Jun 4 2015 Thursday, 9:00 am
1 day shopping for our Red House!
muka aku ni kan alahai, my asthma issue kan, makin kronik je aku rasa lah. Tapi ada baru ni aku dapat satu product, sorang reader aku bagi, for ads actually but heharap boleh baik pulih ler asma ni sikit. Serious every 5,6 am mesti aku kena. Kadang2 setengah jam baru dapat tidur balik.
Ni antara pagi yang aku lemau ler. Laki aku memang cuti Germany dia apa tah aku pun lupa ler tapi aku kena le amik cuti untuk sesama ngan dia. He cannot follow my cuti but i have to follow his schedule. gitu.
So memulanya hajat nak hantar Zeeshan sesama sekolah, tapi sudahnya dia yang pi hantar but pastu patah balik amik aku ler, alah sekolah ngan rumah lam 7 min je pun. Jadi pagi tu menjejak lagi Jalan Tun Razak. Kita pergi ke satu location. Near by KLCC.
Pastuh kita pergi KLCC, another location for something. Settled sini. ada budak opis jumpa aku, ko dah cuti pun datang KLCC , ye ler, bendanya ada di KLCC kekdahnya 🙂
Pastu kita ke Pudu, muka aku dah start lemau coz aku tak campur apa urusan laki aku berdiskusi, aku cuma cakap my preference bla bla bla.
Uncle tu dok nak suh kita amik promo yang aku pegang nih, of cos le tak nak. Aku nak camera cctv yang HD terus!
Jadi aku bosan dengar depa berbincang, so aku jalan sesorang kat kekedai sebelah2nya. Pudu ni kacang je heh, wa 6 tahun Sekolah Jalan Pasar (1) kan….dah final school tu dapat le pusing pasar Pudu tu pun hahahhaa. So anyway, laki aku tak amik kat kedai ni. Dia tak berkenan.
Aku rasa kita pergi hampir semua kedai cctv kat Pudu tu lah. Current house yang di VA rumah aku tu memang sejak aku pregnant aku pakai CCTV, so even rumah baru pun, harus le ada jugak. Dah biasa ler. Orang tanya nak monitor sapa. Monitor sume benda ler. Monitor family, monitor maid, monitor orang kuor masuk rumah, most importantly ialah keselamatan family aku.
Macam kerempeng gila jer pakai baju nih…padahal.
Anyway, after longggggggggggggggggggg hours, akhirnya kita settled kat kedai nih. Punyalah pusing, halahai. Kedai ni ler yang aku pergi asalnya buat tetanya (masa tu aku jalan sesorang while laki aku kat kedai lain). Orang dalam kedai ni cam malas je nak layan aku coz aku macam tak berapa paham hal hal wiring cable bagai hahahha.
Btw, kita dah buat cabling sesiap masa build up our Red House. So very organize. Nak park kat mana setiap cctv tu pun dah already in hand punya arrangement.
Paksaan untuk bini yang bosan, aku bebenda nih patut tak yah ikut ler tapi sebab laki aku cakap kang aku nak yang tu ler nak ni ler, kang lain pulak ngan selera Madam. Jadi ai pun follow ler. But tu ler, halahai, 3 jam lebih je kat sini.
Al settled ngan cctv, pergi pulak carik alarm / security system. Jangan memain, rumah ai memang sumer ada tuh. Ingat nak pasang ADT balik but takper, tunggu depa panggil for 2nd round of relationship 🙂 . That day aku malas nak pakai contact lens ler coz of my sesak napas ler, so takde mood. Sesambil carik cctv pun kita dah surveyed the alarm, jadi dah tau nak sebat mana.
hok nih laki aku dah nak ajak jalan tapi aku nak carik benda lain, tertanya benda lain. Kipas for our study/pc/blogging area kena tambah also the bracket for TV. Kena amik baru ler coz bracket lama tak leh tampung the new tv tuh. Dahlah hujan, kena ler aku menunggu depan kedai while laki aku amik keter. Sempat kena ngorat lagi kak merah ko. Oh well…dah biasa. Cakap umur aku kat 40 tak caya. ngok!
Kami late lunch kat Kampung Attap, Nak ke PJ jadi laluannya ke sini le makannya, telur goyang laki aku yang menjadi sensasi! hikss…
settled apa2 yang patut, menuju pulak ke PJ yang tempat perabot LDP yang ala2 jambatan Penang tuh. Tau le nak ke sana ngan ujan ngan jem ngan laki aku mata dah kuyu, aku pun dah nak lentok gak tapi pasrah gak taruk make up lagi coz nak menghilangkan bosan. Nak main chess tak lalu ngan signal macam &%$@&*$(#
So kami masuk kedai situ dari the first oneeeeeeeeeeeeeee sampai le ke 2 terakhir. hah ko!
ini antara yang unik gak aku tengok. Not bad gak kan design cam nih, rasanya jimat gak space. Daripada amik yang meja bebulat tuh, hok nih lagi better kot kan…
Kedai ni aku ada suka satu benda tapi untuk 8 orang punya meja makan dia tak leh buat meja yang aku nak tuh…tu ler kalau kita nak satu benda, tak tentu kita akan dapat sesatu tuh…jadi tak dapat le aku meja makan 8 pax tuh… (hok 6 pax bought already, itu for our kitchen area). So red red kay 🙂
Eh frame merah pokok duit belakang tu baru aku perasan pulak dalam gambar nih. Comel kan? lawo gak tuh…bape sen ek? sapa pi sana lalu singgah le tanyakan…
Kedai ni tak ingat ler, tak beli apapun. Grandfather set belakang tu, mine dah siap tempah since 2 months ago 🙂
Ini kedai antara the best! baru seminggu operated. Korang kena pergi, go go go
Ada aku nampak the same design but much more cheaper, rupanya the design looks similar tapi tak serupa bila tengok bebetul. No wonder ler yang nih mahal sikit. Eh tak ai tak amik pun nih, cuma tengok dia punya wave cermin tu, macam unik jerrr kan…
we settled at this shop for few items:
1. 8 pax dining set (gegaduh dia suh amik ngan kerusi promotion tu aku tak nakkkkkkkkkkkkk) tak kira le murah camne pun, aku nak yang merah merah merah.
2. Garden set
3. Console table
4. Coffee table (not as per yang dalam entry nih at all)
Because we spent so much at this shop, bukan takat air mineral je yang dia hidangkan, teh tarik ngan neskape tarik pun sama dia bagi kay. Mintak roti bakar je takde. LOL.
Pastuh dah abis citer, nak balik tapi jem pulak lagi kat Fed Highway tuh…kena le masuk kedai sebelahnya pulak.
hah kedai carpet hala tuju kita. Kat sini sebagai penutup, pastu tak larat dah nak berjalan. Shouldnt take the carpet yet coz tu boleh tunggu pas kita pindah masuk tapi aku terjebak tengok harganya yang nyummy, all this nih made in Turkey. Sedap gila.
So bought a few for our Red House. Aku tak bagi dia hantar awal, tunggu dulu sampai aku dah siap habis kemas rumah.
Alhamdulillah, as of this entry up pun, kami dah berpindah officially di rumah baru 🙂 . Tidur atas katil merah uuuu… hiks.
mama liza
Jun 04, 2015 @ 09:40:24
wah syok syok shopping
mama liza recently posted..Alhamdullilah, Tempahan hari ni….
mmp
Jun 04, 2015 @ 10:02:21
banyakny shopping..:)
mmp recently posted..Harga Sampul Duit Raya 2015
lina
Jun 04, 2015 @ 10:04:02
bestnye jd org kaya..
faizalpj
Jun 04, 2015 @ 10:31:58
wah dekat le dgn rumah
faizalpj recently posted..Yuran Tahunan Debit Kad CIMB RM15
Lynda
Jun 04, 2015 @ 12:58:52
tak sabar tunggu rumah akk siap. mesti lawa
Lynda recently posted..Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com
Noriza Rahman
Jun 04, 2015 @ 14:25:04
Banyaknya shopping kak Red..mesti meriah nanti rumah Red house tuuuuu
Noriza Rahman recently posted..Cyst Mengecut selepas 6 Bulan
Ezna
Jun 04, 2015 @ 17:14:44
Nak unpacked balik dari kotak alahaiiiiiii berchentanya …….
Ezna recently posted..Cuti Sekolah? Jom Cardpow…..
Larome Slimming Serum
Jun 05, 2015 @ 14:43:44
wah very high security rumah red .. terbaik la
Larome Slimming Serum recently posted..Artis larome Serum Stemcell
suzy
Jun 05, 2015 @ 15:47:27
wah!! awesome. Syioknya berumah baru sudah =)
suzy recently posted..Meeting with MG Groups.
Lyn Yusoff
Jun 18, 2015 @ 11:30:38
wah!!! beraya di rumah baru gitu…
Lyn Yusoff recently posted..Salam Ramadhan 1436H