Jan 30 2009 Friday, 9:00 pm
No Job?


aku enggak mahu bicara apa-apa….
🙂
Jan 30 2009 Friday, 5:00 pm

jadi makin kembang muka aku

alah tomei2 nya budak kecik nihhhh

abang, ko ada rambut bang ahahhahaha! lainnya muka kooooooo
ini kerojer kami kat Pasaraya Mall, sirman and pak host golak2 je nengok. wig tu ada satu patung tu pakai, tp bebudakni buat main, so kitorg tetiga testlah nengok muka sapa paling sesuai pakai wig tuh. tapi abang malu. dia kan dah big boy. so dia suh amik gambo dia pakai wig tu kat fitting room. cute je ko bang pakai, tp abih snap laju dia bukak, takut nau orang nampak dia pakai gitu
so all, nanti aku sambung lagi entry jakarta lah yer, ada lagi yang unik2, nak abihkan upload lam camera tu yang agak gigih tak gigih. biasanya aku select all copy paste kat live writer, tp pun malas jugak 🙂
Selamat cuti hujung minggu yang panjang utk orang2 wilayah gak.
sejak jakarta aku tak jawab2 lagi komen korang kan, maklumlah…..ribut sana sin lah timing aku sume lari. insyallah lah, ada masa aku mula jawab balik yer. Guest Writers, BMM pun next week aku tempek balik kay.
jangan goyah2.
Jan 30 2009 Friday, 2:00 pm
ini yah Pak Host nya. aka Pak Azuan.
orangnya masih lagi mencari, udah 3 tahun menetap di jakarta, tapi tak lama lagi akan pulang semula ke kuala lumpur. jiran tetanggaku. semua tempat yang kami pergi, semua adalah hasil idea dan pilihan Pak Host. juga dibantu dek Pak Deny. tapi for actual event, memang kulu kilir Pak Host yang bikin, udahlah diikut sekali, ater tak ikut camne kitorg nak tau kedai mana nak tuju kan. dahlah time is a factor jugak.
dibantunya jugak mengangkut barang2 sama…
dibantunya jugak melihatkan anak-anak aku yang lasak
melayan jer dia
kalo aku cuti2 mahu aku tidur jerrr
ni cuti2 Imlek, dia layan rajin bawak kami kulu kilir
dan dia juga selesa dengan Pak Sulis, harganya Pak Sulis pun tidak mahal, so dia pun sudah cinta sama service kijang pak sulis.
rumah pak host bukan sahaja cantik, tp pak host sangat pandai mengemas, masak2 goreng pagi bfast jugak Pak Host yang siap sediakan. kami ditawarkan untuk menginap di rumahnya bila dia dapat tahu kami akan ke jakarta. aku suh ko pi carik hotel, ko bagi aku service apartment ko yang mahal gila. alahaii….wpun kompeni ko yang cover, merasa gak lah kita dok apartment mewah mahal nih. USD1800 per month ye.
tak menggigil ke nak membayo? hiiksss
selain dari itu, Pak Host sangat pandai membeli barang2 yang pompuan suka beli. dialah yang jadi reference aku. sirman biasanya aku tanya dia ok idak, cun tak, sesuai tak…tp dari segi material, Pak Host lebih arif. aku pun bebal tau.
dengan sikap budi baik dia pada kanak-kanak, pun menyebabkan bebudak kamcing dengan dia. dah balik pulang pun bebudak tanya Pak Host, mahu dijumpa lagik satu hari nanti. takpelah bang, gegirl, nanti Pak Host pulang kl kita jamu Pak Host lagik yer.
waktu di mana2 mall pun, wpun aku carik barang pompuan, sirman keje nya ngamik gambo n look after the kids, pak host siap telek belek kasut yang molek, baju yang mana patut aku pergi tuju. red ko nak baju keje? ha belah sana elok, blah sini memahal sangat, kang ko bising. tengok gambo kat monas tuh, ke main gegirl sayangnya kat Pak Host kalau orang lelaki pegang tangan dia je dia dah jerit “dont touch me’ ini sampai beriringan seiring sejalan dengan Uncle Azuan.
malam2 terakhir kami bersama Pak Host. group photo di sofa mahalnya yang berharga 2 ghibu lebih ringgit msia, pun dia nak angkut bawak balik! untuk ibunda tercinta. untung keje jakarta gak, tpt orang kan. ada barang murah kat sana, balik kl pun masih lagi murah wpun masuk kapal. ada banyak barang2 yang dia beli akan dibawak balik.
gambar terakhir pak host @ pak azuan, sewaktu paginya beliau ingin pergi ke kantor sebentar dan kami pula ingin pulang pada hari itu jugak selepas massage. Pak Host adalah sorang tuan rumah yang baik sangat menjaga guests, padanlah hampir setiap minggu, ada ajer guests yang dijemput ke rumahnya. memang dia ni tak kisah ikut jalan ke mana2, janji book dia awal2.
kami jugak adalah guests terakhir yang menginap di rumahnya, selepas ini Pak Host akan berpindah ke Pondok Indah. wah satu taman lah kamu ye ngan Inul Gerudi itu. aku mahu tengok gambar babynya inul ya pak…
entry ni saja saya biarkan lambat kuor coz dia pun tak ada internet connection, he s out of the office selama nih. arini adalah kot dah bolehlah dia mengadap blog hahahhahaha.
itupun sudah kubilang, nanti ramai cewek mahu kenalin ‘oi red, malu aku lah!’
cewek2 di luar sana boleh kenalin, enggak apa2.
ibu2 jugak bisa… 🙂
mementang orangnya ganteng… wuiiii kowang!
Moh gadhogadho?
pengerasnya pada aku ….. teh kocok satu boleh?
ha tak tau lah tu teh kocok hapa…
Jan 30 2009 Friday, 11:00 am
so sepanjang ke airport inilah yang boleh kutunjuk, banjir sana sini, tak naik banyak pun still menyesakkan perjalanan. bersyukurkan kita ni dok kat kl, yang jem camne pun, x delah hazab cam jem kat jakarta. pada firasat pendapat saya lah yang dok sana for 4 days.
Mangga Dua
ops udah sampai airport…
kami pulang kan alah syahdunya nak berpisah dengan Pak Sulis, sirman settledkan bayaran sewa. kalau utk parking minyak dan toll, korang kena lah bagi dia duit tetiap ari. tp duit sewa boleh bayo on your last final day. up to you. nak bagi advance pun boleh. tp bila korang dah sayang seronok ngan dia kan, duit tu nanti korang siap tetambah lagi nak bagi dia. tips ke, sedekah ke apa2 lahyang korang nak panggil.
kalau kamu pakai Pak Sulis, nanti sampaikan salam saya dari Ibu dan Bapak sama anak2 family Merah ya. dah ramai yang dpt no dia kan.
kami checked in dulu, rimas nak tolak trolley beberat. kami kan berempat luggage pun tak de terlebih berat. berkurangan lagi ado lah.
jalan2 pusing lam airport jer…aku masuk gak lah dia nya kedai perfumes, jual in USD, leh gak convert in rupiah, nak bayo in RM pun boleh
tp saya x membeli di sini
di kedai ni ye saya beli, sedikit cenderahati, to be exact RM90! ha kau sbb ni fakta yang perlu dicakap jugak, kenapa aku stresskan, wuii…..kadang2 orang yang membaca dendiam tuh, dia buat kerojer.yang bagi komen aku leh kenal, yang dok senyap x kuor komen tuh, yang aku tak kenal tuh, hah tu jadik hal gak.
we paid in ringgit msia, wpun ada duit rupiah lagik. but sirman nak pakai duit rupiah tu utk bayo makanan, tau bebudak nanti lapar. kat sini pun kami dah sejam lebih jugak.
ha kan sirman bayo jajan bebudak. aku beli itu kacang, tak tau nama kacang apa, sbb kacang tu Pak Host beli buat kami makan, terus aku terpikat.
semangat nak balik KL…
punyalah semangat rerupanya landing kat KLIA je dah ada hehehehehe…dah ada apa? ha!
balik pun dpt tempat yang sama, seats sume depan, this time around gegirl nak dok sblh tingkap. sbb asik bercekau je ngan abangnya, aku kena dok tetengah.
tapi lepas makan, bebudak tidur, penat sangat tuh….kami landing lam 645pm. makan tu dari stgh jam pertama flight took off. so bila landing memang anak2 aku lapar, kerana itulah aku sebak bila aku mintak pengurangan sket lagi utk aku beli burger anak2 depa tak nak kasi. halahai…! tp pastu sirman cucuklah duit, ater duit belen dah lebur diamiknya, kalo dok camne nak bayo duit teksi lakkan…
ini ajer gambo yang ada kat klia, gambo ni mmg bebetul sirman baru lepas angkut luggage susun kat trolley. satu aku tolak, satu sirman tolak. aku bukan semata pandang kamera ye, aku sebenornya ngah bercakap ‘ai think ada orang ngah tunggu kita, ada orang ngah watching us lah sirman’
kan betullllllllllllllll!
hehehehehee
anw all, semuanya dah selamat. yang keruh dah jernih kan.
yang aku pun dah selamat pulang dari jakarta, anak2 pun gembira wpun mereka tidak tahu apa yang terjadi di balik tabir makpaknya. takpelah, pada aku jakarta’s trip adalah sangat menggembirakan. sungguh complete. jumpa kawan2, jumpa pak sulis pak supir yang banyak bantu kami. lelebih lagik Pak Host ku yang akan kuor entrynya sebentar lagik.
yang tak syok bila dah pulang, itu ajer.
kerana itulah entry jakarta’s trip aritu lambat aku siapkan.
Bila lagi aku nak ke jakarta….
ada rezeki, insyallah kami sampai.
takde yang berlebih, dok je kat kl dendiam.
agak2 rindu, kita bicara saja slang indon sama fifin.
jakarta itu indah, seindah pondoknya 🙂
Jan 30 2009 Friday, 8:00 am
ini hari terakhir kat jakarta, selasa pagi. paginya ujan lebattttt…sesana sini ujan. pagi ni gak ari terakhir kami ngan Pak Host. kat jakarta ari selasa tu kena kerja, so kami kuor lambat coz ujan satu terlambat bgnpun satu. Pak Host dah urustkan kami punya massage di sini.
dalam building ni ada segala jenis massage, mustika ratu ado, tapi Pak Host pilih Martha Tilaar. aku tak kisah, memana pun boleh pakai. memandangkan kami ada anak2, so aku x leh lah nak amik spa bagai, tu leh sampai 4 jam. aku amik massage, steam n tangas. yang baju itam tuh, ialah anak Ibu Martha Tilaar, pengasas pada product jamu2 ni lah.
dalam bilik massage ku. gambo ngah massage takde lah, wpun sesipi pun tarak lah, camera kat sirman. sedap betul aku dimassage. in between jap2 anak2 buat spot check, oh ye lupa nak cakap bapaknya pun massage sama lah, cowoknya yang urutkan. bilik kami sblh nyebelah, tp tetengah ada cam resting area, so kat situ lah anak2 dok diam.
orang massage ni cam tetau je ada bebudak nak datang tunggu makpak mengurut, so diorg siap2 ada sediakan colouring set. tp sampai diorg dah abih mengaler pun maknya tak sudah2 lagik.
jap2 kaco aku mintak psp, ipod…
jap2 kaco bapaknya bila nak sudah ni daddy
ha….
tapi nikmat.
memula dia masukkan aku lam steam tuh, tak tau lah apa kita panggil yang kuor kepala je, lelain sume masuk dalam badan gobok tu lah.
pastu dia massage aku
sedappppppppppppppppppppppppppppppp! denyut2 kaki aku
pastu dia mandikan aku lam bath tub, enak sekali. padanlah best je gegirl dimandikan mak nye yer, memang sodap.
pastu dia pakaikan ko selipar, lap badan sendiri lah.
semua ramuan pakai yang jamu2 tu, x de pun bau jamu pahit kelat tuh, bau nya ya enakkkkkkkkkkk ibu.
kemudian aku mintak tambah satu lagi yang nih. ha kau, dah macam buat nasi kangkang lam cite sofea jane tu apa ek….dot dot dot kan. tp ni bukanlah nasi kangkang, kat kl pun ada kot. ni untuk…. emm
boleh ke nak sebut
alah x nak lah, lu sendiri pikir lah
🙂
itu ceweknya, mbak yang massagekan aku, pemalu gila. umurnya 39 taun, anaknya 2, paling sulong 19 tahun. very le aku berborak ngan dia. wpun aku leh tidur tp sbb jap2 anak mengaco mak nye yang ngah massage langsung tak leh tidur kan…
yang gambo potret tu plak ibu Martha Tilaar nya sendiri, hidup lagi ye orangnya.
kris dayanti pun pakai make up martha tilaar. bape ek caj nih, alah ai lupa. ada le package2 nya, pak sulis bilang ada clientnya sampai 4 jam buat. Pak Host uruskan nih tau, kena ada appointment dulu. nanti kalo korang nak buat, aku amik no tepon dr Pak Host. alah korang google je lah martha tillar jakarta, berderet lah kuor.
ni pun siap Pak Host and Pak Sulis berbincang nak pakai yang mustika ratu ke martha tilaar. Pak sulis kata baik pakai MT coz ada penah dia bawak client kat mustika ratu, ada client complaint tak sedap urutannya. lgpun MT nya ramuan molek2 gitu. eh bantailah, the boys lagi terer dari aku.
aku ikut jer.
sirman pun happy…
lepas sejam 45 min gitu baru kami abih ….
suka anak2 dapat dok lam kijang, kalo idak bosan diorg kena tunggu makpak ngurut. ini adalah projec terakhir kami di jakarta. our flight is at 345pm back to kl, so kami ada masa sket lgik kalau nak early lunch ke hapa. n next trip is to Pak Deny’s office.
tu bungkusan itam tu, barang aku. aku ada mintak beli something, kalo through dia murah banyak, kalo aku yang beli kompem kena cekik. ater nak cakap tu dialect payah bonar. lgpun dia ada belikan utk wife dia Ibu Lina asalnya, so aku pun nak lah sama…heheheheheh mekasih ya Pak Deny. Pak Deny anak beranak baca blog ibu Merah.
kemudian Pak Deny bawak kami makan di Ayam Presto…sodapppppppppp? for them sedap, not for me. aku kurang berkenan. Pak Deny, enggak mahu makan di sini lagi yah, aku enggak suka. makan di nasi padang saja, itu lagi enak Pak.
macam le aku nak datang sini lagi kan..
entry ni aku buat selepas keadaaan hangat baru2 ni sudah semakin reda, so boleh kot dah aku pi berjalan? hahahahahah
poket dah rentung kena ketuk
lagi mau berangan jalan2
ghentikan lerrrr
alah Pak Sulis amik gambo tak nampak gegirl. anw, ini lah port terakhir kami, kemudian kami terus bergerak, supir Pak Deny jemput dia balik opis, dan kami dibawak Pak Sulis terus ke airport.
gambo hp tu bukan aku nya lah, aku tak beli gadget, iskk, ni kang ada yang ingat aku sakan soping kan, itu hp Pak Deny, made in China maliii, cantik siotttttttttt! tak pernah aku jumpa kt kl yet. itu hp lam gambo tak gah, korang kena pegang rasa belek bau telek, baru ko feelllllllllllllllll.
pertama kalinya aku dok depan, coz diorg tak nak tidur, aku nak tidur hehehehheehhe…so aku nak tidur ngan aman. lgpun kan wpun kami ada masa balik rumah Pak Host, tp sebab Pak Host kerja, malaslah nak balik semula, tu pasal kitorg dah sesiap bawak balik luggage bagai. kasi senang kerja kami tak yah pusing satu jakarta. udahlah waktu bekerja, macetnya bersepah.
sepanjang laluan ni lah, kami lalu tengok ancol, mangga dua, banjir, sungai x mengalir, yang unik, yang sedih, aduh….
aku leh bangun tidur bangun, and tengok keliling…
sangatlah syahdu tengok segelintir rakyat jakarta yang sangat berusaha mencarik duit poket untuk sesuap mulut…
pasni entry pulang ke klia
eh cop
yang entry pulang tu nak 🙂 ke nak 🙁
hehehehhehehehe
n pastu entry special for Pak Host
seterusnya entry2 unik di Jakarta.
ada lagi ke…ntah ada lagik kot
tengok tahap kerajinan aku nak upload gambo.
buat ni pepelan weii, aku pun nak rehat gak.
RM Recent Comments