HoHo in Milano….

DSC_6075

Makan hati tengok gambar Milano.

Makan hati pasal….banyaknya lagi nak typeeeeeeeeeee! bila nak habisnya. i think tak sampai 5 entries lagi kot. but tu lah, 5 entries tu, sekali type, panjang hazabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

tapi korang suka.

ai know.

aku le yang capek.

DSC_6078

Aku berenti kat kedai kasut nih, untuk pagi2 trip tuh pasal nampak kasut untuk Kakak yang alahai, berkenan. Walaupun dapat sepasang jer coz lain sume takde size.

DSC_6077

Di sini jugak aku dapatkan kasut abang, kasut adik2nya dan kasut emaknya! yang macam tetajam tu ler, untuk emaknya.

Pastuh RD balik rumah hantar kasut2 tuh.  aku dok dalam kedai nih, menidurkan RB. tak de maknanyalah kan nak ikut laki aku patah balik antar kasut2 pulak. Kita nak meringankan beban dibawa

DSC_6106

Kerna hari ini adalah hari duduk dendiam dalam HOHO!

DSC_6096

ooo minum yek nak?

DSC_6109

pusing2 Milan….dari atas HOHO

DSC_6097

muralnya very theeeeeeeeeeeeeeeeeee cantik!

DSC_6099

panjang pulak tuh mural dia…kat negara kita takde kan?

DSC_6111

ada group Arab kot, dalam satu HOHO ni gak, beria betul amik gambar setiap bangunan yang HOHO ni lalu. beria yang sesangat sampai laki aku yang tak berapa pendiam macam aku boleh geleng pala hahahaha, yelah diorg amik gambar sampai berdiri blocking the view pasalnya

DSC_6121

redha je lah RD amikkan gambar scenery, ngan aku memang takde le nak amik. adakalanya aku leh tertidur hahahaha

DSC_6135

kita kemudian berhenti kat pit stop nya coz nak tukar to the 2nd bus pulak…

DSC_6149

bawak pram senang gak ngan HOHO ni tak yah nak risau beratur sangat coz dia terus bukak pintu belakang untuk the pram naik

DSC_6155

dan sebelum bus berjalan, RB buat lawatan muhibah

DSC_6182

dia nak tengok scenery? dia lagi leka dengan Muffin songs dan segala maknek Baby TV!

IMG_6023

Conductor bus tu suka betul main ngan RB nih….bus tak jalan ye masa ni, memang tak bergerak. kalau bus jalan takde can ler budak ni nak buat walking

DSC_6184

merahhhhhhhh pun ada!

DSC_6195

half way, habis. eh ada lagi but aku ni cam biasa ler. tak boleh seharian ngan HOHO jer. lama jugak ler kita dok atas bus tuh pusing Milan, ngan 2 bus lagi tukar naik. Jadi kena bagi aku self motivation sket. tak dapat shopping, window pun jadi lerrrr

DSC_6199

but malangnya hujan turun dengan lebatnya. dalam weather forecast memang ada cakap bout hujan nih but kusangkakan itu hanya ramalan tak jadi hahahha oh hai sedih!

tapi kat tempat aku berdiri tu lah aku salinkan diapers RB, kat situlah bagi makan, kat situlah segalanya coz hujan yang tak boleh nak bergerak ke mana.  Aku nak beli payung laki aku tak bagi, coz at least bolehlah cover pala kita dua kan,  Actually ramai manusia kat tempat aku berdiri tu but macam aku sorang jer…

DSC_6201

Penyudahnya agak renyai sket, kita rempuh gak hujan, aku berbungkuskan ngan baju yang baru beli tutup pala, RD macho tak perlu cover pala but RB hah sib baik aku bawak cover hujan strollernya. Selamat kita redah bangunan Duomo tuh untuk menyambung jalan2 shopping ke hapa gitu lah….

aku tepu ler dok lam HOHO tu lelama….

DSC_6214

RB steady….dalam hujan tu sib baik dia tak mintak kuorkan badan dia kay…gamaknya dia pun tau sejuk bebenau kan!

DSC_6234

kaki aku tu, coz pakai suor yang singkat gini, takde socks, hoi sejuk kematu heh! but maintain ler, redha sekali lagi. kadang2 beauty is pain, tang mana beauty nya pung….kesnya aku tak nak pakai jeans or even the boot. ada je bawak but well….

oh ni pastinya setelah selesai shopping. ada Tod’s, kita beli 2 pasang kasut. One for me, one for RD.

DSC_6242

penutup shopping, nak balik ye pun. sarat kan stroller tu, ngan anaknya aku lagi. dok tunggu laki aku nak turun tangga, to head off to Lima, our station. Turun tangga tu, aku bawak barang2, but strollernya RD yang gagah sendiri kendong. Kan dah cakap, they dont have the lift escalators maknek untuk turun kat metro station depa.

DSC_6243

hahaha pat ler pakcik weih, kita nak balik nihhhh. sejuk seiii

IMG_5941

huk aloh, gambar turun naik balik. maklumle banyak nau kameranya. Muka segar sah le pagi buta nih…

IMG_5956

Best sedap betul pakai frame Rayban merah nih! Ramai mintak aku jualkan but no way ler kan…satu je pun merah yang aku dapat hah. Ini kes tunggu laki yang balik rumah hantar kasut ler tuh

IMG_5972

asalnya dalam HOHO tu kita dok bawah, pasal atas tuh aku macam tak rasa secured jer. but bosan le pulak dok bawah tak berapa nampak, jadi kita menuju ke atas

IMG_5983

dok atas….berangin sejukkkk

IMG_6014

antara bekal jajan yang aku bawak ialah the Mi-Mi dari KL, RB dok nak nak nak mintak. Memang tak dapat le nak bagikan, ko ada food ko sendiri

IMG_6016

sedap sejuk2 hujan2 makan Mi-Mi tuh…buat lapik perut. Kita dok tunggu satu lagi HOHO bus hah

IMG_6032

ada waktunya kat atas tu sejuk and renyai, maka bertempiaran ler turun ke bawahh

IMG_6054

aku kan, RB tu tengah minum, dah nak mentidur, ngan aku sekali tertidur sama. Part sightseeing HOHO nih aku memang hahahahaha, mata nak terlelap jerrr. Kalau window shopping ha takper, mata segar!

IMG_6073

dalam menunggu hujan, street performer nih dok kejar RB, gelak2 budak kecik tu sonok betul, aku risau orang langgar je dia ngan keletah berlari merata dia tuh

IMG_6078
hah ko tengok punya hujan! habis je lebat, walaupun renyai tu  yang kita belasah gak lintas redah

IMG_6096

one of the LVs yang aku dok ngidam jugak dari KL but bila tengok balik kat Milan, tak jadi nak amik dedua. Walaupun kawan2 dok cocok amik, i dont need small mini clutch bags anymore, i need a real handbag though

But SA LV kat sini sangat molek budi bahasa

tu lah aku cakap, dapat butik yang best, SA best gak, dapat butik yang best tapi SA cam grrrrrrrrrrrrr le sangat!

IMG_6100

kasut merah Tod’s yang aku cucuk jugak suh RD amik. He tak suka pakai kasut merah, yang segalanya merah, kalau mix colour dia boleh accept lagi, but come on lah, it  s a trend now. Laki Redmummy pun kan. awak pun RedDaddy, the red loafer suits you well, but pakai masa event je lah, jangan ko bawak pi kerja pulak. Tu mengada namanya…

i suka!

aku pulak tak amik colour merah, ai took black! too much red shoes already, need a change.

IMG_6116

adik akak abang yang dok tanya kedai sunglasses akak borong sampai 6 ketoi tuh, hah sini kedainya. beli more than 2,3 kompem akan dapat discounts lagi and the free gifts.

IMG_6121

kami dah sampai our station, tu ada anak ye dalam stroller tuh.

 

IMG_6143

Itupun menyinggah lagi merata sambil jalan balik pelan2, kita tak naik cab malam tuh. coz takde extra luggage pun bawak, hanya shopping bags and pram je pung. Dalam sejuk tuh ko tengok aku selubung RB dengan baju merah yang aku beli coz aku pun tak menahan. anak aku tu pun pakai jacket biasa jer. Mafla brown tu pun aku beli kat kedai sana jugak coz tak tahan betul, mana le aku bawak sesiap dari KL coz tu lah, konon malas nak layan sangat weather sejuk dia tu kan.

IMG_6043

laki aku amik HOHO ni for 48hours but kita tak pakai up to that pun, just semata untuk berjalan sekejap sana sini pun. Tak best lah HOHO depa, tak sebest Paris/London’s HOHO. Tempat menarik di Milan adalah tidak mengghairahkan laki aku, dah kalau laki aku yang jenis sightseeing punya orang pun tak heran, apatah lagi ler aku kan, lagi ler memang macam alahai lemah. Tu yang sampai tertidur sangat tuh.

Plan asal patutnya kami ke Venice, or even Florence during our trip kat Milan ni lah, a day trip to Venice actually but ada masalah sana sini, terpaksa kita batalkan waktu di Milan ni jugak. Kalau tidak, lagi panjang le langkah dan ceritanya kan. Pastuh on our 4th day macam menyesal, we should just go to Venice jugak! Seriously, next time, dont hesitate, kalau dah plan, belasah jer pergi, benda kekecik nih boleh tolak ketepi sket.

But that s okay, kita pikirkan positive, tak nak le ada negativity thinking sedih sangat ker. Always believe, mungkin tak dapat sampai ke Venice or Florence coz mungkin disuruh bawak sekali satu batallion…mungkinlah kan.

Hah…

aku nak pi Seoul pulak heh.

Mungkin!

Tak pun Switzerland.

Cakap tu doa….insyallah :) . I dah buktikan so many things pun. so tulislah, bercakaplah, berharap dan bekerjalah. ada jalannya. Allah bantu.

Comment: 16