The lace…

IMG_7950

cak cak cak?

bertabah je bapaknya mengekor budak ni punya rounding satu kedai nih. baru je masuk dia dah berlari. Zeeshan ni masalahnya dia tak suka nak berjalan steady lenggang kangkung. dia nak jalan ke main laju most of the time dia nak berlariiiiii jer. apa yang ko nak kejar sangat pun. Jarang2 dia nak kita dukung melainkan ada stroller.  Nih stroller tak bawak. Bapaknya ngan angkuhnya berkata, ah tak yah, kalau dia letih I dokong dia.

begitukan, tunggu di akhir rancangan ye RD LOL

IMG_7952

sekejapan kemudian.

bapaknya bosan dok dalam ni, sebelah  nih ada toy s shop, so depa berdua dok situ dengan amannya. While aku ngan niece and bik mencari satu benda yang aku hebohkan sangat. satu le sangat pun kan. ado yang tanya aik bibik pun ikut, hah korang tak tau keeeeeeeee dia tu pantang aku keluar. dia yang dah siap dulu. Kalau aku insist jer sangat tak bagi dia ikut baru dia akur but pastu dia bagi muka muncung 3 ela, eiii menyampah le heh. Mula lah buat muka kesian. Kiranya setiap weekend kalau aku keluar tu lah dia pun nak menebeng sama ngekor!

rimas hokeyyyyyyyy, coz maids aku sebelum ni sume jenis yang bukan ikut berjalan dan aku laki bini jenis urus anak2 sendiri bila keluar. Kereta pun tak sempit, but ada satu kes buat aku rasa pasnih, ko takyah ikut dah lah. Ko dok umah. once a month bolehlah ngekor, ni setiap Sabtu Ahad pun nak menebeng, hoi tak payah!

IMG_9486

kebahagiannya dia dok dalam dunia permainan

kereta melingkar2, ketapi kapal terbang, semua dia boleh layankan. daripada dok ngan maknya dalam kedai kain. kahkahkah.

 

IMG_7954

akak carik kain lace dik oi.

masa kat indo dulu tak terpikir nak carik, eh pikir but tak cukup rupiah dah, pastu luggage dah sendat ya sangat. Pastuh patut nak pergi lagi Jakarta but not that soon yet, so kena ler settle ngan cari lam KL jer. aku dahlah bukan terer sangat hal2 kain nih. Kain ela kurung raya tu kalau tanya aku lagi le aku tak tau apa yang trendy, aku prefer lagi yang modern2 one. gitu katanya ko kan.

IMG_7971

sebenarnya mata mencari biru

tapi tangan meraba merah

well well well

aku ada penyakit merah sket.

nampak je merah sume nak dirabanya.

IMG_7993

nah bukan takat raba

nak menerai terus.

nak tengok apa lining paling cocok, konon2 nak le buat macam skin colour dalamnya tu kan, but choices kat kedai ni not so much plak. specially the lace.

IMG_8007

tapi kan

aku bukan nak amik merah pun

gatai benar nerai merah. Bersungguh beria. bila ditanya, oh ai sebenarnya nak carik biru hahahhaa….

but i cannot tahanlah with the red. Bilo ke nak pakainya kan. Bebila boleh, skang baju wedding leh buat baju raya, baju raya leh buat baju event, buat pergi kerja pun boleh gak but terus orang pepandang dan famous gitu. Wpun dah famous **batuk**

IMG_8023

ha begini birunya juga anggun sekali yah. pun kena try few linings gak, nak tengok mana yang lebih naik ngan tidak. dah posing sana sini, tengok sana sini, budak staff tu cakap suh datang balik esok after 3pm coz ada lagi bergelen2 lining baru nak datang, stock baru.

ko ingat aku dekat ngan ko

nak suh datang senapas je dik.

melainkan kalau benar2 meleleh air liur je akak pergi dik oi.

Jadi task aku sekarang, dah 2 weekends terlepas untuk ke Jalan TAR sana. Aku nak belikan tudung for my family members (yang bukan family pun aku kena belikan jugak, sapa lagik huh…) juga untuk kain lace aku hah. Sana lagi banyak choices, laki aku bila dengar je nak pi Jalan TAR, dah offered, pi sekarang, jangan pi bulan ramadhan.

Ngah cari slot le nih

bila le nak poinya heh…

IMG_8029

 

biru ni ko pakai ngan handbag merah ke omg omg omg. Habislah ko Che Ta, ko dok belakang aku sekarang.

anway, takde sapa nak buat baju akak yek, aku pi hantar kat Aunty Yelly je lah. Hari tu hantar caftan yang labuh untuk orang yang ‘tinggi’ cam aku nih, dia tak sesudah ler tanya napa tak jenguk dia. Bukan tak jenguk tapi kalau hantar seluar2 kerat tu itu loh kong boleh kasi settle la, saya office hour punya orang manyak susah mau jalan sana mar…..

Sekali aku datang aritu sendiri turun tanah, terus dia buatkan caftan aku free of charge! ko tunggu la bila aku hantar kain lace ni….bape le kena ni kang. hahahahaa…..tapi dia memang sayang aku, kalau nak raya jer dia suruh amik kuih raya, coz Istana Negara mesti hantar berkotak kat dia. hah rezeki tu. Majmuk muhibbah kami 2 bangsa :) .

ok ok balik pada satu benda lah sangat yang aku nak kejarkan kat Midvalley tu benda ni ler, seketui lace tapi tangan kosong jugak balik. dah tuh, datang jejauh kalau takde gak membeli rugi le kan, so kena ler jugak carik benda lain…and nah, tu yang jadi berketul-ketul barangnya. coming coming…

 

Comment: 8