

one of my mornings with RB, we spent at least 40 – 50min on the road together, one way tau, so return kira ler hahahah syian ye kita nak.

as long as the baby is with me 🙂

i can survive!

Comment: 8