A pull up bar and the apples!

okok hari ni kena citer pasal anak.

ada anak kecik yang hidup dari dalam perutnya sejak maknya jadi blogger, so tak banyak sket dia jadi tumpuan sangat. Abang kakak dah memang dikenali. Lagipun Zeeshan ni kan toddler so hari2 ada jer cerdik akal panjang dia. Kekecik macam ni oh mai, anak ketuk pala mak pun mak gelak. Sok sok besar bagak, siap  ko kena jegil ada ler!

photo 1

ini aku laki bini ngah buat kerja atas meja. Pastu dia kan kadang2 susah hati, tak senang  je kalau tak melayan. Makanya dia pun panjat dining table and mula kira apples. He can count 1 to 10 walaupun ler ada pelat2 sound dia tuh. But dengung dia cakap Apple tu, wah, sedap homanghai!

Actually dia yg amik apple tu and sesorang dia susun 1, 2, 3, 4 so on. Aku tolong2 kan jer bila tengok alright gotta stop my work and layan si kecil.

photo 2

Happily jer dia kira. Berulang2. Sampai kat 11 and 13th tu sume dia dah tak tau nak kira hahahaha. biasa ler, umur dia yang 2 tahun 4 bulan ni dah kira hebat le jugak pandai 1 – 10. Kan? Ye dok?  ABC masih lagi dalam learning process. Alif ba ta too. Tak leh le bebanyak, satu hari baca buku tu sume lam 5 min or max pun 10min dah cukup hebatlah.

Kalau  lama2 dia bosan.

Tapi cuba letak Hi 5 ke kat TV tu. dia adap, concentrate. Berjoget2 depan tv. hah aku pun sama le berjoget.

Kalau kita dok bilik, dia masuk tarik tangan ajak jom jom jom. Nak dance sama. Aku je yang rajin joget ngan dia, and kakak. Abang and Bapaknya agak kayu bonar tang joget2 ni heh. Boys mostly bergendang dengan gusti jer. Panjat2, tendang terajang. Huh hai….

 

photo 4

Speaking of all apples banana korang tengok ni semua, ini makanan harian rasmi aku ngan RD. Percayakah kadang2 satu hari, aku hanya makan sebiji apple sahaja. No other food intake in one day. Camne le tak turun 9kgs skang ni, but tak lah hari2, mau jelak muak. Kitorg buat bekal pi kerja memasing epal nih, keruk kerak mengunyah. Anak2 makan apples gak but nak kena bukak sesiap ler kulitnya. Satu pantangnya epal nih, jangan amik hok F type, tak leh sebut hahahahah kot kang kena engagement. so kita guna urup2 jer lah :) . Pepaham ler my position, salah sebut kang, potential client merajuk. Other than F type, apples lain akan cepat menurunkan lagi berat badan.

photo 4

Seronok dapat kira apples!  Benda2 remeh gini nampak enteng pada kita tapi percayalah, itulah satu Zeeshan and other small kids punya milestone, habis achievement suka gila. Kids mana tau apa2, tau suka senyum marah merajuk pastu tetiba senyum gelak balik. Dia yang merajuk ngan kita tetiba datang cium cium maknya hahahaha drama lah ko dik. Aku paling suka kalau tidurkan petang dia, weekendslah. Cukup je time, dia akan mintak susu and pull tangan aku ajak masuk bilik. Terus on the bed and aku dodoi nyanyi2 sket bagai, dah tidur. Lama pulak tidur petangnya, memang takde le nak playground ke jalan2 petang, ada kala sampai Maghrib kejutkan baru bangun. Kalau sempat before 630pm, laju2 mandi siap bawak dia jalan bawah, just walking around. Itu pun dah cukup bahagia to him.

photo 1

Selain dari itu, if tengok abang and bapaknya buat nih, dia pun sama mintak dukung buat.  Pull up bar ni aku belikan untuk Abang mainly, bapaknya jarang pakai. Coz ko ingat abang tu tak nak jaga badan dia, dia dok pull up pakai grill bilik air hahahah, kantoi dek unclenya lalu dari luar nampak. Huh sapa buat pull up tu, ko bang?  Being Mak yang alert on anak2 punya needy, aku pun beli ler, lama dah beli pun. So pagi siang malam ada masa dia akan buat le pull up nih.

One day dulu dia cabar aku, if mummy boleh pull up sampai leher mummy, abang bagi RM100!

Hauk ko lah. Dah tentulah tak boleh.  ko ingat badan mak ko macam ko boleh naik gitu sekali.

photo 2

So Zeeshan pun sama lah, dia takde le nak pull up kan badan dia yet, mana dia tau teknik but dia hanya akan hanging there jer, dia akan holding the bar tu sampai bapaknya cakap ok down! terus dia lepaskan tangannya, tau bapaknya akan sambut. Selagi bapaknya tak bagi q, selagi tu lah dia akan bertahan but kalau dah tak tahan, dia bunyik ler kahkahkah…..

Takde le buat hari2 pull up nih, bila masa dia mintak jer, bila masa dia nampak abang buat, dia pun menyibuk ler sama.

Ok ni kang nak tau harga pull up bar, RM45 je dik. Jer katanya. Ok ler tu, aku cakap jer, dari Yanok. alah beli GST jer. hahahha, korang tau ler Chanel GST berapa harganya, sib baik Boy dia tu dia x cakap alah beli Chanel Boy jer! kalau tidak, GST jer pun dah kena pangkares.

photo 4

bertahan lagi bertahan lagi

alah tahan lama mana pun, in seconds jer, takde le sampai berminit2. Anak2 yang dah besar adalah dilarang untuk buat begini kat adik2 kecil korang yer, let the dad do the job. Kekuatan dan kepantasan menyambut budak size gini, biar bapak jer yang handle. kornag boleh jugak buat kat playground, kan ada banyak sections bebudak untuk bergantung2 tangan badan nih, selalu gak aku buat jugak. Tapi tu lah, ko dah tidur petang, apa ke nya nak pi playground kan. Buat lam rumah sudah.

Rumah aku  ni biar kecik, takper, semua cukup insyallah. dah jadi cam mini gym sajor.

photo 5

ini muka dah tak tahan nak turun. hahahahaa, turun je dik, apak ko sedia menyambut

photo 2

 

Mission accomplished!

That s all, about Zeeshan si cheeky boy.

Not just that, pasal apples dan pull up bar pun kita belajar gak sket hari ni kan. A little red message for selit2 my lifestyle story.  Cuma tang makan, fussy betullah anak aku nih. Dulu for setaun lebih suka betul dengan carrots.  Tapi skang hemm, tak nak. But kalau macaroni memang dia favvy sangat. buat tambah dalam sup. Any soups dia suka, lemak kobis dia tak suka.  Sanggup makan nasi putih semata dari makan kuah lemak kobis tuh. Mee goreng dia ikut mood, kadang2 dia makan kadang2 hemm luekkannya. Ayam goreng memang pojaan, he s just like copy paste abangnya jugak. Cam tu le dulu abang masa kekecik dia nih.

But Zeeshan ni more to nasi ler. pagi bangun nasi, lunch nasi, petang kalau takde sosej ke hapa dia rice lagi. Malam dua kali gak nasi, habis semangkuk. Tu pasla kalau travel. senang je dia, bagi je nasi putih plain tuh, but kena suaplah, aku masih lagi pitam tengok dia makan sendiri, bersepah-sepah!

Selingan update for Abang Kakak, abang tu masuk Pengakap, so last weekend bapaknya bawak pi belikan Pengakap set. Settled, seronok le ko. Jangan masa memula je ye Bang.

Comment: 12