Prince Court Medical Center

Dengue fever….

imageAfter my 3rd day at the hospital, I m confirmed contracted with dengue fever.

It was after 4 kali amik blood tests.

 

currently still warded, platelets doesnt allow me to be discharged yet. It waa 20s, then 37, 36, 59, 56 and latest is 60.

Wish me fully recovery, my husband and my bongsu pun tengah fever too. Semua tips makan minum denggi pun my mom dah buat; sup ketam jus betik kiwi dragon fruits kurma dan macam2 lagi, in fact one of my readers sent chinese herbs from Kuantan too. Tq sangat.

Cuma my appetite is not that strong anymore. Doakan saya.

Comment: 11

Blood flags!!

image

Blog is currently slowing down. Im posting this on my 5th day of being sick and my 3rd day at the hospital.

Sedang mengalami viral and bacteria infection. Blood flags is called cos masuk hari ni dah 3 kali cucuk (7tubes) kena amik. Still waiting for the ‘culture’ blood test to come out.

Wish me for speedy recovery, mental n weak betul badan ni…dugaan Allah.

Comment: 28

Spot Zeeshan – Bone Fracture

IMG_4872

 once a while Zeeshan akan jadi Imam, alhamdulillah bacaaan  dalam solat ada improvement setiap hari, tapi kena solat sesama ngan dia, baca doa sesama ngan dia lah. Cuma doa2 dia dalam omputih, doa maknya dalam bm hahahaa….terer btol hafalan dia doa pun dalam omputih ye nak.

dan of cos, being anak lelaki yang super lasak, walaupun lasak2nya pun masih boleh  dikawal, asalkan jangan biarkan dia berdua sangat dengan abangnya kang depa punya gusti, whuiii naik sesak napas aku tengok.

Jadi di satu tengahari Sabtu yang lalu laluuuu, waktu aku dengan rutin menyiang 50 ekor ikan sotong ayam maknek semua macam biasa in the bathroom, aku dengar dia punya menangis. Biasa ler kalau dia menangis tu, orang tak kacau dia pun dia leh menangis, diva sangatkan.

So ada abang kakak nya lah memujuk.

Bila aku dah siap kerja menyiang bagai, dia pun ngadu ler tangan shoulder kat sebelah kanan necknya tu sakit. Dia cakap ‘board buat’. White board untuk belajar mengaji tu yang buat which aku assumed dia langgar ler kan. apa hallah pulak board tu boleh bangun berjalan langgar ko pulak ker.

But his movement memang very limited, mengadu sakit sangat.

Esoknya swimming, dalam sakit boleh lagi berkuak lentang bagai cuma dia refused to swim at adults area. Lusanya pulak riding bicycle, pun bahagia jer. Tapi 2 malam tu memang mengadu sakit sangat, tidurpun tak nak belah kanan sangat, coz sakit. So hati aku sudah tak sedap ler, bila nampak pulak ada kesan naik ke atas macam lebam but no biru2 kaler tu cuma lebam kat shouldernya.

Esoknya lepas school bapaknya bawak pi our usual clinic.

Doctor Ram confirms kan yang itu bone fracture!!

IMG_4924IMG_4925IMG_4927IMG_4926IMG_4928

omeng, terus dia suh pi bawak specialist. Laki aku pun apa lagi, EL ler hari tu, terus bawak ke Prince Court, record Zeeshan banyak di situ jadi walaupun service lembab kat PCMC tu, pasrah je lah.

after few hours of waiting, doctor sent for Xray. Meanwhile aku kat opis dok godek cctv, carik balik camne dia boleh jatuh hari tuh. Untunglah alhamdulillah aku ada cctv, boleh check back. So 3 angles aku tengok on the cctv, memang dia jatuh near kat board tu, but bukanlah dia panjat.

So Zeeshan ni perangai dia for months dok suka benar jalan macam watak Spot dalam The Good Dinasours. Ada Arlo and Spot, so if korang ingat macamana jalan si Spot, guna 2 tangan and 2 kaki tu, hah camtu lah Zeeshan setiap hari. Not just at home but also at school. Cikgunya pun mengaku memang selalu almost everyday Zeeshan suka jalan macam Spot tuh.

Jadi kat rumah, sebelum kejadian tu dia dok berulang alik satu rumah dengan gaya Spotnya. But malang tak berbau, dia dok melaju jalan cara Spot, but dia sudah tergelincir terpusing badannya dan terhentak kat lantai, near by kat white board rumah. Which dia claimed board ‘buat’. So masa tu lah tulangnya sudah terkehel.

Masyaallah anak aku heih.

Jadi kena ler pakai arm sling nih, But dia pakai 3,4 hari jer,lepas tu tak nak dah dia pakai. Itupun hari pertama pakai kat school the next day lepas pi spital, dia dok merayu tak nak pakai. Yelah, katanya the sling tu macam handbag. I dont like, got flowers. Dia malu.

IMG_4955 (2)

Jadi being mak, aku ada stickers aeroplane bagai nih, aku tampal sesama ngan dia kat arm sling dia ni, tak de le nampak flowery sangat kat corak kain nih.

So the lusanya jumpa lagi specialist, I joined them from work kejap kat PCMC,  memang betul bone kat shoulder tu sudah naik ke atas, he gives 1 week untuk lurus balik ke or sort of lah. By right memang boleh surut. As of now, masih belum surut, ada lagi meet up ngan specialist this week.

Gitu ler ye nakalnya anak kecil aku nih. But ini bukanlah nakal melampau, ini cuma accident, yakni masa dia ngah seronok in character. Abang kakak masa adiknya jatuh pun tak perasan, depa dok mata kat tv.

IMG_4967

Abang dulu masa dia umur 4 tahun gak (after adiknya baru lahir dulu), pun accident gak, macam nak terbelah dahinya. Dok lelari kat rumah atuknya, dia langgar pintu rumah. Berlarian atuknya bawak pi clinic, laki aku pun rushed balik uruskan gak coz aku pun masa tu kat rumah aku ngah berpantang beranakkan kakak.

IMG_4964 (2)

IMG_4935 (2)

Lepas kejadian tuh, tak de lah dah dia nak jalan macam Spot tuh, but sempat gak dia menjawab Ammi, Eshan walk slow slow like Spot ok? NOOOOOOOOOOOOO, no more.

Ada gak dia kadang2, lompat atas sofa atas katil, hah mulalah aku menyanyi,  Zeeshan, Doctor said, no more walking jumping like a Spot! (macam lagu, no more monkeys jumping on the bed).

Comment: 5

Kampachi, IB, Prince Court…

IMG_1998

Happy 30th Birthday Nan!

baru 30, ko dah nak pengsan. tengok cam akak…hahahaha lagi nangis.

IMG_1968

My yearly or every quarterly meet up with the Doc’s family.

akak nak kena pi Kelantan heh melawat kawasan, sabar ye teman2 Kelantan.

IMG_1969

btw kalau kat Kampachi tu akak suka makan nih, beef set. Pernah le amik yang takde set memandangkan bukan akak makan pun semua dalam tray set nih, kecuali beef jer, tapi harganya beza sikit sangat. so amik le jugak set and yang akak tak makan tu, kadang2 aku panggil sampah sarap, my companions kena perabihkan. Really, i only eat the beef sahaja, wasabi sayur mayur soup sume tuh segala pun takdaknya akak nak wallop. Sedap beef nih.

Sorry if korang puasa2 ni tengok macam terliur plak. But apahal…kita bukan macam bebudak tengok je dah terus nak bukak puasa, memasing dah tua kan. kahkah.  Kalau ada anak2 yang baca entry ni, Aunty mohon maaf lah year. Pi memana pun, even iklan pun ada gambar food :)

IMG_1719

di hari lain, actually makan penutup Ramadhan during weekdays was kat Kampachi but IB was a day before. Aku pun dah tunggang langganglah entry heh. Ini sama adik2 aku, sapa yang boleh joined je lah.

IMG_1732

Kak Ngah my niece and my SIL pun ada sama jugak joined. IB pun ada bukak puasa so nanti cam tahun2 sebelum ni korang nanti nampaklah entry aku makan kat sini jugak.

IMG_1762

I love both of them so much. My youngest brother yang dulunya lahai nakal ko dik but Alhamdulillah, dah boleh dapat gelaran Ustaz dah. sejuk perut mak, Dik….Nana my sis works at IB though, tu pasal kami datang menjengak makan di sini…

IMG_1798

laki bini main kekejar ngan kakaknya eh…

IMG_1819

dan aku menyambung melawat Beautifulara’s wife, for the new born of their little baby a girl a girl a girl!! Hidy Cipela pun ada sama, memang sesuailah sangat beriadah tenghari tuh. Best is semua ni around KLCC jer, so makan sekejap, terus lari pi spital…siap :) . Lin dah tentulah tak puasa dalam pantang ni hah…

sapo lagi lam pantang heh? Oh kat IG akak ada gambar akak dukung the baby, walaupun cubaan ramai nak pujuk haku beranak lagi, oh my terima kasih. Syukur Alhamdulillah dengan 3 orang yang diberikan, saya dengan ini sudah berjanji untuk tidak lagi mengandung. Terima kasih Allah for the best 3 presents in my life.

Korang ni orang dah beranak 3 ko suruh beranak lagi, soalan suruh beranak lagi kat Kak Red dah basi lah.  Orang tak nak tanya dah soalan gitu, lain kali jangan bagi dah soalan camtu kay. Pikir soalan lain plak. Pastu laki aku melayan je ko Hilal punya buat anak nya komen. Grrrrr!

Comment: 2

Discharged and smile :)

 

Bandar Kuala Lumpur-20120917-00495

boleh tahan susah gaklah nak basuh berak dia ke nak salin baju dia kalau mandi pulak ada le 2,3 kali basah bandage tangannya tu walaupun sudah dibalut ngan plastic dek staff nurse. memang ada kalanya  kita suruh nurse bukak the drip coz nak bagi dia membebas kejap. but tak molek  ler kalau bukak selalu. so selagi boleh tahan, angkut le drip tiang machine tu sesama yer….

Bandar Kuala Lumpur-20120917-00502

but little boy waktu ni dah boleh tahan activenya gak. he dah macam sihat sangat padahal drip tu ada lagi kat tangan heh. kita layankan je lah…

Bandar Kuala Lumpur-20120917-00494

pastuh ada ‘lecturing class’ kat abang kakaknya, sorang makan nasi ke main payah, sorang lagi makan nasi dahlah sikit pastuh lama pulak nak sudah, hah dedua kena tembak. Terus dedua makan nasi ngan penuh bergaya, takut mak sambung lagi kelas membebel. RB dengo and tengok jer, siap menjawab2 sama ikut cakap maknya walaupun dia punya sound ‘heh eekkkk ooooooo’. yelah bahasa dia.

itu kita tengah layan our old videos dari youtube. korang nanti nak tengok our ads and family video collection, search for redmummydotcom and ashterix.

sure jatuh hati ngan kakak yang ya hampun comelnya masa dia 4,5 years old!!

Bandar Kuala Lumpur-20120917-00514

ni dia ngah menceceh bebelkan abangnya….

Bandar Kuala Lumpur-20120917-00526

tak boleh tahan bosan, kita kuor depan bilik to the playground. depan bilik RB jer. sama le angkut the drip tuh. mostly si bapak le yang jaga drip tuh, aku ngan kakak and abang main baling bola sorang jadi monkey. ahaks! syok wor…lama tak exercise! RB melanguk nak join tapi macam eh aku ni kecik sangat :)

Bandar Kuala Lumpur-20120917-00539

ya ampun RB rambut ko kan dah macam rambut abang ko masa baby2 dulu, very the curly! this was our malam terakhir di hospital. i decided to discharge early, tak larat dahlah nak sambung lagi berhari2. so malam tu jugak terakhir dia masuk antibiotik via iv drip, drip air tu pun midnite tu jugak depa cabut coz dah leaking ko! budak melasak kan, mau taknya.

so pastuh kita sambung dengan orally antibiotic. agak bersilat jugaklah aku ngan RD memberi bila kitorg dah balik rumah. takper…he is recovering already. in fact dia dah sihat sangat alhamdulillah. takpelah bersilat janji ko sihat!

image

lebih kurang 5 hari ++jugaklah RB dok hospital, kami bertangga sama suami isteri. Suka betul dia bila kat rumah diapit orang sana sini, cuma masalahnya satu je lah, ever since dia kat demam and dok hospital, lagilah dia tak nak berenggang ngan aku. sampaikan aku nak makan pun tak leh bercakap, kena diam jer sambil makan tu so dia tak tau aku ada kat mana. ada aku ngah makan dia leh dengo terus meraung mencari maknya ya ampun budak nih.

lagi satu dia skang payah pulak nak minum susu dari botol, ebm tuh. dok nak direct feeding jer. mak ko nak kena sambung masuk kerja balik nih…

anw alhamdulillah syukur sangat RB dah sihat, tapi kena berjaga2 lagi.

pasni sambung the usual routine entries lah yer. RB dok tetepi sket yek…ko gelak ngekeh2 kat kain mak ko.

Comment: 24