Little Celebration….

I nak borak cite pasal my birthday event lah.

Takde mende pun

Sakit demam lagi ada ler. Yang entry korang baca aritu, on my actual birthday date but beritanya yang seminggu lepas. So untuk hari kejadian, dah tentu le makan seminggu gak baru kuor kan. Oh well….blog memang lambat kuor berita.

Abang 2 hari demam, dek sukan sekolahnya. Pastu aku pulak rasa tak sihat, hah memang demam nak datang. Laju2 makan panadol, pergi le kerja, beria.

Tumbang jugak. Sehari selepas kerja tuh, lari ler jugak pergi clinic. Klinik yang ketiga baru aku dapat jumpa doctor. First clinic tu susahnya parkinggggggggggggg, sehari sebelum Ramadhan kan. Pastu pi klinik baru, dekat2 ngan Ambank rumah aku, tekan doorbel banyak kali baru le ada sorang kuor staff nih, ngan gedik2 jalan ngan ngah hisap2 jari (ngah makan ke hapa)

oh tengah waktu rehat saya lah skang nih

so jam berapa baru bukak balik?

9 lebih kot

kat sini takde tulis waktu rehat pun, 9am to 11pm! kalau ada waktu rehat berjam2 macam ni, tulislah kat depan nih

Dia jeling tutup pintu

Dapat kat orang sakit kan….masa tu lam 6.30petang. lamanya nak tunggu ke malam kuasa ler heh. pala aku dah pening2 lalat, orang demam nih.

Naik balik kereta, carik pi 3rd clinic. aku ada 2 clinics lain boleh pergi tapi klinik tu pun sama je pesyen pangai parking hazab. at the 3rd clinic baru dapat jumpa doctor, ubat berkoyon2 dia bagi. Ngan medical leave lagi. First MC of the year aku dapat hah.

Pasnih aku nak sebati kat klinik baru tuh, syok. orang tak ramai. parking pun senang.

IMG_1191

Jadi malam tu tumbangler…demam kan. abang pakaikan stokin. katanya stokin ubat. Neneknya suh apaknya belikan untuk abang, RM180 ok socks tu. Pas Abang pakai, baik kebah demam, aku pulak pakai. Tu yang aku cakap stokin azimat hooooo.

Anw laki aku memang nak hantar pi klinik, dia suh balik dulu pastu dia anto ler, tapi kenangkan kalau dia hantar aku, aku nak kuor balik rumah, ngan batallion askar nak mengekor. oh takpe ler…aku redha ler pergi sendiri klinik tu pung. Masih mampu, lain ler dah pengsan kot.

Jul 9, 2013 | Tumbangnya seorang redmummy by redmummydotcom on Keek.com

Nak jugak keek ngah tumbang2 tu heh!

So So esoknya, bulan Ramadhan. Puasa aku anak beranak kalau weekdays memang homecook lah. But sahur pertama, laki aku uruskan, bininya demam panas lagi kan. Tapi aku puasa. Takdelah nak lelembik tak puasa pun coz ubat makan masa sahur ngan bukak puasa ler.

Amalan bazar Ramadhan kami pun, simple jer. Hanya RD jer yang pergi beli, anak2 tak boleh ikut coz kang nafsu memasing over dari tekak and jugak depa pun melepek. Specially Abang, dia kan baru baik demam so tu yang lembik sket, compared than kakak, kuat! tapi dah hujung2 jam tu memang dok melepek depan tv je lah.

Dia tolong angkat pinggan pun dah cukup baik.

Eh tu citer puasa.ni cite entry birthday hakuu. Pas bukak puasa, tup2 RD suh anak2 tutup mata mak merah. Datang 3 biji cards, Zeeshan hantar. hahahaha supercute postman kecik aku.

IMG_1261

Bebukak mata tengok haaaaaaaaaaaaa kek Chanel!!

ha abang kata, dia nyesal tak record. maknya bukan mai lagi melopong2 suka sakan sungguh, macam le dapat bag sebenar. kek je pung. kata si abang hikss

IMG_1273

ohEmGeeee

Serupanya pulak baker ni buat. hoi mana awak tau camne citer leh order kek Chanel Boy ni RD woiii??

hah ceritanya…

Jap tengok dulu, detailing baker ni buat. almost the same sungguh.

IMG_1267

Yang sampaikan ada bilang, the cake lagi cantik dari the real Boy!

oh kesian kad birthday anak2 nun ada di belakang 3 ketoi. Cam biasa ler kad si adik bongsunya depa ler yang tolong contengkan….

IMG_1284

Ni RD citer ler…

saya pi amik gambar Chanel Boy dari laptop awak, hantar kat baker tu. mintak colour burgundy cam handbag awak, dia tak boleh buat, so similar colour yang ni jer dapat, kira ok ler. dah tu, i bayar ler…

kenyang terus nak makan kek awak nih, RM250!

hahahahah mekasih suami.

Bersusah payah, made an effort to complete my birthday day. Walaupun bini mung pun bukan sihat mana.

Malam tu memang tak potong kek tu, tak sampai hati nak makan, kek tu cantik bebenorrrr….

 

IMG_1298

Esoknya the actual day, a bouquet sampai. Told him in advanced tak yah ler hantar bunga, malas nak turun collect kat bawah…but dia hantar jugak.

Sekali lagi terima kasih for loving me…perkh! cair air. ah dak kira.

ai know awak cinta sayang saya bangat….bini cung deh! hahahahhaa

IMG_1312

Love the details of the gold wrapper bouquet!

IMG_1301

Semoga 38 yang akan terus berpanjangan umurku, bersama suami dan anak2…keluarga. Happily ever after, yang pentingnya, biar bahagia dan anak2 selamat dunia akhirat.

IMG_1285

Kerna tu le muka birthday girl agak tak ceria sangat, ngah demam…..apapun. thanks semua for the wishes. Seronok baca kat FB, IG Keek. Kek tu esoknya aku potong and kirim kat RD yang pi tarawih, orang masjid le dapat. Some pulak mak ajah bawak bagi kawan2 suraunya. Takde le grand mana pun my birthday celebration.

Kek ni flavours choc dalamnya, moistlah. OKlah rasa sedap gak, elok makan masa siang lapar2 tu hahahah ni makan masa ngah full pas bukak puasakan. Ada kek buat syarat jer. Aku rasa total RM250 yang laki aku bayar kat kek, aku makan seringgit je kot hahahhaha, anak2 pun sama makan sorang sekokak sket. coz memasing dah full dek bukak puasa kan.

Yang, nak kek tak buat rasa ni, birthday kek bini awok niiiiii

Taknaklah, ai dah kenyang RM250 makan kek tuh!

Hahahahaha kuajoq, saje je. aku suapkan gak sesudu. buat rasa RM250 kek mahal dia tu kan…

Comment: 10