Posts by :

Bersama Mak Merah – Gadis hilang dari rumah!!!

Assalamualaikum…

dear kak red…

saya mewakil keluarga nak mintak sedikit pertolongan dari kak red…

sepupu saya telah hilang dari rumah pada12hb 11 2009 kira2 pukul 12 tengah hari…sewaktu ke sekolah…dan selepas sekolah hingga sekarang masih belum pulang ke rumah…Jadi saya ingin meminta tolong kak red untuk sebar2 kan dalam RM…harap2 dapat lah membantu meringankan beban keluarga anutie saya ini…

ibu bapa mana yang tak risau tentang anak-anak nya…begitu jugak dengan auntie dan auncle saya yang tak makan dan tak tidur lagi sejak dari anaknya hilang…di tambah lagi anak nya perempuan tunggal dari 3 orang adik beradik…

Report polis sudah beres….dan usaha dari pihak keluarga pun sedang di usahakan…harap my cousin tu selamat dan dapat pulang semula ke pangkuan keluarga…sebab keluarga nya amat risau kan diri nya…

di sini saya sertakan maklumat dan gambar nya….:

DSC00206

nama : NUR AIN EZZATI BINTI MOHD ROSDI

umur  : 13 TAHUN ( TINGKATAN SATU )

alamat : F-1-05 PANGSAPURI SRI BEGONIA
JALAN PUTERI 7/15 BANDAR PUTERI
47100 PUCHONG,SELANGOR

sekolah : SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
JALAN WAWASAN 2/23
47100 PUCHONG SELANGOR
03-58917014

tarikh hilang : 12.11.2009 ( 12 TENGAH HARI )

hubungi : 013-3590085 ( SHUHADA-SEPUPU)
shuhadachomby@yahoo.com
shuhadachomby.blogspot.com

kerjasama dr RM sekeluarga kami ucapkan ribuan terima kasih…hanya TUHAN mampu membalas nya…

tq kak red.

Comment: 11

RM’s new template is launched…

I put this as a sticky mode kejap yer

bagi kita dengo feedback from readers dulu, new entries ada kat bawah.  btw for those yang bukak RM via IE, harap bersabar, sirman masih lagi dalam prosess mengrepair, meanwhile pls open via mozilla. Those baca RM via IE shouldnt face any problem ye skang, sumer dah tiptop. kalau korang takleh bukak gak, do dload the latest mozilla/ie bagai lah.


what do u think wt RM’s new template?

red of cos lah mesti main colour, but the main point is, the contents tak lari banyak mana, kita cuba minimise as many as we can.

i will talk bout the sponsor of the template next week after, let s hear from you first kot apa2 korang nak komen. komen kay bukan kondem. kondem tu membunuh namanya. komen boleh kita repair mana yang kurang2 patut ada.

you cant complain on the colour, no cannot, cos that s the power of Redmummy, red is a must hahahahaha!

Sirman dah repaired font for entries, jadi beso to this size, n btw, red template is better to use with white font colour ye, takkan ko nak suh aku tulih ngan ungu ijau hitam plak? cuba ko buat, tengok apa jadi.

daaa

oh yes pls do let us know yeah, so the sponsor and Sirman can work out on that.

thanks korang 🙂

**chop chop! korang suka font size ni ke orang nak smaller lg than this font ek? ni font baru agak besar than usual, so pls let me know.

Comment: 245

The lady in black…

IMG18520

the handbag yang aku sarung tu sangattt merah. harganya pun meriah ah ah ahhhhhhhhhhh! takper, saya tiada kemahuan utk berhandbag baru, so korang jangan risau. kita amik je gambar utk posisi readers yang nak buat revision untuk beli. boleh tak aku tak nak sebut brand? hahahaha

saje nak nyusahkan korang. kasi panas je tengok hbag cantik tp sapa yang terer tu, im sure ramai tau brand apa nih.

oh kawan2 ku sorokkan dari bergambo sama….demi keharmonian sejagat 🙂 :[

IMG18521

ini pun secocok jugak. Leen ko dah ada kan hbag nih? tp yours is not red kan?

ini pun saya suka tapi aku lagi suka yang top photo. saya tidak beli yooooooo. saya jaja gambo utk kamu. kalau saya beli pun saya rasa taun2 depan lah. taun ni umah CV aku lagi harus aku mewahkan dahulu.

IMG18512

jemput makan semua..

dalam tweeter and fb fan page aku cakap aku mentekedarah nasi goreng kampung pedas berasap2 pagi smlm kan, so thari aku makan light, only the fish n chips yang sesuku je sudahnya. tidak berapa enak perut mahu makan banyak2….

not only that, 2 kali lam minggu ni jer aku melayan movie sorang2 sebab payah nau kan nak dpt slot ngan Sirman. GBM dah pi tengok Pisau Cukur awal2 aritu, aku je yang tak dak masa nak bikin kepit sama depa.

Pisau Cukur adalah sangat besttttttttttt!!

satu lagi yang aku tengok adalah The Box. pasal ko camerian diaz aku datang tengok ko, tapi tak yah lah hangpa sibuk tengok cite nih. melampo2 tak masuk dek akal. udahlah cite taun 80an ke 70s gitu, ada spesis makhluk asing pun sama gak. so the very tak seronok.

MJ This is it aku dah terlepas peluang. iskk, padahal ingat minggu ni dapat lah kejar, tak sempat jugak. dah abih tayang lah kat klcc nun.

menonton wayang and theatre adalah salah satu cara aku nak lari dari penat and pening kepala ngan macam2 hal gelodak perasaan yakni seperti, bila terkenang2 ada 2,3 ads on q tak sesiap lagi yet due date dah dekat. hahahaha

so lari kita pi tengok wayang.

Comment: 20

Tunjang Sa’adah!


CASTING

Rozita Che Wan – Sa’adah
Norman Hakim – Tajudin
Nadia Mustafar – Hajar
Shahrul Kamarudin – Haidir
Irma Hasmie – Azlina
Norlia Ghani – Mak Badar
adik Haikal Iskandar – Alif
cameo – Nasir Bilal Khan

SINOPSIS

Kisah ini berkisar di sepanjang kehidupan Sa’adah (33), seorang wanita bujang yang bekerja sebagai orang gaji dimana akhirnya dia dinikahi oleh majikannya sendiri di Kuala Lumpur.

Tajudin (35) ialah majikan Sa’adah juga seorang franchiser restoren makanan segera yang baru sahaja kematian isterinya, Salima (33) kerana sakit barah payudara. Tajudin terpaksa menjaga anak tunggalnya Alif (6) dengan tidak terurus dan mengalami trauma kerana tidak dapat menerima kematian Salima.

Sa’adah yang sudah lama berkhidmat untuk Tajudin, Salima dan Alif terpaksa diberhentikan kerja dan pulang ke kampungnya semula di Perak. Ini adalah kerana Tajudin tidak boleh tinggal serumah dengan wanita bukan muhrimnya walaupun dia sangat memerlukan Sa’adah untuk menjaga Alif.

Sa’adah merasa sedih kerana dia sebenarnya tidak mahu pulang ke kampung semula sebab hubungan dingin dengan kakak iparnya, Hajar (28). Ini semua berpunca dari sikap ‘queen control’ Hajar terhadap abang kandungnya, Haidir (35). Tambahan lagi Hajar sedang cuba sedaya-upaya menyuruh suaminya meminta Sa’adah menukarkan nama di atas geran tanah pusaka yang dimiliki mereka adik-beradik. Hajar mahu pajakkan geran itu kepada pihak bank untuk keperluan nafsu kewangannya. Sebagai jalan keluar, Sa’adah nekad untuk memohon kerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan setuju untuk tukarkan geran itu sepenuhnya kepada nama Haidir.

Ibu kandung Tajudin, Mak Badar (60) risaukan masa depan cucunya setelah ketiadaan Salima dan Sa’adah. Mak Badar sedar bahawa dia tak mampu menjaga Alif kerana masalah kesihatannya yang mengidap penyakit darah tinggi dan semakin uzur.

Pada waktu yang sama, seorang ejen insuran, Azlina (28) yang menguruskan tuntutan insuran nyawa Salima yang bernilai RM500 ribu semakin intim merapati Tajudin. Mak Badar gusar dengan sikap miang Azlina lalu memujuk Tajudin untuk menikahi Sa’adah kerana Alif sangat memerlukan Sa’adah sebagai ibu ganti. Tajudin tiada pilihan lain.

Akhirnya Tajudin terpaksa melamar Sa’adah pada hari pemergiannya ke Pulau Pinang. Namun pernikahan itu tanpa sebarang perasaan cinta hanyalah bulat-bulat kerana kepentingan hak penjagaan Alif sahaja. Sa’adah kembali ke Kuala Lumpur bergelar seorang isteri dan ibu tiri. Perkahwinan ala kontrak Tajudin-Sa’adah itu menimbulkan satu-persatu konflik rumahtangga yang menjadi serius hari demi hari.

Saksikanlah kesudahan kisah Tunjang Sa’adah ini di slot cerekarama TV3 akan datang Sabtu, 14 November 2009, pukul 10 malam!

**************************

dicopypaste khas from Tunjang Sa’adah’s official blog, with legal permission.

my fren, our fren Ajami Hashim’s first baby to appear in Cerekarama tonite. his script yang kuor bukan anaknya yang oi…

the scriptwriter is Ajami Hashim. wah bravo bravo…beranak pinak lagi hasil ko kuor tv yer…bila mau main filem bang? Red ko jangan tak tengok, mesti meleleh2 airmata ko nanti tau! ha ye lah bang oiii!

helping a fren, i m promoting this to RM’s readers, boleh lah korang layan2 sama tengok, i hope i have time to catch up the show tonite. nakkkkkkkkkkk jugak tengok, kena balik cepatlah kekdahnya mlm nanti. So tengok malam nanti di Cerekarama slot TV3, itu Rozita Che Wan berlakon oiiii!

Syabas betti Ajami!

Comment: 15

Light story…

aku nak gak citer nih

wpun takde gambo.

kisahnya kan aku pi kerja driving sorang2, so setiap hari macam2 gaya jenis keter yang mewah yang mahal yang murah yang rugged punya keter lori van aku jumpa. korang pun sama lah kan. yang jenis degil yang jenis eii rasa ko nak cubit2 jer depa pun ada.

tapi satu kisah ni, aku kat lane kiri sekali, kat jln loke yew lah, nak masuk tun razak, hangat woo jalan tu pepagi. wpun dah besau ke 4,5 lanes, tetap lah jugak jem keajaiban itu terjadi.

so kisahnya satu motor ni laki bini lah kan depa dok tak laju tak slow

tetiba ada handbag tercampak dari motor tuh

betul2 depan aku tapi belah kanan lah.

aku dah ingat nak berenti nak amik handbag tu, lam pala aku wah peragut handbag lah ni, main campak2 hbag orang pulak yer. sekali aku tengok motor tu berenti. berenti tetengah jalan ko.

siap buat reverse lagi. manghaik. keter melaju menggila nih

rerupanya hbag bini dia terjatuh koooooooooo! astaga, camne le boleh jatuh, akak tidur atas motor ke kak?

pastu dia tak nak reverse dah bahaya dia suh bini dia turun. hbag tu sket lagi nak masuk bawah van putih, apek van tu sanggup berenti di tengah sesak ramai tuh, bagi bini orang ni amik hbag dia.

nak gelak tol ke or aku nak suspens sian pun ada jugak.

1 Malaysia 1 muhibbah kita bersama di mana-mana.

sebagai tanda terima kasih, lepas bini dia dpt hbag and naik motor, abang tu honk kat apek van tu siap angkat tangan. budi yang sedikit walau tidak mengenali tapi sangat molek dikenang orang. tidak kira apa jenis kenderaan pun yang ko bawa.

ok itu jer light entry pagi ni.

hati2 ye hangpa yang bawak motor tu, pegang kekuat sket handbag tu kalau tak nak letak lam bakul belakang. sib baik sedor hbag jatuh, kalau tak camner tuh…

Comment: 9