May 21 2011 Saturday, 1:00 pm
Paris the cat
tangga hikmat di rumah RM! tangga nak panjat amik barang2 kat wardrobe atas or untuk mencuci kipas/lampu. juga menjadi tempat rehat Paris, mak si Kel
May 21 2011 Saturday, 1:00 pm
tangga hikmat di rumah RM! tangga nak panjat amik barang2 kat wardrobe atas or untuk mencuci kipas/lampu. juga menjadi tempat rehat Paris, mak si Kel
Feb 22 2011 Tuesday, 2:00 pm
this was twitted in the morning of Sat 19th Feb
n this was twitted in the evening of Sat 19th Feb
n became the mak bidan on the Sat 19th Feb for Paris!
my poor little Paris. Sumpah aku tak tau dia pregnant! ceritanya aku dah perasan yang breast dia macam kembang semacam. but badan dia mmg tak besau2, kecik cinonit ketot jer, kalo compare dulu dia ngan Ams and Lon memang dia paling kecil. sebab tu lah aku tak give her away, cos comel nau. memang macam budak kecik jer. very the underage. dok mengendeng je ngan aku anak beranak kiri kanan.
Aku dok kira, Mozel kusunatkan bulan Dec lepas this means, sempat jugak si Mozel tu menanam benih kat Paris. masa tu Paris was like 6months ++ ok! macamana tah depa boleh serumpun dok sesama. coz masa si Mozel ngah on heat, aku asingkan depa. aku biarkan Reddy je ngan Mozel, the triplets aku dok lam cage. Kira entah bila masanya depa terlepas sampai Mozel sembat kahwin ngan dia.
Ok itu cite fine lah…
Perut dia kalau preggy pun memang kecik, tak nampak macam pregnant pun. Aku belek diorg ni hari2, yang aku perati sangat breast dia lah memang semacam kembangnya….
so citernya di pagi hari tuh aku ulit dia, usap2, dok atas riba aku…kita main2.
Masa aku ngah minum kat Istana Budaya, anak2 dok tepon suh cepat balik coz katanya Paris nak beranak. oh my!
hangpa tau kaki anaknya kuor dulu, sambil dia dok berlari2 main lagik. ko bayangkanlah. anak pertama dia kuor songsang. so my helper cepat2 carik kotak and masukkan dia dalam kotak. bersedia untuk melahirkan.
Malangnya anak pertamanya mati. masa aku sampai, the first pussy dah kejang. alahai. tak tau lah tak cukup bulan entahlah tapi memang anaknya dah takde nyawa. oh kesian n she s lying around kat dalam kotak, masa ni aku memang suspect mesti ada lagi sekor dalam perutnya. sekor ke 2 ekor tak tau lah, i sense ada 2 ekor je kot in total termasuk yang dah mati, base on her tummy yang kecik tak nampak macam pregnant pun.
so tahlah memang dia nunggu aku gak nak beranak, baca2 sket and aku usap perut dia, dengan sekali push, her 2nd baby pun keluar. oh drama. oh my god! cepat2 dia makan uri perutnya yang melekat ngan anaknya ni jugak. Sirman and kids dok kat dalam depa tak tengok pun, aku ngan helper aku je yang buat keje membidan. Ke aku sorang jer, helper aku jadi tukang tengok gak hahahha….
Ini kali ke 2 aku membidankan kucing. kali pertama dulu2 lom kahwin lah one of kucings aku beranak atas perut aku lagik. baik punya ko Putih. mana le ko yek….tu memang kucing kampung betul. mengelinjang jer.
abih dia beranak, selamat sudah. so memang 2 ekor je lah, and terus dia lena keletihan sungguh. katanya baru beranak 2 ekor kau. Kita beranak pun letih putus urat segalakan. Itu babynya ngah carik punat nak menetek.hahahaha. Kulitnya hitam berkilat, but tak tau lah lagi kulitnya kalerr apa coz masa ni mak nya lom bersihkan dia lagik. maknya terus tidurrr katanya kau.
Day 2 and Day 3, Paris memang berkepit je ngan anaknya yang sekor tu sahaja. depa buat masa ni tidur and dok bersama dalam cage. Kadang2 aku terpaksa keluarkan Paris dari cage coz nak bagi dia stretchkan badan dia, dok berkepit je ngan anaknya, tak sakit ke nipple ko asik menetek je wei. Having 1 child, nampak senanglah coz tak de sapa nak berebut susu tetek maknya.
But for me still, she is so a young mother. at the age of not even 8 months, she s already have 1 baby lor…
The new kitty doesnt has a name yet, ramai yang kat twitters dah recommend nama amboi tak agak2, Chanel lah Prada, Madagascar, Hilton, Seroja, Melur, Ahmad, hahahaha pandailah korang. Ni jantan betina pun tak sure lagi, but menurut firasat abang yang pandai menelek jantina kucing, katanya jantan. ko ye ye je lah bang, ngah baby lagi camne ko leh nampak tah.
there, Paris and her baby, ini latest photo lah, last nite yang dapat aku amik. serius sayang gila gila gilaaaaaaaa punya sama anaknya. hallo manusia wahai ibu, kucing pun sayangkan anak. kucing pun menetekkan anaknya, napalah yang buang2 anak ni tak pikir sakitnya ko ngandung beranak sesenang je ko buang bayi2 tuh. Kalaupun tak nak, letak kat masjid ke kat umah orang ke molek2 lah, janganlah ko dustbinkan bayi2 nih.
Paris ni sejam waktu malam aku kuorkan, macam aku cakap aku bagi badan dia stretch kan, so dia akan rehat, tapi kan entahlah, sejak dia beranak, maknya si Reddy angin sum sum betul ngan dia. Eh ko dah jadi nenek tau Reddy, napa le ko nak marahkan si Paris tuh. Mendengus2 sampai nak mencakar si Paris ni. ooo kesiannya dia. sian sangat tau. Mozel pulak selenga as usual, janji malam dapat kepit tidur ngan abang or mak merah, dah cukup bahagia padanya. Depa tak nampak lagi kitten si Paris nih.Matanya si baby Paris ni pun tak bukak lagi kaw, tapi tang mencarik susu tetek maknya, perfecto!
That s the story of our little Paris yang pregnant tanpa disangka, yang kubidankan dan tadaaa….Paris is a mom, Mozel is the father, Reddy is the nenek. Very the keluarga 69!
Apa nama mau bagik for the little kitty? Any recommendations?
Aug 5 2010 Thursday, 12:00 am
London
Amsterdam
Paris
kot ado yang tanya pahal nama depa ke main international, coz depa diberanakkan waktu aku pi Europe trip dulu yek.
hui dalam waktu yang sama, macam dah dirancang2 jer tetiga tidur mati kat tempat yang berlainan…diorang nih mmg kejap2 kitorg kasi bebas keluar, tak nak lah dok terperap je dalam cage. coz diorg pun nak main2 bergasak bergomol. tapi bila sekor ngantuk, yang lagi 2 pun ngantuk sama. and aku check maknya and mozel pun ngantuk dok tidur sama but tempat asing2 lah. comel jer diorg nih kan.
kalau duduk kat balkoni rumah tuh aku suka betul tengok diorg main2, sebab waktu2 umur gini memang diorg dok belasah bercekau jer bertiga. comel jer. dok muka masam tengok diorg nya lagak, terus jadi senyum simpul…
orang kata memang bela kucing murah rezeki, tapi aku cakap bela kucing juga ubat jiwa jugak. kalau korang pencinta kucing macam aku gak lah, kalau ko tak suka kucing, ko tengok kucing lagilah berbenak pala ko ngan masalah dibuatnya…
NOTE: THE GUESTS yang datang bukan artist ternama, bukan NA, bukan Siti, bukan VIP, bukan bukan bukan…, tapi diorang tuh group yang digeruni gaklah ehhehehehehe…..i m posting it soon, ngah tunggu Sirman review first :).
Jul 28 2010 Wednesday, 12:00 pm
aku sian kat Mozel. sejak Slash berpergian, dia dok terpaku sorang, main pun ngan bola pingpong jer, or main ngan aku and anak2 lah. dia teringin nak berkawan ngan anak-anak Reddy…lagipun Mozel ni pun masih kanak2 riang ria jugak. Tapi si Reddy tu garang nau, tak bagi Mozel dekat langsung dengan anak-anak2nya. kalau anak2 Reddy dok lam cage, menung lah si Mozel ngadap budak2 kecik tuh.
Kalau diorg kuor cage, so galaklah dia ajak budak2 tu main kejar bola pingpong, Reddy pulak takkan lepas mata dia dari pandangan anak-anaknya. masa main2 tu adalah terlanggar sket, teraba sket, terpegang badan anak2 dia sikit, wuiii dia punya mendesir marah. Dah berapa kali Mozel kena lepuk ngan Reddy.
so lama-lama dia pun jadi jauh hati, tiap kali budak2 tu main bertiga, manjang je maknya si Reddy ada, dari jauh dia tengok jelah budak2 tuh. nak main sama tak boleh, mak korang garang nau. tapi dalam garang punya garang pun Mozel try try jugak kot2 boleh dia main kejar2, pun kena papppppp!
mencicit2 si Mozel lari satu rumah. so dia sampai naik phobia.
dah berapa hari aku tengok dia dok menyorok bawah meja makan coz sedih ke takut ke nak tunjuk muka, dia dah jadi ngeri ngan Reddy tuh. Kot ye pun ko Reddy janganlah garang bonar, dulu sebelum beranak ok je ko terima Mozel tuh, ni dah habis pantang bukan main lagi ko seligi si Mozel tuh. He s not that bad lar, terimalah Mozel tu macam anak angkat ko ke, adik angkat ko ker…udahlah dia sebatang kara.
Eh sedihlah aku tengok Reddy buat Mozel, dia memang lah mak yang possessive, yelah aku pun Mak, paham sangat but takde sekali pun Mozel nak aniaya anak2 Reddy, sungguh! sumpah! memang dia nak buat kawan jer….adiknya Slash dah takde so ngan anak-anak Reddy lah dia menumpang kasih.
Paling kuat dia berjalan bila Reddy duk dalam cage ngan anak-anaknya, terendap2 dia ngintai…makan tak kenyang budak nih dibuat dek Reddy. aku pernah gak nampak Reddy melepuk Mozel, mencicit budak tu lari menyorok kat dapur. Ko ni Reddy….kasi can le anak2 ko tu main ngan Mozel.
So time aku ada kat rumah memang aku belai2 diorang nih, gamaknya masa aku takde tu Reddy dah sound2 lah dia, amboi ko berlagak yek bila Mummy ada kat rumah, siap ko nanti kalo ko dekat lagi ngan anak-anak aku! Tapi anak2 Reddy pun suka main ngan Mozel, ater maknya asik nak mengawal anak jer gamaknya kot….
Jun 20 2010 Sunday, 6:00 pm
aku dah balik, tapi aku nak letak citer Reddy dulu. been holding her story for almost 2 weeks already!. Reddy dah beranak, beranak 3 jer. tetiga anaknya sekor tu hitam melekat, sekor lagi hitam tp ada tapak putih, sekor lagi hitam kelabu pun ada tapak putih. hitam melekat adalah si sulong…
sejarahnya dia beranak, sehari selepas aku sampai di Amsterdam, waktu tu aku ngah jalan2 pusing shopping tengok2 tempat when i got sms from my sister saying, Reddy is ready to deliver her first child. wahh! i got live update from my sister and family, anak2 aku, and even Fifin pun sama tolong join the club membidan Reddy.
She gave birth her 1st child selepas Maghrib, setiap sejam kemudian keluar lagi 2 ekor. at 10ish pm, depa cakap tak mungkin ada lagi baby, tapi kesian, ni pengalaman pertama dia, sib baiklah BIL aku memang handal gak bab2 kucing. bayangkan anak2 dok tolong sorak, Reddy, push lagi, harder reddy, harderrr!
hahahahha!
aku menangis nitik air mata bila dengo kisah Reddy beranak, i was so looking forward to assist her delivery, sampai hari terakhir aku kat VA pun aku dok usap2 perut dia, napa le ko tak nak beranak masa mummy ko ada. but nasib dia baik, aku ada family and anak2 serta helper yang sangat jugak sayangkan kucingg.
Bila aku sampai je rumah pas peluk anak2, aku terpa carik Reddy. omg, she looks so old hahahahah, tetek dah ke main labuh. anak2nya dok menetek. for 1 week, dia tak pandai nak susukan anak dia, so family aku sume tolong dia camne nak netekkan anak2nya…skang dia dah pandai, tapi dah banyak kali dia cuba alihkan anak2 dia. biasalah mak kucing, tpt tu dah selamat lam cage pun dia nak gak alihkan. Selang sejam Reddy kuor cage coz nak bagi dia amik angin, bosanlah dia dok menetek anak2nya jer…
The first time Reddy saw me, after returning from our europe trip, dia punya menyondol2 kat aku. alahai, nak wat gano, i had to fly tinggalkan dia coz dok lama sangat tunggu tak gak beranak2. Right now, babies dia baru bukak mata sket jer…sangat melepek.
When i was in Europe, my kids have decided and agreed to name the 3 little kitties:
1. Amsterdam
2. Paris
3. London
nama2 ni diberi sempena dengan pemergian aku and Sirman ke 3 tempat tuh…aku ok jer lah…senang nak ingat pun yer hahahhaa! There u go Reddy, Amsterdam Paris London, Mozel and Slash! Oh my trip was actually Kul – Amsterdam, then to Paris, then to London, flew back to Amsterdam and kemudian pulang ke KL.
bapa banyak daarrr mau updateeee.
RM Recent Comments