Sg Buloh – Kapar…family time!

 

IMG_9993

mak kena duduk belakang, jadi ko kena lah bang pegangkan mak punya cermin make up yek. Kalau ada kakak kau, memang kakak le kena buat. Aku ni yang teringin nak beli cermin besar dalam kereta ni kang, cermin muka le, tapi tak jadi coz ada satu make up aku beli tu kan, ada cermin belakangnya. Penjimatan itu wajib.

Jadi abang please help mak kau di sini…

IMG_0001

Sudah siap, kami bertiga jer di belakang. Depan ada abah aku, lakiku and Zeeshan. Kakak tiada, she was at school. Sekolahnya buat tuition untuk next year’s syllabus for this cuti sekolah 2 minggu ni. Tu pun kena bagi surat coz tak datang 2 hari pasal depa pi kem dah kan.

IMG_0008

si kecil dok merayu nakkan air sejuk sirap tu. He knows he cannot drink air sejuk, kang batuk kang asma. Tu pasal keluar rumah, air suam kena sentiasa bawak. Tapi dia dok pegang je cawan tu dok tunggu aku cakap boleh pls pls pls dok merayu kan, so ialah bagi lah. Tapi lepas tu dia batuk2 alang kan, aku terus tembak, hah tu lah caughing, nak lagi air sejuk?

Dont want ammi.

ammi ammi le ko.

Tapi bagus gak, terus dia serik tak nak minum air sejuk. But tu kang bukan boleh caya, sok sok kalau kenen lagi.

 

IMG_0153

aku tak makan sama ngan depa, depa je semua makan. Aku menyuapkan Zeeshan. But aku gatah2 ler lauk macam daging bagai tu. Buat lepas tekak jalan datang dari jauh kan….Actually ramai adik badik aku datang gak wedding ni, tapi depa lain trip. aku dah janji ngan mak abah nak bawak depa so gerak about 12pm kan dari Cheras, for Sg Buloh ni. Ada ample time sikitlah nak borak lelama, coz by 2.30pm we need to leave nak fetch Kakak at school.

IMG_0014

Simple weddingnya tapi lauk pauk mewah. My cousin’s wedding, My abah punya adik (anak lelakinya).

IMG_0021

Zeeshan that day was my bff sangat2….entah napa ler but dia macam jaki je ngan apaknya masa kat wedding ni heheheh…pastu dia suka betul dengan nasi tomato kot kat wedding ni. Suka betul aku tengok dia makan, siap bersuap2 sendiri

IMG_0026

One week before, hari tu birthday mak, aku ada bawak depa gi makan2, tapi tu lah, mak ni asal ajak  makan jer, dia mesti pilih kat Udang Galah BSP tu, asal bahagia lah mak….

IMG_0047

Pengantin bersama adik beradik abah sedara mara….ada yang datang dari Melaka of cos

IMG_0154

lepas tu aku potong kek, buat harta kek sendiri hahahaa….tak ler, kami dok kat2 situ, pengantin dah siap2 potong kek pengantin, pastuh kena layan diri, tuan rumah bz kulu kilir kan. So aku cakap kat makcik aku tu, meh lah saya potongkan kek sikit untuk sanak saudara makan dedekat hah….

tapi lately ni aku suka pulak makan kek, sejak merasa kek birthday Zeeshan arituh. But cannot la so much yer…badan aku ni kalau makan bembukan mula ler dia menaik.

 

IMG_0055

abah dan adik bongsunya…kita panggil Busu Ketar

setiap pagi raya, Busu anak beranak akan sampai rumah kami dulu :)

IMG_0063

haih, nak bergambar pun tak senang, ini je gambar aku yang senonoh with pengantin….

IMG_0157

with sedara mara….

 

IMG_0159

Zeeshan ni aku tarik hp aku tu, pun dia boleh bukak gak password nya yek. Sekali je aku ajar password, terus dia dah terer hafal! Kalau thumb pulakkan, hari tu dia try pakai thumb dia tak bukak pulak passwordnya coz dia tengok makpaknya bukak password with thumb napa jadik hahahaha…hah tu ler ko!

So ini sedara mara abah aku…mak tak udah2 dengan tanda good good nya….kalau bergambar ngan gang2 UMNO dia camtu le gayanya gak mak ohhh mak…

 IMG_0078

Berkejaran kita balik, singgah dulu kedai buah kat tepi jalan. Mak abah aku tinggalkan coz depa nak berjimba lagik, balik dengan adik badik aku yang lain yang masa tu kita ada bertembung. Kita nak cepat balik coz Kakak kan habis kelasnya anytime.

Lepas tu laki aku drop aku kat kedai kat BSP, pastu beli roti canai ke bagai, settled terus balik. Bebudak terus packing, coz pas Maghrib kita nak jalan balik Kapar pulak.

Depa pepagi esoknya dah nak pi camping.

IMG_0106

ada satu je lah gambar kami di Kapar hah. By right kita nak pi dinner for Mak  mertua aku nya birthday, tapi mak tak sihat. Mak mertua aku ada sebelah kepala aku tuh, berbaring, tak boleh nak amik gambar le tak bertudung. Kita lepak makan kat rumah kakak ipar le sampai midnite kau. Untuk birthday mak mertua, kita bagi 2 helai pasang kain dari Cambodia.

Hari Sabtu yang panjang…………..balik malam tu, laki aku walaupun dah past midnite, dia amik job sidai baju kikikiki…..yang lelain cecepat buat errands and sleep.

So gitu ler, hari2 keluarga sendiri dan keluarga mertua. Asyik citer make up  ler shopping barang rumah bagai, hah…up sket cite family kan. Kakak ipar aku ada jual tudung, masa ni melambak2 tudung dia bukak, kakak amik 2 helai jer. I took one for my mak too, kalau suka, boleh tambah2 lagik. Korang nak beli? Followlah instagram Dee_Sakurahijab . Harga dari RM35. Aku beli somewhere sebijik harga RM45, so kat akak ipar aku RM35 but of cos material lain dan jugak kecik besar pun lain sikit le for kakak.

Hah Kak Ayu – aku dah promote ni. Korang bagitau le korang ni kawan Kak Red bila beli, kem salam kat akak ipar aku tu yek :)

Adik ipar yang baik, up business kakak iparnya. Hah…contohnya Kak Red kau nih. kahkahkah…..

 

Comment: 4