Posts by :

Shopping/Nasi Padang/Shopping!!

IMG_5690

aloloo…sian mak2 abah aku dah duduk tepi jalan jer. itupun duduk kat sini dah kena halau. dari jauh aku nampak security tu suh orang2 tua aku bangun, laju je aku pangkas.

ya kamu enggak diberi kerusi rehat di sini dong

ini kan orang tua, nampak enggak tongkatnya? harus diberi rehat mau kerusinya duduk!

tapi mak pak aku bertiga ni bangun le jugak, malas nak dengo anak nya nih jadi tarzan marahkan security heheheheeh..aku kan garang eh dan juga kuat menceceh dan juga very the possessive.

IMG_5691

sebenarnya aku pun dah lost track aku kat mana masa nih. bukan Medan Mall…tapi adalah sikit hapening dalam nih. ada staff dia tunggu dalam tuh kat entrance, dok ucap selamat Datang ibu ke Matahari. hah matahari lah kot yek namanya. bayangkan kat anak aku yang lalu tu pun dia cakap gak. Selamat Datang adik ke Matahari.

iskk…agak2 lah ko kan. tak ke penat ko asik bercakap jer bila orang lalu lalang. sian tol.

dalam kedai nih abah aku beli jacket, pastuh adik2 aku beli baju gak. pastuh aku sebat 3 lai tshirt untuk sirman pakai. so sepanjang 3 hari kat Medan memang sume kain baju dari mall medan ni jugak aku pakaikan. takpe je beli baju banyak, bukan susah, tak nak pakai lantingkan je kat adik badik aku yang ramai tuh. adik badik sirman pun berderet…

IMG_5692

hah sapa from Medan? ini kan mall yang ada Matahari dalamnya. i was totally forgotlah. ni ngah tunggu si pak supir yang very the slowest in the world. letih ok, dia tu eii….tak tau lah aku nak cakap. banyak makan dalam betul aku ngan dia tuh. dia takut segan ngan aku jer. ngan family members aku yang lain dia biasa jer. yelah bukan depa yang buat deal, aku yang do the ground work kan…

jap..mak ada beli 2 blouse dalam mall nih. can wear for work one huhuuuuuu!

IMG_5729

hah baru usai solat jumaat. diorg parking kira baik dalam masjid tuh. isk …ngeri acik tengok. masing2 punya parking or jem kat sini toksah ko cakap. tapi camne jem pun kan, dia punya berebut ramai orang keluar berjalan tu still manageable. kalau kat kl memang dah makan 1-2 jam lah jugak jem satu2 jalan tu kalau accident ye dak. lepas dah jalan hampir separuh hari, perut pun dah penat lapau. solat kita buat jamak jer…

terus langsung untuk makan.

aku suh si supir bawak pi makan nasi padang.

IMG_5745

Kenapa nak makan kat Garuda restaurant pulak, nasi padang pulak tuh….sebabbbbbbbb aku memanglah dah biasa makan tapi family aku yang lain tuh, tak biasa. makpak n mertua aku tu lah first time datang Indonesia. mestilah kita pelbagaikan menu resepi masakan yang ado.

jadi makan kat Garuda pun senang, resturant dia pun kelas. bersih. sedap pun ye gak.

Sirman ajak makan kat Ayam penyet. aku jegil je mata dengo ayam penyet!

IMG_5752

at first nak makan kat tempat duduk bersila belakang budak2 tu main tapi dah full house. nak makan kat aircond pun tak nak sebab sojuk makpak eden. biliknya ke main kematu sumsum. so kita makan kat open air, bawah kipas. but mata jap2 lari tengok kat budak2 nih yang dok main kat sini. diorg ni dah besau sket, tpi cousin depa si khayr tu yang kita risaukan…dahlah kecik, kang sibuk berlawan ngan Abang, ada yang melalak meraung.

IMG_5757

huk aloh budak kecik nih…dia panggil aku Mummy gak tau, dia punya muluttttttttt!!! asik nak bergaduhhhhhhhhh je ngan aku. and aku pun sukaaaaaaaaaaa je nak menyakat2 dia. best! bestnya sebab bila gaduh ngan dia, dia suka jelingkan mata dia. jelingannya tu tajammmmmm! eii geram aku

IMG_5764

ok tepi tepi cikgu nak kira bape pinggan…

IMG_5765

versi makan nasi padang sume orang tau kan? dia letak lah segala jenis masakan berpinggan2 atas meja makan ko…so satu ko usik, kira ko kena abih tak habis diorg akan kira gak itu lauk sepinggan yang ko dah bedal. so kita pakat2 amik lauk apa yang majority makan sama. tapi sup buntut dia terbaiklah….wpun aku tak merasa sangat tp mak aku cakap kick betul. tu yang kita tambah sup tuh 2 kali!

IMG_5782

mana ke abang ni dah ilang. gambo sirman korang jangan tanya ler, kalo bukan dia yang ngamik sapa lagik jadi photographer kan. abang ni bila nak suh makan je baru dia datang hegeh2…..susah betul. tapi sedap, puas lah makan kat Garuda, versi nasi padang. pastuh hari lain pun menu lain jugak….nanti i show2 kay.

IMG_5792

hah yang tak bestnya van nih. van ni sama tau sebijik ngan kl punya tapi dia punya versi, tempat kaki dia nak panjat van tuh, takde selaras 3 tingkat. so either ko panjat tingkat 1 tapi ciput gila kaki boleh letak, terus ke tingkat 3 coz tingkat 2 nya tak berfungsi. unlike yang kl punya pregio ada proper tangga. so setiap kali semua orang turun naik, ada sorang memang kena tunggu di bawah atau di atas specially for my 3 parents.

eii geram geram.

ngan adik aku yang mengandung pun ye gak.

and aku antara orang terakhir yang akan naik van, di setiap masa. kalo tak aku, sirman. antara 2 lah coz kita jalan pun belakang nak ensure sume orang ada, takde yang hilang mak takde hilang anak.

**waaa aku hilang mak abah aku ok the next day!! later we tell

IMG_5788

hah mak aku beli handbag kat Medan Mall, selamba je pakai jam2 tu jugak tapi tak nak cabut price tag. hahahahaa, mak oh mak…lawok lah mak.

biar kan, jangan cabut, nampak macam bag mak nih ribu2 jer harganya….

yelah dah dalam rupiah..mau tak nya kan.

IMG_5701

New travellers, never ever leave KL to Indonesia or any countries without the currency converter.  Semua family members aku ada siap sorang selai converter nih. senang memasing nak agak2 the price, mahal ke murah, mencekik or can be cekik lagik.

dalam folder tu pun ada itinerary yang asalnya sirman buat,  tapi aku bagi guidelines, pastuh ada waktu solat, ada siap  jugak alamat2 penting di Medan, details hotel. details supir, details kedutaan kang ganyang2 dibuatnya ganyang, haruslah kan kita prepare sesiap jugak. nipis je itinerary tuh, sampai sudah, itinerary tu ada dalam bag duduknya but currency converter tu jugak yang sume orang lunyai2kan.

hah sonok tak follow citer Medan ai? sonok takkkkkkkkkk?

anw i got you, baik je korang baca entry2 aku dari jemaat till Sunday kan, padahal aku dok sakan jer berjimba kat Medan nun hehehehehe. Gocha!

Comment: 26

Mall yang tak happening!

IMG_5650

gegirl ada lah merajuk, jarinya sikit lagi nak terkepit dek pintu van. sebab waktu depa tunggu aku kat kedai langsir tuh, ada lah orang berjualan sambil berjalan tuh datang ke van kami. dok offer beli tshirt. murah lah murah. aku dengau macam selai 40hinggit duit kita, rupanya 12 lai untuk 90inggit kot. hikss…kira murahlah kan.

ater yang membayo belanjawan shopping is me so kenalah aku catuan gak, biar benar makpak aku nak amik sampai 12 lai banyak tuh. yelah nak buat ole2 kan…

tapi kita beli gak lah, wpun masa tu van dah gerak, aku panggil budak tu semula. masa tu lah yang jarinya si kecik terkapit sket jer, bukan jenis kapit abih. kena sikit pun dah jerit melalak2 si kecik. so atuknya dok bacakannya selawat. cembeng la ko gegirl.

IMG_5652

antara lain, orang indonesia adalah sangat kebal. lintas jalan vs macet di jalan raya sama je hebatnya. ngan honk2 sana sini, kalau kat msia, ko honk je siaplah orang sebelah kalo tak kuor middle finger mesti dia cucuk bontot keter ko. tapi budaya kat indonesia memang jenis pakai honk jer. baik hati jer depa bagi laluan kalau dah ke main nak mempadat…

budak sekolah tu selamba je melintas ngan keter menderu2…iskk, berani betul. kebal kan aku cakap.

IMG_5656

ado piket secara kecilan….tiada pulak kita kena ganyang malaysia kat medan nih. kita datang negara dia sebagai tourists lah, menyumbang ekonomi negara depa, so entahlah so far 3 hari kat sini memang kita aman jer. kecuali yang buat aku nyampah is the pompuan agent yang jaga service van sewa kita nih. itu je yang buat aku bengangggggggg! hish tak udah2 bengangkan service van nih.

IMG_5659

so selepas langsai project curtains, kita pi mall. nak mencarik Central Pasar tapi  lahabau punya driver tuh dia turunkan kitorg kat Medan Mall, pastuh tak diajarnya macamana nak ke Central Pasar. eii geram eden. wasted 1 hari je coz jumpa Central Pasar hanya selepas lewat petang.

agak2lah kan ko ingat aku ni dok Medan ke, dia bilang ibu jalan2 di Medan Mall, belakangnya ada tempat jual kain baju ya ibu.

hah sudah, pi tanya orang, orang yang bercakap tu pun entah main tunjuk2 jer! before pegi Medan Mall  supir tu bawak ke mall aku pun dah lupa nama dia, ada ala2 Brastagi kot rasanya. ntah la.

IMG_5664

ni bukan kat Medan Mall. so kita pusing2 je lah dalam mall ape ke nama dia ni yang tak happening langsung….

IMG_5667

pastu nampak ke main kedai jual handbags siap abang offer, pergi lah mummy beli! mummy kan suka handbags

ye mak ko suka, tapi mak ko tak suka pakai handbags tiruan gini.

IMG_5669

tak tau lah bape harganya, kita tak masuk dalam kedai pun. dahlah tu kat sini tak boleh amik gambar sembarangan…tah hape2 tah…

IMG_5688

ha ni baru smpi Medan Mall. satu je benda yang aku beli kat sini, Dunkin Donuts. coz anak2 aku dok sakan lapau lapau lapau, hah aku beli sekali 1 dozen. buy 9 free 3 tu lah. berebut2 budak2 kecik ngan makpak budak atuk nenek makan. aternya last makan masa bila…sume nak menyopping dulu baru sedap kita nak makan.

this shoes house, my abah and adik ipar aku beli kasut sorang sepasang….

mak pak aku sebut je harga…either aku or sirman pi bayaukanlah. coz kita 2 je yang pegang duit. kecuali shopping adik aku laki bini, yang lain sume shopping memang masuk dalam my shopping budget. tu pasal aku tak shopping cam nak rak coz dah disalurkan duit shopping aku kat 3 makpak aku nih.

IMG_5648

eh you amik gambar scene banyak2 nih kan, nak buat apa hek? nak letak blog mana? blog u dahlah kusam

kat RM lah…bila boring2 takde entry ha letak sume gambar yang kat Medan kay…

alahai, korang nak tengok ke gambar2 suasana di Medan yang takde muka aku yang merah nih? nak keee??

IMG_5657

ha banyak gambo2 jenis gini ler. korang nak tengok ke? gambar2 masa kat Europe pun banyak gaya gini pun aku tak letak, serius banyak. aku tak tau korang suka tengok gambar2 gini dalam RM. dia macam gambar pemandangan sepanjang mata kita melihat di  negara2 yang kita lawati. benda2 unik yang korang tak rasa terlintas pun ada kat Malaysia. so kalau suka gambar2 gini i ll post it lah.

gambar yang perampok2 mati dibunuh polis masa kat Indon tu takde lah, tapi kitorg dok khusyuk tengok berita tuh live lagi ko. hangpa bayangkan yek, diorg pi tangkap perampok2 tu siap bawak pemberita + videoman. so boleh nampaklah kejadian tembak menembak antara polis dan perampok. ngan depa jerit suh penjahat2 tu keluar dari sungainya lagi. wuii degil tol…

tembak punya tembak, sampai jatuh bergumal si videoman. hah tu lah kan ko, sakanlah sangat nak amik live news!

well….so kena sambung lagik ni, iskk lotih acik buat entry Medan ni weii…dahlah banyak. panjang pulak tuuuuuuuu!!

Comment: 17

Curtains from Indonesia memang TERBAIK!

IMG_5594

macet di Indonesia memang terkenal…baik di Jakarta, Bandung, mahupun Medan. samo jer macetnya. Our trip 3 hari is very short one, means 2 hari sahaja untuk berjimba. sehari Ahad tu tak leh kira coz by noon dah nak masuk airport balik kl. wpun paginya boleh lagi nak bersoping ligat.

so anw kita lupakan kejap citer van’s service aka driver yang kureng itu…terus ke Pasar Ikan atau dikenali juga Pajak Ikan.

aku kalau tak kerana google, takde nya aku nak pi pasar ikan ni kot…

IMG_5608

Supir bawak kita ke deretan kedai yang jual langsir. huh banyak ko, aku masuk kedai pertama, dan kedai tu jugaklah kita kawtim. takde dah aku nak pi kedai lain. wpun tempat lain ada jual, tapi pi tempat lain pun konsepnya sama gak…antara depa boleh buat or idak.

ini kedai pertama aku masuk memang tokeynya cakap tak boleh buat. ada ke patut dia kata seminggu baru boleh siap. Langsung saja aku sound ‘haritu aku buat di jakarta, 3 jam saja sudah siap dong’

iya ibu tapi di sini aku enggak bisa siapin, kerna yang lagi sebelum raya juga masih ada yang belum bersiap

wah gila lah kan seminggu. ko ingat aku dok Medan.

IMG_5620

melambak gila kain langsir, dari panelnya, rail, kainnya, tombol, apa yang ko nak?? semua adoooooooooooooo!! satu je takdak, kain langsir kaler hitam, bunga merah darah tarak. kain tu dah habis. coz aku dah ada merah merah berderet, so aku nak lah hitam jugak pastu ada bunga merah sket wah gitu. tapi nan adoooooo!

IMG_5613

so aku pun blah, ater takkan nak tempah jugak dah seminggu baru siap. tapi saje je kot depa gertak heheheh nak tengok betul ke kita ni nak menempah. Kat Indon tu apa sahaja yang tak boleh dibuat. segala jenis sumber rezeki depa boleh bikin. so mustahillah tak boleh siapkan langsir aku dalam masa sehari. coz curtains umah aku tu yang korang suka bangat tuh, 3,4 jam jer diorg siapkan dulu waktu di Jakarta…

so designer cakap dia bolehlah siapkan jugak, tapi bukan sehari. Pagi Jumaat aku tempah, by Sabtu sore boleh dihantar ke hotelku. yippiiiiiiii!

so first task:

1. pilih jenis kain dan corak

2. pilih design langsir

3. pilih panel

4. bayor deposit – half of it

5. pi balik ronda2 Medan, esok depa hantar ke hotel… 🙂

IMG_5624

actually waktu ni sume family aku tunggu dalam van coz lama nau kan aku dok pilih kain langsir. tapi pelan2 jap tuh mak aku datang, mak mertua ku pun datang jenguk. hangpa tau…aku dok situ pilih kain langsir, setitik air pun dia tak bagi. tapi bila mak aku datang, dibaginya kerusi, dia bukak sekotak air offer kat mak ajah. waaaaala weiii! power tol lah kuasa mak ajah nih.

tokey tu cakap dia macam tak terlintas gila nak offer air kat aku, tengok aku busy betul dengan mencarik kain langsir kan…

hah belakang mak ajah tu lah 2 contoh kain langsir yang aku pilih. eiiiiiiii dah siap kooooooo lawaaaaaaaanyaa! sumpah cantik, tak caya tanya Fifin. eh ok tak leh nak tanya dia, korang tak kenal dia. ha tanya Rose GBM, she came to my house already and saw the 1 big box of langsir. cantik kan rose????????

IMG_5626

hardest part is to choose the pattern. aku tak boleh pilih pattern design yang sesusah, coz tukang jahit tak bolehlah nak siapkan yang remeh temeh ni in 2 days. kena amik design yang simple, simple2 pun dia punya ring, panel pun dah malatop top top!!! eii suka betul aku. puas hati lah sangat….

harganya yes cheaper than malaysia. langsir untuk sliding door rumah aku tak boleh main beli siap coz aku naikkan kayu panelnya tinggi ke ceiling (tok ID cakap rumah kecik kalau nak nampak besau langsir kena tetinggi sampai ke ceiling panelnya) memang betulpun. aku setuju cakap tok ID itu.

anw aku tak de lah amik langsir sampai untuk satu rumah. unlike ada orang tuh, pindah rumah baru, sampai 10 tingkap langsirnya dia tempah kat Medan nih.  aku tempah 2 sets, dedua warna merah, siap ngan layer nya lagi, ada merah and ada hitam.

tunggu tahun baru lah nanti aku pasang langsir baru yek. for me no new langsir for raya maya, ni sebab dah berlambak langsir baru ada, so kita bantai tukar2 ikut sukati aku nak tukar bila dan pakai apa heheheehhe. rumah sendiri kan, sukatilah kan ko nak pakai bila pun. apehal nak tunggu raya plak.

IMG_5634

ini kedainya yang kita pergi. tapi esoknya kita pi pasar yang lagi famous penuh gak orang jual langsir kat situ, the Central Pasar tapi kat  situ rata2 aku tanya sume boleh siapkan curtains in 1 minggu, not 2 days. hanya di Pasar/Pajak Ikan ni jer boleeh siap in 2 days. very lah rezeki ku.

aku pi sana bawak 3 luggages, 1 je penuh berisi. 2 kosong coz memang nak balik bawak langsir. tapi bila balik, depa dah siapkan pack dalam kotak and wrapkan lagik tuh. oi yai, sampai abang kastam KLIA ikut belakang lah ko. ha tu nanti kita cite kejadian di KLIA 🙂 so bila dah depa sumbat dalam kotak, terus sahaja luggage aku jadi kosong. hahhahaha….dah dimudahkan kerja kan.

Tapi langsir ni tak bolehlah nak kirim suh orang belikan. Aku datang pun dah siap2 bawak ukuran langsir rumah aku, sebab kalau ko tak tau ukuran, menggagau lah ko kang nak agak2 berapa meter pulak. dulu pun masa tempah langsir kat jakarta, aku tak bawak ukuran, coz tak terpikir pun nak beli langsir, but sebab kebetulan adik aku ada kat umah aku, on the phone ler terus suh dia ukurkan!

mak mak aku tak minat heh langsir2 nih, depa shopping lain. laki aku pun tak kisah aku beli langsir ni coz dia memang tau harganya berlipat ganda murah beli di Indo dari di Malaysia. Oh ye aku tempah 2 sets kat sini, satu lagi aku beli dah ready made dari Central Pasar. merah gak tuh . Nak tengok gambar proper langsir tu nantilah, bila dah pasang baru kita al tayang yek 🙂

tapi serious cantikkkkkkkkkkkkkk!! sapa2 pi Indonesia, jangan lupa tempah langsir kay! 5thE tanya kain set pengantin? wuii sabau yek…mengelip2 segala jenis ngelip bling2 punya baju pung ado!

Comment: 31

Terbang KL ke Medan…

IMG_5200

taraaaaaaaaaaa! kat luar tu gelap lagi, 6ish am on the way to KLIA. 1 cab hantar my parents n sis family to klia, 1 sunlight van pulak aku amik for the red family + sirman’s mom. kalau biasa pakai limo pun cukup but kali ni ada mak mertua aku yang mlm sebelum tu dah memang tidur at our house makanya kena amik hok besau sket. hah tu pasalnya mak mertua aku kena tidur umah aku malam tuh coz kita nak bergerak sekapal di pagi harinya….

IMG_5202

terkocoh2 betul pagi tu but ai dont really make up pung. muka ngantuk….nak minum pagi pun tak lalu, togok kopi aik cheong jer….

sampai2 klia tak tunggu, beratur panjang gilerrrr, tak banyak kaunter depa bukak and memang banyaklah pulak flights kat klia pagi tuh. aku checked 3 driver KLIA, yang sunlight ni bukan for klia tapi dia caj paling murah RM100, lain sumer ketuk RM165 – RM180. huh terbaiklah abang van sunlight ni nya harga from VA to KLIA.

IMG_5206

dah separuh beratur baru my family 1 lagi sampai. kita buat group check in. well 10 orang kan. dah pi kaunter E beratur ke main lama baru tau kalau 10 orang kena pi kaunter J pulak. huk aloh. aku letakkan semua family aku setempat, depa makan cekodok + air kopi yang memang pagi tu dah dibuat awal2. nak breakfast kat klia memang takde masa wei…

lepas je uruskan semua check in, kita pi amik pulak wheelchair for my both parents. makpak aku kan sakit kaki, jalan pun pakai tongkat. i have prepared for the wheelchair for both airports, taulah klia tu punya besarrrrrrrrrrrr! nak tunggu depa jalan alahai sian satu dahlah lambat, satu lagi mesti makpak aku bunyik penat nya lah.

IMG_5223

but depa pun tekejut bila aku datang ngan staff airport dengan wheelchairs bawak depa terus hantar ke aircraft. sebab staff airport sendiri yang tolak wheelchair depa, ke main laju koooo and diorg banyak dapat pelepasan shortcut lah. kira jalan diorg yang lalu imegrisen ke polis scanning memang laju sangat2. kitorg yg jalan catwalk di belakang memang ketinggalan jauhhhhhh….

by the time kitorg jalan hegeh2 nak ke gate H, makpak aku dah selamat masuk dalam kapal terobang.

IMG_5230

so kitorg yg 8 orang nih jalan kedek2… (wui bang gambo belt ko ke main bersinar pancaran cahayanya)

flight was at 850am…ngam2 jer boarding around the time yang kita dah set timing. huh letih betul, rasa puas sebab otak aku panjang nak dptkan wheelchairs for my parents. betul ko, they are not that well, tapi tak bermakna they cant go holiday. MIL aku pun seronok gak coz lagilah dia kalau anak menantu tak bawak berjalan, lagilah dia dok rumah ajer.

bila aku ajak pi Medan, memang dia ON jer…

IMG_5246

abang, khayr and Nana duduk sederet…sibuk sangat abang nak dok sebelah tingkap kan!

adik aku ni ngah ngandung tuh, nak masuk 6 bulan…

IMG_5249

gegirl pun nak dok tingkap gak, so she sits with her dad and adik ipar aku, nana’s husband. Yus.

depa 2 nih kena amik job isi borang, untuk 10 orang punya hahahahha. sorang amik 5 passports isikan. ye sila sila. aku memang pantang tak suka betul buat2 keje menulis borang bagai nih…

IMG_5253

my MIL sits next to me…

IMG_5256

mak aku pun dok sebelah aku di tepi, abah aku dok sebelah tepi sana pulak, coz orang yang wheelchair memang tak boleh dibenarkan duduk dalam. kena duduk bahagian aisle coz kalau nak evacuate, senanglah crew nak assist.

IMG_5257

flight was 40min. memang ngantuk tapi tak boleh nak tidur coz flight kejap bonar kan. baca paper je lah and borak2 with my 2 moms.

kenapa MAS not Air Asia, coz emm…

memana pun ok jer, tapi waktu beli tix, MAS nya promo lagi cheaper than the Air Asia.

IMG_5258

sampai Medan, 2 crew of airports Medan dah stand by untuk 2 wheelchairs for my parents too…sib baiklah keputusan aku untuk pergi ke Medan 2 minggu terakhir tu ada tanda2 signal mintak aku pergi. coz patutnya aku batalkan, coz aku tengok abah aku memang tak sihat. tapi dia merajuk pulak kalau tak pergi so aku terus je apply cuti. yelah dia jarang bercuti ke mana2 melainkan depa tetiap tahun pi Mekah.

sebabnya aku last min aritu nak batalkan trip ni bila tengok kesihatan abah aku yang macam tak berapa molek, masa raya hari tu pun dok baring jer. but ni dah sihat sikit and he insists to go gak…ok kita pergiii…

IMG_5259

bagusnya depa memang tak bagi kita tolakkan kerusi roda nih, memang staff je yang buat. ok takper….dah selamat for my parents..baru kita yang lain naik transit bas ke lapangannya…

IMG_5261

yah gini gomannya bas tuh. dah bape trip pun diorg anto, tapi sebab those yang naik wheelchair kena kuor last, so tu yang aku satu family pun kuor lambat….idak le jauh mana pun, kalau korang biasa dengan airport langkawi, ha lagi pendek kecik je but sini service tak suh jalan kaki. naik je lah bas nih…

IMG_5265

2 beradik and cousin depa. oh si khayr ni memang manjang je aku sakat. best betul bergaduh ngan dia!

IMG_5272

ler gambo turun bas pun ada…bolehlah….

eh ai travel pakai slipar jer hehehehe. ok ler kan pakai selipar dari pakai kasut 5 inci, langsung tak sesuai dengan majlis bervacation!

IMG_5274

most of this trip nih, semua aku incharge, aku and sirman laki bini. yang lain tau sume jalan jer. pasal check in hotel, supir, jalan2, trip, tix, isi borang pun sume kami laki bini yang buat. knowing me yang sangat organized hahahaha tak yah citelah itinerary pun memasing dah siap dapat copy. currency converter pun nana ke main suka coz diorg ni memang datang menonong ikut apa yang aku sediakan jer….

kuor je dari airport medan, supir kita dah tunggu.

supir medan ni aku mintak Pak Sulis driver jakarta aku uruskan. agent aku punya supir charge mahal, tapi yang pak sulis ni pun tak murah gak. ni antara contact yang dia sediakan.

tapi aku tak berkenan siot service driver and van yang kita mintak nih. very the bad service, so i wont recommend you. even pak sulis aku tu pun rasa kesal recommend kan service van di Medan nih.

IMG_5591

van yang muat untuk 7 adults + 3 kids. mampatttt! dia pakai KIA Pregio tapi kat Medan dipanggil Kia  T T something apa tah  ….punya hangin aku bila agent tu tak nyempat2 nak duit. blom masuk keter lagi. aku bayar fo 3 days terus which was almost 2 juta rupiah for the car and the driver tapi tak masuk minyak. tapi masuk2 van kotor! aircond kureng. oh yaiiii! pening sakit hati betul. hari tu jugak aku komplen kat agent yang dah sebat duit aku tuh. dahlah tu resit tak dibagi, and duit balance pun dia cakap nak pulangkan pun sampai kita balik pun haghamm! memang tak banyak tapi still!

everything for medan trip nih ok cuma the driver yang agak sangap kadang2 and the service of the van dari agent nih buat aku sentap. Pak Sulis campur tangan, memang dia sound agent nih aku tak tau apa yang dia dah membagi tapi yang pastinya bagiannya tak cukup kick. kita redha je lah.

family aku tak komplen, coz depa tak fussy, tapi aku fussy cos aku dah cakap apa requirement aku and for that aku memang bising bangat. anw bengang gak aku ngan orang2 yg keje kat airport Medan (porter) tu kan depa suka nau paksa2 kita tolakkan n amikkan trolley yang kita bawak. dah 2 org tu tolakkan, yet kita boleh buat, so aku bagi tips 10k rupiah sorang, tapi ngan muka taiknya cakap eh 20ribu! dari orang ikhlas terus jadi macam, sapa suh ko tolakkan aku nya trolley, korang yang sibuk2 sangat kan. tapi aku bagi lah jugak.

so anw, landing jer sampai sana was at 850am gak waktu Medan (950am waktu Malaysia), tapi tak terus check in…kita carik langsir duluuuuuuuuuuuuu…..

**gambar dalam entry nih semua pakai canon kecik except yang last photo guna Canon DSLR Sirman.

Comment: 29

RM was in Medan, Indonesia :)

image

so sapa rasa boleh claim hadiah from RM? sorrylah those yang takde twitter, aku shout sharing soalan contest nih pun via twitter gak. tapi hehehehehhe…banyak gila yang jawab aku pi spore lah, jakarta lah. ada sorang tu siap jawab aku pi London wohaiiiiiiiiii…..pi london 3 hari mana cukup. honestly sampai satu jam aku tanya tu pun takde sapa yang betul menjawab.

hiks….

takper…lain kali kita contest lagi.

IMG_5824

surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! dari Medan..eh Medan hapanya. dah sampai balik kl landed safely dah pun heehehehee…. 🙂

i was on 3 days getaway, lepak Medan lor. panjangggggggggg citernya. tapi hehehehee….kan aku janji last week nak bagi surprises of entries kan, ha gini le gomannya. banyak gambar banyak citer. coz we went to Medan. Why Medan? everybody knows aku gilakan Jakarta. lagi suka dok Jakarta dari Bandung. tapi again why Medan…?

gambar atas nih waktu nak check in, pegang laptop yang aku on kan supaya berry aku bernyawa batterynya, charging from lappy. dah nazak worr..die die kang plak battery tuh. mmglah vacation tapi kojo jalan gak!

cut the story short, aku bawak my parents yang specially my Abah teringin sangat nak pi Medan. alang2 gitu, aku bawak sekali my mom lah kan, takkan abah aku sorang jer. pastuh aku bawak sekali mak mertua aku. and aku angkut sekali my sister + her husband and kid. and of cos lah the Red Family too.

Total up 10 orang dalam trip ke Medan kali nih. It s a very short vacation, as long as my parents happy….ikut aku nak pi Jakarta jer, but bila kenang2 sian Abah aku, dia dah sebut nak sangat pi Medan, apalah sangat ngan cuti and ringgit yang ada, takpe kita bawak ke Medan. Sib baik bukan London ke Paris ke hahahaha….

IMG_5888

Bila aku terbang?

hiksss…

last friday morning, alah waktu aku tweet pagi buta ‘saw zahid and edlin AF’

itu sume di KLIA lor. pagi kol 5 dah bangun koo, blom kol 7 pagi dah sampai KLIA. ….aku tengok je twitter. nak update idak nak update idak. oh aku memang pantanggggggggg betul kalau citer pasal holiday trip aku di RM sebelum aku selamat sampai pulang, coz ada stalker kang yang dok tunggu aku kat teret teret tuttttt! uhuk terbatuk2! lesson learnt 🙂

but actually kan, aku update tau twitter aku atas apa saja kejadian yang berlaku di Medan. macam contoh tweets aku ‘cek bomb?‘ hah tu pasal masuk mall or masuk je hotel, depa check our van kot2 ada bomb. pastuh aku tweet ‘lamanyaaaa kira’ coz depa dok kira makanan yang kitorg makan kat Garuda Restaurant. pastuh kuor lagi tweet ‘malam ni makan nasi goreng’ hah memang pun ngah makan kat Es Teler. sedap giler ko nasi goreng dia.

IMG_6554

so so…nanti aku cite panjanggggggggggg al kebana, kerna itulah korang tak nampak aku kat mana2 event for the last 3 days. terpaksa turned down sume offer, semua event, invite tak dpt nak hadhir. as usual, Nuffnang jer yang tau mana hala tujuku hehehehehe. Trip Medan nih dah confirmed sejak July lagi. sejak aku balik dari Europe sejak tu lah abah aku dah sebut2.

so sebagai seorang anak yang nampak rock ganas kapak dan apa sajalah korang nak kata, when comes to my parents, aku lah anak terbaik depa hahahahaha! terus aku macam tak leh tidur, tak senang hati and terus aja aku book Medan trip, 10 air tix, 5 star hotel in Medan and everything kita cover lah.

tapi trip kali nih hehehe…Nothing for me, takde pun aku soping barang2 aku macam nak rak.

but i got 3 sets of langsir baruuuuuuuu for my house hahahahhaha siap tempah and beli merah merah youuu lagik! Puas hati yey!! baju kain ela for raya pun ai tell u….2,3 kali raya cukup tuh!

Comment: 29