Central Market/ Pasar Phsar Thmei of Cambodia

IMG_8164

Shopping ler, tengok apa ada dalam Central Market Cambodia nih. aku punya style soping, sebelum sibuk pilih warna bagai segala, let s deal off the price dulu. Kang kalau nak gaduh apa bagai, senang cite price dah dealed. Ini 2nd kedai kita tanya selepas yang satu kedai awalnya tak setuju dengan harga yang aku bargained.

Khalifah pun ada as our interpreter but takde dia pun takpe jugak coz dia macam tetakut je nak tanya hahahahha….dia nak translatekan aku cakappun gigil dengar harga yang aku cantaskan.

aku dah biasa buat bargained gegini so ko letak le bape harga pun, aku akan cantas either 50 – 70%. Nak ngan tak nak jer. Tak nak gak aku blah.

 

IMG_8188

Tshirt Cambodia for kenkawan, family members. I bought for 60pcs! 60 helai ok….pasnih beli 50 helai or 40 helai sahajalah. beli 60 lai ni ada berlebih lagi hah.

IMG_8221

Sessi pilih warna. I amik 2 sizes, M and L. and warna cecampor.

They are selling at 5 dollars per pc, aku bayau at 2 dollars per pc. Mintak 1 dollar kang kena hamukan plak, ada satu kedai leh amik 1 dollar but the quality is not as good as what I bought. Itupun dalam 60 helai aku beli tu, ada gak terpelanting 3,4 lai yang quality tak bagus.

IMG_8242

kids baju Cambodia tu aku amik 5 helai, 2 jer for Zeeshan. 3 lai for orang. ole2 orang.

IMG_8264

kedai ni pun sama, bila dah bargain baru boleh borong. Kalau dia tak setuju, aku tak suka buang masa nak tengok apa2, biasanya depa kalau nak, depa akan panggil kita balik and setuju dengan harga yang kita offered. Khalifah geleng pala jer tengok aku punya bargain.  Central Market ni also known as Pasar Phsar Thmei. aku tengok location kat ipon dia lebih detected location Central Market jer.

Shopping sini amanlah sikit, walaupun aku ni asyiklah kena chop sebagai Cambodian by Malaysians yang meramai shopping kat dalam nih. Boleh ke main ramai Malaysian dok tanya2 aku  harga barang bila aku bersidai kat kekedai sini, gamaknya coz sling bag aku bawak. muka pun bih kurang kot. Yelah Asian mar…muka sama ler wei.

IMG_8277

also fridge magnet, 30pcs aku beli. Pasnih cut down to 25pcs jer. Berlebih2 5 hah sangat, unless ada yang datang jumpa akak, hah memang akak bagi nanti korang

IMG_8394

eh dah habis shopping. Kita datang sini dah kol 3 lagipun tutup kol 5, belum pun lagi le tutup but Khalifah tu nak segera balik rumah kakaknya, naik motor so nak le kena hantar dia bagai segala mana tah, kalau tak jauh dia nak balik needs 45min gak. Kang nak gelap, payah pulak.

IMG_8417

Berdiri lelama kat sini tunggu driver van, sangat rimas jiwa raga. Sorang2 orang depa datang tanya ko nak tempah tuktuk tak, berulang kali datang tanya. Kadang2 dia dah datang tanya, dia datang lagi 5,6 lagi pastuh. Nak tunggu driver bukan 2,3 minit coz driver pun nak merempuh jem segala mai situ kan.

Aku jalan aritu kat Central Market tak pusing merata, lagipun tangan memasing dah penuh sarat, kalau takde Khalifah tu memang kita tunggu sampai abis lagi soping, tu yang lusanya kita repeat balik datang.

IMG_8432

Dinner itu malam, repeat ke Mamak Restaurant, abah and kedek amik nasi goreng2. aku amik bihun sup but alahai tak sedapnya lah tak leh lalu kat tekak. aku cuit2 abah punya nasi goreng. Ditapau lagi burger, and buat supper. Malam tu relaks sikit, kita terus balik hotel and dapat le mandi and dok kat hotel ngadap tv panjang lama sikit.

Nanti kan ada entry on Russian Market, bila buat vs ngan Central Market, aku prefer lagi CM nih, yang Russian tu panasnyaaaaaaaaaaa coz atap dia zink ko. At least Russian tu ada le sikit aircond gak. Bila panas tu depa pakai kipas je lah, situ memang berkuap2, but i shopping gak kat sana, abis tu ko dah jalan jejauh takkan tak membeli.

Speaking of CM nih, nothing for me pun, semua aku belikan untuk buah tangan orang and family members.

Tak explore sangatkan, kalau ada lagi 3,4 jam mau gak aku capai barang aku. But sokay, kita repeat datang balik lusanya 🙂 . Tshirts Cambodia tu sapa datang jumpa akak, memang akan akak adiahkan kat hangpa. Physically meeting jer, jangan nak suruh post LOL.

Comment: 11