May 12 2011 Thursday, 6:00 pm
Berlawan dengan jin
salam kak red.. saya nak cerita sikit pengalaman saya tapi bukan pasal hantu tapi jin.
sebenarnya ayah saya terlibat dengan perubatan islam dan memang ada tolong ubatkan orang di rumah. kebanyakan yang datang berubat dengan ayah saya selalunya berkaitan dengan jin. tapi saya jarang tengok ayah ubatkan orang sebab saya tinggal di kolej. tapi, minggu lepas, kebetulan masa saya balik bercuti di rumah, ada sorang lelaki datang nak mintak ayah saya ubatkan. lelaki tu muda lagi, dalam 28 tahun. mak saya cakap, sebelum ni dia dah datang 2 kali, jadi malam yang saya ada tu adalah malam ke3 dia datang. ayah saya buat rawatan di rumah tamu dan saya tengok tv di ruang tengah. antara tu ada langsir, jadi saya tak nampak macam mana keadaan lelaki tu masa ayah saya ubatkan.
tapi, tiba2, saya dengar suara yang masyaallah, tak pernah saya dengar sebelum ni bertempik. memang kuat sangat. saya masa tu memang terkejut. terus tutup tv. adik lelaki saya terpaksa tutup tingkap rumah takut jiran2 dengar. lepas tu, memang saya dengar sebijik2 apa yang jin tu cakap. mula2, ayah saya tanya apa nama dia dan dia islam ke tak. nama dia memang pelik sangat dan sangat panjang. yang saya ingat azazil something. lepas tu dia gelak yang adui..memang rasa nak terkincit bila dengar suara dia gelak. dia jin islam tapi dia kata dia tak beriman. bila ayah saya tanya kenapa dia masuk dalam badan lelaki tu, dia cakap nenek moyang lelaki tu dah buat perjanjian dengan dia untuk jaga keturunan mereka selama 7 keturunan dan dia cakap lelaki tu adalah keturunan terakhir. umur dia dah mencecah 1 juta tahun. tapi, suara dia memang tua sangat dan dia bernafas sangat kuat. sampai sekarang terngiang-ngiang lagi suara dia bernafas dan gelak…ayah saya baca ayat2 al quran, tapi yang pelinya, dia pun ikut baca sekali. jin tu cakap dia dah buat banyak persediaan untuk menghadapi manusia. dia macam ‘kebal’ sikit dengan ayat2 quran yang ayah saya baca untuk halau jin keluar dari badan. masa ayah saya suruh adik saya pasang cd ayat2 ruqyah (ayat2 pembakar jin), dia siap cakap lagi, xpayah la pasang cd semua, sebab dia takkan mengaku kalah dan takkan keluar dari badan lelaki tu.
dia cakap, dia takkan keluar sebab dia perlukan darah sebagai makanan dia daripada lelaki tu. saya kat dapur masa tu, memang dah menggigil, kaki dah sejuk, jantung memang laju sangat. tapi, masa sampai part azan dalam ayat2 ruqyah tu, tiba2 dia menjerit panas2… dan masa tu dia memang marah dengan ayah saya. ayah saya terus baca ayat2 quran, dan bila ayah saya baca surah al furqan ayat ke 23 kalau tak silap saya, dia bertempik panas yang memang dahsyat suara dia. lepas tu lama jugak dia diam mungkin sebab sakit. tapi tiba2 dia cakap dekat ayah saya: bersiap sedialah kau, tepat jam 12 malam ni, kita akan bersemuka di alam nyata!. masa tu, saya memang nak terkencing, tapi tahan sbb takut nak masuk toilet. bila ayah saya datang ke dapur nak ambik limau nipis, ayah saya pesan dekat kami jangan takut dan baca ayat kursi banyak2.
memang lama jugak ayah saya ‘berlawan’ dengan jin tu, dekat 1 jam setengah, tapi dia memang degil sbb tak nak keluar. lepas ayah saya azan banyak kali, jin tu macam dah tak tahan. dia diam lama tapi lepas tu ayah saya tanya lagi samada dia nak keluar ataupun tak. dan dia setuju nak keluar. ayah saya suruh dia bersumpah dengan nama allah dan rasul.memang dia bersumpah, tapi satu kita kena ingat tentang sifat jin, cakap diorang memang susah nak percaya. memang dia keluar tapi saya yakin dia akan masuk balik badan lelaki tu sebab dia adalah saka yang memang perlukan tuan. lepas jin tu keluar badan lelaki memang lembik. ayah saya terpaksa papah dia sebab dia macam nak rebah. abang dia pun datang sekali tapi masa rawatan tu,abang dia tunggu di luar rumah sebab x berani nak tengok. tapi, saya memang kesian sangat dengan dia.
malam tu, memang saya tak boleh tidor sebab teringat apa yang jin tu cakap. saya baring di ruang tamu dengan mak saya tapi x boleh lelap. ayah saya pasang ayat2 ruqyah bila nak dekat pukul 12 malam dan renjis satu rumah dengan air yang dia dah jampi. tapi, saya still tak boleh tidor. walaupun dah balik ke kolej, tapi, saya masih susah nak tidor sebab setiap kali saya baring, mesti terngiang-ngiang suara jin tu. ayah saya pesan suruh baca fatihah, ayat kursi, surah al-jin ayat 1-9, dan 3 qul sebelum tidor sebagai ayat pendinding diri.
saya rasa pengalaman ni lah yang paling seram saya pernah rasa walaupun tak nampak rupa jin tu, tapi suara dia dah boleh buat saya tak tidor malam.
Sender: cipanna
Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
RM Recent Comments