1 – 2 weeks stories…

photo

Ini alkisahnya cerita recentlylah, lam seminggu dua  ni, yakni waktu laki aku takde ler kan. kali ni dia pergi tak lama, janji asalnya patut pergi 3 bulan tapi dipendekkan ke 2 weeks sahaja. pun janji lepas ni, bape lama ler pulak perginya kan. ok tu biarlah, dah gitu caranya laki aku kerja, memang expected pun sokmo overseas. takpola…pi Europe memang bini leh dapat handbagslah kan, so pergilah selalu hahahahaha.

So 3 benda ler yang memerlukan bantuan laki aku, tapi dia takde pulak.

Satunya pump tandas tetiba je melimpah ruah. dah tak tau camne aku nak godam. Tak pernah pun aku amik tau. Brothers pulak ngah sibuk kerja beraya ler, masa tu so aku jerit panggil anak sulong yang patutnya pasnih memang dia kena amik tau semua ler kan. So entah apa yang dia buat coz dia tutup pintu bilik air tetiba je bape minit dia dah kuor, settled dah mummy.

Camne ko buat bang?

Sambung tu sambung ni benda tu loose

Ok mummy tak nak tau lah, sib baik ada abang.

Kemudiannya masa family aku berturut2 datang 3 hari kat rumah aku, lampu dapur terbakar pulak. Pastu plug suisnya pun loose. hish ko masa ni ko nak buat drama. Adik Epi aku balik tapi dia lupa nak selamatkan semua tuh, so sib baik masa adik ipar aku datang aku terus suh dia zass panjat settlekan. Ni aku tak berani le nak suh abang buat coz dia belum diajarin dek bapaknya lagik.

Abah aku pun tolong sama jadi head gak untuk lampu2 dapur and yard aku yang berpadam tu. So dah terbakar lampu2nya. Memang kena beli lampu baru. lampu bilik kakak pun 1 short, kena ada 5 bulbs patutnya. Hish 2 hari le jugak la yard bergelap coz lampu yard dipindahkan satu kejap ke lampu dapur.

Esoknya habis kerja aku pi carik bulbs lah, blastlah, lampu bilik kakaklah. banyak le pulak lampunya…

photo

 

Nak beli bulbs ni pun satu hal gak, aku tak tau kat mana nak belinya. aku tau le kedai hardware banyak kat BSP tu but mana satu yang laki aku sokmo pergi bukan aku herankan. So tunggu dia bangun waktu Poland sana, tanya le maknek bagai. Habis kerja aku pergi as per his instructions.

Aku bawak samples bulbs yang dah kojol. tunjuk kat nyonya, and kawtim bungkus. Siap le aku beli berextra2 untuk masa depan. dang RM234! hampehs laki aku, dia suh beli extra hamik ko…

Esoknya aku engaged orang luar ada le contact aku (coz my brothers ipar sume kerja plak) and mintak le tolong pasangkan, upah pasang RM40 semua lampu.

Lega settled 2 benda.

Benda ketiga yang aku tak dapat lagi nak buat ialah aku punya kereta dah menjerit mintak top up coolentnya. Dei dei dei! dah 2 weeks tuh. Biasa aku engage orang but orang aku tu busyyyyyyyyyyyyyyyyyy tak dapat nak pergi. Satu lagi pulak biasanya laki aku ler yang pergi kan but dah dia kat sana, hishh….pastuh skang itu je lah benda yang tak berselesainya pung. Aku nak pergi hantar sendiri on the weekend, weekends aku pun penuh dek blogging jobs covering events.

Sabaulah wahai kereta, ko tunggu RD ko balik ler….semua nak mak merah hadap memang penuh diary mak tunggul nih.

 

 

photo

Walaupun aku macam tak cukup masa ke hapa, but the kids pun masa tu masih school break, so nak aku bawak depa berjalan aku pun kerja, baik weekdays mahupun weekend. Jadi aku beli 7pcs tickets wayang kat TGV KLCC, untuk show on Fri nite, adik aku Epi (dia ni memang sokmo jadi mangsa coz dia je belum kahwin) and langsung aku mintak tolong dia bawakkan the 6 orang nephews and nieces gi tengok wayang. Kebetulan Epi balik hari tu dari Kemaman, dia kan base sana so memang dia pun rajin melayan kerenah anak2 buahnya.

Kesian Epi dah macam duda tunggal hahahha ngan 6 anak. Paling besar si abang umur 12tahun dan yang paling kecik umur 7 tahun. so memang gamatlah, 4 girls and 2 boys. Udah habis tengok wayang dia bawak pulak budak2 tu pi lepak QB kahkahkah!

Habis je selesai, dia terus campak bebudak tu tidur umah aku. memang ai dah suh pun anak2 buah aku tu sume tidur umah aku so depa leh hang out among the cousins, bleh lelepak, swimming and layan tv sampai lebam!

Depa balik batch by batch till Saturday nite.

Sunday nite my parents and 2 orang families adik aku pulak datang beraya, makan2 ler sket. Gamat rumah.

photo

Untunglah ada Tesco online kan…..aku buat order barang hari Jumaat, hari Sabtu petang depa hantar, so tu mak merah ngah check barang2 yang betul ke tidak dalam ordering list. Takde le aku buang masa tenaga dan minyak ke Tesco. Kenangkan RB yang sangattttttttttttttttttttttt melasak skang nih, syukur sangat. Penyelamat, thanks Tesco buat shopping online system.

photo

Dan ini memek2 Zeeshan dalam lasak senyum tawa tidur gembiranya. Perasankan gambar dia dok buat ala giyomi, itu cara dia posing amik gambar, bila suh snap and smile dia terus letak jari ke pipi hahahahah! banyak gila gambar dia pegang pipi tuh….dengan kita tengah makannya dia dok lalu selamba je ngan kereta dia bawah meja, teret teret bunyik keretanya. Dengan dia sarung kasut orang tua yang datang rumah kulu kilir, ngan dia mandi tak nak kuor bilik air, kena angkat dokong baru dia nak kuor hishh ko dik. Dengan nak tidur pun dia bergusti dulu kat mak nya, itupun selepas tak dapat gusti  ngan abang kakaknya.

#begitulahserbasedikitdiarymaktunggulfromredmummywithlove

hahahahhahaha

Takpe takper

Ai smell new handbag coming soon :)

 

 

Comment: 11