The Good Dinosaur’s tragedy…

 

IMG_9890

 

Banyak hal masalah menimpa2 betullah untuk entry ni, nak buat ni pun gambar tak menjadik. Malas nak pikir napa dia jadi mengecik. kengkadang WLW tu biol gak sama ngan aku ni pun.

Jadi ini kisah sedihnya kami berlima. Aku, all my 3 kids and my niece yang lawa (tapi lawa lagi makcik kau), Kak Ngah. So telah kami berjanji untuk pergi tengok The Good Dinosaur, aku dapat 4 tix premier from Nuffnang. Jarang ler weekdays aku nak pergi tapi sebab dah cuti sekolah (masalahnya 2 anak aku masih lagi belum cuti sekolah, tapi langgar je lah).

Jadi kisah bermula dengan perjalanan dari rumah ke OU. to be specific at GSC.

Drive dengan kompidennya, masuk Kerinchi Link tetiba aku rasa eh ni jalan apa ni,eh ni apa ni weiiii! Omeng, ada satu lorong ke kiri heading to Bangsar South ok!!! aku tak pernah tau, katanya baru lagi. Arghhh….ddah 8 lebih ni, show at 9pm.

So kita uturn, nasib baik le kejap tak jauh punya kesesatan itu.

So alhamdulillah sampai OU, on time about 830pm.

Sblum sampai tu aku dah tutup waze, kompiden leven tinggi turn left, parked. Nak parking ni pun, dapat yang sempitnyaaaaaaaaaaaaaaa, depan auto pay, So sempit pun sempitlah tapi nak amik reverse parking tu siksa, abang sampai keluar tolong tengok takut aku langgar side kete orang. Bila dah parked tu abang cakap, mami – berderet kereta beratur belakang tunggu mami parking hahaha..

ya hampun sorry le.

IMG_9913

pastu kita pun turun, carik le GSC. aku ni dah lama tau tak turun OU tu. berbulan bulan bulan. Biasa kalau nak pi memana event sana, aku kena cek – old wing or new wing. Tapi ni aku tak check. dah waze kata kiri.

Kitorg pun carik, tak jumpa, tanya guard dia ckp itu new wing. Dia suh naik 4th floor, and lalu situ pi new wing. Kitorg naik, apakah, parking pastu gila hapa nak lalu gegelap aku tak tau la abang yg cek tpt gelap tu.

So turun, carik lagi, turun naik escalator tak jumpa. Jauhnya mak haih.

Ati dah panas. Pegi balik pegi balik, sampai berlari2 le kitorg 5 beranak. Abang and kakak aku took turn dukung Zeeshan. At one time aku nampak trolley AEON, hamik tarik and suh abang letak Zeeshan dalam tu, dia pun speeding tolak adiknya lam tu.

Memang berpeluh2 kitorang hahahahaa

so aku dah give up.

Jomlah anak2.

Diorang ingat mak ajak balik. Tak, jom kita naik kereta pergi ke new wing. Apapun kena gak alihkan parking gak coz new and old wing jauh beza, habis movie ni kang mau jam 11malam.

Jadi kitorg pun masuk kereta. Kak Ngah lelaju bayar parking,  aku ngan batallion terus masuk kereta. Gerak and chow. Sambil aku check waze balik.

Eh betullah, bukan aku yang salah, si vongok waze ni detect the GSC on the lift, not on the right (yet left tu TGV). Eiii….adakah kerana Kak Ngah tukar suara waze tu (asalnya suara pompuan, tapi dia kata pakai la suara budak kecik, kelakar). Jadi aku dah hamun le budak kecik waze tu. Vongok la kau, hantar aku ke TGV napaaaaaaaaaaaaaaaa.

Dan pastuh sampai GSC, carik parking. Aku nak park near by, pusing cari2, tetiba kat entrance GSC atas tu aku emergency break, eh korang pi turun dulu, biar mami carik parking. Dah lambat ni. Masuk jer dulu kang mami belikan popcorn korang. Masa break tu, pala kakngah tertunjal seat aku haahhhaa..

itu baru orang tua, jadi niqabis Edlyena Assegaf tolonglah pakaikan anak kecik ko tu seat belt, ko pun pakai le seat belt, or napa ko tak nak invest car seat kat anak ko hah? <<—-ok ini aku geram betul ngan pompuan ni, ko nak menipu orang ke hapa lantak ko lah, apasla ko amik video beria2 dengan driving lajunya, tak pakai handsfree, pegang hp, mata melilau, kalau ko emergency break, berdentum depan, u tell me anak ko terbang ke mana nanti?

so ok ok back to parking, hah depa pun turun ler. Jadi aku pun carik parking, sekali round pusing ada dapat le tapi jauh dr entrance. But aku pikir hem, parked je lah. Memang jauh lah, tapi kan, bila aku dah jalan 30-40 langkah, aku rasa eh tak nak lah, tukar lah parking cari lain. Aku nak gak park kat near by entrance GSC tu.

So pusing, alhamdulillah, ada jumpa dekat. Rezeki. Suka ni hehehehe…

pastu masuk dalam, ler abang tunggu aku, lelain sume dah masuk, show jam 9, masa tu dah 925pm tau.

Bila masuk dalam, ler tak start lagi, rezeki lagi. Tapi depa sempat le beli popcorn gak. Air mencungap2 minum. Eh masa kitorg berlarian tu, air botol suam aku, separuh kita togok deh penat.

Alright pastu tengok happily lah. Sonok ni. Aku kan tak minum air manis (certain days), so aku tanya mana air suam mami? Memasing kata ada bawak, sampai abis movie aku dok minum air suam Zeeshan sudahnya. Rupanya memang kakak terlupa nak amik masa dah mak nya emergency break tadikan.

IMG_9908

So, abis movie, finished at 11pm, kuor ler. Hangpa cuba cite kat hakak, sakit tak hati akak bila kita kuor dari pintu wayang tu, tengok2 yang akak parked dari awal tak jadi tadi tu, depan mata jer!! huwaaaaaaaaaaaa…..benciknyaaaaaaaaaa. Jadi menapaklah kami ke kereta, jauh aaaa. Dengan kena dukung Zeeshan lagi, dia tak nak ngan sesapa. Dia sebenarnya suka ngan movie tu tapi ada sedih gak lah coz Arlo tu berpisah dari parents dia, ngan ayahnya mati, macam2 la, so dia touched kat situ.

Jadi banyak betul dugaan nih, ok then kita start engine, aku check routes, aku nak ikut Kerinchi Link again coz itu jalan paling dekat ngan rumah aku. Actually aku tau jalan tapi aku dah few months tak pergi OU ni so aku tak nak le amik chance kan. Bila dah sampai TTDI, tetiba semua kereta kena uturn and turn left, apakah!!!

ler depa buat roadblock kau!! huwaaaaaaaaaaaaa

kita carik jalan short dalam tu (aku expert gak area situ coz klinik laser aku dulu kat situ, my son pun dulu pernah tuition situ), sampai kedai tudung Neelofa tu pun aku tembus 2 kali kay, tak gak jumpa jalan. banyak kereta kena pusing. Sian kami.

Malapetaka apakah ini, banyaknya dugaan semalaman ni.

Jadi tukar routes, ikut Fed Highway ler. Tapi budak kecik waze tu dok ajar aku jalan2 yang menyimpang dari signboard, aku suspect dia nak suh aku ikut Bandar Utama tembus PJ/Fed Highway. Eii memang idok ler.

Jadi akhirnya begitulah. kami pun selamat sampai rumah dengan penuh cabaran dan dugaan.

Allah, sian sangat anak2. dengan maknya stress, tapi masa keadaan genting yang first round tak jumpa GSC at old wing tu kan, aku punya speed up jalan/lari lagi laju dari Kakak and Kak Ngah. hahahaha. toing toing.

Kita hantar laporan kat apaknya, gelak2 bapaknya heh. Terus depa mintak burger. Kakak and Zeeshan terus tidur ler, depa kan sekolah the next daynya. Dengan aku sekali makan burger special tu, pancit penat exausted, semuanya banyak sangat packagelah.

Jadi skang dalam hp aku dah set sesiap, GSC new wing on the right, TGF is at old wing on the left.

OU oh OU….

IMG_9893

Eh pergilah bawak anak2 tengok The Good Dinosaurs, Zeeshan pun siap bawak costume dinosaurs dia tengok movie ni kay, ingat nak pi tengok lagi, or tunggu dah abis, kita download je. Semoga tragedy ni takkan berulang, bila tengah stress tu memang panas je lah, tapi bila dah abis get over, semua menggelak. Banyak sangat Allah duga kami anak beranak.

Begitulah kisah The Good Dinosaurs and The Supermak’s Story.

Comment: 4