Prince Court Medical Center

The after dengue attack…

 

IMG_6547

pose bosan tunggu laki buat registration for our follow up check up. Dedulu, takde le macam ni, terus pi clinic, register done deal. Tapi ni ko kena pi register kat bawah tu dulu, uruskan GL of cos le sebelum datang tu kan (tu mmg kitorg dah sesiapkan) then only baru kita boleh naik clinic bagai. Haigh, banyak hal ler hopsital mahal nih, kalau tak kerana aku punya record denggi kat sini, memang aku pemalas sangat nak pergi. Dan memang pun kami laki bini belum sihat sangat since discharged, jadi kena ler menebeng lagik.

aku actually masa ni dah back to work, bawah ni gambar beria make up (tapi sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu), so satu hari je aku kerja, coz the next day nya dah ada check up (pastu doctor suh sambung balik MC coz aku dah memang flat balik, but I still pergi kerja jugak ler light2, aku tak leh dok umah lelama ler, dah bape minggu pun aku warded and mc bagai kan).

 IMG_6538

tapi walaupun begitu aku masih lagi nampak macam tak sakit je kan gambar ni (cilok from my instagram). of cos ler gambar tak leh nak justify pun macam sakit ke tak, sakitnya ko tak tau. Aku masih lagi amalkan the minum air kelapa, makan buah tembikai, pink guava air tu, aku bedal. Air suam memang always ada dalam my handbag, dalam kereta too. So skang musim tak bawak handbag kekecik ler kan, dah tentu aku nak letak air botol minum aku kulu kilir.

IMG_6467

antara side effect selepas kena denggi, pelupa. Itu memang dah jadi resmi sangat, mangsa2 denggi sangat akur dengan masalah nih. So itu dah ternyata terbukti on my first day at work, adakalanya rutin yang over 10years, boleh aku lupa totally. Ada someone yang aku kenal baik, aku lupa nama penuhnya, aku ingat ujung2 jer. Ada yang selepas over 10 days aku baru teringat yang dia ada datang melawat aku kat hospital. For Zeeshan, aku keep track dari cikgunya, memang dia pun terima nasib yang sama. Alphabets tu, dia lupa kengkadang, kalau sebelum denggi hafalan sangat. So semua tu mengambil masa.

Dan satu hari, aku rasa macam penatnya dengan denggi ni, hari yang selepas laki aku baru discharged, coz aku kena pusing sana sini 2 hari berturut2 untuk uruskan amik antau anak2. Kalau biasa RD yang buat, tapi ni, keje umah aku kena settledkan, tapi kerja luar pun kena run around.

So sementara tunggu anak2 kat tuition tu aku lari pi kedai sofa yang biasa aku beli. Aku selamba kodok je tempah satu lagi sofa untuk tukar sofa (yang also baru beli masa pindah aritu) untuk menyenangkan mak ajah. Tapi sebenarnya boleh delayed pun beli but ada kejadian yang RD lepas discharged, Zeeshan nak menyelit ngan dia kat sofa tu, so bapaknya kan moody (denggi issue again), merengus2 marah anak. Kecik sangat ke sofa ni. So tu yang 2 sebab utama aku pi tempah baru, customize terus, lebar besar panjang 8 kaki aku suh kedai tu buat. A week later dah sampai pun sofa baru nih, takde dah nak bergaduh. Mak aku pun happy coz sofa tu kira ‘katil’ rehat dia gak lah, coz situ le port dia melepak lepas masak and berwassap layan youtube quran dia, sambil mata kat tv, dan situ ler dia tidur sepanjang menjaga kami anak beranak. Dia tak nak tidur kat katil atas ke hapa, memang jangan harap le dia nak naik, sofa2 lain pun dia tak  nak, dia nak yg depan tv tu jer, senang sebelah je ngan sejadah telekung and bathroom pun dekat, some more sambil masak leh ngadap tv, hah, begitu aku pentingkan mak aku punya selera.

Bear in mind, the design of the kitchen and tv tu pun was designed coz of mak ajah aku punya kesenangan. Jadi sofa baru kali ni aku amik base dia hitam tapi body dia merah, of cos lerr!!

 

IMG_5287 (1)

so this was our first blood test after a week discharged. Sekali aku sepakej sama ngan laki aku kena buat blood test

Zeeshan tak perlu follow up tapi aku kena pantau le gak kesihatan and his movements, ada kalanya dia mengigau memalam

IMG_6556

habis buat blood test, sebelum tu kan registered dulu kat bawah nun, kita kena datang balik after 1 1/2 jam or 2 hours, so taknak lah aku bersidai buang masa kat spital tuh, balik rumah kembali. Aku dapat buat keje umah lagi molek, sidai baju bagai. Dan tolong2 mak aku masak ler, dapat gak sempat amik Zeeshan awal from his school and cukup jam kita patah balik semula to hospital.

IMG_6578

ingat tak kat entry2 aku on denggi, aku pun malas nak check back at which entry, ada aku bilang on kerusi depa yang tak boleh langsung patient nak lie down tuh (if rerapat kan kerusi boleh gak kita baring dalam keadaan yang tak mampu untuk duduk, habis tu dah sakit teruk sangat), so ini  ler pesen kerusi nih, ada menatang yang ternaik sikit tu. Napa ler kome design kosi camni kat hospital, kan molek takde lekuk2 tu, senang patient nak membaring rebahkan badan (kalau dah tak ramai orang ler, memang kat ER tu tak penuh pun orangnya so kalau critical tu boleh le gak baring)

IMG_6584

dah kembali semula untuk blood test result (hari yang sama tapi aku tukar baju, from white top to red top, spagetti strap tetap kaler sama, even laki aku pun baju yang sama). Hasil untuk blood test tu sangatlah tak cantik. We both got another few days of MC lagi, laki aku punya MC lagi lama than aku ler, aku walaupun MC, aku pi gak kerja coz aku rasa aku dah fit dah kuat, sebab physically is good but mentally and emotionally memang down la.

Jadi result darah tu, tak cantik langsung. We have issues on our liver specially paling teruk RD. Contoh kata (malas le aku nak scan result tu kat sini), if liver manusia yang cantik ialah dalam skala 10, patut 10 la is perfecto, but coz of dengue attack, liver aku jadi 7 (bad bad bad), but RD’s lagi teruk, he was dalam skala 3. Tu pasal dia weak sesangat. Our platelets memang dah naik, so not to worry bout it, but RD’s HCT teruk, tu yang dia macam missing something.

He asyik tidur baring tidur baring and kalau aku suh keluar sikit2 pi amik anak sekolah, dia macam pikir 10 kali nak buat sesatu kerja tu. Ini pun pi hospital, aku yang drive coz he takde mood, tak boleh nak digest lagik. That s ok, apa guna jadi bini kan? Aku nak kena ada sentiasa ngan dia, if hehari yang aku saje nak dia amik udara luar, ajak makan luar pun dia refused.

IMG_6607

tu pasal antara errands yang aku buat gak ialah bawak Zeeshan pi potong rambut. Kesian si anak, sesama denggi. Badan dia gegatal after denggi nih, doctor cakap memang amik masa coz setiap manusia yang kena denggi tu lain penghasilannya, macam aku lepas discharged tu takde langsung rasa gatal2 (but masa warded yes ada), badan aku pun takde keluar rashes, but both RD and Zeeshan ada.

IMG_6619

dan ini pulak antara hari yang aku sangat weak selepas bekerja. Aku betul2 knocked out sangat hari yang dalam gambar nih. Tapi atas perjanjian ibu anak kena gak aku lawan sakit2 lemah ni, aku bawak both abang kakak pas maghrib arituh pi pasar malam. Asalnya untuk beli baju sekolah (additional) untuk depa, tapi singgah le jap pasar malam depan tuh.

Semua beli lelaju, aku dah pancit sangat2, that nite tu aku nak kena cepat sangat panjat katil memang dah terjelepok sakit pala sengal semua completelah. Sebabkan denggi aku punya badan dah tak berapa fit so nak basuh kain baju depa setiap Wed and ironing the next day tu dah tak larat. Tu yang aku tekad pi beli lagi baju sekolah depa. Sebelum denggi tu memang setiap hari Tues or Wed aku basuh and ironkan so depa leh recycle pakai balik the next day nya. Jadi dah mak kau pancit, aku tambah beli sepasang lagi, itupun takde nak pilih2 bagai, semua dah siap sizesnya dalam wassap, aku pergi terus mintak size jer. Tak yah nak try2.

Cuma ada satu kain sekolah agama, takde size, so amik yg one size bigger, tak yah try aku main letak2 je kat badan kakak, ok dik bungkus kira pls. Budak bungkus kain tu gelak, senangnya mak korang beli baju skolah, akak penat ye kak, macam sakit je akak.

malas aku nak jawab, aku jwb simple je, nak cepat dik. sorry le dik, akak not in the mood to have a chat musim2 ngah not well nih.

IMG_6655

sofa baru untuk mak ajah berehat santai baring, pastuh siap ngan new cable handphone untuk mak gak. Selama ni aku letak charger kat kitchen cabinet, pastuh bila dia baring kat sofa, sambil charging dia kena bangun amik hp bagai, tak sesuai ngan kesihatan mak aku. Jadi yg kat kitchen tu aku biarkan, aku tambah lagi untuk kat sini pulak. Hah kau, terus bahagia dia tak yah nak bembangun. Sebelahnya tu charge ipong aku, itu wajib ada di merata rumah ai. Korang kalau datang, jangan riuh nak charging, tak yah bergaduh, ada4 docking kat bawah ni jer.

Pastuh kat sofa depan pun ada satu lagi cable gak untuk mak mertua aku (kan we took her from her house last weekend, so seminggu ni memang dok rumah aku ler), pun memudahkan senang mak mertua aku gak.

 

 

IMG_6686

ini pulak post untuk the 2nd blood test, a week after our 1st visit

Kali ni, RD dah ada tenaga untuk drive, so aku dok sebelah main kekaler muka 🙂

sebab dah tau kelembapan Prince Court, RD pegi uruskan registration, aku pi kedai beli roti anak2 and jugak kopi untuk laki aku hah…by the time habis register, keje aku pun selesai. terus naik 2nd floor, lajunya amik blood test.

Siap je dedua punya blood test, kena datang balik lagi 2 jam, so kami pulang semula ke rumah, again aku pi nyambung sidai baju, lipat kain baju yg malam sblm tu dah basuh dah siap kering lagik, dan tolong2 mak ajah aku masak. At the same time, mak mertua aku sedang berurut by the tukang urut yang kami dah tempah khas.

Bukan aku yang tempah, aku mintak mak ajah carikkan. Mak aku tu, semua contacts ada, kalau aku ada bag doraemon, mak ajah aku tu pulak, bag nenek doraemon! Lagi power dari aku ler of cos. kehkeh…tq mak ajah yang tolong uruskan pencarian tukang urut untuk mak mertuaku.

Of cos rumah aku meriah le ngan ada 2 neneks for anak2, adik RD pun ada sorang sama at our house.

IMG_6722

so lepas 2 jam tu kami kembali…dapat result. boleh horey2 suka alhamdulillah. Our blood test dah tunjuk banyak positive, masih ada lagi bold bold yang tak cantik but bearable. Kira tak perlu risau sangat, itu tunggu time jer nanti turun/naik sendiri. Syukur.

Dan of cos yang pala weng weng yoyo macam zombi, pelupa dan cepat penat, sakit badan sakit pala akan berpanjangan at least for 1 – 3 months.

So sebab tu lah kami mampu untuk jaga mak mertua sekarang, same time too kami jaga mak abah aku gak ler. Sebab dah kuat, tu yang dah berani bawak mak mertua balik sini untuk aku and RD pulak take charge jaga mak mertua (termasuk le mak ajah aku, abah aku pun bantu sama merawat mak mertua kami physically and emotionally, insyallah).

IMG_6815

tapi apapun mak abah aku pun bukanlah kuat sangat, they are at early 70s and depa berdua tu kuatkan demi anak2 jugak. Lelebih Red Family yang back to back sakit. Ini antara hari yang masa aku ngah tak sihat seberanak tu, abah aku pi buat his ECG check up.  Jadi bukan sahaja mak mertua aku tak sihat, mak abah aku pun sangat tak sihat. a few months ago, abah aku baru warded dek sesak nafas jantungnya. Please pray for my 3 mak abah and mertua.

IMG_6683

For this guy, he punya berat turun mendadak, ko boleh tengok kekurusan laki aku. Mine too, dropped 2 kgs (ingatkan 5kgs ke sedap sket hahaha), selera makan aku kurang dah skang. Selera makan RD dah back to asal, tapi sebab dia jenis kurus, lagi le dah turun berat makin payah le nak naik.

As and when nanti aku akan update lagi cite denggi (perlu aku tulis kat sini coz i have memory issue skang nih), at least bleh buat rujukan gak, not just to me to my family but also to you out there.  Ada member aku, dia tak paham ngan denggi ni, bininya kena denggi pastu mandom tak focus and melembik, dia boleh maki hamun orang tuh. Kesian btol. Coz dia tak penah kena and dia tak put his position to his wife, jadilah gitu. Bole jadi gaduh wor…

For this, aku nak terima kasih untuk kenkawan adik beradik mak abah saudara mara rakan taulan officemates (both of our sides) for visiting us, and menyampaikan salam doa get well soon to us. Yang dari Beijing ke Kuantan (herbs from my Kuantan reader), well wishes flower baskets and fruits, via fb instagram komen sini, whatsapp dan yang sudi menjejakkan kaki ke wad2 kami anak beranak di Prince Court, terima kasih teman/saudara, moga Allah sahaja yang membalas budi kalian.

Semoga ini kali pertama dan terakhir untuk kami mendapat denggi (ini paling teruk untuk our family, selain sebelum ni Abang pernah kena H1N1 jugak, and Zeeshan kena urine infection –  itu pun dah dugaan besar kami). Apapun semoga sakit2 kami ni telah menghapuskan sedikit2 dosa2 kami. One thing for sure, we feel so grateful and thankful to each other. As for me, tidurku masih lagi dengan ubat tidur cos if not aku tak boleh tido malam at all, heharap leh juggle benda ni soonest.

Comment: 6

Dengue attack to our Red Family … Part 3

Continuation dari dengue part 1 and part 2

Part 1 was about me kena denggi dan part 2 was about Zeeshan. Part 3 dalam entry ni pulak about RD’s dengue and little bit of Abang’s dengue. Orang dengar terus kitorg dpt title keluarga denggi. Yelah jarang satu family kena.

Sehari selepas Zeeshan discharged (4 hari selepas aku discharged too), dia dah bahagia dapat main hp neneknya. Aku pun macam dah segar sikit gak ler, kadang2 dalam sehari, 2-3jam akan rasa down. the rest of hours macam ok. Ada hari lainnya 5 jam ko akan down, so lain waktu ok. Tengoklah, ni semua penangan denggi ler. Specially on otak kepala kita nih, we cant even force ourselves nak recall balik benda2 sebelum nih. Kalau dulu sekejapan boleh ingat apa incident last month ke, skang ni payah ye, macam half of your brain tu dead, tetiba semua benda macam nak rena refresh balik. Pick up slow. So jangan judge tengok orang senyum gelak bagai, dalaman orang tu ko tak nampak. Jangan nak main cakap macam tak sakit bagai ler, ko dedoa ler yang ko tak kena denggi ni yek, ha…Allah tu sedang melihat mendengar.

 IMG_6333

untuk record aku akan datang, dan untuk korang jugak. Air pink guava ni bagus sangat. Untuk denggi. Ada brand lain gak, Peel fresh, marigold ke ke hapa, amiklah, minum. Selain dari tu, tembikai merah, makan macam tu jer. makan macam makan nasi. Also the kiwi blizz, air kelapa gak. Ada orang kata air tebu too. But dalam bebanyakkkkkkkkkkkkkkkk ler kan. Almost semua jenis air aku dapat or makanan, minyak kelapa dara tu pun aku dapat gak (tapi membelahak le muntah pastuh), laki aku dapat yang hok pills/ capsules, so a bit better to eat. Pada aku, badan aku lebih sesuai dengan watermelons and air pink guava ni (any brands). Brand yang aku pegang ni susah nak dapat kat area rumah aku. But boleh ganti dengan brand lain asalkan pink guava.

Buah tembikai, pagi Friday tu mak ajah datang bawak sebijik, terus aku potong kekecik siap untuk bawak ke hospital. Pagi tu gak aku nak gi jenguk laki aku, coz semalamnya lepas Zeeshan discharged kan ada fogging kat rumah so aku dok mengemas satu rumah bagai, dah pancit kudrat hah.

IMG_6337

just nice datang untuk his lunch. So aku sediakan cecampur dengan lauk pauk yang mak dah siap masak. makan sesama…borak tak leh heavy2, tak leh update 10 sekali citer kat dia, coz kang dia tak leh digest and tak leh nak ingat balik. Take one little step.

Let s go back to his first day of admission. Feel like nak bagi penumbuk jer kat Prince Court ni, dahlah aku takde nak helped out laki aku punya admission. So he was brought by his BFF to PCMC (aku dah planned remotely dari katil hospital aku untuk sapa buat apa bagai). So bila sampai sana, as expectedlah kan. Then kawan dia balik. so RD menunggu di ER.

Boleh tak nurse cakap gini – encik, blood kita dah amik, encik pi minum makan jalan2 dulu, pls come back after 2 hours ye.

Eh saya tak laratlah, saya demam sangat ni, mana mampu nak jenjalan. saya nak lie down kat sini.

Ok kalau encik nak lie down sini, kita charge RM30 per hour ye.

Ya Allah. Nasib baik le ko cakap kat laki aku yang sedang solo dan sakit ya hamat. Kalau aku ada di tempat kejadian memang aku bagi pelempang merah!! My GL covers everything and you dont say about RM30 per hour to my husband!! Mamat tu sakit, katil pun ko boleh buat meniaga!

Dah kemudian after few hours, bilik dah ready, so kesian kena jalan sendiri ke bilik yek. No wheelchair. His temperature was 38++ and he is confirmed dengue. Laki aku yang lemah ni malas giler nak bertekak or voice up dari kes RM30 per hour sampai kena jalan naik ke ward bilik. Told you, I wasnt there, if not aku memang dah memang fight gila untuk laki aku punya condition.

Aku tau  ni pun after few days bila dia ada tenaga nak bercerita semula kat aku incident masa dia di ER. Kesian sang suami, napa le hospital mahal ni buat gitu. Itupun coz aku after few days dia warded baru bukak sofa bed dia, they refused to give me the blanket, cadar bantal for sofa bed.

hah ko jangan, aku ni over 10 hari tau tidur hospital nih, darah denggi aku pun tak habis menyerap lagi nih, ko nak play around kedekut berkira ngan aku pulak. Lepas dah aku being sarcastic sikit baru le staff nurse tu bagik.

For me, staff nurse at Wad 5B (out of 10 skala aku bagi 2 bintang jer), coz 2 bintang tu pun ada 2 staff nurse yang waktu duty depa sangat very the perfect, to me and hubby la. Lelain memang nak kena disindir,disound dan ditegur.

IMG_6343

oh untuk hari kelima RD di hospital, RD dah tukar bilik, since sehari sebelumnya. For 4 days dia duduk kat corner lot, memang ler besau bilik tu but aircond bilik tu standardize, tak boleh nak adjust. Kegilaan ler orang denggi ko nak bagi bilik sesejuk. Pastu bilik tu takde matahari, mengadap entrance Prince Court macam tu, tu yang gelap je bila masuk bilik dia. Lepas 4 setengah hari baru le dapat tukar bilik sini, jadi ler walaupun view KLCC je pun (aku dapat view Jalan Tun Razak, lagi best leh gak tengok kira keter hehehee), so at least ada matahari yang pentingnya.

IMG_6379

aku lepas teman dia dalam dekat 4 jam lah gak aritu, coz anak bujang aku kan pagi tu ada tepon yang dia demam. Jadi aku kena balik pulak untuk jenguk kabau dia. Zeeshan tu rupanya sebelum aku pergi, aku ada bagi dia ipad (kat spital aku lupa),so sepanjang 4 jam aku kat hospital, dia dok mengadap ipadnya. Wui….ko tak tau aku sampai je rumah terus aku amik ipad dia tuh. Sakan ko yek dik…ko tu baru baik, sampai 4 jam ko main ipad kau.

IMG_6380

BFF datang melawat kali kedua

gambar ni macam aku dah ceria sikit, dah ada make up kan, yelah masa ni dah boleh teratur sikit kot, dah ada little time sikit nak berhias (sambil driving je pun aku make up nih gak).

Masa ni jugak doctor aku, dan jugak doctor RD (kami dapat doctor yang sama), datang check up laki aku, ngan aku2 sekali dia jalankan check up gak.  Masa ni jugak dia suh tukar aku punya blood test check up to do on the same day together with laki aku nanti. Dia pun paham takkan asing2 nak datangkan, yet kami laki bini. Baguslah ada doctor yang memahami macam nih. if not aku kena pi sendiri, pastu sok lusa plak aku kena pi sendiri, pastu kang  laki aku mana larat nak drive dengan baru nak recovering, so kira memudahkanlah kerja kami untuk check up serentak terus.

Doctor dah bagi arahan kat staff nurse tu untuk buat the changes of mine sama ngan husband, but pemalasnya dia tak buat ok. Masa laki aku discharged tu dia cakap kena pi sendiri buat kat ward 5C, ward asal aku ler, pastuh sana cakap since 5B yang dapat arahan doctor patutnya 5B yang buat bukan 5C. ding dong betullah. Last2 laki aku turun pi clinic doctor sendiri at level 2, buat appointment untuk aku, kekejian betul pemalas staff nurse 5B tu. Nurse kat clinic pun geleng pala jer bila tengok patient yang belum discharge ni lagi yang turun sendiri settelkan appointment. Eii!! super duper geram btol aku ngan nurse kat 5B tu lah.

IMG_5279 (1)

sebelum aku balik, aku kena beli roti anak2 dulu, kat spital ada kedai roti yang tetiga jenis roti untuk 3 anak aku ada, so daripada aku kang kena menyinggah, baikler aku pi beli kat bawah, jimat masa. Amik wheelchair tolak laki aku sama, bagi dia amik udara bawah sikit, tengok manusia luar sikit.

oh masa aku sakit warded pun dia ada tolak aku ngan wheelchair, but aku masa tu ngah lemahhhhhhhhhh sangat, rasanya baru 5,6 hari warded, so masih lemah lagik. Jadi ada orang yang kenal aku pun, aku hanya angkat muka sahaja. At least ni laki aku boleh lagi nak pegang camera hp kan…hehehee….lepas dah beli roti, hantar dia balik ke bilik and aku pun balik ler.  Jacket askar RD ni aku belikan untuk abang masa pi Sabah dulu, bila dah demam hah mencarik jacket (1,2 lai tak cukup, kena ada stock banyak bwk ke spital), so dia ler menyarung (ini kes aku hanya ada 4 jam untuk bungkus barang kain baju waktu aku tinggalkan Zeeshan kat RD di spital).

IMG_6405

jadi abang demam kan, so petang tu balik dari spital aku terus monitor his temperature. Aku buat macamana doctor and nurse jaga aku. Started ngan panadol, aku timing 6 jam. Pastuh aku suh dia start minum the drinks untuk pemulihan denggi. Tembikai is a must too, dragon fruits (all stocks ni memang ada kat rumah aku coz kita masih lagi dalam perang denggi 2,3 minggu tu). Tu pasal muka dia melemah sangat nih, kakak yang beratur kat kaunter KFC tu.

Abang dah tak larat nak tolong beraturkan, memang betul lemah badan dia. Aku suh pakai jacket degil tak nak, katanya cukup ngan long sleevsnya tuh hah pastu sampai hospital, mengerekot sejuk ko kan.

RD ada selera nak makan kfc, teringin, pas Isya baru kita dapat keluar rumah coz macam2 hal ler…diorang pun balik sekolah jam berapa kan. Beratur lagi tunggu KFC nih, sampai spital dah 930 kot.

IMG_6412

jadi kita picnic makan kfc satu Red Family di hospital. Abang tu senyum tapi sebenarnya untuk 5 saat jer, lepas tu dia punya temperature naik! Terus sarung jacket bapaknya. Aku tak bawak le temperature thermometer aku tu kulu kilir, tapi aku rasa2 panas dia dalam 38 dah, bila kebetulan staff nurse datang buat bp test, and check temp demam laki aku, aku mintak budi bicara staff nurse if she boleh cekkan for abang. Mana le tau kot le check temp pun nak berkira kan, nak suh aku pi ER gak, melampo!!

So dia check, it was 38.8. Omanghaik. Just nice masa tu gak, kawan baik RD and anak2nya pun datang gak (tiada gambar, sibuk meriah borak), depa ada bawak kiwi fruits. so aku suap sekali bapak ngan abang gak. Zeeshan memang takkan makan ler kiwi tu, dia payah nak makan bebenda yang dia tak pernah nak merasa.

Dalam jam 1145malam, RD dah halau kitorg semua balik, dia dah tak larat, lemah and nak tidur. Being dengue victim ni memang moody manjang. Masa aku kat ward aritu pun, lambat blanketkan badan aku, aku dah merengus. Selimut kena 2 lapis yek (eh pasnih bawak toto blanket sendiri le dari rumah, lagi tebal). Dan RD punya moody sangatlah ketara, sehingga lebih seminggu dia discharged pun dia masih lagi merengus, cepat marah cepat naik angin. Sian anak2…bapaknya tengah berlawan sakit.

Dan apabila ada orang yang menuduh fitnah bininya, lagi ler dia berasap. halahai….takde simpati langsung kamu nih.

So back to abang, balik midnite tu dari spital, ngan aku bawak anak2 tu…aku singgah few seven eleven gak, nak tambah lagi air2 untuk pemulihan denggi nih. But banyak takde stock. Takperlah nanti sok aku sambung cari lagi at least untuk 3,4 kali minum cukup lagi untuk abang.

IMG_6420

jadi malam tu aku berjaga ler, tidur2 ayam. Coz aku kena check his temperature all the time. Nak kena tuam2 dia jugak, walaupun besar galah, umur 15 taun tapi dia anak aku. Lain le korang biarkan je anak korang demam, tapi not me ler. So aku memang alarm, cukup 6 jam kena bangun untuk bagi dia makan panadol. Dah macam style staff nurse buat kat aku hehehe…Malam tu mak aku ngan bebasnya tak tidur dah kat rumah aku, aku bagi dia off ahhahaa…sian mak ajah sejak aku huruhara denggi ni, mak memang 24jam kat rumah aku (usually few hours je dia dok rumah aku setiap hari). Tapi esoknya she came back, of cos!

So abang the next morning, masih lagi macam suam2 badan dia…so aku buat breakfast on the bed. Setupperware tembikai merah, hot milo, ayamas chicken (his fav sangat nih) and pink guava juice. Dan panadol coz also dah cukup 6 jam gak. Dia nampak macam ok dah kebah2 sikit lepas few hours later. Tapi aku skippedkan dia from attending any tuitions. Except badminton, petangnya he said he dah sejuk badan dah tak panas and insist nak pergi badminton. Elok gak lah boleh lagi keluar peluh but i told him if you rasa tak sedap lagi badan, better call mami terus, means your fever tu degil, denggi ko lagi kuat.

Sedang aku berlawan dengan menjaga abang (nasib baik mak ajah datang lagi, of cos le dengor cucu sorang lagi suspected denggi), RD bagitau dia dah mintak discharged aritu gak. His plateletes was low, 70 jer but dia dah nak balik gak. Hish…tak sanggup dah dia dok 6 hari kat spital tuh.

So dalam nak zuhur ke sebelum gitu ler, aku sesiap nak pi jemput laki aku dari spital. Dia ler yang uruskan diri dia sendiri punya discharge, beratur bagai, amik ubat pun beratur lagi. Macam aku cakap untuk kali ke 18nya, ko spital mahal pun tak boleh ke ko antau bill tu kat bilik pesakit and also ubat tu, why ler ko siksa kami2 ni turun bawah untuk 2 kali beratur?? why?? Tapi baru aku turun tangga, rupanya abah and abang ipar aku ada datang, dema nak tolong pi jemput laki aku.

Alhamdulillah. ada gak orang nak tolong ringankan sikit berat bahu aku ni. So laki aku punya discharge, dijemput by my brother in law and abah aku. Terus dia balik rumah. but terus melentok, baring tidur baring tidur. Abang ipar aku and abah aku gak pi hantar kakak to tuition.

Aku tinggalkan dia ngan Zeeshan, coz aku nak buat errands. Dah berminggu rasanya barang rumah banyak dah abis, so nak kena top up. jadi aku pergi 3 tempat hari tu, about 3 setengah jam gak aku keluar. Memula pi HERO carik barang (asalnya nak carik air for denggi ni tapi tak jumpa so beli le benda lain), pastuh pi amik kakak kat tuition hantar both abang kakak to badminton session. Pastu aku pi Tesco, carik lagi barang berejam. Pastu abis 3 jam lebih, aku pi jemput abang kakak pulak, baru sket lagi nak sampai rumah, helper yang aku suh datang for ironing, suh jemput. Patah semula ke somewherre and jemput helper tu. baru le balik rumah.

Aku suh  helper tu buat ironing jer, ada masa lebih sikit baru tolong lap2 apa yang patut. Ironing yang paling penting coz aku tak leh nak concentrate sampai 3,4 jam untuk iron, baik aku mengadap anak2 and laki yang ngah sakit tu.

Back to abang, he s ok malam tu finally alhamdulillah. Dah kebah, temperature pun drop. Menjadik gak aku punya ‘peranti denggi’. Well yelah dah sampai 3 orang kena, of cos aku dah tau sikit2 pasal denggi, little bit of expert kot pasal nih, apa elok nak minum makan segala kan, so tu yang Abang dapat aku selamatkan. If not, dia pun kena warded, some more dia ngeri tengok parents and adiknya warded, lagi ler dia tak sanggup nak duduk hospital.

IMG_6425

cuma untuk bapaknya masih lagi lemah, sesangat. Lembik betullah aku tengok laki aku. banyak baring je sangat. Pepagi Ahad tu pas Subuh, dalam 7 lebih aku dengar bunyik fogging. Ini kali kedua datang untuk that week sahaja, so apa lagik, aku terus jadik charlie chaplin, suruh semua orang keluar rumah. Laki aku agak memamai coz dia kan sakit lagi, aku pujuk dia kuor, biar fogging team masuk, i dont mind to do the mopping pun, asal kita semua sihat walafiat kembali. In case le ada lagi nyamuk aedes dalam rumah tu kan.

Zeeshan yang tengah tidur pun abang dokong bawak lari keluar.

IMG_6430

dan untuk makluman, sejak yang aku report kat Kementerian ‘with high tone note’ memang kerap sangat fogging. Almost everyday dema datang after 6am tu buat fogging. Petang pun ada jugak depa datang, aku suspect ada unit lain pun kena gak sama coz makin kerap sangat depa datang. Rumah aku dah memang of cos le jadi WTK ni kan (wabak denggi tak terkawal).

IMG_6436

jadi habis pagi tu seisi rumah depa buat keje fogging, memang penat ler aku anak beranak mengemop. RD banyak rehat but bila dia tengok aku and anak2 buat keje rumah, dia tolong le light2, he cannot do much coz his condition was still bad sangat masa ni.

IMG_6440

Member aku cakap sofa2 baru ko habis le bau fogging nih, aku cakap lantakkanlah, tu sume tak penting. Bau2 tu boleh hilang, yang penting is our health.

By the way, when he was discharged, staff nurse 5B buat salah lagi for Summary of Discharge. Depa letak salah date, ini pun aku kena called and followed up and ‘bantai’. How am I supposed to process my insurance if the date is wrong. Aku ada 3 beranak punya insurance nak kena submit nih.

Thanks Naf and Nizam – my Prudential agent insurance, they came to visit us and to process our insurance claim too. Laki aku tak larat ler dia nak sound2 staff nurse tu, dia suh aku ‘settlekan’ jer. Dia kan lemah sakit lagik. haih….udahlah dischargenyapun dia uruskan sendiri kan, turun bawah beratur for discharge and amik ubat pun beratur lagik.

So among 3 wards yang kami duduk, mine was 5C, husband was 5B and Zeeshan was 6C.

The perfecto goes to 5C, staff nurse dalam tu memang terbaik ler. Yang  6C for Zeeshan lagi better dari staff nurse yang laki aku 5B.  I remember a few staff nurse yang teman aku pi toilet dalam keadaan aku yang sangat lemah dan drowsy, ada yang pujuk2 aku ada yang menjaga dengan penuh kasih sayang. Apapun, mana2 ward pun, dah rezeki kita le kan, thanks of cos merawat kami anak beranak.

IMG_6442

Oh ada si QuPuteh sama bawah kereta lari hehehehe…Aminah pun sama lari gak. Rumah sebelah aku, pun sama kena denggi gak, few days sebelum RD discharged, means dia mangsa ke lima (selepas abang yang berjaya aku perantikan). Neighbour aku tu lagi kesian, baru 2 bulan lepas dia denggi, ini kena balik. Yang kesiannya, isi rumah dia yang lain tak kena langsung, dia sorang je pulak kena kali ni. About 5, 6 days jugaklah dia warded.

IMG_6448

phew asap ni punya power sembur….takper takper, takat mop lantai je pun. aku rela

IMG_6458

5 beranak, 3 + 1 denggi survivors, alhamdulillah kakak terselamat. Aku suspect masa nyamuk tu menyerang kitorang kan, aku and the rest memang kena awal ler (paling awal untuk denggi terjadi 4 hari sebelumnya) so aku agak ler maybe coz Kakak sekolah in full or mbe masa dia ngah camping 3 hari tu. Allah melindungi ko Kakak.

IMG_6464

bila dah masuk rumah kembali, all kids pakai mask, payah nak berudara, habis bukak kipas nak bagi fogging air tu habis. Even Zeeshan pun helped out mengemop

IMG_6657

For RD, for 1 week after he was discharged, he became like this. Flat and lemah and sangat tak mampu untuk menguruskan hal rumahtangga. Kadang2 ubat pun dia malas nak makan so aku kena ensure ubat tu masuk tekak dia, dok depan dia untuk dia telan. Aku kena paksa dia minum all the ‘drinks / fruits for denggi’.

Today (as this entry is up), he finally back to work. We had 2 times of blood test sessions arituh. The first one, memang his result was damn bad, liver part. As we know the denggi ni dia akan kacau ‘almost semua badan and organ ko’, kalau kat pala otak tu lagi ler kesian tak nampak so pick up sangat slow. He s like that. Aku sangat terasa dengan lemahnya otak aku bila aku kembali bekerja (I started work first than him), will talk about ‘after denggi’s entry’ pulak nenanti yek.

Kengkadang aku paksa gak suh dia cuba keluaar rumah, drive around, pi hantar amik anak sekolah bebenda kecik supaya dia dapat energy. Coz aku pun masa lepas discharged, aku lawan semua lemah lembik nih coz at that point of time laki aku warded, anak pun warded jadi aku kena sangat supermak. But dia, ada aku yang leh buat all rounders, so tu yang aku nak dia beat up the process, kalau aku ada kat rumah, memang gemalai sangatlah dia.

There you go, the complete story of our keluarga denggi. I dah bolehlah tolong sesikit if need any help or consultants on denggi ni, alhamdulillah banyak aku gained ilmu untuk membanteras denggi specially on the petua. Some petua/ air/ foods sesuai untuk orang ni but mungkin tak sesuai untuk orang tu pulak, jadi you have to try almost semua lerr to fit your body. Insyallah.

Comment: 9

Dengue attack to the Red Family – Part 2

Continuation from the Part 1.

Macam berterabur betul aku nak cite, RD dulu ke Zeeshan dulu ker. Yang affected after me was actually RD (coz he was warded first followed by Zeeshan) but yang fever first was actually Zeeshan, baru RD. But Zeeshan’s fever was up and down, jap kebah jap demam. On my 4th day warded kalau tak silap, at home Zeeshan mula fever. Masa tu apaknya ok lagi ler. Lepas tu baik, pastu demam, ada pi ER kat Prince Court too, but depa refused to take blood test (tho mak dia ada nun kat atas hah warded).

So kita buat entry ni on Zeeshanlah dulu yek since aku discharged (after 7 days warded), aku tak bertemu langsung ngan laki aku for the end of 2 days tu coz dia pun demam kan. RD oi mana ko nak dapat mak pak mertua yang nak jaga ko sakit demam bagai, urut kaki ko tuam pala ko, ha…mak pak ai ler yang jaga awak tu.

By the way, my mom in law tak sihat, tu pasal tak dapat nak melawat kami or even kami pun tak dapat nak melawat mak mertua due to our health. Tengok ler, 3 package + 1 sekali kena denggi, bukan demam biasa, dengan wardednya lagik. Melembik hah. everyone knows recovering process for denggi pun bukan sehari 2, it takes up to 3 months. Total of days we stayed in the hospital: Kak Red – 7 days, RD – 6 days, Zeeshan 3 days. So please do the maths, aku sendiri about 9-10 days tidur hospital coz lepas discharged tu sambung tidur balik coz anak and suami admitted.

itu belum lagi aku citer on my condition after returning to work, seriously, brain ni macam nak pecah loh. Sehari je aku kerja, kemudian doctor bagi lagi sambung MC, dia pun tau conditions lembik kita hah. Stress. Itu later lah kita go. So for my mak mertua, memang kami tak dapat nak melawat waktu package kami keluar masuk hospital, lagipun hari yang aku mula demam pun, aku masih lagi gagah untuk pulang ke Kapar (unfor the next daynya aku terus warded), masa di Kapar tu aku baru first day demam, actually lam few hours coz mula kena demam was on Sunday jam 1.45pm thari before our backing class.

Bukan sengaja tak dapat balik dalam keadaan ngah huruhara untuk melawat mak mertua, tapi satu dunia pun tahu situasi Red Family, alhamdulillah mak mertua pun faham.  If ada yang tak paham pun, we are not here to fulfill your needs (tetengah aku sakit pun kena fitnah tuduh lagi ada ler) begitu kami dalam ujian Allah. Ini bahagian kami, back to back punya dengue attack to our Red Family. (as this entry is up, RD have taken my mother in law bawak balik to our Red House).

Doa kami semoga mak mertua, mak abah aku sihat too. My mom tu dengkat dengkut kaki, abah pun lemah je jalannya tapi yelah dah aku tengah down satu family, depa ler my pillar. Mak aku sampai cakap, mak tunggu korang baik je ni, pasni mak plak nak kena hospitalized oiii…

So on the day yang aku discharged, I wasnt resting at all. gila kau nak rehat mendanya, memanglah tengah sakit but aku ada anak2 yang nak aku ngadap. Hari yang aku discharged, hanya ada 2 anak at home, abang and Zeeshan. Kakak takde hari tu for 3 days, she s away for camping untuk anak2 Islam dari sekolah Cina anjuran JAWI. As far as she knows, when she left home on Monday morning, ayah and adiknya demam teruk and maknya masih di hospital.

Jadi balik tu aku terus ler pegang penyapu ler, kemas rumah, basuh kain baju, sidai bagai, lipat lagik. Macam2 ler…my mom tak buat kerja rumah, of cos le. Mak aku bantu masak jer. At that time nak panggil helper ke hapa, memang tak cukup kaki tangan le nak pikir, remember aku bukan kena demam biasa, it was denggi. Itupun mak aku riuh, ko tu sakit, baring le, rehat ler, yang sibuk pegang penyapu tu napanya. Abis tu, aku bukan jenis rela tengok rumah bersepah. hish…Lagipun aku mak, mak mak memang gini what.

Tapi aku pempelan la buat kerja. Malamnya semua dah tidur, tapi aku ada masalah nak tidur, pala biol betul. Rasanya kol 2-3 pagi kot baru aku tidur entah sekejap sangat bila terasa Zeeshan punya badan panas sangat. Check temperature omeng, makin teruknya.

IMG_5931

Between 4- 7am, on Tues 16th Feb, his temperature was dalam 38 – 38.8. Tingginya. Aku tuam setiap masa pala lehernya. aku amik cool pad letak belakang badannya. Aku memang tidur2 ayam kot ke tengok ceiling jer, lagipun aku masih lagi dalam keadaan trauma masalah tidur malam for denggi issue.  7.30am aku sesiap, suh niece aku siap gak cecepat, mintak dia hantar aku and Zeeshan to clinic. Aku confident je leh drive lagik wpun baru discharged semalamnya but kenangkan anak kecik aku nak mengendeng je  ngan aku, mana ngan nak driving lagi so biarlah niece aku je yang drivekan. Clinic dekat je pun.

Sampai je clinic, ada 2,3 orang sib baik tak ramai, aku dah tak dulik, terus suh doctor buat blood test to our kid. Aku dah agak sangat yang Zeeshan memang kena denggi, tengok kaki dia jalan, muscle dia macam sakit sangat. Itu side effect denggi lah tuh. Ada jugak macam rashes kat cuping telinga, lagi ler symptom denggi gak.

So bila doctor pun tau kes aku laki bini, dengan pantasnya dia buat blood test on Zeeshan. Fever pun memang kuat ler kan.

IMG_5939

The result seperti dijangka, he memang dah confirmed denggi. His HCT is high, his platelets pun tinggi untuk umur bayanya. Being dengue victim, aku memang laju tengok 2 benda ni jer, HCT and Plt. So that s it.

Balik rumah dulu, aku nak uruskan dulu hal rumah bagai, nak kena pack kain baju dia, kain baju aku gak (coz luggage aku discharged dah bertukar tangan ke suami aku malam sebelum tu, sent by my brother). so kain baju yang aku bawak dari spital memang dah campak je tengah walk in wardrobe. So sumbat dalam bag baru, sekali arungkan ngan barang2 Zeeshan. Mak aku mintak sejam untuk siapkan masak bagai so we could bawak bekal sekali ke spital, dia benarnya siapkan lunch untuk menantunya, macam la kat spital tu depa tak bagi makan mak oiiii….

Sambil tu Zeeshan dok main keter dia, macam demam macam tak demam. Pastu dia main hp neneknya, dia banyak lie down lah. But gamaknya dia pun tau dia tak sihat kot, so nak tengok hp pun tv cartoon pun macam takde mood jer. Lepas sejam lebih macam tu, aku sesiap nak pergi, salam mak abah aku (anak sulong aku tak tau pun maknya kena masuk spital balik teman adiknya, he s at skul, kakak pun masih lagi di camping).

Sampai hospital, aku terus pi naik bilik laki aku. Bawak Zeeshan sekali, niece aku uruskan barang2 bagai. Lepas tu aku dok discuss ngan laki aku sikit, dia pun ngah lemah gemalai, so tak leh nak harapkan dia ler, aku kena buat decision sendiri of cos le kan. Masalahnya aku ngah nak pikir camne nak ngelak 3-5 jam waiting kat ER tu for anak aku untuk admission. our case ni kuat, makpak denggi, dia pun dah tentu kompem denggi tp knowing spital ni tak nak terima result dari klinic, depa nak gak buat depa punya check up. Hiah. Aku dah lah tak de daya ni, anak aku sakit, nak kena tunggu berjam2 ni yang lemah.

So aku gamble pergi ler kat admission, merayu mintak masuk tanpa melalui ER hazab tuh. Failed. Dia suh try customer service. Pun aku pi sana merayu lagik…Failed gak.

image

surat dari clinic ni tak mampu nak cut the q. hemm lahai. So aku called Doctor yang merawat aku for dengue, also doctor yang merawat laki aku, kami dapat doctor yang sama. Mohon bantuan dia if she could do anything (bear in mind, adult punya doctor tak boleh sama ngan paed), so she said she will call the MO in charge kat ER to speed up the process for little Zeeshan since mak nya (aku ler tu) not fit  enough tunggu lelama. Well, she did helped on that part. But thing is, after registration and jumpa MO, sampai kat situ jer ler laju nya.

Bila dah masuk dalam curtain, dah Zeeshan atas katil, masih lagi slow. halahai. Sampai depa drip Zeeshan pun, lambat. Ye aku tau yang depa nak tunggu result untuk blood test (wpun dah confirmed denggi from the clinic letter tu). tapi my condition tu pun dema tak nak amik kira tu yang aku pissed off sangat. But aku tak leh buat apa ler…merengus dalam hati jer. Takde tempat nak mengadu.

Nak tengok hp pun aku takde mood, aku cuma tengok hp aku on waktu2 tertentu je, denggi ni buat ko benci nak tengok hp gamaknya heh. Sakit pala ler.

IMG_5948

He was on dripped and amik darah bagai…tak lama kemudian dia pun tertidur. Budak demam kan…Aku tunggu setia kat sebelahnya, aku pun sama lemah nih, adakalanya aku panjat gak baring sebelah dia but of cos i cannot sleep. Mana dengan staff nurse bising kulu kilir buat kerja, nak tidur apanya. Half way, waktu dia tidur tu, perut aku baru rasa laparnya lahai, dah kol 12 ke 1pm kot gamaknya. Aku baru terasa tak makan lagik.  Kita ada nasi lauk pauk kat bilik RD (yang mak aku dah bekalkan), niece aku sampai tertidur2 kat lounge depan tunggu sama gak.

IMG_5960

so aku tinggalkan Zeeshan dalam lenanya, bilang nurse yang aku nak naik ke bilik laki aku, apa2 call hp aku bila dah siap urusan nak pindah ke ward anak aku bagai. So aku and Kak Ngah pun dok ler pi bilik laki aku, sesambil tengok laki aku, kita makan lelaju. Betul2 aku abis makan (amik tenaga yang dah kontang nih), nurse laki aku yang kat 5B tu called bagitau yang admission panggil untuk urusan bilik Zeeshan.

Aku pun berlari le turun, mematik aku ingatkan dah boleh masuk bilik, rupanya kena sign off lagi dox yang untuk admission. Tunggu lagi dan lagi. Berejam aku tunggu dalam curtain tuh, end up aku nya darah dah mendidih sangat, aku bukak curtains, aku pandang sesorang staff nurse kat situ, semua tak nak eye contacts. Ada nurse tu siap jeling2 and cakap kat kawan dia ‘habis tu dah bilik tak siap lagi, nak suruh tidur atas toto ke!!’ hamboih mulut. Aku baru pandang je pun, belum cakap sepatah, dia dah mengata aku dedepan. Aku tunggu gak dia buat eye contact, nak je aku membagi ‘you cakap apa tadik??’

ko jangan memain ngan orang yang baru baik denggi macam aku ni, darah aku cepat je naik nih.

Dalam pada tu, aku keluar suh Kak Ngah pi bilik laki aku, angkat semua barang2 aku and Zeeshan pi hantar ward 6C. Reason being, aku dapat tau bilik Zeeshan will be at 6C tapi numbernya tak tau lagik, so aku tak peduliklah. I ve been there for 3 hours already aku dah tak sanggup, badan aku sakit sangat nih, dengan kepala aku sakit tak tidur dari semalam nih.

Sekejapan je (probably masa tu Kak Ngah dah sampai ke ward 6C) suddenly nurse datang bagitau ok kita nak bawak Zeeshan ke bilik ye, bilik dah siap. Eh eh kan…kalau aku tau magicnya angkut luggage awal lagi aku dah suh Kak Ngah naik antau barang. Tadi manjang je cakap bilik dok kemas.

So tolak Zeeshan atas wheelchair, and ke biliknya.

IMG_5963

dan bermulalah hari kami di 6C with Zeeshan, kami berdua mainly ler. Aku pasangkan cartoon tv dia, make him comfirtable, coz dia pun on drip. Tak lama pastuh bapaknya datang naik atas. RD was at 5B, jadi wing yang sama. Alhamdulillah. Kids macam Zeeshan ni tak boleh sebilik dengan adult. Aku dah merayu mintak sebilik, suite, tak de. tak boleh. aku mintak joining room, pun tak boleh. No nehi. Usaha aku sampai situ jelah, dah memang aku kena lelari le tengok anak tengok laki atas bawah.

IMG_5987

laki aku yang degil nak tolak drip machinenya bila naik ke bilik Zeeshan, sampai kena marah ngan doctor. Dia memang, asal pi naik bilik anak jer, dia suh nurse cabut drip dia. derrrr! so bila laki aku sampai jer, aku terus pasang sofa bed, tarik selimut. Aku mintak 10minutes nap dari laki aku untuk tengok Zeeshan, while aku amik rehat kejap. Kak Ngah terus balik, sian dia almost 1 day dia assist aku. Thanks Kak Ngah.

Dan rerupanya, aku bukan tidur 10minutes, aku tidur sejam lebih kau!! bebetul lentok penat. Aku bangun jer baru le laki aku balik semula ke biliknya. Sian sejam lebih laki aku tak berdrip. Dahlah lemah je pakcik tuh, abis tu aku pun sama lembik gak tapi tak le selembik laki aku coz aku pun dah kira baik walaupun baru discharged a day before.

IMG_5997

Menu Zeeshan makan nih, bukan kami ordered but given sendiri by hospital coz kami kan kol 3 lebih baru warded dari pagi menunggu, so esok2nya baru aku order ikut selera anak aku. Menu companions pun ada sama gak lah, sebab aku sendiri berhari2 duduk spital, menunya pun aku dah naik hafal. Tapi sesedap mana pun menu hospital ni, lauk mak aku gak yang aku bedalkan.

IMG_6006

Waktu Zeeshan tengah rehat kejap layan tv, aku mintak nurse jaga dia kejap coz aku nak lari tengok laki aku plak. Sian cik abang, kadang2 aku tengok gambar dia ngah senyum, janganlah korang percaya senyuman tu. Sakitnya hanya Allah yang tau. Dia makan pun takde selera. Aku tak leh lelama ngan dia, coz yang kecik kat atas tu nak diadap.

IMG_6018

Laki aku ni terpaksa pakai kemeja coz dia tak nak pakai baju sarung coz susah nak melayan drip tuh, so dia pakai shirt and pakai kemeja, tapi kemudian esok2nya aku bawak jacket, carik dalam lemari, kita kan jarang pakai sweater or jacket, so bila ngah sakit ni baru le bukak gobok.

itu bapaknya tengah potong kuku si anak…untunglah lam bag aku memang bag doraemon…

IMG_6026

tak lama pastuh laki aku pun masuk bilik dia, left both of us. Ada adik beradik aku datang melawat.

IMG_6048

Nara and family datang gak, kebetulan anak2nya demam jumpa doctor so sekali arung ler package melawat Kak Red nya hah…

IMG_6055

time to sleep. aku tak tidur sekatil ngan Zeeshan, takut dia melasak kang berlipat2 wayar dripnya tu. aku tidur kat sofa bed, but tak leh nak tidur lena betul. Bilik ni sejuk gila! aku dah turunkan fan, aku dah habis naikkan temp pun sejuk sangat. So malam tidurku, every hours bangun on off ekon. That s it, esoknya aku komplen kat nurse, mintak depa do something bout the ekon.

IMG_6080

nampak dema ceria jer, takde maknanya heh…ceria dalam sakit tuh…

pagi kedua di spital for Zeeshan and additional day for me dan hari ke3 buat apaknya, adik bongsu aku pepagi buta dah datang hantar roti canai. Mak aku insisted suh adik aku hantarkan roti canai tuh gak…acik kau lapar kat spital tuh. ahhaha mak oo mak..orang takde selera nak makan pun mak tapi makan le gak, kang sakit balik plak.

IMG_6091

ini nurse cuba nak amik darah Zeeshan for the regular blood test. dan 2 orang lelaki tu pulak dok godek aircond bilik ni bagi warm sket. Sejuk sampai aku tak boleh nak tidur, itu aku, apa lagik anak aku kematu sejuknya. walaupun aku berjacket bagai, berblanket pun sejukk hoh

IMG_6093

hari yang sama jugak, ada kalanya aku bawak Zeeshan turun melawat bapaknya

IMG_6097

sesakit pun boleh lagi nak main tepon spital tu dik….

hari tu jugak, aku tinggalkan RD jaga Zeeshan di bilik Zeeshan for about 4 hours. My boss driver helped to take me from the hospital and sent me to the house and aku nak uruskan hal2 rumahtangga. In the same time, aku tau kakak kena balik esoknya but aku dah kawtim ngan adik aku yang akan jemput kakak, but alhamdulillah her ustaz yang tau kisah kami keluarga denggi ni, volunteered untuk hantar kakak ke rumah terus. Syukur. Settled satu masalah.

Nasib baik lah jugak aku balik jenguk abang jugak coz he also needs money for his taekwando, nasib baik le gak aku ada simpan duit celah bedah (nak pi mencucuk memang tak dan), lepas aku dah siap basuh kain baju, packing lagi kain baju anak beranak, bapaknya too. siap segala, bawak bekal yang mak aku dah packed, after maghrib aku pi 2,3 kedai kat BSP sambung cari air2 yang perlu kami anak beranak minum. Aku sempat gak singgah kedai 2 ringgit kat BSP tu capai satu set toy for Zeeshan. Itu je yang sempat aku grab. Budak kecik macam dia, melanguk nak duduk lelama hoi dalam spital tuh, so beli toys la buat distraction sikit.

Dia mintak cement truck, aku tak jumpa, aku capai set2 fire truck, ambulance yang mana aku nampak hari tu jer. Dah nak cepat. hari tu jugak aku bawak kereta, drove to Prince Court.

IMG_6127

Malamnya kami tidur macam tu lah, abang aku and family datang. Esok pagi2nya, waktu Zeeshan tidur lagi, aku pi visit laki aku. Sian dia mengerang sakit. Sabarlah suami…i feel you.

IMG_6138

this is how I look, jaga 2 orang sakit denggi. Dah macam dalam pantang. socks memang kena pakai ler coz sejuk tidur spital tuh…Dapat jenguk laki kejap, aku terus lelaju naik atas balik. Kang kena marah tinggalkan anak lelama without companions.

IMG_6146

lena tidurnya Zeeshan…mungkin sebab water drip gak

IMG_6150

on his 3rd day warded, his platelets was 103, aku rasa cukuplah untuk aku bawak anak aku balik. Walaupun belum go to 150 (aku discharged pun at 137), coz dia dah bising. i wanna go back to the red house mummy, please please.

i dont want to sleep here, i dont like hospital

IMG_6215

Jadi knowing lembabnya Prince Court punya discharge (same goes to admission), about 4-5 hours gak, since drip anak aku pun dah cabut, kita pi duk le kejap bilik bapaknya, melawat bapaknya….

IMG_6237

he kept telling his dad he hates hospital, he nak balik nak balik to the Red House.

Dalam masa 4 jam nak tunggu discharge tuh, aku rasa darah aku naik mendidih balik. Aku discussed ngan nurse, berapa kali sudah report to Kementerian Kesihatan untuk denggi ni dah keluar, katanya dah 6 kali. Online and offline for 3 of us. Means dah 8 kali total semuanya. Kali ke 7 tu aku kira waktu aku warded, depa ada called aku tanya pasal kes nih. Kemudian hari yang aku discharged, aku ada called gak. 8 kali report dah masuk.

pagi tu jugak, macam aku cakap ko jangan usik orang denggi ni nya hati. aku called and report lagi, bercakap dengan orang yang sama di Kem Kesihatan Cheras. Habis dah tone aku. U know what I meant. Tak yah aku go details bout this.

Dalam 2-3 jam kemudian lepas aku dah ‘voice up’, mak ajah bagitau 5 orang Kementerian Kesihatan WP datang rumah. That s fast. Kejap kemudian gak, the boss of Kem tuh, called aku personally. Of cos firstly dia mintak maaf coz lambat amik tindakan. Keduanya dia janji petang tu jugak fogging team of DBKL akan buat fogging.

Jadi aku ada 1 -2 jam lebih je untuk balik rumah and uruskan hal fogging rumah. RD yang sakit tu, amik docking discharge anak after aku suh depa speed up the process lagik, beratur lagi kat discharge, beratur lagi amik ubat anak. Grrrrr!!! Dahlah RD tu ngah sakit. Aku kan jaga anak, barang pack dah berejam aku buat.

Aku tinggalkan RD and berjanji insyallah aku cuba datang malam tu jugak untuk visit him. Else esok je lah.

IMG_6249

Sampai je rumah aku terus buat kerja rumah yakni tutup semua kain baju dengan cadar/kain pelikat. Some kain baju kat walk in wardrobe aku open type so memang kena bertutup. The rest of cadar semua, lepas fogging aku cabut. Pinggan mangkuk peruk sodek bagai, sumbat semua dalam cabinets, air botol bagai apa saja yang sempat aku and Abang and mak aku buat, kita simpan dalam cabinets.

Just on time aku siap tutup segala, team fogging pun sampai.

IMG_6261

Of course depa datang untuk fogging satu taman but rumah aku memang jadi target utama sangatlah. Depa dah dimaklumkan pun dengan rumah aku, so aku pun dah memang bukak pagar untuk depa masuk to do the fogging. Habis 2 1/2 tingkat rumah kami bersembur. Masa sebelum depa sampai, aku dah suh Mak Ajah balik dulu untuk berehat dan pi masjid bagai lah yang mak nak uruskan. Aku ada, takper…Kakak pun dah balik dari campingnya, jadi aku ada banyak bantuan dari abang kakak.

IMG_6274

cadar kanan tu tutup kain baju yang untuk berlipat, habis depa sembur. Dan habis je sembur, habis jugak lah lagi tenaga aku untuk mengelap mengemop satu rumah.

IMG_6304

Setelah itu baru aku tahu yang kerana 3 orang dari my family affected with denggi ni, depa dah declared our house as WTK – wabak denggi tak terkawal. Termasuk jalan lorong rumah aku tuh.

Back to Zeeshan, his fever dah dropped alhamdulillah masa discharged tuh. Dia dah memain but of cos aku kena monitor dia jugak. Cuma dia cepat letih and dalam gelak, ada nampak penatnya. That day sampai malam aku mengemas bagai. Aku tak dapat nak visit laki aku malam tu, aku sendiri keletihan ya hamat. At the same time jugak, masa ni lah si Aminah nak beranak.

Jadi aku berjaga lagi malam tu till 2am melayan Aminah sakit beranak.

The next daynya jam belum 6 pagi macam biasa aku dah bangun untuk hantar abang kakak ke sekolah. Balik dari sekolah, Aminah belum gak beranak tapi aku jumpa kantung babynya aku suspect dia dah keguguran. Mak aku ada sama, dia dok halahai ko nih, mana ngan ko, mana ngan laki, mana ngan anak ko, ni kucing pulak. Habis tu takkan aku nak biarkan Aminah macam tu jer. walaupun Aminah dan QuPuteh bukan kucing kami tapi dah berbulan2 dia dok rumah ni, kami dah bela, bagi makan mandi bagai. Depa pun tak nak berganjak dari rumah ni, mestilah aku jaga kebajikan dia. Sampai saat entry ni ditulis pun, hanya satu kantung baby Aminah tu je yang keluar, walau almost 2 hari dia dok bleeding.

Dalam masa yang sama, suami aku masih lagi kat hospital.

Dan pada esok pagi harinya, while aku on the way nak visit laki aku, anak bujang aku Abang – called me from his school saying yang dia pulak demam. Dang!! Aku dah suspect yang Abang must be having dengue too. This is really a dengue marathon!

Jadi…to be continued…

 

 

Comment: 7

Dengue attack to our Red Family…Part 1

IMG_5588

ini family photo for my inlaws side. we had the makan2 dari petang ke malam but Red Family hanya sampai malamnya coz kami ada baking class kan. Itupun balik immediately, dalam perjalanan yang aku dah menggeletar sakit demam sangat. Rupanya denggi tu baru nak menjadik gamaknya. I didnt join the event so much, aku pi membaringkan diri dalam bilik, dok menggeletar demam sangat. But my husband woke me up for this photography session, so dalam berat kepala bangun and senyum and terus sambung balik baring. Tingtong betullah. At one time memang aku mengerang sejuk yang teramat sangat. Sedihnya lahai.

After midnite tu jugak kita balik Cheras semula.

Aku tidur2 ayam, demam boh. Dijaga by my laki ler.

IMG_5594

petang2 tu ada lion dance kat rumah jiran sebelah. Sambil2 borak sebelah pagar ngan jiran kita dok tengok ler kan depa dong dong ceng. Aku borak ngan jiran aku tu, coz masa tu aku macam kebah sikit, sesambil my kids suami pun ada sama le jugak kat pagar. Malangnya, jiran yang borak ngan aku tu pun, contracted ngan dengue, a few days ago. So memang WTK sangat ler, rumah2 kami ni specially rumah aku ler kan (3 mangsa). WTK is wabak tak terkawal denggi.

Lepas tu aku kembali sakit, demam mengigil sesangat. Dah seru2 nama mak aku, nak mak nak mak. Malam tu ustaz datang ajar anak2 mengaji dia terus buatkan aku air yassin.

Lepas minum habis aku muntah, so that s it, terus laki aku bungkus kain baju, bawak aku pi spital.

IMG_5616

kami sampai Prince Court dalam jam 9 lebih pm macam tu. Tinggalkan anak2, let abang kakak tengok adiknya. Tak bagitau lagi mak abah aku yang demam aku nih. Prince Court tu kat ER dia tu wui menyampah betul, kerusinya tak boleh nak membaring (cos ada something stand out in between), jadi orang yang sakit demam macam aku ni kena baring menumpang peha/bahu suami jer.

Nak tunggu turn jumpa MO bukan immediately, process paling laju dari register ke MO – selama aku jadi patient PCMC ni adalah sejam. Itu paling cepat. Dah jumpa MO, she said kena amik blood test, memang fever tinggi. So kena tunggu keluar semula, tapi nak dapatkan bed untuk blood test, pun bukan immediately jugak. Sakitnya hati aku laki bini hohhhh! Issue PCMC kat ER ni memang slow punya service bukan sekarang, sejak almost 10 taun dulu. Sejak aku and family jadi patient depa.But i have to keep coming here coz inilah yang paling near by to the office specially, rumah too kalau tak jem.

Jadi nak amik blood test, over 30min jugak ler, alasan bed penuh. Bila dah dapat bed. tunggu lagi dan menunggu. Kita ni sakit nak baik tp bila kena tunggu2 ni,  ko frust le sangat.

IMG_5626

dah dripped bagai, blood amik kena tunggu bilik pulak siap. Ni dah almost midnite. Aku dengar orang sebelah dah mengamuk bila dia ngan anaknya nak naik ke bilik, he said he s been registered since 5pm. Kegilaan apakah over 6 hours dah tu!! Bila aku tanya nurse dia cakap orang tu pun datang at 8pm. but still, tu dah over 4 hours gak. Memang lembab la ER nih, baik dari masuk nak jumpa doctor apatah lagi attending ko kat ER sebelum naik ke bilik.

Tu pun aku blom citer lagi hal RD and Zeeshan. Oh my, kesabaran kena tinggi sangat dengan hospital nih.

IMG_5206 (1)

Kesiannya pesen mak merah kau. Seluar tidur, baju tidur kat dalam, sarung caftan, ada shawl lagi ngan baju sejuk, rambut cam dalam pantang…hehehhee…selipar Furla tu baru perasan dah jahanam bunganya, bolehlah tu, lebih 7tahun kot aku pakai selipar tu. Lama gak servicenya. Inipun kakak yang perasankan, masa ngah demam mana le aku amik port sume nih.

IMG_5699

RD tinggalkan aku kat hospital malam tu(even most of the nights too) except 2 malam yang aku agak critical je baru dia tidur sama.

at this moment, depa treat aku as viral infection first.

IMG_5757

The next day, he datang with Zeeshan. Masa ni masih lagi cuti raya cina.

IMG_5226 (1)

amik lagik blood, sebelum tuh kat ER semalamnya dah amik yang 4 tubes tuh. Depa confirms yang akak merah ada bacterial lah, viral infectionlah….

masa ni akak masih duduk kat bilik hujung. so my temperature takde perubahan, paling rendah was 38.3 and highest was 39.9 / 40. Tinggi kau. Bila dapat cycle panadol every 6 hours tuh, I was ok for 3 jam jer, means the temp dropped to 38++, tak pernah turun than that. Itu yang boleh bercakap boleh bernyawa….

 

IMG_5769

termasuklah menjaga budak ni kejap masa kat hospital. He came with his dad, tapi bapaknya too tired tertidur, Zeeshan pi minum air habis tumpah kat my bed, seluar baju dia pun kena, so aku yang ngah sakit ni sian pulak nak kejut laki, aku le ngan drip2 tu cabut kain baju dia and pakaikan dia towel. Sementara nak kain baju dia kering. Dia mana ada baju spare, dia kan datang buat kacau mak nya jer…

so depa balik pun, masih lagik aku hanging macam tu ler, sakit dan sakit. Dalam drip air tu bukan takat air,ada le bebenda lain yang depa letak coz dalam body akak dah kurang something2 tak ingat dah aku apa.

The next daynya sama, but itu kira hari keempat akak demam dan jugak hari ketiga di hospital. They took another round of blood test and kali ni baru confirmed yang I had a dengue.

Lembab betul darah aku nak kuor kata dengue, cant even seen from the first to 3rd day at all. kesian kan.

IMG_5794

setiap hari selang few hours memang ada visitors yang datang melawat but I cant even remember till now sapa yang datang sapa yang akak borak specially masa tengah 3 hours down. Even masa my parents datang pun, I was totally knocked out habis. Makan minum pun laki aku yang uruskan but if he s around lah, else staff nurse yang helped out. if ada visitors yang datang, depa le menolong. My mandi pun, suami yang uruskan, dia ler yang shampookan rambut aku dia ler yang settledkan bininya nih, memang dah teruk sangat. Siap dia bawak kerusi kecik untuk aku duduk waktu mandi coz I m not strong enough to stand lelama.

But hari yang akak confirmed contracted with dengue, hari tu jugak laki aku balik bawak mak ajah pi pasar carik ketam. Buat sup ketam dan memacam ler cant remember.

IMG_5239 (1)

ini ada my kakak, abg ipar, my mom pun ada sama dok membaring kat sofa bed. Mak siap masak jer terus reramai with my kids too datang PCMC and sumbat suh aku makan sup ketam tuh. Idok le akak boleh telan. Tekak aku payau tak leh nak terima. Muntah jam tu gak….My kakak suruh minum air kelapa dara, dia bawakkan gak, pun belahak gak. Kalau pills takpe le gakkan, ini minyaknya.

Nangis. dengan mana sakit dalamannya lagi, dasyat betullah denggi ni punya penangan.

IMG_5773

My baker fren datang bawak sepapan brownies. She ni ler baker yang ajar kami Red Family  baking masa hari akak first day demam tuh…Thanks Nanie for coming

IMG_5798

that week, ada cuti sekolah seminggu coz of CNY kan, so abang kakak memang balik lambat ler from the hospital. I tak bagi pun husband tidur temankan aku jaga kat hospital, biarlah dia dok rumah, teman anak2, walaupun my mom my niece ramai ler tidur rumah ai jugak. yelah mak aku kan, anaknya ngah hospitalized,dia mesti ler datang bantu.

IMG_5801

kadang2 ada kalanya ada visitors datang aku tak sedar, laki aku yang melayan. aku tak de daya tenaga sangat. teruk sangat dik kena denggi ni. I told ppl, denggi ni punya sakit, memang ler sakit beranak tu lagi sakit tapi sakit beranak tu sekali zass jer. Baper jam je pun kan (for me ler) tapi denggi ni berejam2 dan berhari2….ko akan mengerang jer.

my mulut sampai dah stage dok sebut Allah Allah Allah and mak mak mak jer….anak mak ajah betul

IMG_5816

RD yang patutnya bekerja, terpaksa amik cuti seminggu terus, itupun dia cecuri masa kerja from the hospital too…in this photo Zeeshan was doing my make up (ini masa yang akak 3 jam boleh bercakap), kita cuma nak distract dia from kacau machine drip akak tuh so akak suh dia main le make up and play around kat muka mak kau tu dik…

IMG_5820

Denggi takde ubat kecuali drip and also panadol dan jugak sup ketam jus pucuk betik blended tu, herbs, dan memacam lagik. Aku dah naik hafal semua list to drink/eat. Memang banyak, almost semua aku dapat tapi tak semua yang aku boleh telan. Dan tak semua jugak fits to my body, Mungkin ikut orang.

My 5th day at the hospital, they decided to move me to another room, depan kaunter staff nurse terus. Arahan doctor coz my condition was pretty bad. Sedih sedih.

The perut pun dah bloated coz fluids dari drip banyak sangat and denggi dah mula attack my ulu hati. wohoii, nak bergerak kiri kanan pun sakit, bangun pi toilet pun sakit, macam orang mengandung sakitnya perut tuh bloated.

That day jugak depa suruh husband to teman tidur akak, as i said my condition was pretty bad sangat. Depa dah prepared nak antau ke ICU probably after midnite.

IMG_5836

Ini darah amik yang ke bape tah dah….tapi setiap hari minimum akan amik 4 kali. dari urat berlainan yek. So masuk hari kelima gak kot depa terus bukak satu drip yang dari tangan kanan for darah sahaja, so tak yah nak pepenat carik urat dari tempat lain setiap kali nak cucuk, habis tu dah 4 kali sehari kena cucuk, ko pikir camne. So i have one water drip on the left and one drip on the right for the blood.

Liza and family datang bawak sebijik tembikai merah, wajib habiskan, ubat denggi tu. I think dari semua drinks and food, tembikai suits me so well. I makan tembikai (RD kemudian balik potongkan kekecik) so I makan macam makan nasi, sebijik tu habis 2 hari aku sorang je makan kau. My platelets naik terus cantik bila makan tembikai.

Ada malam yang akak dah critical condition tuh RD datang bawak nasi + sardines (tekak aku teringin dengar anak2 makan sardins), dahlah masa tu akak tak sedar (coz doctor bagi makan ubat drowsy untuk tidur), tapi dalam mamai akak boleh makan gak. Dan masa tu jugaklah RD terus suap 2 sudu jus betik yang mak ajah dah blended kan. Ha kau, memang aku telan takde perasaan betul. Tapi the next day bila sedar bila RD suap lagi, terus aku belahak…cannot go ler ngan rasanya.

IMG_5857

Thanks Azz for coming too…sonok tengok ko punya holiday recently kat Langkawi. To name a few yang akak masih ingat datang, my colleagues, my boss and wife, Hid Cipela, my 2 bff, Nara and family, Shah Nara eh ramai lagik. Sekarang tak leh nak ingat lah, some visitors tu datang masa akak ngah down sangat so i cant recall. Oh my adik beradik semua datang kecuali 2 orang. My adik beradik, my mak abah yang banyak tolong the red family.

Untuk yang akak tak sebut nama sapa yang datang tu tolong jangan kecik hati, I m totally have issues untuk ingat and recall back. Biasa ler habis denggi ni bukan seminggu, makan sebulan 2 baru nak baik. Specially on the ingatan kita ni, dahlah pala weng2 yoyo sangat sekarang nih.

IMG_5876

Rose GBM, oh Sid GBM pun datang gak. Melastik Bintang and wife came too. Yanok – dalam pantang, dapat update via wa/fb jer ler. as days goes by….after 6th day, my fever dah dropped. Looks better.

IMG_5892

malangnya, Zeeshan pula ada tanda2 tak sihat. RD ada bawak dia pegi ER kat PCMC bawah tu, tapi depa claimed as demam biasa jer. hish…maknya dah denggi ko buat jer ler blood test kat anak aku.

IMG_5263 (1)

anak semakin demam….but RD pulak belum demam. He stop visiting me on the 5th day tu jugak. 6th day dia dah tak datang coz dia pulak demam….together with Zeeshan. RD’s symtoms on dengue lain than mine. Zeeshan’s symptom pun lain gak, talk later pasal tuh.

IMG_5916

this photo was sent by my mak kot, my mak le jaga RD and cucunya. So on the 6th day of me being hospitalized, i dah mula risau hal2 di rumah, bila 2 orang pulak demam. Kesian abang kakak, makpak sakit.

IMG_5915

Sayu hati tengok gambar nih….

 Tapi Zeeshan demam nih, sama macam my cycle, lepas 3 jam ok sihat melompat. 3 jam lagi down. Itu semua masa kat rumah ler, ai kan kat hospital. Ahad malam Zeeshan looks ok but RD takde perubahan. Kakak ada camping on Mondaynya (which aku remotely suh kakak packing sendiri, nasib baik ler anak aku tu dah biasa pi camping and tau apa yang kena ada bawak pack bagai). She s been away for 3 days, when she left on Monday (sent by my niece, since RD demam), she only tau mak nya je yang warded, but when she came back after 3 days, terkejut dia bila bapak and adiknya pulak admitted.

IMG_5924

on my 7th day, ai decided to discharge (since 2 of my family members demam teruk). When I discharged, my platelets was 137, belum 150 but i really have to balik. Sebelum tu akak dah arranged RD’s bff to help him bawak to hospital. I wont be able to do ler, aku sendiri discharge buat sendiri. Masa tu dah hari kerja/sekolah. So kesian adik beradik aku pulak nak uruskan, jadi aku suruh kawan RD yang mmg his bff to tolong amik laki aku.

In between  memang mak abah aku yang menjaga RD and Zeeshan and anak2 lain.

By noon, selepas I uruskan sendiri my discharge kat lobby and amik ubat sendiri (sedih gila bila service macam nih, apalah salahnya ko hantar je bill discharge tu ke bilik pesakit and ubat tu sekali). Dari dulu discharge kena buat sendiri turun bawah and amik ubat pun sendiri. Kena beratur lagi pulak tu, duh! Kalau ko takde next of kin yang tolong, ko sendiri le kena pi turun, like my case. Dedulu aku punya discharge and anak2 punya kes, laki aku le yang turun buat semua gak. Fed up betul hospital mahal camnih.

So i suh concierge amik my barang2 bawak turun ke lobby, tak lama pastuh my niece datang amik I. Dalam masa yang sama jugak, waktu aku balik, my husband dah on the way to the same hospital for his admission. Jadi kami tak bertemu.

I shall continue a story pasal RD and our ‘keluarga denggi’ ni punya cerita soon. Ini pun berhari2 nak siapkan sesatu entry, my energy bukan baik sangat lagik, some more akak dah start kerja so lemah lagi but still kerja gak lah. Laki aku dah ok sikit, by the way, we hv been called as keluarga denggi dan jugak WTK for our house too, sepatutnya 4 orang (termasuk abang) yang denggi too but abang tu dapat aku selamatkan awal bila dia cakap dia demam jer, aku terus suh dia telan panadol and makan watermelons, kiwi blizz, pink guava dan memacam lagik. So he yang suspected denggi tak sempat kena, if not he will be the fourth person in our family yang admitted too.

RD at the same time, was also confirmed dengue gak, he was admitted on that Monday itself, the day yang akak discharged. Like marathon. My mom late petang tu jugak terus blend jus betik, siapkan dinner bagai and my adik bongsu tolong hantar terus ke hospital and jaga kejap abang iparnya kat sana.

Me, but bila balik rumah, of cos I cannot rest. I terus basuh kain baju, lipat kain baju, my mom yes memang tidur rumah I but takkanlah dia nak buat kerja rumah pulakkan, mak ajah tolong masak jer. I terus capai penyapu, mengemas buat itu ini, tengok jenguk anak2. Malam tu jugak rasanya aku tidur sejam 2 je kot bila Zeeshan mula datang balik demamnya. I couldnt sleep at all, I have to look after Zeeshan. Mana lagi laki kat hospital, sian kenangkan.

My movement was not really good, aku kan baru je discharged and my body memang weak sangat but dah bapak depa warded takkan aku nak berbaring gak? Mestilah aku pun bergerak buat kerja laju and jaga anak2 specially Zeeshan yang setiap jam, his temperature makin naik, at 6am of Tuesday dah cecah 38.8 (i monitored every minutes/hours).

That s it, I have to take him for the blood test, i know anak kecik aku ni dah kena denggi gak.

to be continued…

Comment: 9

RD & Zeeshan – denggi

image

Begitu ujian Allah.

 

Few hours selepas I was discharged (after 7days warded), RD pula admitted for the same reason – denggi. I memang tak dan nak jaga dia cos I sendiri macam yoyo. Balik rumah dapat rehat tingtong tak sampai 10-15jam bila Zeeshan masih lagi belum recovered from the fever (he s been demam first followed by bapaknya).

My husband pepandai la kat hospital, my youngest bro datang malamnya hantar kiriman lauk pauk jus betik bagai made by my mom.

Esoknya I memang tak tidur, kekejap jaga tuam Zeeshan and check his temp, the first thing pagi esoknya terus bawak pi nearest clinic.

Amik blood test kompem denggi gak so rushed back packing kemas rumah sidai baju buat memacam and terus pi hospital.

Jadi now ai bertangga lagi kat hospital jaga anak jaga suami, more to jaga anak cos suami dah besau galah. But kekejap ai lari la jenguk laki, dia pun datang gak jenguk kami.

Tak boleh depa nak sebilik or joining room takyah la ko argue ngan akak aku dah habis begging, lagi la aku nak memudahkan kerja so takpelah as long as same wing atas bawah ai lelari jap kat laki kat anak termasuk anak2 di rumah.

We ll talk lagi pasal denggi nenanti, for now kalau dapat power nap memang itu yang akak buat lu cos i pun belum baik pun, my medical leaves dok tingtong dengan jaga anak. Kena kuat lah kena lawan gak cos one parent dah admitted so akak kena jadi the very supermak.

Please pray for us, ujian ini memang permulaan 2016 kami.

Comment: 11