Emerald green for Red Family

 

DSC_6620

semangat hijau…!

aku ngan kakak ni tak kisahpun warna apa, yang penting the boys. kitorg mix and match pun sokay. but green kakak dah too light, udah dia nak sangat kurung colour tuh. Bebudak skang kita kena open ngan pilihan depa, cam aku dulu kekecik mak suh pakai kaler ni kaler tu ikut jelah cakap makkan.

The boys baju melayu, kain ela nya aku beli di Bandung masa ikut comp trip laki aku. aku beli 3 warna, so untuk 3 kali raya hahahaha. Kainnya sedap, wangi, kain serai wangi. Tahun2 sebelum tu pun aku beli kain ela buat baju melayu depa di Medan dan di Jakarta. dah bertahun2 tak beli kain baju melayu depa kat KL, sekali beli aku akan borong untuk 2,3 kali raya.  Tailor pun dah kekal kat Kapar, mertua aku punya jiran. Murah pun ye.

not just that, curtains rumah pun aku memang tempah kat Indo tuh, sekali pergi tempah 2,3 pasang. Ni dah lama tak pergi nih….nak kena pi balik tempah. harga dan jahitam memuaskan, way cheap than kat KL ler. Dalam satu hari boleh siap, asal jangan lupa pergi sana bawak measurement curtains ko sesiap yer.

IMG_3703

Sessi pagi raya seperti bertahun2 dahulu ialah bermaaafan setelah the boys balik dari Solat Raya. Jadi sebagai isteri kena ler merendahkan diri yang dah sememangnya rendah kat suami hiks…pun laki aku pun sorry morry gak kat bininya. Mohon suamiku kurang-kurang kan sket barannya heh….bapak depa ni memang nampak soft, maknya memang nampak singa but baran laki aku memang ado. Jelik tau ai. anak2 pun nyampah ngan baran bapaknya.

IMG_3711

ada je yang sibuk menyelit heh….

IMG_3720

mummy pun dapat duit raya!! resmi RD akan beri duit raya to anak bininya….

maknya pun bagi duit raya gak but to anak2 je lah, kat laki tak yah hahahahahaa

IMG_3733

Kemudian berturutanlah, abang pulak mintak maaf kat parents….

IMG_3762

sibuk le Zeeshan nih! dia dok sibuk suh aku bukak baju aku nak menetek tuh hishh…tak bagi chance mak ko tau

IMG_3786

tudung kakak tu pesen main sebat jer, tapi sampai umah neneknya, ditukar tudungnya dek makcik2 and cousinsnya….

IMG_3799

yang kecik ni mana tau apa, dia tengok orang salam dia pun sama le menyalam kiss kiss sedapnyaaa, dapat duit raya je, tak kira le sapa bagi, dia akan terus lari bagi kat maknya. bagus anakanda. sampai ke besar buat gitu tau hahahahha! kain samping RB dari bbluvsme. Pasangan baju melayu RB dari bbluvsme colour hijau lain dan merah too, but baju melayunya agak besar for RB’s size so back up untuk tahun depan. selamat settle 2 baju melayu tahun depan dah ado, tu totally memang dari BBLuvsme gak lah. but baju melayu dari kain aku beli pun wajib ada gak, sebab aku beli kain for them 10 meters untuk the boys nih.

IMG_3809

kakak pada abangnya

IMG_3811

si bongsu pada abangnya

IMG_3814

dan sibongsu bersalaman ngan kakaknya

DSC_6616

using the self timer, payah btol nak bergambar ngan dia dok mencabut songkok, si kecik tu lah!

DSC_6621

macam2 cara nak bagi dia stay still….dia dok nak balun camera depan mata dia tuh, geram je dia ngan camera tu

DSC_6623

songkok si abang aku beli sama ngan songkok si adiknya. bapaknya tak ikut masa tu, kang salah size pala pulak. So aku main bayau je, songkok abang 50hinggit, adiknya murah sket, beli kat BTR, sekali laki aku beli songkok dia kat Ampang Park, 20hinggit jer hahahaha! nasib baik le pulak kepala dedua lebih kurang, so bapaknya pakai songkok yang mahal tuh yet abang amik songkok murah bapaknya. tukau sesuka sama suka.

lepas ni baju2 si bapak boleh nanti lanting kat abang pulak yek…

DSC_6624

berusaha ler kami nak amik gambar bebanyak, tapi nak tukar position tak boleh coz RB tak nak langsung pulak bertukar pangku, nak melekat je ngan pangkuan maknya. kang alih pangku lagi le dia nak lari pi capai camera.

DSC_6628

baju raya aku ni dari mana ke lupa, aku beli over 30pcs during the ramadhan month, bukan baju kurung caftan or jubah jer, baju kerja skirt too, sampai postmen pun dah kenal sangat rumah aku ler bila deliver barang. Ada jugak baju yang tak berapa sesuai, aku bagi kat adik2. coz beli online ni kalaupun dia kata measurement tapi still gak ada yang bolos. specially on baju kurung. so 2 pairs baju kurung aku memang tak berusik pun…

habis je sessi bergambar, terus zass ke BTR yang senapas je dari umah kami, raya kejap kat sana and terus langsung ke Kapar belah mertua. Dok situ sampai midnite.

DSC_6603

melepak putihnya ko dik!

pengakhiran kalam…kami raya in green…emerald green :) .

Duit raya anak2, raya ke lima 6 pun aku dah terus masukkan ke Tabung Haji, online sajor. Apa susah. Cuma RB ni alahai, dah 2 raya dia punya account aku tak bukak lagi ler kat Tabung Haji tuh. Masalahnya mak nya yang kena pergi coz custodian tu mak nya, unless aku malas aku suh bapaknya yang buatkan, but tak molek, tetiga anak mesti kat mak hahahahaha.

Harap2 tahun depan position amik gambar lain pulak ler yek….mana tau kat mahligai baru, insyallah. Pagi raya macam ni biasanyalah aku yang bangun dulu dok dapur kelentang kelentung, siapkan depa memasing sumer untuk solat raya. Sebelum the boys balik dari solat raya, maknya dah make up cecantik wewangi hiks….sebab kengkadang ada yang penah bila depa balik dari semayang raya, maknya masih kat dapur ngan baju tidur lagi hahahahaha, but skang buat keje dah laju.

Comment: 10