Mar 7 2012 Wednesday, 10:00 am
Penjagaan EBM (susu ibu)…
Jangan betulkan page ko. ni bukan jual askrim yek, ni semua susu badan mak merah (EBM). ni baru 2 baldi yang kita kuorkan untuk membuat penyusunan yang lebih kemas dalam chest freezer. First few days pas beranak, aku ingatkan susu aku takde le melampau ke main banyak cenggini, dulu2 anak pertama dan kedua pun banyak tapi aku takdelah sampai nak beli chest freezer kan. Gamaknya tu pasallah Abang and Gegirl hanya dapat menyusu badan till up for 6 months sahaja.
Jadi aku ingat anak no 3 ni, production tak banyak nau, so aku pun order jer beli bottles. utk simpan semua stock EBM. sekaliiiiiiiiii, makin lama makin banyak dan banyak dan kita perlu lebih economic dengan menukarkan kepada plastic storage pulak. Kira2, aku dapat simpan EBM dalam bottles gitu about 80-100 bottles. out of that 32 bottles kita hantar kat umah mak aku, tumpang freezer sana coz masih berdegil tak nak beli chest freezer. Tapi kemudian bila keadaan makin kritikal, we bought the Elba chest freezer.
Percayalah, gambar2 yang hangpa tengok nih hanyalah separuh dari apa yang anda lihat. Cos as of entry ni kuor, aku tak mampu nak amik lagi gambar baru utk kepenuhan chest freezer nih. adalah ruang sket lagi boleh letak 2,3 bags ayam nuggets aku.
so anw, cerita EBM, aku pump setiap 2-3 jam. Tapi skang aku pump hanya bila dah tak tahan meledak bengkak sangat coz aku dah kembali bekerja. ni lah masalahnya bila dah kerja, kita mula ngelat dahulukan pumping nih, hari pertama kerja aku bawak Avent pump yang manual, tapi kemudian kerja aku jadi lambat coz i cannot multi, bila manual kena dua dedua hands yet kalo sambil pumping tu aku bley gak multi on my left or right hand tengok bb and checking works.
So on the 2nd day onwards bekerja aku angkut all the letric dual pump aku. again saya pakai Avent brand. memang untuk dual boleh single pun boleh. Selain dari itu aku bawak jugak cooler bag, 2 bijik. They are from Medela and Tollyjoy brand. Dalam cooler box Medela tu ada siap 4 storage bottles + icepack but for Tollyjoy aku hanya ada icepack jer. Memang tujuannya gitu gak.
takde nya aku pakai semua nursing bags aku, wa sauk Prada hitam gak muat semua maknek pump + 2 bijik cooler bags. Earth Mama nipple creme tu memang membantu sket, nipple ni kalau dah asyik pump + bfeed memang melecet ko!!
Pastuh aku bawak Autumz storage bags. Lebih practical so nanti bila balik tak yah nak transfer from the bottles to the storage bag. Hidup orang takde maid, anak 3 pulak tu aku perlu hadkan masa dengan lebih memakai short cut.
Cuma hari2 agak sakit bahu le bawak banyak bags. handbag lain, bag pump lain. Aku usung hari2 bawak in out the Avent pump and 1 cooler box tinggalkan satu kat opis just in case another 1 box aku dah bawak balik rumah. Tu pasal aku buat back up 2. kot lupa pun the next day ada lagi cooler box stand by – ice pack. Cooler box ni tujuannya untuk mengtransferkan dari tempat bekerja + event venue dan terus ke rumah. Ataupun dari office terus ke rumah. Supaya nutrisi susu ibu itu tidak hilang khasiatnya.
btw, wpun kita bergerak merata, ada yang main cincai2 je basuh pump/botol tuh kat opis, luar rumah. so belilah container kecik utk bawak liquid cleanser for basuh bottles tu yek. kalau macam dari brand Pureen nih ada siap untuk travel size so aku bawak ni ler kulu kilir yang kat opis yg berjalan sama gak. kalo abih ko refill je balik dr bottles besau tuh. balik rumah boleh je seround lagi basuh and sterilize kan. Kekdahnya kalau dah berpump sampai 4,5 kali kat luar takkanlah tak bercuci bottles pump tu setiap kali selesai pumping kan…
So anw, pas pump masukkan dalam storage bag, then letak di bahagiaan bawah peti sejuk, untuk mendapatkan sejuk peti ais tu dulu. for few hours pun takper dah cukup then boleh transferkan ke bahagian beku di atas. Masukkanlah bape sukatan ko nak letak dalam storage bag, tapi sebelum transfer susu dalam storage bag, pastikan markerkan dulu buat tarikh dipumped and jugak jumlah oz setiap bags tu yek. aku kdg2 tak letak pun oz cos dah beratus kan so dah naik terer, letak tarikh jer.
Setelah keras membeku, transfer pulak ke chest freezer, my case at least lam satu hari sekurang2nya 6-8plastic bags digunakan. Pas dah hantar ke chest freezer, keluarkan lebih kurang 10bags yang tarikh awal2 untuk digunakan pula apabila kita pergi bekerja. Macam kata skang bulan 3 kan, so aku akan kuorkan yang tarikh awal January punya stock up and untuk dipakai oleh RB bila maknya kat luar kerjalah.
Cairkan EBM dalam bekas air, tak kisah air apa asal ko jangan cairkan dengan air panas!! Setelah dicairkan, susu tu kita transfer ke dalam bottol ikut sukatan. So biasanya aku akan buat 4-6 bottles per day coz aku takut aku pulang lewat malam, at least dah semuanya tersedia. Masa pindahkan EBM ke dalam bottles jangan ko goncang ye susu tuh, biarkan jer, kalau nampak macam berminyak pun takper itulah lemak2 susu badan si ibu.
direndamkan begini dalam air kemudian letak dalam peti sejuk bahagian bawah untuk ditransferkan ke dalam botol
Begini bila kita dah pindahkan ke dalam bottles, macam nih aku tak cairkan dalam air, ada sedikit cair2 keras tp aku dah siap2 transferkan dalam bottles and susun dalam peti ais bahagian bawah. Bila nak minum jer nanti baru panaskan dalam warmer or air panas. Hanya bila nak diminum sahaja which takes about less than 5 minutes untuk kita panaskan. Pun pastuh tak yah ko goncang. EBM di dalam botol adalah tidak perlu digoncang ye.
For RB, siang memang banyak tidur, tapi kalau dia bangun je mulut terus menganga nak susu, so sebab tu aku tak buat sekali full oz, memang ada yang letak sampai 4oz, pastuh ada yang 3oz, ada jugak yang 5oz. baya dia yang baru 2 bulan lebih nih banyak tidur je. ikutlah nanti bila dia makin besau, kita tambah lagi setiap oz yang ada.
Bila aku ada memang tak berbotol2 bagai nih, tenyeh je kat maknya senang. and dia akan purata bangun malam for bf lam 1-3 kali. Kadang2 memang tak dibagipun bottles if aku ada, terus direct feeding unless kalau nak bagi anak2 or RD merasa susukan depa over the weekends ha barulah kita bagi pakai bottles.
FYI kalau korang pump and nak campurkan yang belah kanan dengan hok belah kiri, no problem. coz suhu badan ke hapa waktu tu memang sama. tapi jangan ko campurkan yang susu pump semalam ke pump hari ni pulak. Susu badan yang dah dipumped kalau tak letak lam peti ais, untuk terus dipakai boleh bertahan for up to 4 hours. Tidak perlu dipanaskan. EBM yang dari freezer can up to 2 hours setelah dikeluarkan dan diwarmkan. EBM yang dari freezer turun ke peti sejuk bahagian bawah can last for 24hours. Paham tak nih? kiraan waktu perlu diutamakan yek coz tak nak susu yang kita bagi kat baby tu takde nutrition and paling takut terbasilah pulak.
aku suka tak nak letak banyak2, biar max 4oz. takut pembaziran coz baby ni lebih banyak je tidur, then dia dah minum tak habis dia sambung balik tidur. so takpe biar kurang tapi nanti boleh je amik dari setiap botol yang telah disusun didefrostkan dalam fridge bahagian bawah tu.
ini stocks yang korang kata banyak? this gambar atas nih adalah stock sampai end Feb sahaja.
Sebenarnya as of today, tinggal suku je kapasiti chest freezer ni tinggal. aku dapatlah tumpang nuggets/ayams simpan sket je dalam nih, lain sume dipenuhi dek EBM. So worth it for us to buy the chest freezer. Nampak cam jual aiskrim hhahahah, Allah murahkan rezeki badan aku hah. Sapa nak jadikan aku ibu susuan, hah meh meh….ai ok jer.
untuk breastfeeding pulak, kalau kat public dah takde nursing room aku akan carik gak corner private area untuk bfeed. and of coslah pakai nursing cover. ko ingat kita macam zaman dedulu ke yang bukak seselamba je depan orang ramai kasi netek kat anak. bukan kita yang malu, orang yang lalu lalang tu yang malu segan woiii….
Kesemua kain nursing cover aku, anak2 panggil ‘apron’ ahaksss
RB so far memang dia rimas betul bila aku pakai nursing cover nih, hangin je dia….but what to do kan, dah ko mintak susu jam2 tu gak, kenalah mak ko tutup.
Satu pengalaman baru buat kedua anak2 coz depa dapat merasai dan melihat bagaimana diorg dulu masa baby, lebih kurang je ngan adiknya tuh. Skang bila aku suka ha nak susu tetek mummy tak/ eii geli geli tak naklah mummy. ooo skang ko kata geli yek, dedulu masa baby, meraung2 tak dpt susu mak ko ni ha. Sampaikan bila susu badan mak ko dah habis pun ko meraung2 tak nak susu formula. Skang..eksyen korang yek!
I dont remember i ada citer tak, antara kejadian tragis susu badan for anak2 aku dulu, si kakaknya Gegirl. Aku dah mula kerja pastuh dah 6 bulan susu badan aku dah kurang pulak, jadi tak dapatlah banyak pump kan. Bila kat rumah masa tu neneknya jaga dia, dia punya meraung tak nak susu formula, dia nakkkkkkkk jugak susu badan. Aku pulak baru pump pagi tu kat opis, ada ler dapat stock pun tak banyak, tapi mak aku dah bising yang Gegirl memang menangis2 tak nak susu lain.
So dalam keadaan darurat terpaksalah aku anto runner, dia tak tau dia kena anto EBM kat rumah mak aku. Aku bagi tips and packed suh dia cepat2 pi anto, aku harap mak aku diam2 sudahlah kan. sekali budak runner tu datang mak ajah ‘syukurlah ada jugak susu badan ni, nasib baiklah ko hantarkan nak’
Gulp…
balik tu dia tanya aku ‘kak red, ko suh aku anto susu tetek ko ke tadi kak???????’
ahhahaha…sorry le jang, akak dah darurat. anak akak dah meraung tak dpt susu tu yang terpaksa gak hantar. Mak akak pecah lubang kat ko pulak!
Kak…tak pernah2 aku kerja jadi runner kena hantar susu tetek kak oi!!
Hiks…pahala 🙂
Untuk pertanyaan apa yang aku makan sampai terhasilnya susu badan yang banyak tuh, sebenarnya aku rasa bukan soal ‘apa yang aku makan’ tapi soalnya ‘apa yang aku elakkan makan’. ni aku suspectlah coz ai m sure apa yang aku makan, korang sumer pun makan gak but ada benda yang banyak aku tak makan specially aku pun baru bersalin.
satu lagi mungkin kerna genetic gak kot, atau entahlah dari zaman abang, kakak and goes down to RB, alhamdulillah susu badan aku memang overloaded. Cuma tu lah bila dah back to work, both abang and kakak hanya dapat disusukan up to 6 bulan sahaja. For RB, aku teringin sangat nak dapat setahun or more…harap2lah.
Rahsia lain, ada dalam s/post yek. tunggu tu kuor.
EBM stocks as of early March 2012, dah nak penuh chest freezer! bawah2 tingkat bottles tu ada bertingkat2 lagi EBM dalam plastic
Entry ni from time to time aku akan edit coz ni pun kat seminggu buat pastu stop, dok ingat apa yang nak dikongsisamakan coz aku pun google gak masa baru beranak arituh camne nak simpan balik susu2 nih. Btw, storage bags yang plastik ni pas pakai ko jangan le nak repeat pakai balik, terus je buang. but bottles tu dont worry memang bolehlah pakai balik pas ko cuci bersih and sterilize kan. Oh kalau nursing pad pulak pun aku pakai few brands, baik yang disposable mahupun yang washable. Wajib pakai semenjak dari melahirkan RB lagi till now.
Percayalah, selesai je penyimpanan EBM, aku akan jual lelong bottles, Avent pumps and segala mak nenek barang baby bila RB dah habis tak pakai ler kan…
kalau nak kongsi2 sama ilmu, soalan boleh je kat sini gak. Kalau aku lupa ada yang aku nak tambah pun aku akan edit kat entry nih yek….i memang pencinta memberi susu badan pada anak-anak. Pemberian susu menggunakan bottles hanya apabila aku bekerja and bila RD, Abang or Gegirl nak susukan RB. if aku ada most of the time he will get a direct feeding from me. Bagusnya, ko tak yah nak cuci botollah, ko tak yah nak pi panaskan segala, tenyeh je kat mulutnya.
But dalam direct feeding, kadang2 susu kita ni bisa so bila kena tertenyeh kat muka/pipi baby, akan naik ruam. jangan risau2 pasal tu, that s not permanent. Mintak kat doctor, akan bagi satu ubat krim ngelakkan merah2 pipi dek terkena susu dari maknya, namanya Ceradan.
Sepatutnya bila kita pumping, hendaklah dengan tenang dan enjoy, aku kalo kat rumah relaks a bitlah, pump sambil tengok tv. tapi bila kat opis ya rabbi mengantuknya sambil nak tunggu pump tuh, coz buat dual kan. Kadang2 kat rumah aku pakai manual pump Avent tu gak, so ha tu kalo aku pakai siap boleh jalan2 pi buat kerja, susun baju RB lah, kemas2 meja make up lah, yang light2, siap pi kuor masuk dapur tu sambil pakai pump manual tuh. Yelah, nak multi kan.
Bila orang tengok macam remehnya hai ada EBM nih, nak panaskan nak sejukkan, nak defrostkan lagi ler, tak tak…sebenarnya apabila kita buat dengan kasih sayang, dan tanggungjawab. momantai jer nih… Majulah susu untuk ibu dan anak 🙂
shilazizi
Mar 07, 2012 @ 10:20:28
Kalau ruam naik kat muka baby, mak saya kata mak baby tu kena jilat muka baby part kena ruam tu bila bangun dari tido. Jangan gosok gigi dulu. Ni petua orang dulu2. Setakat ni memang mujarab la sebab dah ramai sedara2 yang ikut kaedah ni. Jimat dan berkesan… 🙂
X Lupa Dot Com
Mar 07, 2012 @ 11:48:44
@shilazizi, jilat ker.. ewwwwww…harap xder lagi guna petua ni
X Lupa Dot Com recently posted..Video Anjing Makan Daging Wanita Terputus (Tak Kuat Jgn Tengok)
KiD
Mar 08, 2012 @ 03:30:58
@shilazizi, ader eh petua camni? enzim2 kut
KiD recently posted..Cek Tertinggi dari Churp Churp
X Lupa Dot Com
Mar 09, 2012 @ 08:07:51
@KiD, ada jer tu
X Lupa Dot Com recently posted..Mpv Baru Proton Selepas Ezora
Erin
Mar 07, 2012 @ 10:22:51
Fuhhh terbaik!!! clap clap utk kak Red!
apesal comel bebenor RD tuuuuu…(yg gambar last) makin bolat..oh yelah lupa…dpt susu yg lazat hari-hari mana taknye makin bambammmmmmmmmm!
eii geram!!
X Lupa Dot Com
Mar 07, 2012 @ 11:49:17
@Erin, hehe..tawar..
susu lembu manis…
X Lupa Dot Com recently posted..Video Anjing Makan Daging Wanita Terputus (Tak Kuat Jgn Tengok)
Erin
Mar 07, 2012 @ 14:38:35
@X Lupa Dot Com, manis la..tak caya, cuba la rasa..haha 😀
sbb tu baby suka sgt…
Lil'Amsyar
Mar 12, 2012 @ 13:39:20
@X Lupa Dot Com, sapa cakap tawar.. Lemak manis la.. Rasa sendiri baru tau.. Jgn pandai ckp jer..
Erin
Mar 07, 2012 @ 10:23:49
eh silap…RD pulak..kahkah..mati la aku kak Red marah…
nak ckp RB sebenarnya hahahhaha 😀
sowieeeee 😀
X Lupa Dot Com
Mar 09, 2012 @ 08:08:13
@Erin, apa apa jer la
X Lupa Dot Com recently posted..Mpv Baru Proton Selepas Ezora
wanie-ladybird
Mar 07, 2012 @ 10:32:09
bestnyer tgk stock EBM kak red,untung RB,i anak dh 4 (all boys) tp smuanyer skejap2 jer, 5-6 bln dh stop, mak dia yg malas ni hah,now nk nyesal, xguna pun kan….. :((
shiela nasir
Mar 07, 2012 @ 10:35:50
dh mcm meniaga dh ni..hihi..apa2 pun tenkiu k.red kgsi info2 ni..wat masa skrg,xfhm lg…mgkn nnti2 bleh jadi rujukan 🙂
Jaqueira
Mar 07, 2012 @ 10:48:04
kak … bestnya dapat produce EBM ngan cemerlang camni ! masa saya bersalin aritu, susu saya tak banyak. habis pantang terus habis susu badan … tapi ada la jugak rezeki anak saya minum susu badan walaupun tak lama
Keep up the good work Kak Red !
shaliza
Mar 07, 2012 @ 10:52:36
wauu dlm banyak2 entri..rasnya entri ni paling kencang la…
kak red, kalau tetek melecet, mak saya ajar picit je susu badan tu then sapu kat tempat melecet tu. InsyaAllah cepat hilang. 😉
RedMummy
Mar 07, 2012 @ 10:59:58
@shaliza,
right away
X Lupa Dot Com
Mar 07, 2012 @ 11:50:15
@RedMummy, betul ker… huhu.. tak sabar nak beranak gak..
X Lupa Dot Com recently posted..Video Anjing Makan Daging Wanita Terputus (Tak Kuat Jgn Tengok)
Aishah Noordin
Mar 07, 2012 @ 10:57:00
Kak Red, mknn apa yg akak pantang yek? Sy dh minum herbal tea tu dh adalah tambah sikit tp still x cukup lg. Tu kdg2 berkurang jugak. Sy sgt2 desperate ni. Ebm utk anak time sy nk bekerja nnti xcukup lg. Sgt memerlukan bantuan.
Tq
ZEL
Mar 07, 2012 @ 11:00:10
huhuhu cemburu..
susu saya sentiasa suam2 kuku jer..
tapi dapat laa full BF smpi umur 12 bulan..
skang dah campur-campur
X Lupa Dot Com
Mar 07, 2012 @ 11:50:44
@ZEL, kena mkn byk vitamin ler
X Lupa Dot Com recently posted..Video Anjing Makan Daging Wanita Terputus (Tak Kuat Jgn Tengok)
amirah
Mar 07, 2012 @ 11:02:45
congrats kak…byknya stok EBM akak..usaha murni dan kasih syg seorang ibu kan kak.pasni saya start balik..walaupun baru wean off abangnya..
amirah recently posted..Diari Hamil Saya : 39 minggu hamil..bila adik nak keluar ni??
mama mieja
Mar 07, 2012 @ 11:07:34
Teruja nya rasa nak mengandung lagi..heuhueheue..termotivate lah ngan EBM nie….
nar
Mar 07, 2012 @ 11:16:44
allu, sorry ni nak terkuar tajuk sikit. bukan psl EBM tapi pasal confinement lady, ade sesapa tahu any CL yg dok kat area alor setar tak? tq. lagi 3 bulan nak meletop ni. trima ksih byk!
fid
Mar 07, 2012 @ 11:36:36
RM.Tahniah!
kedebommm RB puuunnnn..gigit pun sedaapppp..
nak notekan sedikt satu dua perkara…
1. cuci pump. Kalau tak cuci everytime after use pun okay.dgn syarat sejukkan/simpan dalam fridge or cooler bag/cold are…
2. susu yg diperah dlm tempoh 24 jam bley campor hatta tarikh dah lain…tapi mark ikut tarikh awal la…syaratnya wajib samakan suhu…idaklah kena ukur bagai..cuma kalau yg terawal tu sejuk yg terkini pun sejukkan dolu then bleh campur…
3. lepas tu kalau RM sudi bley tambahkan sedikit..
susu yg dah cairkan…dari beku then cairkan ..tahan 24 jam
susu yg dah panaskan atau yg dah diminum sedikit kena habiskan dalam sejam…ke dah tulis?kihkih
cara ekonomi nak elak ruam susu..lps susukan bb lap ngan kain lembab bg tak de kesan susu…kalau terjadi juga ruam susu..sapukan susu ibu kat situ nnt kioklah kuman tu then cucii…ruam tu jd bkn sbb susu ibu tapi disebabkan oleh kuman hinggap kat susu ibu..ngehngeh..
fid recently posted..Cinta Kura-Kura
nieta
Mar 07, 2012 @ 11:50:53
‘majulah susu untuk anak & ibu’ yeay…. Sokong bangat kak red.
TQ for the post…
saya rasa bahagia biler anak menyusu badan dan memerapngan saya time nyusu… Tapi sejak dah setahu nie, susu mau direct jek, takmo dalam botol. Siang puasa susu, malam bergayut sampai lebam… Dah stop mengepam dah…
nieta recently posted..Wordless Wednesday : Doa Ibu
X Lupa Dot Com
Mar 07, 2012 @ 11:51:20
aaaaaaaarr.. tak sabar nak nimang anak gak…
X Lupa Dot Com recently posted..Video Anjing Makan Daging Wanita Terputus (Tak Kuat Jgn Tengok)
eyriqazz
Mar 07, 2012 @ 11:58:50
fuhhh..banyaknya…Apa tips nak kasi banyak susu ni? wifey saya tak minum susu, plus cam alisya dulu dia ada alahan lactose..rasanya wifey sempat menyusukan dia dalam 6 bulan je kot…
eyriqazz recently posted..Projek 123 Menjadi Kenyataan?
gee_rosuzaini
Mar 07, 2012 @ 12:14:49
bnyknyaaaaa.. untungnya RB… arghh jeles la kak.. murah rezeki RB dapat da best milk.. xde tandingan tuh susu ibu tuh,,
gee_rosuzaini recently posted..-DEMAM-
hazman aka species1980
Mar 07, 2012 @ 12:27:40
Setelah habis bacam pasal EBM SUSU IBU nie….sesungguhnya gambar niece KAK RED jugak yang jadi perhatian saya….Kem salam kat dia yea…hik3x
hazman aka species1980 recently posted..Wordless Wednesday : Voucher Memanah DIAH , NURUL , MADAM dan FAZ
RedMummy
Mar 07, 2012 @ 12:29:58
@hazman aka species1980,
hahahah siot ko
faz
Mar 09, 2012 @ 23:42:26
@hazman aka species1980, hahahahaha…….
faz recently posted..Subhanallah : Pemandangan dari atas langit
Maria
Mar 07, 2012 @ 13:22:10
cayalah Kak Red..Saya pun eXCLUSIVE BF mother..n alhamdulillah perjalanan saya dah sempurna sampai 2 tahun dah, Now, anak saya still BF walaupun dah 2 tahun lebih…Percayalah kalau nak body back to normal BF adalah jwpnnya…Takyah nak senaman2 confirm slim-melim..Anyway, semoga usaha Kak Red dapat diteruskan sehingga 2 tahun..Dah byk pun group FB yg support exclusive BF ni…
razila
Mar 07, 2012 @ 13:29:33
U r so awesome 🙂
Kagum…kak kalau susu xhbs @ dh over dr date patut bagi jgn buang erk…kite wat sabun susu @ mandi jer pakai susu tu…mulus kak oit =)
razila recently posted..Sungkai Hot Spring – Part 3
oni
Mar 07, 2012 @ 13:43:41
kak red.. respek you 100x!
mu0x kat RB
zallyna
Mar 07, 2012 @ 13:59:08
alahai…nak jugak camtuh
tapi tak berjaya….
dah cuba mcm2 usaha..tapi susu tetap takmau byk jugak….
untunglah kak red kan….
relaxxx
Mar 07, 2012 @ 14:29:14
kak, susu yg dsimpan tuh leh tahan bpe buln plg lama?
RedMummy
Mar 07, 2012 @ 14:31:21
@relaxxx,
6bulan to 1 year.
Ap Hasnida
Mar 07, 2012 @ 14:44:05
kak red ni la n3 yang saya dok tunggu2…saya melangguk kat sini setiap hari mengharapkan n3 ini…yeeehaaaa…thanx a lot kak red….maksudnya..kalu nk panaskan air susu tu…gune air panas pun bolehlah…xsemestinya nk guna warmer kan…btw…sya da ready kan awal..produk avent tu…itu jek la saya tenung siang malam…n bertanya kat diri sendiri….boleh ke aku nanti ni arrr??
🙂 🙂
RedMummy
Mar 07, 2012 @ 14:46:44
@Ap Hasnida,
boleh boleh u can do it 🙂 !!
Ap Hasnida
Mar 07, 2012 @ 14:51:46
@RedMummy, jap2…jap print out n3 ni..mane taw..esok2..da bz dgn mengepump…lupa pula nk buka blog…wekekeke…
thanx again kak red…
Ap Hasnida recently posted..~~Our Maid~~
Narita
Mar 07, 2012 @ 14:48:10
oh best2, cayalah kak merah.. Semoga berjaya bresfeed RB sampai 2 tawun..
zakiah
Mar 07, 2012 @ 14:50:45
kak red comel
zakiah recently posted..Wordless Wednesday #7
fara
Mar 07, 2012 @ 15:07:26
huh.. lame sungguh tak membaca RM nih, since pregnant ni kan al malas nau nak dok depan pc, except keje la kan. thanks kak red buat entry ni, mmg sy cari tips nak bykkan susu and kalau byk sgt plak caner nak simpan. mcm nak kena beli je elba chest freezer tu hmm.. 🙂
fara recently posted..My Third Trimester
combi
Mar 07, 2012 @ 15:14:26
sebak pulak bila nmpk pengorbanan seorg ibu demi anakanda tercinta.nmpk mudah tp jika teda kekuatan mental mana mungkin dapat lakukan semua ni ye red.
berdoa semoga anak2 kita tidak lupa pengorbanan seorg ibu yg kasih syg nya hingga ke hujung nyawa.
*dah lama tak cium bau baby…comel sgt pic yg last tu :love:
Cathj
Mar 07, 2012 @ 15:59:51
Huyoooo red… You memang ‘kilang’ terbaekkkkk…. Tabik…. Aku dulu serius kurang…. Nak tau la mcm mana kilang baekkk sgt ni…. 🙂
Connie
Mar 07, 2012 @ 16:48:56
wahhhhhh happy happy happy…..tq tq tq
asya
Mar 07, 2012 @ 16:50:14
al banyaks sungguh stok tu …! cayalah kak red ! sha dulu sempat bf kan damia till 6 bulan je, lps tu susu dh kurang. damia terus minum susu formula.
dulu ms sha baru2 masuk keje lps bpantang sha ulang alik waktu lunch nk hntr susu BF. reason? sbb susu tak banyak. kesian tak? huhu
asya recently posted..Wordless Wednesday : Damia selepas memasak
suliana
Mar 07, 2012 @ 16:52:01
hai kak red, first time komen sini. akak dah slim, lebih slim sblm time prgnt 🙂 berkat menyusukan anak 🙂
suliana recently posted..update 3 bulan
Shaz
Mar 07, 2012 @ 17:00:28
Memang vote abes lah untuk breastfeeding ni. Key untuk kembali slim…hihii
My petua pulak, sentiasa mkn ulam2an… mmg byk lah susu…insya allah 🙂
Shaz recently posted..Gambar Bisu Hari Rabu #19 Harga Rendah???
sofhia
Mar 07, 2012 @ 17:18:23
Alhamdulillah RM. sofea punteringin jugak nak susukan anak.doakan ye..insya Allah anak yang akan datang. buat masa ni masih fisioterapi lagi. kalau rm nak lelong Avent atau brgn bayi tu. harap ada rezki sofea nanti nak dapatkannya..tahniah rm . majulah susu ibu dan anak..
Fanaaa
Mar 07, 2012 @ 18:08:15
Salam kak,
Nak tanye, akak ade xperience tak botol susu jadi kuning bile pakai pureen bottle wash tuh?
Narita
Mar 08, 2012 @ 08:25:15
@Fanaaa, nak tolong jwbkan sebab dah lama pakai pureen bottle wash tu, tak pernah pulak jadi botol susu jadi kuning…maintain je mcm baru beli ade la.. 🙂
Fanaaa
Mar 10, 2012 @ 07:28:23
@Narita, Yeke? Mine turns to yellow la. I dunno why. Tapi if pakai Pigeon nye x pulak. Pelik sungguh.
Sally
Mar 07, 2012 @ 18:09:19
Suke nye post pasal ebm ni.. Sy pun exclusive breast feed… Sy bersalin lebih kurang kak red je… Tp susu x byk mcm ni.. Sedih gak… If u can shar makanan yg ok n x ok, lg best… Stock ade la dlm 20 storage bottls.. After this i join production industry lg la lack of time for pumping
hatim AR
Mar 07, 2012 @ 18:19:54
saya baru belajar pasal breastfeed haritu sbb skrg tgh buat paeds.memang betul kak,susu ibu ni ada komponen antibodi dlm dia.so kalau melecet area nipple tu,sapu je susu badan dekat area tu.insyaallah boleh elak infection.lepastu kalau nak susu badan ni continuous ibu kena elak stress.teknik breast massage n back massage pun boleh tlg ibu relaks n produce susu.makin kerap ibu susukan anak insyaallah penghasilan susu tu akan berterusan,tu sebab doktor syorkan pumping setiap 2 jam sebab nak imitate waktu feeding bayi tu.so bila selalu pump and sambil pump tu terfikirkan anak,lagi bertambah la proses penghasilan susu. doktor yang ajar lactation tu ada kata jugak,kalau boleh selagi ada susu badan jgn stop menyusukan anak.biar dia sendiri yang decide nak berhenti-menyumbang kpd psychlogical development anak jugak.
susu tepung yg dekat pasaran tu sbenarnya dihasilkan dari waste product je.semua DHA apajadah semua tak natural. walaupun susu tepung mcm banyak nutrien dari susu ibu,sebenarnya sistem badan bayi lagi senang menyerap zat dari susu ibu.so ibu2 silalah BF anak anda =) ibu demam,selsema still boleh menyusukn anak,yg ada HIV je yg contraindicated for BF.
owh and one more thing,kalau nk jimat ebm ni boleh disimpan dalam botol kaca yg bekas pati bird nest tu.so kalau ada botol2 kaca macamtu jgn buang.boleh buat simpan ebm.just make sure bersihkan betul2 je.wahhhh ambik ko jadik satu entry kat sini.sorry la kak red terbawak-bawak plak
hatim AR recently posted..Penguin Ganas Dan Mee Sotong Yang Lazat
Narita
Mar 08, 2012 @ 08:27:25
@hatim AR, good one, thanks for sharing 😉
Adibah
Mar 07, 2012 @ 18:52:59
fuiyooo!!! byk nya stok EBM…mmg kak red ni produktif betol la… makan tak habis tu, RB boleh share ngan RD tu… hehehe 😉
Adibah recently posted..Forthcoming Seminar DDM at Awana Genting Highlands
adam
Mar 07, 2012 @ 19:03:53
Bookmark untuk bakal isteri nanti. hahahahahaha
adam recently posted..Universal Studio Singapore ; Tips dan Tricks
Isaac Tan
Mar 07, 2012 @ 21:25:21
this is really an interesting and informative writeup to me. I’m trying for a kid now, so soon will get to see all these. hehe 🙂
Isaac Tan recently posted..John Carter (2012)
Lyn Yusoff
Mar 07, 2012 @ 22:15:31
byknyerrrrrrrrrrrr
bagusnyer byk produce kak…
senang rb tak yah minum susu tepung kan..
susu ibu gak yg bagus & byk khasiatnya..
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #42
lAl
Mar 07, 2012 @ 22:43:14
Wah!!! meletoss nk pump bebanyak cmtu…
lAl recently posted..BLOGGER KACAK bukan sekadar BONUS.
irda
Mar 07, 2012 @ 22:53:47
kak red, amboi pjgnyer entry!!!
kak red, walaupun kak red suka avent by i suggest kak red beli medela freestyle (fs) breastpump sbb bila wat keje leh handsfree.
sy breastfeeding dh 16 bulan 3 minggu alhamdulillah… kena rajin kak red jgn tunggu dh bengkak baru pump sbb nnt susu tends to kurang. plg tak 4 kali kat ofis if sempat. dgn medela fs, kite pasang & wat keje smp 20mins & simpan.
in add, i suggest kak red beli box coleman yg kecik isi ebm. lg thn lama if x blk umah awal, ebm duk diam2 situ…
lg satu, i suggest kak red beli dish dryer panasonic sbb after streril leh dry kan bottles dlm tu. that dishdryer acts as sterilizer as well. bottle kering & clean. x yah susah2 lap or air dry. jimat masa!
sy doakan kak red dpt breastfeed dgn jayanya. amin!
Amir
Mar 07, 2012 @ 23:08:49
Susu ibu memang the best.
Nanti besor seksok anak pun sayang lebih kat ibu dia.
Bila sayang lebih, senang nak masuk geng.
Pendek kata, time raya memang konpem balik kampung ibu dulu..heh..
KiD
Mar 08, 2012 @ 03:34:19
fuuuuuhhh… giler penant baca sampai habis.. ermmm untung laaa kan ada susu badan nih. my wife takat 3 bulan lebih je untuk my son.. jadik laaa..
p/s: lawak giler runner tu eh,,, seb bek dia tak bukak dulu
KiD recently posted..Cek Tertinggi dari Churp Churp
Dilakochan
Mar 08, 2012 @ 07:53:00
Kita ni duk la baca senyap2.. Sampai kt part runner p anta susu tetek tu, xbleh tahan kita ketawa ni kak!
Mcm akk saya yg anak no3. nya, mmg breastfeed sampai anknya dh setahun lebih. Stok susu nya ponggg penuh fridge. xcukup kt ghumahnye, ghumah mak ponggg ditumpangnya.
xdela plak dia p beli chest freezer tu!
Dilakochan recently posted..Mendendang Gurindam Jiwa
Cheyan
Mar 08, 2012 @ 09:56:15
Suke entry ni..akan menjadi sumber rujukan saya..
so target nak kene beli chest freezer ni..mana murah??? ade tak sesiapa nak tolong jawap? 🙂
Cheyan recently posted..LONGCHAMP LE PLIAGE FOR SALE/ORDER
Diana K
Mar 08, 2012 @ 15:10:24
ok dah bookmarked!!!!! takot nanti jenuh nak carik lps setahun kan..kuikuikuikui 8)
Diana K recently posted..I’ve forgotten my blog (*__*)
MommyRazim
Mar 08, 2012 @ 23:11:00
Kelassss ko RM barula Hottt RM yang terbaik sebab menyokong penyusuan ibu.. Ur the coolest mummy hihu 🙂
MommyRazim recently posted..Kenali Alfalfa dan Rahsia dalam Keintiman Suami Isteri
hanani
Mar 08, 2012 @ 23:29:51
bagus lah entri kak Red kali ni. Banyak sangat info yang dapat. Memang membantu para ibu untuk BF baby.. Banyak faedahnya. 🙂
hanani recently posted..Nak Tanda Buku Dengan Apa? Jom Felt Crafts..
Mama Cyda
Mar 09, 2012 @ 10:30:49
Bagusnya kak red … sy anak first dulu sempat BF 4 bln jek. itu pon dlm pantang dah start campur. Anak 2nd Alhamdulillah sampai 1thn 2 bln. Start campur masa dia umo 6bln. Harap2lah anak ketiga nih leh fully BF sampai umo 2thn. Jeles tgk org lain leh wat stok EBM banyak2 camnih … sy takat sehari dpt kupul 10-15oz pun dah syukur sgt2 huhuhuhu
Mama Cyda recently posted..Terima Kasih kekasih gelapku, Mr. Nuffnang
eff
Mar 09, 2012 @ 16:24:35
kak red skang lagi kurus dr b4 preggy, kagum sungguh!!
winda
Mar 09, 2012 @ 16:38:08
tabik spring la kat akak…ingtkan akak ni modern mum malas nk ber EBM ni…. 🙂
faz
Mar 09, 2012 @ 22:37:25
eh tu stok susu dr RM ke? byk nye????
faz recently posted..Subhanallah : Pemandangan dari atas langit
akuzle ayu
Mar 10, 2012 @ 00:41:27
akhirrnyaaaa… sudah kuar entri n gambo stok ebm..wink2…senyum sampei telinga den. ahahhahaha… babs runner tuh rasanya dah baca dlm entri akak yg lepas. mmg klaka ah… babs leceh nguruskan ebm neh tak terasa langsung bila mikir mmg hak anak2 kita utk dpt susu ibu neh. t/jwb kan, kak? chaiyok2 utk kita ibu2 bf ini…
akuzle ayu recently posted..Terharu…
lov
Mar 10, 2012 @ 08:53:04
suker pic yg last tu..comeyla dua2nyer..hehehe
lov recently posted..RM13.90 PUNYA CERITA
suwanie
Mar 11, 2012 @ 13:41:13
jelesnya ngan akak..saya pun masa baby labir dlu punyer azam nk bg baby bf pai umur setahun lbh..malangnya kerja terpaksa gak bg dia susu formula..mmg azam nk pump tp pump2 xkuar r kt red.myb pump cap ayam kot,satu lg susu xbyk..jeles tgk akak nyer stock…ish3…
shaf
Mar 13, 2012 @ 01:02:26
banyak nyerrr stock…cayalah kak red!!
shaf recently posted..Vote for me………
Anis
Mar 13, 2012 @ 13:44:46
entry yg sgt informative, 🙂 sgt suka entry nie. will try to fully breast feed my baby
mommynadia
Mar 14, 2012 @ 14:55:46
Maveles Kak Red!!
Suka baca..kdg2 sb dah terbiasa dgn routine handle ebm, terlupa pada benda2 kecil..
Noted few things from this entry..tq 😉
mommynadia recently posted..Kiss Them Goodbye !!!
As
Mar 22, 2012 @ 14:22:42
thanks 4 sharing 🙂 love the way you explain 🙂 8)
Kak Hu
May 11, 2012 @ 09:11:41
As-salam Red,
Tahniah. Andalah breastfeeding mother yang vogue. Keep up the milk.Keep un the style!
Kak Hu recently posted..SHAKLEE GLA – Kandungan GLA yang lebih tinggi dari EPO untuk kebaikan maksimum
ima
Nov 22, 2012 @ 21:16:49
salam, nak tny. sy nak blk berpantang di kampung n plan nak bwk balik chest freezer utk smpan ebm dgn harapn dpt memaksimumkan tempoh hayat ebm tu. masalah sekarang sy x pasti cara terbaik utk bawa balik ebm ke rumah sy lepas habis pntg nnt. jarak kampung n rumah sy ialah 3 jam setengah. mtak nasihat n pandangan. yg dlm fikiran ada 2 cara tp xtau ok ke x.
1) bwk je blk dlm chest freezer dgn harapan ais x mencair teruk sepanjang tempoh perjalanan.
2) transfer ke dlm cooler box
soalannye mana lebih baik n mcmane nk kira blk tempoh expired ebm tu utk kedua2 option di atas?
mekasih.
lailakoh
Apr 12, 2013 @ 15:36:26
Wow i dont know its that hard to be a mother. thanks for ur entry RM. helped me a lot!
lailakoh recently posted..Hollywood’s Longest Relationship
zanariah
Sep 26, 2013 @ 12:20:21
as salam…
wow syok tgk ebm yg banyak tu…ari ni bau terjumpa blog sis
camane ek sis boleh simpan ebm sampai banyak macam tu…
Shahida chai
Apr 09, 2014 @ 20:08:58
Perghhh mmg terkejut tgk stock susu.. Bl bace story akak br sy pecaye sy pon bole buat sbb sy rs leceh bl nk mhadap every process nye another reason sbb xyakin dgn hygiene susu yg kite smpn ni.tp sy jd wow bl bc entry ni n rs xde la susah pon.sbnrnye mind set yg nk kn tkr kan.same2 kite perjuangkan breastfeeding yek
Siti
Aug 14, 2014 @ 20:10:23
Tahniah sis sebab berjaya buat stok yg banyak. I came across your page pun sebab tgh mencari freezer for my future EBM. Skang ni pun dah stat sket2 tapi tak sure la kalau boleh buat stok mcm sis. Your stock of EBM betul2 memberikan semangat, tabik2… Wish me luck!
btw, katne sis beli nursing cover tu eh? nampak convenient
ayeen81
Jan 22, 2015 @ 09:40:04
bestnyer entri ni… sis, dah let go ke perkakas utk mengepam tu? kalau belum berapa nak let go? heheeee…. nak amek berkat, kot2 dpt produce ebm utk baby i mcm yg u punyer… pliz inform i ye…
Ruzie
May 14, 2015 @ 09:01:58
Thanks for sharing:)
suhailey
Jul 07, 2015 @ 00:20:24
alhamdulillah, meriah susu redmummy. Pasal bag banyak nak kena bawak gi opis tu, aha kadang kena gelak tau ngan kawan2,macam penjual pulak.hihi banyak sangat bag.
suhailey recently posted..7 TIPS PERSEDIAAN STOK SUSU PERAHAN IBU (EBM) SUPAYA IBU MENYUSU OUTSTATION TENANG BEKERJA
zilfalinda
Nov 12, 2015 @ 14:45:44
bestnye baca entry ni.
Tithi Saha
May 19, 2017 @ 14:19:25
Your Article is really too good. I am Impressed. Thanks for your article. It is very helpful for us. I will recommend to my friend to follow your article. thanks
susu anak
AIN NADHIRAH BINTI FIRDAUS
Mar 14, 2018 @ 15:35:35
sis untung nyaa dpt susu bnyak gituu..saya pon kehulur kehilir bawak pump beg v-cooler lagi ..tapi satu hari dapat 2 botol means 10oz jer baby first ..
YULI
Oct 30, 2018 @ 16:06:21
Di masjid kantor aku tuh ada ibu-ibu yang sering make alat itu
YULI recently posted..2018 Career Days: An Event for Companies and Students to adapt to each other