The T: Not my cup of tea….

 

A day before Ramadhan kami pergi tengok Transformers. Yang dicanang2 orang ramai suruh tengok le sangatkan. At first aku tak nak join, aku boleh je pergi tengok sendiri bila lunch break tu tapi tengok alahai lamanya ler pulak movie nih.  So baiklah pergi ngan bebudak nih. Pikirkan pun kalau dok umah, petang tuh sure tidur jeeeeeeeee ngan Zeeshan.

Dia tu petang is his nap time, lama pulak tu.

So ngekor le maknya. Lagipun pagi tu Kakak Sport’s Day, dapat 1st place for 4 X 100 meters lagi. A few days pun abangnya ada sukan, dapat 3rd placing pun sama for 4 X 100meters gak. Ini semua citer basi lah, dalam IG dah kuor pasal bebudak sukan nih.

IMG_2097

Eh tak tak

sebelum tu aku ngan laki aku, bawak adik aku sefamily, jumpa kakak aku ngan lakinya meeting urusan ‘asset’. Hem…ke Ampang kami berkejaran….meeting tak habis aku ngan Nan’s family chow dulu. Kakak aku bertangga sampai kol 3.

2 robot transformers tu bukan replika, memang ada orang dalamnya, sapa mau gambar,sila ke depan, Abang memalu.

IMG_2154

habis Transformers kita shopping.

Ajak balik, but abang kakak pujuk belikan kasut raya depa. Anak kecik aku tu dah lama sangat kat rumah.

Pasal Transformers kan, hehehehee, I would say, i m not into it lah. Cerita2 robot nih memang aku slow and cepat je nak tidurnya.  Terlelap2 aku dibuatnya, dengan kuor masuk kuor masuk toilet. hem…penghujungnya, pasni tak mau dah ikut hahahaa.

IMG_2135

Abang gets one pair of shoes

IMG_2163

and a pair of that green sandal.

selipar merah hensem dia aku beli kat HK kena cilok waktu semayang Jumaat. Balik ngan selipar orang sebelah lain sebelah lain hahahah…takpelah. So Bang pasnih pi masjid, specially solat Tarawikh nih pakai le selipar paling buruk ko or sebelah lain pun lagi molek 🙂 .

IMG_2171

Pendeknya mak ko Bang.

Kakak ni belum lagi nampak lonjong dia, ada kekira akan beat maknya jugak.

Shawl aku pakai kat leher tu pasal nak cover love bite hhahahaha. eh tak lah, ko gila hapa tetua ngan love bite hish. Ini kakak pakai buat dalam cinema, pastu malas nak pegang, campak je kat Mak, jadi mak selepangkan ler kat badan tengkuk leher.

IMG_2172

Keretapi tanah merah…

IMG_2176

ini kedai apa ke kedai Bata kot dalam nih, but macam2 jenis brand. anak2 boleh dok je pakai apa brand tapi ada satu kasut Ferragamo aku, Kakak dah boleh sarung, so tak yah risau nak baling lanting or jual preloved, turunkan kat anak sendiri habis cerita. Sama ler ngan harta benda bapaknya, pun Abang mendapat…

IMG_2185

Pusing sekejapan jer ada Giant dalam tuh aku tereban sayur, nak buat masak sahur malamnya. Aku tak tidur hokey, laki aku dok sakan ngan bolanya, aku dok buat ads punyalah lentok pala menyiapkan, in between berenti for masak. Rasanya dalam kol 4 pagi aku dah lalok sangat, masuk bilik jap nak lelapkan mata, ada le pulak yang mencuit kahkahkah….

siangnya bantai tidur! ganti segala…

IMG_2195

Kitaorang kalau sahur simple je, janji wajib ada soup sayur, or ayam goreng dua benda ni wajib ada. Aku tak makan nasi, first day ok, but pastuh macam blur apa ke nak makan for sahur, dahlah kita yang masak kita yang kena tunggu sume orang bangun tidur balik, takkan nak kunyah kerepek jer kan…

Anyway, small matter lah. Aku leh turun lagi banyak kilogs dari bulan puasa nih.

Balik rumah haritu, si Zeeshan tak bangun tidur lagi ko! punyalah sampai 5 jam ko tidur dik. Aku saja tutup pintu kuat hahahha nak bagi dia tersedar pun tak jugak sedor. Betul punya lena ko dik, dia malam berjaga ler….bapaknya kol 2 pagi tidur dek bola, dia pun sama ngan bolanya jugak. Kang kol 10 baru bangun but pastuh siang dia bantai balik tidurnya…

Eh tu kasut raya, kakak pun dapat jugak, to be worn ngan her baju kurung, adiknya pun dapat jugak, selipar sarung. Settled. Moralnya nonton itu Transformers, aku langsung transformed jadi sleeping woman.

Comment: 9

Dr Hannan Aesthetic’s Raya promo!

Bulan Ramadhan dah bermula, aku rasa for sure persiapan raya pun dah start sama. Shopping baju baru, kuih raya, langsir baru, perabut baru dan macam-macam la long list untuk raya kan 🙂

Kiri kanan depan belakang sekarang semua tengah promo raya. Tapi nak raya ni bukan luaran jer kena baru, tapi diri kita sendiri pun nak la the new me kan kan. Baru la balik kampung nanti semangat sket 🙂

Muka nak la licin, body nak la slim dan macam-macam lagi wishlist kita!

photo 3As you know, Akak dah kenal lama sangat dengan Dr Hannan Yusof. Dia sekarang dah bukak certified and kkm approved klinik Aesthetic yang memfokuskan rawatan dan kecantikan untuk keseluruhan tubuh badan kita dari hujung rambut ke hujung kaki.

photo 5

So sempena nak raya ni, Dr Hannan offer promo Raya untuk rawatan-rawatan kecantikan as below:

1. PRP + Dermaroller = RM1200/treatment. Untuk result yang terbaik disarankan rawatan 3 kali setahun.

2. PRP + CO2 Laser = RM1300/treatment. Ni pula disarankan 4 kali setahun.

 3. Laser CO2 – untuk menghilangkan parut ataupun jerawat = RM300/treatment. Seelok-eloknya rawatan setiap 2 bulan.

4. Laser Qswitch – untuk menghilangkan jeragat dan juga hair removal = RM250/treatment. Ni pula dinasihatkan setiap 2 minggu.

photo 1

5. Cryolipolysis/Coolsculpting = RM700/area/treatment. Sekali treatment, plus minus 2 inci kurang.

6. Dysport botox = RM900 untuk 100 unit

7. Nose augmentation (filler) last for 3-4 years = RM1500

 

photo 2

Even the doctor himself dah kurus guna rawatan Coolsculpting hehehe

Kalo macam kita orang KL, boleh jer terbang via MAS/AA/Firefly/Malindo dalam RM200-RM300 jer pergi balik tiket. Accommodation pulak leh tidur di Hotel Renaissance ataupun hotel Perdana dalam RM250-RM300/night. 5 Stars tu! So tak jadi masalah sangat la even klinik dia nun jauh kat KB.

Lepas dapat treatment nanti baru la semangat nak beraya dok dengan our new image and our new look 🙂 . Untuk info ataupun nasihat lebih lanjut boleh pergi terus ke klinik dia Klinik Primer Kota Bharu ataupun tanya dia thru FB Page. OR Call this number 09 – 748 9029. The Kelantan memang sounded so far jauhnya, tapi korang tengok harganya way cheaperrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr dari nun di Lembah Klang, even with the flight hotel and treatment pun masih lagi murah dari KL. Worth the penny.

Comment: 2

The power of Mascara…

IMG_8719

The other day, last month to be exact, Carol Diva Darling kan balik Malaysia so she got me this. Make up set! something yang palinglah akak suka dapat tapi tak tau lah napa orang lelaki payahnya nak bagi pompuan make up yek?

Bukan susah, pi Sephora, pi MAC pi ler memana skinmake up counters tuh, tunjuk gambo bini / gf ko tuh, hah pandailah SA tu kuorkan make up set gegini for them yang sesuai ngan tone colour depa.

Aku pernah dapat hadiah dari someone, a guy (only my husband and frens tau sapa sipolan) tapi dibaginya yang alahai….nak gelak sangat. So damn expensive but kalau ko bagi aku make up set pun slightly cheaper lagi hah, ada yang 100 tak sampai 100 or even 100 lebih, 2,3 ratus pun ada jugak. Benda aku dapat tu, mah mahalnyaaaaaaaaaaaa,pakai nya setaun sekali 2 pun payah. Anw, thanks for the thot, itu pastinya lebih penting.

IMG_8716

So tipsnya untuk teman2 laki perempuanku, nak get me something better, a make up set. Memang brilliant punya idea. Habis tu suh bagi handbags ke korang lari lintang pukang, kan? Laki aku pun boleh botak pala kalau asyik mintak handbags jer.  Carol sokmo bagi aku make up set and aku memang utilise habis.

The Dior set boleh pakai for travel or of cos daily usage gak. Aku buat letak kat meja kerja, touch up touch up 🙂

IMG_8555

IMG_8557

earlier, like many weeks sebelum tuh, aku pi hunting cari mascara. I m also a mascara lover. Aku ni ada satu penyakit, ada satu time aku gila pakai eyeliner, ada satu waktu nanti hanya nakkan mascara sahaja. So macam tu lah penyakit bertukar2 addiction. Jadi stock mascara aku dah habis, aku tak boleh ada sebatang, kena ada berbatang. kat dalam travel bag lain, umah lain, opis lain, lam kereta lain.

Tu tak citer lagi ada 2 batang mascara aku dah bertonyoh2 dibalingnya dek Zeeshan, phewwww…..sapa ada anak kecik paham ler. Abang dulupun masa bebaya dia, baru pandai bukak meja make up, dia togelkan compact powder aku, habis dia kuis. Anw, that s the beauty of anak2 kecil, semua dia orang boleh bedal.

IMG_8563

The Dior Addict is currently on best sellers kat market, katanyalah SA tuh. harganya bolehlah buat beli sebatang, seratus lebih tuh. Beli berbatang2 memang tidak ler kan.  After buying semua nih baru aku dapat the Dior make up set from Carol, dalam itupun ada mascara jugak. The other 2 brands pulak memang saja aku beli for extra sama le pakai kat merata tempat. Tapi kan mascara yang aku beli kat SASA Hong Kong tu sedaplah, sayangnya kat KLCC dah takde SASA, nak suruh aku berjalan tempat lain mencari memang takde le kan.

I can wear the mascara without the eyeliner now. Tak yah curlkan the setepek lashes nih, use your magic fingers/hands jer main2 naikkan lashes ko. Zaman akak nak bereyelashes palsu tu belumlah berlalu but pi event pun malas jugak nak apply, larat pakai mascara jer, Once in a blueeeeeeeeee moon sahaja pakai.

ha macam n macam ni…lunch break bosan2 tak boleh makan bulan puasa nih, pergi ler beli sebatang mascara.  Sapa pernah buat extension tuh…ok siap kang ada yang berceramah macam dalam IG 🙂

speaking of lipstick pulak, akak pakai 1 colour je for events or daily, COSMO code from MAC, tukar2 dengan red menyala but tu only for events, tu je sampai 3 brands akak pakai. or dalam Dior set atas2 tu pun ada gak lipstick, buat geganti. back up dalam bag pun ada but not Cosmo, from Clinique, dapat percuma, more to pinkish.

Pasal kasut pulak,yang aritu tanya. cerita kasut2 Cipela dah keluar, so tu kira part of kasutlah yeah. Cerita untuk collection lain tu kemudian2 ler. bulan2 puasa ni kang showing off bebanyak payah pun ye gak. Kalau tak, apa cerita nak kuor kat blog. Korang ni nak kena feed bagai.  Nak cerita bazar ramadhan? hahahahaha…..akak jumpa Bazar tu pun tak tentu siang malamnya dik, kalau dapat sampai on time pun dah banyak syukur, most of ramadhan memang tak pernah dapat jejak sangat. I think last year akak pi bazar sekali 2 je kot….sibuk kat dapur heh.

 

Comment: 2