The 6 hours journey…

IMG_5924

tu dia, gang2 Kapar membedal Laksa Duyung, about 10min from the dewan wedding. Famous tempat nih. Masa bebaru sampai, mak mertua aku nak kencing, aku pun join sekaki, kita pi near by masjid. Sesampai, depa dah mula makan laksa. Aku ngan suami kekongsi laksa tu, takut tak berapa selera tekak tu kang takde le rasa membazir kan

IMG_5928

bebudak meja belakang, ‘bag tangan’ aku mestilah dengan aku, sian dia penat tu, mengantuk sehari tak tidur, Waktu tidur dia kan jam 2pm, ni dah kol 4-5pm dah kot…mana tak penatnya dia.

IMG_2573

tumpang meja sebelah, habiskan kuah laksa. Aku isi tak kisah sangat tapi kuah laksa ni sedapnyaaaaaaaaaaaaaa!!! Padanlah ramai orang bungkus bawak balik

IMG_5935

dan kemudian, kami pun pulang ke hotel…bermandian

IMG_5958

malamnya datang semula ke rumah kak ipar. Dijamu satay dan pelbagailah…

IMG_5980

selain dari itu nak bukak hadiah pengantin

IMG_5988

ada ke patut pengantin nak let go a few hadiah2 wedding tu, aku cakap simpanlah, sok sok kawan2 ko kahwin bolehlah ko let go buat hadiah gak. Mak Tam dulu pun buat macam tu, kadang2 lepas 10 taun ke 14 taun kawin nanti jumpa balik eh kotak hadiah kahwin dulu, tak pernah pakai lagi, hah bukak pakai, or paling moleknya kalau dapat duplicates boleh bagi sedara mara or paling moleknya korang muda lagi, ramai lagi kawan2 yang akan berkahwin, jadikanlah hadiah kahwin depa pulak.

Ramai je pengantin buat macam tu.  Depa tak nak bawak balik coz nanti depa dok rumah mertua sana, space nak bawak dah takde kot, gamaknya. So sib baik dengar nasihat…simpan lu kat rumah mak or nenek korang nanti.

IMG_5996

kemudian diikuti dengan pengiraan salam kaup – angpau duit yang diterima dari tetamu

IMG_6016

aku tak kira ler, aku sibuk bagi anak aku makan nasi putihnyaa

 SAM_1400

alhamdulillah, settled le malam tu, semuanya selesai. Balik hotel kemudiannya, tak dan nak layan tv ke hapa lah, tidurrrrr!

IMG_2579

esok paginya, eh about nak tenghari lah, kita checked out and terus kembali semula ke rumah kak ipar

farewell, and saying good bye, siapkan jamak untuk bertolak.

IMG_2581

aku mintak bekal satu tupperware nasi putih untuk Zeeshan dan member tak sempat kereta bergerak dia dah mengsuap sendiri nasi ke mulut. oooo tau lapar ko kan, tu lah main jerrrr

IMG_6049

sandwich tak berapa jadi ari ni. Kita bertolak about 2pm…

IMG_6052

aku pun tidur sama jugak, sama ngan anak kecik aku ler, kami berempat tidur

tapi tak tidur lama, sejam pun tak sampai kot aku

IMG_6056

dengan 2 kali stop, bukan stop makan ye, tapi stop untuk isi petrol dan jugak stop untuk kencing (tapau food, makan dalam kereta). Dengan jemmmmmmmmmmm yang power rangers, bertolak yang dari Kuala Kangsar to KL jam 2pm tu, sampai ke rumah hanya 6 jam kemudiannya. Oh my, dia punya jemmmmmmmmmmmmmmmmmmm, dengan hujan benti hujan benti, jem jem jem. kol 8 malam baru sampai!

Malam tu jugak, half baju hantar dobi,yang mana kena basuh tangan je aku tinggalkan kat rumah untuk the cleaner kasi settle.

Tu lah kalau berjalan jauh during the cuti2 panjang contoh 3 hari Kebangsaan tu, memang dia punya jem can go cry cry cry one. Anak2 pun meresah. Tenet pun kat highway macam semput, kesian kat suami aku ler coz agak bosan dia driving, tak leh nak buat apa, borak2 pun pusing2 dia paksa kita cerita dunia hiburan ke semasa. Tengok Zeeshan pun membosan betul….but alhamdulillah, the wedding went well and kami dapat merasa makan laksa duyung yang super sedap! Zeeshan pun dapat jadi photographer hahahhaa…

Thanks Kuala Kangsar. Tiada review untuk wedding di Melaka walaupun suami dan anak2 aku pergi coz aku ngan Zeeshan tak pergi kan (kami dedua kena fever)…but thanks keluarga mertua datang singgah to our Red House sepulangan dari Melaka to celebrate Kakak’s birthday as well.

Done deal done.

 

Comment: 12