Cukur Jambul & Aqiqah…

img06212

petang semalam saya bersendirian bertangga di saloon kegemaran saya…memprojek rambut lagik, ehehheheheheh rambut aku dah nak kena taram….malas nak citer..

kemudian aku teringat…amende yang aku ada ari nih..

aisay, baru teringat last week aku ada dpt invite via email and sms from her

tapi bila aku cakap sirman

boleh dia ‘ya allah, ada kad for you lah, lupa nak bagi’

koooo!! dia pi simpan surat aku, sket nya lama dah sampai kat umah mak aku..

sirman ni kannnnnnnnnn! aku yang manage blog nih ke dia nya keje yang manage seii…aterr menda ni related to blog gak.

img06226

cantikkan kad invite Majlis Cukur Jambul & Aqiqah biru gemalan ni….ada jugak hadith Nabi lam kad nih:

Barang siapa yang dikuniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. (Hadis riwayat Abu Daud)

Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (Hadis riwayat Al-Bukhari)

by the time ai finished my hair do, dah 830 malam, majlis berakhir lewat petang, ko pikir camne aku nak datang, wpun aku dah siap berseluar and extra baju dah bawak sesiap lam keter. ai sent an apology sms, aku akan pastikan adik bongsu aku menjejaki rumahnya pada bulan hadapan nanti.

Mohon maaf sekali lagi Gina, tak dapat hadhir….

img06220

budak ni cukur jambul dan aqiqah buatnya dah lama bonar, aku tumpang masa majlis abang aku kawin, so sekali arung gitu lah kan…masa buat tuh abang baru emm..2 bulan lebih kot…dan saya masin gempal gemilang gedempol hehehehehee

img06216

budak ni plak aqiqahnya dibuat di Mekah, makpak aku uruskan masa depa kat sana…

u all kalo x nak buat aqiqah kat sini, boleh jugak digalakkan buat kat mekah…baru arinih aku cite kan yer, padahal buatnya dah lama. at first tak nak cakap tapi nawaitu kita bukan nak menunjuk tp nak share the info yang korang boleh jugak kirim kat orang2 yang pi umrah tuh buatkan. kalau depa rajin lah. you can ask my parents to do for you gak, cuti sekolah bulan 5 nanti makpak aku nak pi lagi.

anak no 3 takde, ai ada 2 anak jer lor.

img06224

awal2 nya budak2 dah diberitau that we wanna visit baby Aunty Gina, tapi bincang nya bincang kami terpaksa batalkan (riso lah pulak aku nak pi pagar umah orang selepas jam 9 malam, dahlah satu ari suntuk orang tu buat kenduri kendara). To Muhammad Rayyan Irfan dan sepupu berbeza 10 harinya Adam Danial – semoga cepat besar, jangan sokmo bangun malam, tidur straight 8 jam ehheheheh sian mak2 korang nak tidur x lena siangnya nak berkerojer. Semoga majlis selamat ye Gina.

Well anw, saya sudah ada 3,4 tulisan dari Guest Writers untuk aktivititi dan slot tulisan kamu pembaca blog merah. yang lelain kamu masih lagi boleh menghantar, for next week nya entry, ini tajuk-tajuknya yer.

1. Kisah dan pengalaman hitamku…(ku tu koranglah, or kawan2 or sapa2 saja yang korang nak citekan)

2. Bila rakanku menjadi anak durhaka…

3. Kenapa aku membenci kaler merah…

Lagi seminggu 2 aku akan bagi tajuk lain…tapi kalau x nak ikut tajuk yang aku bagik, nak buat entry ikut sukatik korang pun no hal, x yah guna bahasa baku, aku nak baca informal writings baru sedap, ada gambar ke x dak gambar pun sukatik korang…takde masalah panjang pendek entry tuh, agak2 lah so that maksudnya tulisan tu sampai ke benak other readers. got it? Send it to red@redmummy.com

Selamat ‘menggoreng’!

Comment: 13