BTR Kapar….

IMG_3848

orang belakang makan ketupat nasi impit cicah rendang, hebat nampak! tak kacau mak kat depan pun yek. Eh dia kacau, bila dia nak mintak nasi impit cicah rendang. kalau tak dpt kat maknya, dia menganga mintak kat makcik pakcik dan atuknya….

IMG_3855

macam nih, mintak dari atuk. Suka betul dia  makan cicah rendang tapi tak leh le bagi bebanyak, buat cuit2 rendang cicah tu, pedas pulak kang…

IMG_3860

bersepah2 adik beradik aku kalau hari raya, jap kat rumah mertua standardlah, susah ler nak sesatukan ada. Mak ajah pun takde lagi masa ni, blom sampai lagi dari umrahnya, nun atas kapal terobang lagik…

IMG_3881

pappappap pop, lepas pakcik kami anak beranak balik. so our turn bersessi maafan. abah ada 2 raya nak dibagi, satu dari abah satu dari mak dah tinggalkan.  anak menantu cucu semua dapat duit rayanya, jangan pusing2 kuatir. Resmi mak abah aku macam tu lah, dari kitorg kecil alam sampai dah beso bangka ni, duit raya dari mak abah wajib dapat. Dan laki aku, asal dapat duit raya dari makpak mertua memang excited lebih! orang tua dapat duit raya kan kahkahkah…

IMG_3885

salam mohon maaf abah

dan abah seperti tahun2 yang lampau, mendoakan agar anakandanya yang seorang ini…..

insyallah yek bah :(

IMG_3895

hey duit raya kahkahkah!

duit raya for parents mestilah ada jugak, tu kan tanggungjawab anak2. jangan ada yang anak2 siang bagi makpak duit raya, cukup bulan mintak mak pak. hah ado gak tuh.

IMG_4013

adik aku sorang yang solo ni, dia simpan misai for raya, terus kena bahan! habis 1 Syawal dia terus kerat misainya, dah macam hitler jer heh!

IMG_4065

RB tarak, dia dah mencicit masuk dalam kereta pekena ekon hahahahaha, kita nak blah jalan dah. RB dah kepanasan and nak tidur sesangat. ini ajer cousins yang ada, cucu dan cicit mak pak aku ada 30 orang tapi first day syawal ada 9 orang jer.

IMG_4100

pastu dah tetiba kat bawah pokok kelapa kahkahkah!

raya kat Kapar biasa jer, 3 rumah jer. dedulu ada le jugak 4,5 rumah. makin lama makin kurang. kitorg biasanya akan joined the raya visit ni waktu depa kat rumah pertama or kedua. macam tu lah. so umah2 makcik and nenek RD kita akan pergi lah sekali dengan batallions adik beradik RD gak, lead by his mom too.

pastuh abis 2,3 rumah tu terus balik umah mertua aku and tidurrrrrrrrrrrrrr hikssss.

IMG_4113

tengah panas berdenting, RB dah baling songkoknya, kita pakaikan dia songkok,  dia baling. dia dah ngamukan, kena lari bawak balik rumah neneknya sepantas kilat untuk dia berlenggeng. RB tak nak tidur dah, dia dah tidur sepanjang KL Kapar even kat rumah orang pun dia membuta, so bila sampai umah mertua…..biasanya kalau dulu 2 anak jer makpak lawan tidur sama, anak2 dah besar but sejak ada RB, kena ler take turn unless RB tu tidur sama.

but sebabkan RD tu nanti nak away starting malam 4 Syawal, so aku chop tidur dulu!! kahkahkah

tidur petang, sedap tu. ngan panas2 berdenting kan….

RD terpaksa le tahan matan tidur siangnya, ramai pun yang tidur. berlawan2. dia kena jaga RB, budak tu dok hyperactive betul, ngan berlenggeng je kat umah neneknya. so aku sedap le kroh kroh!!

abang kakak dah tak heran ngan adiknya, apatah lagi ngan makpaknya. Depa dok jumpa cousins memang lupa segala.

IMG_4135

wah, ko pandai ek amik gambar sendiri dari ipong mak!

ada kat 20 gambar dia sendiri, but mostly gambar kakina hahahaha ni mesti kes tak tau camne nak tukarkan camera to front yek dik

IMG_4176

malam tu dok tunggu sedara mara sampai, pun gaya gini gak lah di Kapar, siangnya orang2 yg kita berayakan tu akan datang pulak umah mertua aku. Pastu habis. Simple je raya kat Kapar. Pakcik tu setia le cuba nak lelap mata kejap, tapi aku dah kacau2 suh bangun, pi salam orang datang hikss….

udahlah aku lupa nak bawak kain pelikat la seluar ganti dia. aku bawak baju shirt tu je heh. yang lain sume 2, 3 pasang aku bawakkan.

IMG_4143

so dia terpaksa le pakai seluar kain baju melayunya sampai ke past midnite….

IMG_4183

sembab dah muka penat capek. jubah aku nih, aku belikan untuk mak ajah. eh mak yang pilih, aku main bayokan jer, beli banyak. tapi ada shaping pulak. mak aku mana boleh pakai yang ada shape2 nih, nampak susuk tubuh badan. heh tak boleh tak boleh. so aku le pakai pun. Confirm aku pakai sekali ni je lah. ai bukan jenis abbaya hahahahaha….

nak beli dik?

contact akak kat red @ redmummy.com ye

akak ada 200 baju nak dijual, nak jual cara bundle hah!

 

IMG_4238

dan di tengah malam kita menyambung lagi tradisi bermaafan dengan semuanya dah dengan baju tidur hiks… ada yang dah nak tidur bangun balik, coz ada 2 kapal nak balik so tu yang kena settled maafan malam tu jugak. antara kapalnya ialah kapal aku ler.

1ish baru sampai balik VA.

esoknya cabut ke Melaka….beraya ngan orang kampung Melaka pulak. Nasib baik le ada sedara mara kat Melaka, kaalau tidak, kat mana le aku red family nak tuju. mau tumpang beraya rumah kampung nana kat Kelantan, coz nak dptkan feel ‘beraya di rantau orang’

gitunya dehh!

IMG_4261

macam anak sorang je ktiorg nih, padahal abang kakak ada jer tuh. abang jadi superhero lah kan, main mercun ke main dam dam doong lagi, siap buat project cari bunga api mercun ngan bapaknya siang tuh. Aku suspect jugak masa depa main, ada bunga api tu yg dah terkena kat RB coz ada satu tanda aku jumpa after 2 weeks raya tanda tu baru hilang….

budak kecik tu dahlah drama lebih, ada sket tanda pun dah ke main muncung tunjuk lengannya bertanda mintak maknya blow blowwwwwwwwwwwww….pengubatlah tuh..

bukan aku ada cakap ke laki aku dari Klang/Kapar? hah…ni aku cakap lagi. family mertua aku base kat Kapar nun, so sejam dah sampai. Jadi dalam satu hari raya kami memang VA BTR Kapar. Esoknya Melaka.

Blom lagi ler nak beraya kat London ke Paris bercuti2 di sana.

Comment: 10