London – Cat

Triplets in the house…

IMG01510-20100801-1854

London

IMG01511-20100801-1854

Amsterdam

IMG01512-20100801-1854

Paris

kot ado yang tanya pahal nama depa ke main international, coz depa diberanakkan waktu aku pi Europe trip dulu yek.

hui dalam waktu yang sama, macam dah dirancang2 jer tetiga tidur mati kat tempat yang berlainan…diorang nih mmg kejap2 kitorg kasi bebas keluar, tak nak lah dok terperap je dalam cage. coz diorg pun nak main2 bergasak bergomol. tapi bila sekor ngantuk, yang lagi 2 pun ngantuk sama. and aku check maknya and mozel pun ngantuk dok tidur sama but tempat asing2 lah.  comel jer diorg nih kan.

kalau duduk kat balkoni rumah tuh aku suka betul tengok diorg main2, sebab waktu2 umur gini memang diorg dok belasah bercekau jer bertiga. comel jer. dok muka masam tengok diorg nya lagak, terus jadi senyum simpul…

orang kata memang bela kucing murah rezeki, tapi aku cakap bela kucing juga ubat jiwa jugak. kalau korang pencinta kucing macam aku gak lah, kalau ko tak suka kucing, ko tengok kucing lagilah berbenak pala ko ngan masalah dibuatnya…

NOTE: THE GUESTS yang datang bukan artist ternama, bukan NA, bukan Siti, bukan VIP, bukan bukan bukan…, tapi  diorang tuh group yang digeruni gaklah ehhehehehehe…..i m posting it soon, ngah tunggu Sirman review first :).

Comment: 15

Sedihnya Mozel disepuk Reddy…

IMG_0245

IMG_0257

IMG_0262

aku sian kat Mozel. sejak Slash berpergian, dia dok terpaku sorang, main pun ngan bola pingpong jer, or main ngan aku and anak2 lah. dia teringin nak berkawan ngan anak-anak Reddy…lagipun Mozel ni pun masih kanak2 riang ria jugak. Tapi si Reddy tu garang nau, tak bagi Mozel dekat langsung dengan anak-anak2nya. kalau anak2 Reddy dok lam cage, menung lah si Mozel ngadap budak2 kecik tuh.

Kalau diorg kuor cage, so galaklah dia ajak budak2 tu main kejar bola pingpong, Reddy pulak takkan lepas mata dia dari pandangan anak-anaknya. masa main2 tu adalah terlanggar sket, teraba sket, terpegang badan anak2 dia sikit, wuiii dia punya mendesir marah. Dah berapa kali Mozel kena lepuk ngan Reddy.

so lama-lama dia pun jadi jauh hati, tiap kali budak2 tu main bertiga, manjang je maknya si Reddy ada, dari jauh dia tengok jelah budak2 tuh. nak main sama tak boleh, mak korang garang nau. tapi dalam garang punya garang pun Mozel try try jugak kot2 boleh dia main kejar2, pun kena papppppp!

mencicit2 si Mozel lari satu rumah. so dia sampai naik phobia.

IMG_0240

dah berapa hari aku tengok dia dok menyorok bawah meja makan coz sedih  ke takut ke nak tunjuk muka, dia dah jadi ngeri ngan Reddy tuh. Kot ye pun ko Reddy janganlah garang bonar, dulu sebelum beranak ok je ko terima Mozel tuh, ni dah habis pantang bukan main lagi ko seligi si Mozel tuh. He s not that bad lar, terimalah Mozel tu macam anak angkat ko ke, adik angkat ko ker…udahlah dia sebatang kara.

Eh sedihlah aku tengok Reddy buat Mozel, dia memang lah mak yang possessive, yelah aku pun Mak, paham sangat but takde sekali pun Mozel nak aniaya anak2 Reddy, sungguh! sumpah! memang dia nak buat kawan jer….adiknya Slash dah takde so ngan anak-anak Reddy lah dia menumpang kasih.

Paling kuat dia berjalan bila Reddy duk dalam cage ngan anak-anaknya, terendap2 dia ngintai…makan tak kenyang budak nih dibuat dek Reddy. aku pernah gak nampak Reddy melepuk Mozel, mencicit budak tu lari menyorok kat dapur. Ko ni Reddy….kasi can le anak2 ko tu main ngan Mozel.

So time aku ada kat rumah memang aku belai2 diorang nih, gamaknya masa aku takde tu Reddy dah sound2 lah dia, amboi ko berlagak yek bila Mummy ada kat rumah, siap ko nanti kalo ko dekat lagi ngan anak-anak aku! Tapi anak2 Reddy pun suka main ngan Mozel, ater maknya asik nak mengawal anak jer gamaknya kot….

Comment: 24

Reddy beranak tiga!

aku dah balik, tapi aku nak letak citer Reddy dulu. been holding her story for almost 2 weeks already!. Reddy dah beranak, beranak 3 jer. tetiga anaknya sekor tu hitam melekat, sekor lagi hitam tp ada tapak putih, sekor lagi hitam kelabu pun ada tapak putih. hitam melekat adalah si sulong…

sejarahnya dia beranak, sehari selepas aku sampai di Amsterdam, waktu tu aku ngah jalan2 pusing shopping tengok2 tempat when i got sms from my sister saying, Reddy is ready to deliver her first child. wahh! i got live update from my sister and family, anak2 aku, and even Fifin pun sama tolong join the club membidan Reddy.

IMG_3414

She gave birth her 1st child selepas Maghrib, setiap sejam kemudian keluar lagi 2 ekor. at 10ish pm, depa cakap tak mungkin ada lagi baby, tapi kesian, ni pengalaman pertama dia, sib baiklah BIL aku memang handal gak bab2 kucing. bayangkan anak2 dok tolong sorak, Reddy, push lagi, harder reddy, harderrr!

hahahahha!

aku menangis nitik air mata bila dengo kisah Reddy beranak, i was so looking forward to assist her delivery, sampai hari terakhir aku kat VA pun aku dok usap2 perut dia, napa le ko tak nak beranak masa mummy ko ada.  but nasib dia baik, aku ada family and anak2 serta helper yang sangat jugak sayangkan kucingg.

Bila aku sampai je rumah pas peluk anak2, aku terpa carik Reddy. omg, she looks so old hahahahah, tetek dah ke main labuh. anak2nya dok menetek. for 1 week, dia tak pandai nak susukan anak dia, so family aku sume tolong dia camne nak netekkan anak2nya…skang dia dah pandai, tapi dah banyak kali dia cuba alihkan anak2 dia. biasalah mak kucing, tpt tu dah selamat lam cage pun dia nak gak alihkan. Selang sejam Reddy kuor cage coz nak bagi dia amik angin, bosanlah dia dok menetek anak2nya jer…

The first time Reddy saw me, after returning from our europe trip, dia punya menyondol2 kat aku. alahai, nak wat gano, i had to fly tinggalkan dia coz dok lama sangat tunggu tak gak beranak2. Right now, babies dia baru bukak mata sket jer…sangat melepek.

When i was in Europe, my kids have decided and agreed to name the 3 little kitties:

1. Amsterdam

2. Paris

3. London

nama2 ni diberi sempena dengan pemergian aku and Sirman ke 3 tempat tuh…aku ok jer lah…senang nak ingat pun yer hahahhaa! There u go Reddy, Amsterdam Paris London, Mozel and Slash! Oh my trip was actually Kul – Amsterdam, then to Paris, then to London, flew back to Amsterdam and kemudian pulang ke KL.

bapa banyak daarrr mau updateeee.

Comment: 22