Guest Writer

Rahsia Pokok Buluh

Saya tak tau la cerita ni seram ke tak. Tapi saja nak share. Cerita ni pasal pokok buluh dekat kandang kambing abah saya. Pokok buluh ni besar, lepas tu gemuk dan subur macam tu la. Abah saya punya kandang kambing dalam kebun kelapa sawit. Kebetulan dekat dengan kandang kambing abah saya ada la pondok kecik penempatan Indonesia. Diaorg duduk kat pondok tu sambil tolong tengokkan kambing abah saya dan kerja dekat kebun kelapa sawit.

Pada satu hari tu budak2 indonesia ni datang kat rumah. Diorg cakap nak pindah sebab tak nak duduk kat situ lagi. Abah saya pelik la. Kenapa tiba2 xnak duduk kat pondok tu lagi. Lepas tu baru la diorg bercerita beriya2. Diaorg cakap ada satu malam tu tengah nyenyak tidur, lepas tu dengar bunyi van masuk kawasan kandang. Mula-mula ingat ada orang nak mencuri tapi kemudian dengar orang buka pintu van dan tutup van kuat dan ada riuh riuh macam ramai sangat2. Lepas tu budak Indonesia ni mengintai la dari dinding nak tengok sapa yang datang.Punya la budak Indonesia ni terkejut bila tengok yang datang ramai2 ni datang dengan baju serba putih. Lepas tu diaorang ni usung mayat pergi kat pokok buluh tu.

Lepas tu budak indonesia ni nampak diaorang mengali dekat kawasan pokok buluh ni..kemudian adalah upacara membaca talkin semua. Mengigil2 budak indon ni dalam pondok tu. Keesokkan harinya abah saya pegi la kat pokok buluh tu tengok ada kesan gali ke tidak. Tapi xde langsung. Nmpak macam xde apa-apa yang berlaku.

Lepas 2-3 hari kemudian, pokok buluh tu mula menguning..lepas seminggu dia kering dan mati. Nmpak macam pokok buluh ni mati sebab kena gali dari akar. Kata abah saya mungkin kesan menggali dari majlis pengkebumian malam tu. Sejak dari hari tu pokok buluh tu xde tunas pape lagi padahal pokok buluh ni punya la subur dan besar. Kawasan tu pun lapang je xde tumbuh apa-apa. Saya kalau datang kandang kambing abah saya memang x berani nak dekat2 dengan kawasan tu.nampak macam misteri je. Hihihi.. kata abah saya yang datang malam tu orang bunian. Orang bunian islam.

Wallahuallam.

Sender: Wawa

Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 14

Pengalaman di asrama

hai kak red..

sy nk cerita pngalaman sy sewaktu skolah mnengah di salah sbuah skolah agama di pahang.. rasanya sy x perlu la nk nyatakan nama skolah tu, nnti ade yg cuak plak.. huhu.. cerita ni waktu sy form 1 and baru 2 ari check-in (wahh, mcm hotel plak) kat asrama… mana2 asrama pun msti ade sesi orientasi for the new student kan..

so untuk sesi orientasi, senior2 kat situ suh ktorg yg baru masuk ni ambik setiap tandatangan senior2 yg nama mereka tertera di atas kertas dan kertas tu smua bdk2 baru akan dapat.. nk diringkaskan cerita, bila smua dh setel ada perjumpaan untuk denda budak2 yg x dapat tandatangan akak2.. pastu ada sorg roomate saya kna denda, bile smua dah siap masing2 balik ke bilik.. kat asrama tu ada dua tangga.. satu tangga belakang n satu tangga depan.. tangga belakang mmg xde sape yg lalu malam2.. yg roomate saya ni lalu kat situ.. waktu tu jam around 12am..

nasib baik sy ikut tangga depan.. pastu masa kat dalam bilik, kitorg siap2 nk tido tetiba mmber saya yg ikut tangga blakang td kna histeria.. pastu ada beberapa org senior baca quran kat telinga die, die tutup telinga pastu pukul sape yg baca quran tu.. sy plak of coz la dah duk bawah selimut.. takut woo.. muka mmber tu dah x mcm muka org dah time tu… muka die gile punye seram bile tgk.. saya yg tgk ni pun rasa nk histeria sama.. huhu.. pastu semua org berkumpul kat surau sbb ada budak bilik atas kna histeria gak pada waktu yg sama..

masa dalam surau sy duduk depan skali.. pastu tetiba hati ni terasa terpanggil untuk toleh ke blakang.. sy pun toleh la, terkejut ya amat, sy nmpak dalam ramai2 budak yg tgh berkumpul tu ade sorg yg mmg hodoh n mata merah (lg merah dari hadbag kak red gitu).. rambut serabut.. kat muka die macam darah2.. die pandang straight kat sy dan mata kami saling bertentangan.. huhu.. pastu sy terus x sedar..

bile sedar2 sy ada kat atas katil dalam bilik asrama and ramai giler keliling sy.. tpi dalam ramai2 tu ada lg hantu yg hodoh tu kat hujung kaki sy.. die tersenyum untuk mnunjukkan gigi taring.. waaa, mmg gile seram masa tu.. pastu lelama ilang.. mmber2 sume tgk sy dah sedar n dorg pun masuk bilik masing2… masa nk tido tetiba ada org tarik kaki sy.. sy wat x tau je, pastu rasa cam nama sy dipanggil.. sy bukak mata n tgk kat pintu ada sorg budak kecik lambai2 tangan.. budak tu comel sgt n tetiba ilang, tapi suara yg panggil nama sy tu masih kdengaran lagi.. pastu tetiba die mengilai.. masa tu nk baca surah pun dah terkaku.. baca pun dah tunggang terbalik.. malam tu mmg x leh tido smpai la pagi..

esoknya tu sy call mak n cakap nk balik.. mak sy pun dtg dan jumpe warden.. warden citer la kat mak sy perkara2 yg berlaku.. so mak decide nk suruh sy berulang.. selepas tu mcm2 cerita sy dgar dari kawan2.. ada yg nmpak mcm2 kat asrama tu.. ada yg nmpak penanggal kat tangga belakang tu.. huh, mmg seram..

walaupun tu citer lama, tapi still ingat smpai skrg.. first time kna ganggu… kpd yg nk masuk asrama, hantu2 ni mmg perkara biasa kat asrama.. tu je la yg sy nk cerita..

thanks kak red… :)

Sender: Anis

Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 7

Kisah Kain Putih

Hi sis, ni sy ada nak share pengalaman saya waktu di bangku sekolah

Kisah ni aku lalui sendiri…masa tu baru berusia 17 tahun..sweet 17..sedang bertungkus lumus study untuk SPM.

Aku merupakan pelajar di sebuah sekolah teknik di negeri sembilan, dan memang majoriti yang belajar di situ tinggal di asrama. peristiwa ni berlaku kira-kira jam 1.00 pagi. Time tu semua pelajar form 4 bercuti kerana dewan digunakan untuk peperiksaan SPM. So tinggallah kami pelajar form 5 di asrama. Maka bangunan pelajar form 4 yang mengadap bangunan asrama pelajar form 5 kosong sepanjang tempoh itu.

Seperti biasa, bermula hari pertama SPM kami (aku dan 2 orang kawan lagi) stay up bersama. Kami tak dibenarkan memasang lampu dorm selepas jam 11 malam, so kami gunakan lampu corridor untuk study (ni kes malas nak pergi bilik study). Sama-sama duduk di depan pintu dorm.

Pada malam kejadian, memang aku rasa seram sejuk, suasana pun sunyi sepi. aku pun rasa mengantuk sangat malam tu tapi gagahkan diri untuk study. Jam menunjukkan 11.50 malam, disebabkan mata dah tersangat mengantuk aku pun bancuh nescafe 3 in 1 dan mengajak rakan-rakan yang lain makan beskot cicah untuk menghilangkan mengantuk.

Aku duduk mengadap pintu, dua rakan yang lain membelakangkan pintu. Dorm kami di tingkat 2 bangunan tersebut. Kami minum sambil berbual kosong. sehingga jam menunjukkan pukul 1pagi. Sedang aku leka memerhatikan ke luar/ bangunan asrama form 4 tiba-tiba sehelai kain putih melantun dari arah bawah. Ya melantun, aku pun pelik sambil mukaku terkejut macam nampak hantu (ni kawan-kawan yang ceritakan semula esoknya). Rakan-rakan yang lain terus menoleh walaupun aku belum beritahu apa-apa pun pada mereka sebab aku memang terdiam seribu bahasa, namun rakan-rakan yang lain berseloroh sambil nak menyedapkan hatiku dan hati mereka juga perhaps. Dalam fikiranku, mungkin rakan-rakan yang lain main badminton di bawah dek kerana nak menyedapkan hati sendiri. (sangat tak logik sebenarnya, pukul 1 pagi main badminton) .

Kami teruskan menjamah biskut kering bercicahkan air nescafe sambil masing-masing kelu lidah tak berkata.
Namun usikan tu tidak terhenti di situ. Lagi sekali lantunan itu terjadi selepas kami reda. Dan kalini lebih tinggi dan agak menampakkan 1/3 bahagian kain tersebut, jantung aku terus laju. terus je mulut berkata ‘Korang tutup je lah pintu, jom tido’..rakan aku dua orang tu seperti faham dan terus tutup pintu pergi ke katil masing-masing. Tinggalkan semua cawan di depan pintu.

Aku masih curious, namun kami harus ke toilet sebelum tido…coz dah teguk banyak gila air sebab nak hilangkan rasa takut. Aku tak sure kenapa dalam perjalanan ke toilet, dengan perasaan ingin tahu, aku sempat menjenguk ke bawah dari koridor atas. Takde sesiapa, kebanyakan pelajar dah tidur, takde yang study di bilik study di bawah pun harini. Confuse. kami cepat-cepat ke toilet dan balik ke dorm untuk tidur.

Keesokan harinya, selepas tamat satu exam, rakanku terus bertanya ‘kenapa muka ko pucat gila semalam pastu terus ajak tido, ko nampak ape?’…baru aku tau kenapa diorang ikut je bila aku ajak tido. Diorang perasan muka aku macam tak berdarah dah dan mereka dah agak mesti ternampak sesuatu…haha

Sampai sekarang aku still teringat peristiwa ni, mungkinkah gurauan benda tu atau just khayalan aku..tak mungkin khayalan boleh muncul 2 kali berturut kan..memang sejak form 4 aku pernah tengok gambar yang diambil ada Po*o*g menumpang. Tak sangka usikan tu terjadi padaku sendiri. itulah pertama dan diharap yang terakhir aku nampak. huhu…tak sanggup mak…

p/s : mujur that thing tak sergah, just menampakkan diri je..boleh demam seminggu kau kalau die say ‘Hi’

Sekian…

Sender: Gnie

Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 9

Pengalaman di asrama sekolah pondok belakang kubur!

salam kak red ini cerita saya :)

Tengok kak red buat cerita seram hati terlonjak-lonjak nak juga bercerita pengalaman aku bersekolah di asrama anak yatim dulu – dulu , Perkara nih terjadi sekitar tahun 1995 – 1999 sebab waktu tu aku tinggal di asrama anak yatim itu , kedudukan asrama agak menyeramkan . Kalau nak digambarkan keadaan nya kawasan tersebut korang boleh bayangkan ke ?

Erm tak pe lah aku bagi jugak gambaran kat korang , ok ! kawasan asrama itu berbukit , atas sekali sebuah kubur dalam hutan getah , kemudian tingkat seterusnya asrama budak perempuan , panjang dan 2 tingkat , di aras bukit bawah asrama budak perempuan adalah kantin dan surau , tingkat bawah lagi asrama budak lelaki , dan bawah lagi jalan raya , bawah lagi kawasan rumah orang kampung dalam dusun getah dan dusun durian , tempat tu terletak di kati kuala kangsar , siapa yang berasal dari sana tahu lah , tapi kedudukan sekarang dah pun ada perubahan sedikit , asrama budak perempuan dah ditutup , sebab ? tak tahu…

Semasa aku mula-mula di masukkan ke asrama tu , aku tak tahu dan tak pernah ada pengalaman tentang histeria dan tempat keras , tapi bila di asrama tersebut memang banyak kejadian histeria berlaku , dan banyak jugak tempat larangan dan peraturan – peraturan yang di buat oleh ustaz untuk mengelakkan budak – budak asrama di hantui histeria , antaranya jangan ketawa kuat-kuat , jangan terlalu seronok , jangan tegur kalau terbau atau ternampak sesuatu yang pelik –pelik ..jangan man bawah pokok bunga tanjung yang usianya beratus tahun..

Tapi malangnya kami budak-budak masa tu , apa yang dilarang itu lah yang kami nak buat sangat , seronok beb duduk ramai – ramai gitu , apa lagi everytime main – main. Sekali terkena memang ingatlan sampai bila – bila..OH ! aku tak pernah kena histeria tapi aku selalu ternampak , terbau dan di usik oleh makhluk halus …

Satu hari aku terbau wangi menyusuk- nyusuk hidung , aku kan budak baru so tak tahu , aku pun tegur kuat – kuat , “eh bau apa ni ?? wanginya….” tiba –tiba bau tu bertukar jadi teramat busuk aku tegur lagi “ eh busuk pulak dah , eii tak tahan..” kakak – kakak yang ada terus minta aku diam , aku diam tapi terlambat , terus seorang budak menjerit – jerit , seorang kakak memarahi aku , “kome punye pasei ler ni , lain kali jangan tegur ” depa lorat orang kuale , aku lorat orang taiping , aku tak faham tanya lagi “kenapa tak boleh tegur ??” memang aku tak dapat jawapan , keadaan dah jadi kelam kabut , mereka fokoskan ke budak yang meracau – racau dan menjerit – jerit tadi , beberapa orang memegang budak itu , memang kuat kudrat budak itu , aku turut serta melihat memandangkan itu kali pertama aku mengalami situasi begitu , dua tiga orang lai menjaga pintu , takut budak itu lari keluar kata mereka , dua tiga orang lagi menjerit panggil ustaz dan usatzah suami isteri yang tinggal hanya disebelah asrama tempat tinggal kami , kelihatan ustaz dan usatzah datang , ustaz minta mereka bungkus budak itu dengan selimut ..aurat kata ustaz , ustazah pulak dan standby tunggu arahan dari ustaz untuk tindakan selanjutnya … beberapa orang memengang budak itu , mata budak itu sangatlah menakutkan , merah berair dan terbeliak , suara bukan lagi suara budak tapi garau seolah – olah suara perempuan tua yang berusia lebih 100 tahun…

Aku masih terpinga –pinga , ustaz menjerit “jangan tengok mata dia , jangan pandang tepat ke manat dia ” aku dan kawan- kawan yang lain ikut arahan ada juga yang menyorok akibat terlalu takut , ustaz membaca doa dan mulakan bicara ustaz tanya “siapa kau , kenapa kau kacau anak-anak aku ?” makhluk dalam badan budak itu menjawab “ aku ….. tinggal di atas sana , mereka yang nak ikut aku ” ustaz berdialog dengan makhluk itu , ustaz minta makhluk itu keluar dengan ugutan , ustaz minta ustazah tenyeh dan tekan ibu jari kaki budak itu dengan bawang putih yang telah di tumbuk dan di gaul dengan minya , dalam usatzah tenyeh – tenyeh tu ustaz baca doa lagi , makhluk itu pun bersuara dan ketawa pada mulanya , tapi lama kelamaan makhluk itu mengalah , dia kata nak keluar …dan ustaz pun melepas kan budak itu , dalam semua orang dah nak bersurai , budak tersebut bingkas bangun dan mula nk lari , pintu asrama di terajang berkali –kali , kakak – kakak yang pegang dia tadi kembali menerpa tapi kudratnya memang kuat sampaikan 10 orang pegang pun masih tk dapat lawan , tapi akhirnya dia dilemah kan dengan 2 ayat kursi terakhir ..rupanya makhluk itu tipu untuk keluar tapi tidak… banyak kes begini rupanya ..

Sebenarnya banyak kes histeria yang berlaku memang panjang cerita kang penuh page kak red nih , masih ingat kak ogy yang kuat bersilat , satu hari dia bersilat di bawah pokok bunga tanjung berusia beratus ratus tahun , tiba – tiba dia balik keasrama ada “benda ” yang ikut , kes ni lagi susah nak ubat sebab kak ogy itu sendiri kuat bersilat…malahan semasa proses perubatan ustaz terpaksa bersilat dengan nya dan orang yang pegang kak ogy bukan lagi budak- budak perempuan tapi budak –budak lelaki , semasa bedialog mahluk itu menyatakan bahawasanya kak ogy “ telah melanggar cerek di rumah nya, dan dia jadi marah “ ..Macam biasa proses penyembuhan dan berubat di lakukan dengan pelbagai cara ..

Ada juga yang di rasuk kerana makhluk itu jatuh cinta ,kes nih terjadi waktu aku dah besar dan dah lali dengan histeria , maklomlah aku tak berayah dan keluarga susah waktu tu aku memang tinggal lama di asrama itu , yang terkena adalah ustazah penjaga kami waktu itu , dia di rasuk berkali –kali walau mcm mana ustaz ubatkan benda itu tetap datang seolah –olah dah sebati dalam badan ustazah kami tu , pernah ustaz ikhtiarkan kami baca yassin dan ayat kursi beramai –ramai hembus dalam air , dan beri ustaza minum semasa beliau di rasuk , usatazah yang di rasuk itu minum dan ketawa berdekah –dekah makhluk tersebut mempersendakan air yassin dan kursi kita , bayangkan lah , kadang –kadang apa bila usatzah di rasuk kami baca ayat kursi ramai – ramai tapi makhluk tersebut mengejek , matanya merah dan berair memang seram dan takut , selalunya ustazah nih jika terkena dia akan berbogel ini yang menyusahkan ustaz nk berubat , terpaksa lah kami bereskan ustazah itu , selalunya kak yanti akan lempang ustazah sampai pengsan , kemudian kami akan selimutkan dia dengan toto , tunggu sehingga dia sedar baru ustaz datang ubatkan dia …nak pengsan kan usatzah tu bukan kerja senang …orang yang boleh bergelut dengan orang di rasuk di kategorikan kuat semangat , tak datang bulan , dan kejam !!..

Pernah juga , aku dan adik ku beserta 2 orang lagi penghuni asrama pulang awal dari bercuti , biasanya bila cuti sekolah yg panjang kami debenarkan pulang ke rumah , ada satu hari tu aku tersilap pulang keasrama sehari lebih awal , kami 4 orang je yang ada..bayangkan lah asrama besar yang memuatkan lebih 400 orang pelajar di huni kami ber empat je , takut sangat ..,minta tumpang tidur di rumah ustaz , tapi ustaz tk kasi ..lepas solat berjemaah isya’ dengan ustaz di surau kami masuk ke asrama dan terus tidur , tapi dalam pada waktu tu dengar ustaz marah –marah dan jerit –jerit ..”hang pa pergi masuk cepat , duk lepak tepi tangga buat hapa ?” ustaz syuib berleter marah , dengan lorat kedahnya , kami berempat yang memang ketakutan tidur berasak – asak di satu kali kongsi 4 orang , selimut pun satu kami kongsi , memang takut sangat , kemudian kami terdengar seperti benda mencakar – cakar dinding , sampai kan adik aku terkencing dalam seluar , seperti biasa tak boleh tegur dan takut nak bangun …

Esoknya ustaz tanya aku dan marah –marah “hangpa buat apa atas tangga kul 11 semalam ? aku duk suruh masuk hangpa buat tak tau no , nak kena dah hangpa nih” kami ber empat yang memamg tak besalah , menyakal kata –kata ustaz …”ustaz kami semalam balik solat isya’ dah terus tidur tak bangun – bangun sampai loyah nih kencing tilam ustaz , kami dengar bunyi pelik –pelik , takut ! mana ada kami duk kat tangga sampai kul 11 tu eii tidak lah ustaz” dan ustaz pun senyum je , sejak itu ustaz tk ungkit lagi dah , dan aku sendiri faham ada benda yang m,enyerupai kami di tangga…

Paling tak boleh lupa , kubur berlubang dan mengeluarkan api , di asrama tersebut kami di ajar berdikari nama pun sekolah pondok untuk anak-anak yatim , dulu tak de dapur gas , pakai dapur kayu , sekarang dah ada kot , bila kayu yang di tempah tak sampai dan stok kayu dah habis , kami semua kena berdiri dan beratur dari dusun getah atas bukit melintasi kubur ke kantin , panjang berjela , yang lelaki di tugaskan menetak kayu dan menghulurkan kepada budak –budak perempuan , kami akan menghulurkan kayu tersebut pass ke bawah sampai lah ke kantin , satu hari nak di jadikan cerita dalam kami tengah kelam kabut angkut kayu dari atas , tiba – tiba sebuah kubur benyala api dengan maraknya , tapi tak merebak hanya lubang di tengah –tengah kubur tersebut mengeluarkan api , ustaz membenarkan kami semua melihat sendiri sekejap dan kemudia ustaz meminta kami pulang keasrama , mandi dan bersiap untuk solat hajat bagi penghuni kubur terbakar itu , aku masih tak faham kenapa benda tu terjadi , ustaz pun memesan jangan becerita tak baik mengaibkan orang , dan kubur tersebut kepunyaan orang kampung di situ , jadi kami solat hajat minta pengampunan untuk penghuni kubur tersebut beramai –ramai , sangat takut waktu kejadian tu berlaku ..api pun sangat panas kami tk dapat tengok dekat2 sangat ..banyangkan ler…

Sebenarnya banyak penagalaman aku disana , ini baru kisah seram belum lagi kisah aku di buli , kisah di raba budak lelaki , kisah aku dikeji , kisah budak-budak mencuri , dan kisah susah payah nya hidup tanpa ibu dan ayah di sisi  apa- apa pun wallahualam , tak tahu lah korang percaya ke tidak tapi ini pengalaman aku , banyak sangat sampai tk boleh lupa …asrama tersebut masih wujud Cuma penghuni di kurangkan dan kedudukan asrama tk se seram dulu , dengar cerita kantin pun dah canggih ..

Sender: Puanbee

Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 16

Budak perempuan di tengah jalan!

Assalamualaikum…

Kak red, saya nak bercerita kisah kawan saya pernah alami semasa dalam perjalanan dari Kajang ke Sepang.. Takde la seram sangat pun..

Kisah ni berlaku last year.. Malam tu dia mengikut tunang dia makan Sate Kajang Hj. Samuri dengan kawan kawan.. Dah tengah malam macam tu, adik tunang dia yang ikut sekali nak balik ke Sepang sebab esok paginya ada kelas. Sepatutnya tunang dia la yang hantar.. tapi dah syok sangat bersembang dengan kawan kawan, kawan saya pun suka rela la nak hantar bakal adik ipar ke kolej.

So, dengan berani tanpa fikir apa apa, kawan saya tu decide la nak hantar walaupun tak kenal jalan.. Lagipun garmin kan ada.. takde problem sangat la.. Masa on the way pergi ke sepang tu takde masalah pun.. smooth je perjalanan walaupun jalan yang diorang lalu tu sunyi dan gelap gelita..

Dia pun tak sure dia lalu jalan mana malam tu.. yang pasti gelap dan sunyi je.. memang tak terserempak dengan mana mana kenderaan pun..

Oon the way patah balik ke Kajang tu, kawan saya sorang sorang driving dengan bantuan garmin, tiba tiba ternampak sorang perempuan berambut panjang berbaju putih memimpin seorang budak perempuan berjalan di tengah tengah jalan.. Masa tu siap ada bau wangi lagi..

Time tu jugak garmin pun lost map dan ‘recalculating’ jer. Kawan saya tu cuak tapi teruskan perjalanan tanpa pandang kiri kanan dah.. masa berselisih dengan perempuan tu pun, dia tak pandang dah.. tak sanggup nak tengok rupa perempuan tu.. secara logiknya kat situ memang takde kawasan rumah orang pun. Tengah tengah hutan.. cermin pandang belakang pun dia tak sanggup tengok.

Lepas sekilometer macam tu baru la garmin boleh function balik dan sampai je kat Sate Kajang terus ajak tunang dia balik. Pagi esoknya baru dia menceritakan apa yang berlaku dalam perjalanan semalam. sejak dari tu memang dia dah serik dah nak drive sorang sorang tengah tengah malam.. Masa dia menceritakan kejadian tu, kitorang assume dia menggunakan jalan Kajang Dengkil sebab memang dah ramai kawan kawan yang ulang alik KLIA kena ganggu bila melalui jalan tu..

Sender: Anisah

Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 13